<---pLaYaR.-.iDuP--->

<---pLaYaR.-.iDuP--->

Monday, August 22, 2011

<--- wanita muslimah yang bertudung, tetapi tidak menutup aurat --->

Saya mulakan dengan satu hadith sahih Rasulullah S.A.W bersabda :

"Dua golongan dari penduduk neraka yang belum pernah aku lihat, iaitu : Suatu kaum yang memiliki cambuk, seperti ekor sapi untuk memukul manusia dan para wanita berpakaian tapi telanjang, berlenggak-lenggok, kepala mereka seperti punuk unta yang miring, wanita seperti itu tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya, walaupun baunya tercium selama perjalanan ini dan ini." (HR.Muslim)

Saya tinggalkan hadith ini untuk tatapan rakan2. Diakhir kesimpulan, saya akan relatekan kembali dengan hadith ini, terutamanya pada tulisan yang dihitamkan didalam hadis tersebut.

Sekarang saya ingin berkongsi apa pendapat saya tentang perkara ini. Pendapat juga akan disertai dengan dalil2 dan garis panduan ulama.

Merujuk kepada tajuk entri diatas, di zaman moden ini. Semakin ramai wanita yang menjadikan tudung sebagai pakaian mereka, bermacam2 fesyen tudung wujud. Kebaikan ini perlulah amat disyukuri, Alhamdulillah. Sekurang2nya pemakai tudung adalah majoriti. Tidak perlu takut untuk keluar ke Kuala Lumpur dengan memakai tudung, sudah menjadi kebiasaan wanita2 bertudung di KL. Tidak seperti mereka2 yang berada diluar negara, terutamanya pelajar2. Sampaikan dalam beratus2 pelajar universiti di dalam kuliah, hanya seorang sahaja yang bertudung. Tanyalah mereka, bagaimana tekanan yang dihadapi.

Walaubagaimanapun, wanita2 yang bertudung di Malaysia terutamanya, boleh dikatakan, lebih daripada separuh dari mereka, tidak menutup aurat. Menutup aurat disini bukan sekadar menutup rambut sebenarnya.

Rasanya, kalau ditanya setiap muslimah diluar sana, apakah yang dikatakan aurat wanita yang telah ditetapkan oleh Al-Quran dan Sunnah, hampir semua daripada mereka tahu. Sebabnya, sekurang-kurangnya mereka belajar di sekolah. Tidak perlu sekolah agama pun, dalam silibus pendidikan islam pun ada diajar.

Aurat wanita yang telah ditetapkan oleh Allah dan disepakati ulama’2 (tiada khilaf) adalah seluruh tubuh badan, kecuali muka dan tapak tangan. Kalau sekali dengar, mesti kita terbayangkan seorang muslimah yang bertudung labuh, berlitup habis kan? Sebenarnya tidak. Tak perlu bertudung labuh tetapi perlu untuk memenuhi syarat2 yang ditetapkan. Apa2 jenis tudung pun, jika syarat2 diikuti, insyaALLAH, aurat yang telah digariskan akan ditutupi dengan baik.

Mengapa Allah menetapkan aurat sedasyat ini untuk kaum wanita? Bukan untuk menindas, tetapi untuk memelihara kesejahteraan dan kehormatan wanita itu. Kerana merekalah yang dikatakan oleh Rasulullah sebagai fitnah dunia. Lelaki yang alim dan warak pun, dengan mudahnya akan terbabas, oleh kerana wanita. Wahai wanita2 sekalian, cubalah tanya sesiapa pun yang bernama lelaki, sejauhmana wanita dapat menjadikan mereka orang yang tidak sioman.

Apa syarat2 dan batasannya? Para ulama’ memperhalusi lagi garispanduan aurat wanita dengan syarat tersebut :

1 – Menutupi semua tubuh badan kecuali tapak tangan dan muka.

2 – Pakaian yang menutupi tersebut, tidak terlalu ketat, sehinggakan nampak bentuk tubuh badan. Ini termasuklah baju yang ketat, jeans dan sebagainya.

Seperti yang dicatatakan di Surah Al Ahzab : 59.

“Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mu’min: “Hendaklah mereka mendekatkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka”. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, karena itu mereka tidak di ganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

3 – Kaki mestilah tidak dapat dilihat. Ini memerlukan wanita memakai kasut/selipar yang menutupi seluruh kakinya ataupon lebih selamat dengan memakai stokin.

4 – Tangan mestilah ditutup sehingga ke bahagian pergelangan tangan. Penyelasaiannya, memakai baju yang berlengan panjang ataupun stokin tangan.

5 - Lanjutan dari syarat ke2, menutupi dada dengan tudung sehinggakan tidak nampak bentuk dada jika memakai baju yang boleh menampakkan bentuk dada. Ini kerana, bahagian tersebutlah yang paling mudah untuk dilihat bentuknya.

Sebenarnya banyak lagi garispanduan yang telah ditetapkan oleh ulama’ seperti wangian, hiasan baju dan lain2. Tetapi fokus kali ini adalah untuk mengajak rakan2 memenuhi garispanduan asas dalam pemakaian. Sangat2 lah logik dan possible untuk memenuhi syarat2 diatas.

Akhirnya, merujuk semula hadith sahih diatas, dengan gaya bahasa keras dan tegas Rasulullah (bukan saya) menegaskan bahawa tiada pengecualian untuk wanita menutup aurat mereka. Sehinggakan memberikan amaran, tidak dapat bau syurga. Nak dikatakan disini, sehemah-hemah Rasulullah pun, tiada toleransi bab2 aurat ni.

Tetapi persoalannya, bolehkah kita berubah terus dengan memenuhi syarat2 diatas. Pendapat saya, cukuplah, sekadar rakan2 sekalian sedar dan berazam untuk berubah kepada pemakaian yang lebih menepati syarat. Berusaha untuk berubah itu penting, walaupun perlahan2, Allah maha mengetahui apa yang kita niatkan. InsyaALLAH, kalau berusaha untuk berubah, Allah buka jalan untuk kita berubah.

Allah tidak melihat kepada keputusan, tapi lebih melihat kepada usaha seseorang. Seorang pelacur yang berusaha untuk memberikan anjing yang kehausan minuman pun, Allah masukkan kedalam syurga atas usaha murninya. Bahkan, seorang yang tudung labuh berlitup pun mungkin akan dimasukkan ke neraka kerana tidak melakukan perkara yang Allah suruh.

Semoga dengan artikel ini, rakan2 sekalian sekurang2nya, aware atas amaran keras rasulullah di atas dan cuba untuk berusaha. Maaf sekali lagi jika menyinggung perasaan sesiapa yang membaca.

Wassalam.

credited to :
ibnulatef

Wanita ISLAM Yang Seksi

(ihsan dari blog seorang sahabat)

Sebenarnya tajuk ini bukan satu keutamaan untuk ditulis oleh saya pada awalnya. Ia memang ada dalam senarai untuk ditulis, tetapi bukan hari ini. Sebetulnya saya mahu menulis tentang isu Fiqh interaksi dengan non-muslim dari kacamata saya sendiri.

Tetapi tak mengapa, Allah gerakkan hati saya untuk tajuk di atas.

Jujur saya nyatakan, tajuk di atas seribu kali ganda pentingnya kepada para pemuda pemudi hari ini.

Dalam kelompok pelajar Islam yang masing2 mempelajari Islam samada secara formal mahupun tidak, amat menyedihkan apabila masih wujud begitu ramai mahasiswi Islam yang tidak tahu batas muamalat yang sepatutnya dipraktikkan oleh mereka.

Ramai menyangka, batas muamalat hanya melibatkan pergaulan atas percakapan antara seorang lelaki dan wanita semata2, atau antara syabab dan akhawat semata2. Sebenarnya , isu muamalat adalah LEBIH BESAR daripada itu.

Muamalat secara umumnya bermaksud hubungan seharian anda bersama manusia, tidak kira siapa. Ia dijaga dan dikawal oleh syariat dengan peraturan2 tersendiri, di mana segala peraturan2 tersebut terkandung sejuta hikmah yang datang dari Allah ta’ala demi maslahatnya manusia.

Allah cipta manusia, Allah bagi manual. Manusia cipta kereta, manusia buat manual. Pentingnya manual adalah supaya kereta tidak rosak dan tahan lama. Pentingnya manual kepada manusia adalah supaya manusia tidak rosak dan selamat dan akhirat sana. Dan manual manusia adalah Al-Quran serta As Sunnah.

Sabda Nabi s.a.w : ” Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang mana jika kamu berpegang kepada keduanya, nescaya kamu tidak akan sesat selama2nya ; iaitu Kitab Allah ( Al-Quran ) dan Sunnah ( Hadis ) Nabi s.a.w “

Memang benar, ramai mahasiswi Islam yang sedar tentang bahayanya pergaulan antara lelaki dan wanita sekaligus mereka menjaga batas2 tersebut. Tetapi apa yang ingin saya tekankan di sini adalah tentang interaksi satu hala, dan bukannya interaksi dua hala.

Apa itu interaksi satu hala?

Saya maksudkan tentang cara anda menampilkan diri anda. Sedia maklum, fitrah lelaki lebih cenderung memandang wanita dan lebih sukar menjaga pandangan matanya berbanding wanita. Lelaki juga lebih cepat naik syahwat dengan hanya memandang, berbanding wanita. Anda boleh lihat hikmahnya dalam Al-Quran, apabila Allah mendahulukan perintah menundukkan pandangan kepada lelaki, kemudian barulah disebut wanita.

Firman Allah : ” Katakanlah kepada lelaki2 yang beriman supaya mereka menahan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka “

Apabila seorang wanita – khususnya mahasiswi Islam – menampilkan diri mereka dalam keadaan yang boleh menarik atau menggoda seorang mahasiswa Islam , maka berlakulah pelbagai fitnah dan kerosakan di atas muka bumi Tuhan.

Malangnya mahasiswi Islam seringkali beralasan bahawa jika mereka dipandang lelaki, maka itu adalah salah sang lelaki yang tidak tahu menjaga pandangan mata mereka.

Ini silap. Kita bukan nak bergaduh tentang siapa lihat tetapi kita hendak koreksi balik kenapa mereka lihat. Anda sebagai wanita, fitrah anda adalah dilihat. Anda ibarat bunga mekar yang dicari oleh sang kumbang. Kerana bunga itu cantik, maka ia dipandang dan kerana anda cantik, maka anda dipandang.

Ya, anda memang cantik!

Allah jadikan anda begitu bukan sia2. Allah jadikannya sebagai ujian kepada anda. Kecantikan yang diberi adalah ujian, bukan semata2 kemuliaan dan kebanggaan. Di sana Allah mahu melihat, adakah anda ingat kepada si pemberi kecantikan itu atau anda akan melupakanNya?

Buktinya, Allah sertakan dalam manualnya iaitu Al-Quran dengan pelbagai suruhan kepada wanita. Dari percakapan, pergaulan, pemakaian, semuanya dititikberatkan oleh Allah dan RasulNya.

Adakah ini bermakna Allah sedang mengongkong anda?

Analogi ; kenapa si pembuat kereta Ferrari menyediakan manual khusus untuk Ferrari dan kenapa tidak boleh digunakan manual Kancil? Dan adakah itu bermakna si pembuat kereta Ferrari sedang mengongkong penggunaan keretanya dengan tidak memberi izin supaya boleh digunakan manual Kancil?

Lagi ; adakah lampu isyarat yang anda lihat di segenap jalan merupakan kongkongan kepada semua pemandu kereta dan lori? Adakah itu dinamakan kongkongan..?

Tidak. Itu peraturan, bukan kongkongan. Peraturan jalanraya dibuat oleh orang yang mahir dengan jalanraya, dimana jika tidak diikut akan mengakibatkan kemalangan jalanraya dan membahayakan nyawa orang lain. Manual kereta juga begitu, peraturan tersebut jika tidak diikut akan menjadikan kereta rosak, terbakar dan sebagainya.

Peraturan Allah pada manusia, termasuk pada wanita juga begitu. Kalau tidak diikut, akan berlakukan kerosakan, kemusnahan dan kehancuran di muka bumi.

Jadi wajib atau tidak ikut peraturan2 tersebut? Tentu sekali jawapannya adalah : Wajib.

Salah satu larangan Allah pada wanita adalah tidak bertabarruj dalam penampilan mereka. Di dalam Al-Quran Allah melarang tabarruj seperti wanita2 jahiliah zaman dahulu. Ini termasuk dengan menonjolkan perhiasan diri, make-up yang berlebihan, berwangi2an yang berlebihan, pakaian yang terlalu menonjol, menampakkan bentuk tubuh dan sebagainya.

Kenapa mahasiswi Islam seksi?

Saya tidak tahu kalau gelaran begitu adalah lucah atau biadab. Apa yang saya tahu, ramai dari mereka yang bergelar mahasiswi Islam merasa bangga jika digelar begitu.

Contoh : seorang wanita berpakaian baju kurung, atau jubah dan bertudung labuh. Kemudian memakai coat atau jaket yang sedikit ketat, kemudian dibutang. Lalu bahagian dadanya akan kelihatan membonjol yang mana bentuk tersebut begitu ketara dan boleh dilihat oleh sesiapa sahaja.

Lalu ditegur supaya jangan berpakaian demikian, kerana ianya ‘seksi’ dan boleh menarik penglihatan lelaki. Tetapi teguran tersebut tidak dianggap teguran , tetapi dianggap ‘pujian’ dan ‘kebanggaan’ pula. Esoknya, jaket yang lebih ketat pula dipakai sambil dalam hati merasa bangga setiap kali perasan yang lelaki melirik ke arahnya.

Apa ini?

Sesetengah orang menamakannya sebagai gangguan seksual. Tidak hairanlah ada kempen ‘ hentikan gangguan seksual pada lelaki ‘ yang dilancarkan di sesetengah kampus di Malaysia. Di Jordan, mungkin kempen tersebut juga perlu dibuat.

Saya sering tertanya2, adakah mereka2 yang berpakaian demikian tidak tahu tentang hakikat yang saya nyatakan di atas? Adakah mereka tidak tahu apa itu gangguan seksual? Adakah mereka tidak tahu apa itu ‘dari mata jatuh ke NAFSU’ ? Adakah mereka tidak tahu bahawa berpakaian begitu adalah HARAM?

Tetapi sudah ditegur. Secara langsung mahupun tidak langsung, saya optimis teguran itu sampai ke telinga mereka. Cuma saya tidak yakin teguran itu sampai atau tidak ke HATI mereka.

Sebahagian dari mereka pula setiap hari berulang alik ke Kuliah Syariah dan belajar agama. Tetapi mendedahkan aurat. Tidak menutup aurat. Melazimi gangguan seksual yang jelas HARAM setiap hari. Jadi bagaimana?

Terus terang saya katakan, ramai mahasiswi Islam hari ini yang masih belum sempurna menutup aurat. Bahkan terlalu ramai yang berpakaian seksi. Seksi pada mereka, tapi SEKSA pada lelaki.

Tidakkah anda sedar bahawa anda sedang MENYEKSA saudara2 anda sendiri..?

Sabda Nabi s.a.w : ” Tidak beriman seseorang daripada kamu sehingga dia mengasihi saudaranya sepertimana dia mengasihi dirinya sendiri “

Maknanya? Apa yang ada tak suka orang buat pada anda, jangan anda buat pada orang lain.

Mungkin ramai dari mereka menyangka ini isu yang remeh. Mereka merasa cukup dengan menutup ‘kulit2' dan ‘rambut2' mereka. Tetapi mereka jahil bahawa itu bukan bermakna mereka sudah ‘menutup aurat’ dengan sebenarnya.

Justeru saya ingin mengajak sekalian mahasiswi Islam supaya kembali sedar akan hakikat yang saya nyatakan di atas. Kalau betul anda rasa anda cantik, simpanlah ia untuk hadiah teristimewa kepada SUAMI anda satu masa nanti. Jika betul anda rasa anda seksi dan tubuh badan anda cantik, simpanlah ia juga kepada SUAMI anda nanti. Jika betul anda rasa anda gedik dan menarik, simpanlah ia khas untuk SUAMI anda apabila berkahwin nanti.

Sebelum keluar dari rumah, berdiri depan cermin. Dan sebelum tangan anda mencapai apa2 alat solek, bacalah dahulu doa ini : Ya Allah , sebagaimana Engkau cantikkan kejadian aku, maka Engkau tolonglah cantikkan juga AKHLAK aku.

Ingat Allah banyak2. Kemudian baru bersolek.

Sekali lagi lepas bersolek, tataplah cermin dan bacalah sekali lagi doa di atas. Dan ingatlah Allah banyak2.

Kemudian sebelum melangkah keluar dari rumah, nak pergi kelas dan sebagainya, tataplah cermin sekali lagi. Tengok pakaian anda atas bawah. Baca sekali lagi doa di atas, ingat Allah BANYAK2. Dan keluarlah.

Sebagai mahasiswi Islam, saya optimis, jika anda BENAR2 mengamalkan apa yang saya sebut di atas, anda TIDAK akan keluar rumah dengan make up tebal, atau baju yang bersinar2, atau yang menampakkan bentuk tubuh dan dada anda. Saya optimis!

Semoga tulisan dan nasihat ini dapat dibaca dengan mata hati anda..

Sekian.

P/s : Mahasiswi Islam merujuk kepada semua pelajar wanita beragama Islam, bukan ‘jurusan Islam’ sahaja.

AURAT DI ZAMAN SEKARANG..

Pernah nasihat dan tegur kawan-kawan wanita anda yang tidak menutup aurat? Jom kita tengok apakah alasan yang selalu digunakan wanita yang enggan menutup aurat apabila ditegur kesalahan mereka itu. Dan apa jawapan yang mungkin sesuai untuk mereka:-

1. Semua yang tutup aurat, kompom masuk syurga ke?
-Yang pasti, tak tutup aurat, kompom masuk neraka.

2. Tudung labuh pun macam baik sangat. Buat dosa jugak. Mengumpat orang.
-Bila Iblis tak mahu ikut perintah Allah untuk bersujud kepada Adam, dia menyalahkan perintah Allah itu. "Apahal pulak aku kena sujud, aku lebih baik dan mulia". Samalah dengan tudung. Tudung pula yang disalahkan, "pakai tudung tak mestinya baik..bla...bla...bla".. lagi satu, dosa yang sedia ada janganlah ditambah lagi.

3. Macamlah kau bagus sangat nak tegur aku. Kau dulu lagi jahat nak mampos.
-Tidak tersabit larangan dari Nabi untuk seseorang yang bahkan baru masuk Islam untuk pergi berdakwah kepada kaumnya. Maksudnya, dakwah itu tuntutan. Selagi kau Islam, dakwah tu wajib walaupun kau sendiri tak berapa betul. Sekurang-kurang dia insaf dan bertaubat sekarang.

4. Walau kami pakai seksi tapi hati kami baik.
-Adakah kau mendakwa diri kau mempunyai hati yang suci, iman yang tinggi dan kononnya ia sudah cukup menjamin maruah diri kau tanpa perlu menutup aurat?

5. Pakai jarang ke ketat ke, itu hak kami. Kalau tak suka jangan tengok.
-Adakah kau berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi mempunyai hati suci dan iman yang tinggi untuk menahan godaan syaitan serta nafsu yang membuak-buak?

6. Kami rasa apa yang kami pakai tak seksi. Terpulang kepada individu yang memandang kami.
-Seksi atau tidak, kau tetap berdosa walaupun hanya menayang sehelai rambut kau.

7. Walau kami tak bertudung, kami tetap sembahyang dan puasa.
-Apakah ibadat kau diterima? Kau yakin cuma dengan berpuasa sudah cukup untuk menjamin kau masuk syurga?

8. Sukahati kamilah nak pakai macam ni. Kami tak susahkan hidup orang lain.
-Kau sebenarnya dah susahkan bapa, abang, adik, suami serta orang lain dengan menarik mereka ke neraka bersama kau disebabkan mereka tidak menegur dan gagal mendidik kau.

9. Apa yang kami pakai, ini antara kami dengan Tuhan.
-Berani cakap di dunia, berani ke kau cakap macam tu depan Allah nanti? Lawan perintah Allah, Neraka tempatnya.

10. Kami pakai seksi macam ni, sebab ikut arahan photographer/pengarah filem untuk disesuaikan dalam scene. (ayat artis)
-Sanggup patuh arahan mereka daripada patuh suruhan Allah?

11. Bukan kami tak mahu menutup aurat, cuma masih belum sampai seru.
-Mati tidak mengenal usia. Tak takut ke mati dalam usia muda? Tak sempat nak bertaubat nanti.

12. Takkan nak buat perubahan secara drastik? Slow-slow la..
-Boleh ke cakap kat Malaikat Izrail nanti, tunggu kejap! Lepak la dulu. Jangan ambil lagi nyawa aku.

13. Tutup aurat tu bagus tapi kami tidak mahu hipokrit kerana tidak ikhlas melakukannya.
-Kalau begitu kau sebenarnya memang hipokrit kerana tidak ikhlas beragama Islam!!!

Renungkan dan tanyalah pada diri sendiri adakah kita tergolong dalam golongan di atas walaupun sedikit?? jika ya, berubahlah sebelum terlambat, sebelum nyawa bercerai dari badan.. ingat 5 perkara sebelum 5 perkara..

Wahai sahabatku yg dikasihi . .

Jika kau bakal menjadi seorang DOKTOR kelak,
maka rawatlah hati insan yang kian terpesong jauh daripada agama tercinta.

Jika kau bakal menjadi seorang ARKITEK kelak,
maka lakarlah sinar Islam yang mampu menyinari kehidupan setiap Muslim.

...Jika kau bakal menjadi seorang JURUTERA kelak,
maka binalah satu ukhuwah yang kukuh antara umat Islam itu.

Jika kau bakal menjadi seorang PEGUAM kelak,
maka pertahankanlah Islam di mata dunia.

Jika kau bakal menjadi seorang JURUTERBANG kelak,
maka pandulah manusia untuk kembali ke jalan yang diredhaiNYA.

Jika kau bakal menjadi seorang POLIS kelak,
maka awasilah umat Islam daripada terus memungkiri Tuhan yang Maha Pencipta.

Jika kau bakal menjadi seorang PENSYARAH kelak,
maka didiklah anak bangsa untuk menjadi Muslim yang berjaya.

Jika kau bakal menjadi seorang AKAUNTAN kelak,
maka sedarkanlah manusia bahawa pahala ALLAH itu lebih mewah daripada segala-galanya.

Jika kau bakal menjadi seorang GURU kelak,
maka bentukkanlah acuan sempurna dalam sanubari anak didik mereka agar kelak menjadi GOLONGAN di atas...


Walau di mana juapun kita semua akan tercampak jauh,
hiduplah di atas satu landasan kebenaran iaitu ISLAM.
InsyaAllah, sama-sama kita berusaha utk mendapat keredaanNya dlm setiap pekerjaan yg kita lakukan.
Moga Allah berikan petunjuk ke jalan yg benar.. Amin Ya Rabb :)

C.I.N.T.A

Kalau kita sukakan seseorang,
jangan beritahu si dia.
Nanti Allah kurangkan rasa cinta padanya..

Tapi luahkan pada Allah,
beritahulah Allah.
Allah Maha mengetahui siapa jodoh kita..

Cintai Dia Dalam Diam,
Dari Kejauhan Dengan Kesederhanaan & Keikhlasan..

Jika benar cinta itu kerana ALLAH maka biarkanlah ia mengalir mengikut aliran ALLAH kerana hakikatnya ia berhulu dari ALLAH maka ia pun berhilir hanya kepada ALLAH..

"Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran ALLAH." (Adz Dzariyat : 49)

Tetapi jika kelemahan masih nyata dipelupuk mata maka bersabarlah, berdoalah & berpuasalah..

"Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji.
Dan suatu jalan yang buruk." (Al Israa' : 32 )

Ketika kau mendambakan sebuah cinta sejati yang tak kunjung datang, Allah SWT mempunyai Cinta dan Kasih yang lebih besar dari segalanya & Dia telah Menciptakan sseorang yang akan menjadi pasangan hidupmu kelak.

Ketika kau merasa bahawa kau mencintai seseorang, namun kau tahu cintamu tak terbalas. Allah SWT tahu apa yang ada di depanmu & Dia sedang mempersiapkan segala yang terbaik untukmu.

Cukup cintai dalam diam..
bukan kerana membenci hadirnya
tetapi menjaga kesuciannya,
bukan kerana menghindari dunia
tetapi meraih syurga-NYA,
bukan kerana lemah untuk menghadapinya
tetapi menguatkan jiwa dari godaan syaitan yang begitu halus & menyelusup.

Cukup cintai dari kejauhan..
kerana hadirmu tiada kan mampu menjauhkan dari ujian,
kerana hadirmu hanya akan menggoyahkan iman dan ketenangan,
kerana mungkin membawa kelalaian hati-hati yang terjaga.

Cukup cintai dengan kesederhanaan..
Memupuknya hanya akan menambah penderitaan,
menumbuhkan harapan hanya akan membumbui kebahagiaan para syaitan.

Cintailah dengan keikhlasan..
Kerana tentu kisah Fatimah dan Ali Bin Abi Talib diingini oleh hati
tetapi sanggupkah jika semua berakhir seperti sejarah cinta Salman Al Farisi..??

".. boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. ALLAH mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." (Al Baqarah : 216 )


Jangan memberi harapan pada yang belum pasti,
kelak ada insan yang bakal dilukai,
Jangan menaruh harapan pada yang belum tentu dimiliki,
nanti hati yang kecewa sendiri.

Sebaliknya,
gantunglah segenap pengharapanmu kepada Yang Maha Memberi,
nescaya dirimu tak sesekali dizalimi,
kerana Dia mendengar pengharapanmu setiap kali & Dia menunaikannya dgn cara-Nya yang tersendiri.

Cukup cintai dalam diam dari kejauhan dengan kesederhaan & keikhlasan
Kerana tiada yang tahu rencana Tuhan
mungkin saja rasa ini ujian yang akan melapuk atau membeku dengan perlahan

Kerana hati ini begitu mudah untuk dibolak-balikkan
serahkan rasa itu pada Yang Memberi dan Memilikinya
biarkan DIA yang mengatur semuanya hingga keindahan itu datang pada waktunya.

"Barangsiapa yang menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga."
(Umar Bin Khattab R.A)

Kita Budak AGAMA.. xkan terlepas title tu walau di mana kita berada.. :)

Mereka kata... Kita ni pelajar Sekolah Agama... Tapi Kita... Semakin malu mengaku hakikat itu..
Mereka kata... Kita ni menjaga solat... Tapi Kita... Kalau boleh nak buat masa paling hujung waktu...
Mereka kata... Kita ni boleh menjadi imam... Tapi Kita... Bagi alasan "Eh ada orang yang lagi layak"...
Mereka kata... Kita ni tak kan mengumpat... Tapi Kita... Pantang ada geng, pasti bergosip...
Mereka kata... Kita ni calon suami yang soleh... Tapi Kita...Layak ke gelaran soleh tu untuk kita?
Mereka kata... Kita ni calon isteri yang solehah... Tapi Kita... Layak ke gelaran solehah tu untuk kita?
Mereka kata... Kita ni ma'thurat dijadikan amalan harian... Tapi Kita... Ma'thurat tu ape ek?
Mereka kata... Kita ni mengamalkan sunnah... Tapi Kita... Pekara yang wajib pun entah ke mana...
Mereka kata... Kita ni menutup aurat... Tapi Kita... Mempersembahkan aurat menjadi kebanggaan...
Mereka kata... Kita ni qiamullail dijadikan makanan mingguan... Tapi Kita... Last buat pun time kat SMA dulu...
Mereka kata... Kita ni kuat bersedekah... Tapi Kita...Baik simpan buat belanja kekasih...
Mereka kata... Kita ni menjaga batasan pergaulan... Tapi Kita... Bertepuk tampar dengan ajnabi menjadi kebiasaan...
Mereka kata... Kita ni banyak menghafaz Al Quran... Tapi Kita... As-Sajdah masa exam PQS dulu pun entah ke mana...
Mereka kata... Kita ni sedap mata memandang... Tapi Kita... Muka pun dah hilang nur dek kerana jarang berwudu’...
Mereka kata... Kita ni membaca Al Quran dijadikan kelaziman... Tapi Kita... Agak2 berapa kali seminggu kita baca? ke setahun sekali sahaja?
Mereka kata... Kita ni penuh ilmu agama di dada... Tapi Kita... Sekarang kita bukan belajar agama dah. Tak perlu belajar agama!!!!

Di atas ni sedikit fenomena biasa dalam kalangan produk pelajar sekolah agama. Sebaik sahaja melangkah keluar dari Sekolah yang dikatakan Agama yang SMA, maka sejajar dengan itu segala tarbiyah dan didikan dari Ustaz dan Ustazah kita abaikan. Kita tergolong dalam bekas pelajar yang ada sedikit fikrah agama. Tapi ada kalangan kita yang mencemarkan agama.

Tak malukah kita melihat bekas pelajar sains, bekas pelajar sekolah harian biasa malahan bekas pelajar King Edward dan Methodist pun lebih menghayati agama dari kta yang bertitle “Budak Sekolah Agama”. Oh terlupa pula, kita hanya bekas sekolah agama. Tak perlu lagi menonjolkan ciri-ciri murni Islam dalam diri. Tapi ingatlah teman sekalian, sememangnya kita adalah bekas sekolah agama. Tapi kita bukan bekas beragama Islam. Kita masih beragama Islam.


Tidak berdesingkah telinga kita mendengar “Ala..budak sekolah agama pun buat begitu dan begini” atau lebih menyakitkan apabila non-muslim bercakap “I tengok budak sekolah agama pun macam tu. Patut la Islam ni teruk..”... Nah!!! tahniah untuk kita semua yang berjaya menimbulkan fitnah besar kepada agama yang kita cintai ini. Islam yang tersebar dengan lelah dan keringat umat terdahulu kita cemarkan dengan akhlak “budak sekolah agama” kita tu.

Ingin atau tidak kita sememangnya memegang title tersebut. Bukan kita sahaja. Ramai lagi kawan2 kita dari aliran yang sama BERUNTUNG dengan adanya title tersebut. Kita telah dijinakkan satu ketika dahulu dengan tarbiyah SMA. Kenapa tidak sekarang kita kembali kepada kita yang dahulu? Jadikan title “budak sekolah agama” itu sebagai wasilah untuk kita memperbaiki diri kita yang dipenuhi dengan lumpur noda ini.

Artikel ini bukanlah dihadirkan atas dasar ingin mengumpat ataupun mengata. Tetapi cuma ingin memperkatakan apa yang harus dikata. Bukan juga niat untuk menyatakan SEMUA produk SMA itu tidak bagus. Mungkin perkara di atas hanyalah semata kes yang anamoli. Tapi mungkin juga ianya telah ataupun akan menjadi kes yang major. Sekadar peringatan untuk diri ini dan rakan2 lain yang sudi untuk diperingatkan.

Bukan mengatakan untuk kita menjadi alim seperti ulama’ hebat, Bukan ingin mengatakan kita taat seperti malaikat. Tapi cukup lah menjadi umat sebenar-benar umat. Ingat kata2 ini “Andai tak mampu buat semua jangan tinggal semua” dan jangan sampai “MEREKA KATA kita adalah harapan agama TAPI KITA sebenarnya adalah sampah agama”!!!

Salam Ramadhan Kareem.. Semoga madrasah Ramadhan ini akan mengembalikan zaman kegemilangan tarbiyah diri kita yang pernah muncul di susana SMA satu ketika dahulu..

Tuesday, July 19, 2011

...Aku Dah Sampai Bangi...

ALHAMDULILLAH aku dh slamat smpai ke Bangi 18/07/2011 pukul 2pagi.. cerita ttg perjalanan aku skit laaa.. aku naik motor sorang & bawak motor sorang2 dari Kuala Terengganu ke Bangi.. orang panggil "single rider" dan "lone ranger"..

Aku brtolak dr Kuala Terengganu pukul 2ptg (17/07/2011).. smpai di Kemaman, aku makan & rehat2 dlu jap kt umah kawan aku.. mak dia nk sgt jmpa aku, so xnak laaa hampakan harapan mak dia.. bnyk laaa yg mak dia sembang2 ngan aku.. siap mak dia cakap aku tersangat laaa kurus.. last aku jmpa mak dia thn 2007.. so mmg byk gak laaa perubahan yg wujud pd aku skrg ni (2011) berbanding 2007 dulu..

Pukul 8mlm aku bertolak dr Kemaman utk ke KL lps siap buat jama' taqdim solat maghrib & isya.. dari Kemaman, melepasi Cherating dan masuk ke LPT (Lebuhraya Pantai Timur), terus ke Kuantan & Jabor.. aku cadang nak isi minyak kt R&R Kuantan tp rupa2nya atas highway tu xder pn R&R Kuantan.. hahaha..

Motor aku habis minyak atas highway dekat ngan exit Bukit Gambang Resort City.. lps call peronda lebuhraya, diorg ckp lg setengah jam diorg smpai utk bg bantuan.. nasib baik aku duk bawah lampu (sbb dekat dgn exit highway), so xder laaa aku risau sgt.. sepanjang highway tu gelap jer, yg ada lampu cma kt exit highway, R&R dan tol jer..

Jujurnya, aku x takut hantu pn tp aku lbih tkutkan manusia.. tkut diorg rompak aku ker, amik motor aku ker, bunuh ker, aper ker.. susah lak mak bapak aku..

Lepas setengah jam tunggu, alhamdulillah peronda dtg bg bantuan.. isi minyak smpai penuh RM10 dlm tangki motor aku tu.. lps aku byr harga minyak kt diorg, aku pn teruskan prjalanan.. pastu aku stop kt R&R Gambang, beli air 100plus botol besar.. paksa minum kt situ jgk smpai habis, kembung perut aku, hahaha.. bila botool tu dh kosong, aku isi minyk utk spare kalau2 trjadi bnda yg sama lg..

Alhamdulillah lps tu dh x brlaku apa2 spnjg prjalanan, smuanya slamat.. walaupun spanjang prjalanan, kadang2 otak aku terfikir ttg berita malam sebelum tu (16/07/2011), kematian seorang pelajar UiTM dlm perjalanannya bersendirian bawak motor dari Jengka, Pahang utk balik ke kampusnya di KL.. beliau meninggal dunia lps langgar penghadang jalan sebelah kiri, trcampak ke dalam sungai (Sungai Tanglir, Karak) & dihanyutkan arus..

Mgkn beliau mengantuk, mgkn jgk trsalah nmpk jalan sbb highway tu gelap, mgkn jgk dganggu makhluk halus highway karak, mgkn jgk dlanggar lari oleh kndraan lain, mgkn jgk x dpt kawal knderaan bila ditolak oleh angin lori yg tgh laju.. byk lagi kmungkinan2 lain..

Aku risau bnda yg sama brlaku kt aku.. so spanjang prjalanan, aku baca ayat2 suci al-Quran yg aku hafal.. dgn harapan smoga Allah melindungi aku dr segala bahaya dgn berkat ayat2 suci-NYA, d samping tu dpt jgk aku mngulang hafalan aku drpd lupa kn? hehehehe

Akhirnya setelah beberapa jam bawak motor atas highway dgn kelajuan 140 - 180 km/j.. smpailah aku di Bangi ngan selamat.. alhamdulillah.. aku happy sangat2 dpt smpai kt Bangi ni.. dpt jmpa best friend aku, Shamil & Bija.. hehehehe

Monday, July 11, 2011

...Hari-hari Terakhirku di PBT..

Seminggu sebelum berakhirnya latihan amali/industri (praktikal) aku, kebanyakan staff PBT & PPAT seolah2 berat utk melepaskan aku.. katanya sbb blum ada lg student praktikal yg banyak bg khidmat pd PBT & PPAT ni.. aku sepatutnya abis praktikal 10/07/2011.. tp diorang ada mintak aku extend tempoh praktikal aku tu smpai hujung bln 7.. ada jgk yg consider skit, mtk aku extend smpai hari khamis tu (14/07/2011)..

Kalau smpai hari khamis tu, insyaAllah aku boleh consider & penuhi permintaan tu.. tp kalau smpai ujung bln 7 mmg x dpt laaa sbb aku kna balik UKM utk siapkan report, hntr report dan lain-lain lagi.. maksudnya aku ada urusan lain laaa yg aku perlu selesaikan.. x boleh laaa trlalu fikir nk penuhi prmintaan oranglain sedangkan urusan sndiri blum siap...

Alhamdulillah diorang smua boleh faham.. w/pun berat bg diorang utk lepaskan aku, tp trpaksa laaa jgk lepaskan kn? aku pn berat jgk sbnrnya utk tinggalkan PBT & PPAT tu sbb aku dh smakin seronok bkerja di sana.. so klu diorang seronok aku kerja kt situ, diorang kna laaa amik aku jd staff situ lps aku abis blajar nnt.. hehehe

Semalam/kemarin adalah hari terakhir aku brkhidmat di PBT & PPAT.. tp ramai yg x jmpa aku.. sbb diorang masih mnganggap aku akan kerja smpai hari khamis nnt.. ya, ok, aku akan penuhi hasrat korang smua.. masalah peribadi aku tu, pndai2 laaa aku selesaikan sndiri.. masalah peribadi aku buat masa skrg ni cuma duit jer.. sbb duit aku tgh kurang sangat2 ni.. yer laaa, kalau xder duit, camner nk isi minyak motor pegi keje, cmner nk makan tghri, makan malam, dan lain-lain kn?

Apa2 pn.. aku nk share kt sini bahawa aku sangat seronok bkerja di PBT & PPAT.. sbb staff situ baik2, kerja pn x berat sgt, aku x rasa diri aku dpergunakan, aku rasa diri aku sangat dihargai di situ, aku dapat mncurahkan ilmu aku, dan banyak lagi laaa keseronokan & kepuasan yg aku dapat di situ.. banyak ilmu & ppengalaman yg aku dapat di situ.. terima kasih semua.. dan syukur pd Allah krn mmpertemukan aku dgn diorang smua & menetapkan Qada Qadar-Nya yg aku akan berpraktikal di sana.. ;)

* PBT = Pusat Bahasa Terengganu
* PPAT = Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu
* PBT adalah satu bahagian di bawah seliaan PPAT

Saturday, July 09, 2011

...lega hati aku..

Alhamdulillah.. aku rasa sangat lega hari ni sbb aku dh dpt luahkan smua yg trbuku d hati aku pd dia.. selama ni ko mintak aku lepaskan ko kn? so td aku ada ksempatan utk disscuss ngan ko, aku luahkan smua yg ada dlm hati ni, baru ko thu saper sbnrnya ko di hati aku.. dan dapat jgk laa aku dgr luahan hati ko..

Aku bukan aper.. malas nk panjangkan citer, malas nk serabutkan keadaan.. aku kalau dh cakap, xder tarik balik punyer.. biar laaa apa pn yg brlaku.. sbb sblm aku cakap, aku akan brfikir dlu.. bkn mcm ko, ko main redah jer bercakap ikut suka mulut.. last2 ko yg nangis sbb bila tahu hati aku cmner.. tp "terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya"..

Terus terangnya, bkn aku x sayangkan ko, bkn aku xder hati pd ko.. tp sbb aku x tahan ngan sikap ko, trpaksa laaa aku lepaskan ko.. ko ingat best ker smpaikan pd org lain utk org tu ckp pd aku supaya aku lepaskan ko? mana keberanian ko? w/pun ko explain kt aku ttg apa sbnrnya yg ko nk dgn mngadu pd org tu utk aku lepaskan ko.. tp aku x dpt trima hakikat laa..

Ko penah dgr ttg permainan "telefon buruk"?? apa yg kita ckp kt org blakang skali, bila suruh smpaikan pd org yg pling depan dlm prmainan tu, infonya xkan sama ngan apa yg mula2 disampaikan tu.. so kalau ko nk smpaikan pd org, aku rasa cara tu x btol laa.. spatutnya ko kna ckp sndiri ngan aku, baru laaa memudahkan keje..

Tengok skrg, sapa yg rugi?? ko mnangis kehilangan aku.. klu ko nk kt aku skalipun skrg ni, ko xkan dpt aku yg sprti dlu.. aku cuma bleh layan ko sbagai seorang kawan jer, no more.. sbb bg aku, "skali berkawan, selamanya tetap kawan".. tp utk lebih dr tu, x dpt laaa aku nk penuhi prmintaan ko tu..

Tak dpt laaa aku didik ko lg, bg nasihat pd ko sntiasa, suruh ko itu ini, bg pndpt pd ko ttg itu ini, bantu penuhi kekurangan ko, brkongsi pglmn hidup aku, suruh ko makan ubat, dsb lagi.. bg ko, mgkn tu lbih baik kn? sbb dh xder sapa akan halang ko buat apa saja ko nk, xkan ada org marah2 ko lg, xda org yg tegas ngan ko lebih2, xda org yg akan mintak ko itu ini, dsb.. msti ko rs sgt best kn?

Tapi ko kena ingat.. aku ni lelaki.. tp aku tetap ada hati & perasaan.. aku tetap menangis, aku tetap sedih.. tp aku kna kuat laaa, sbb aku laki.. bkn sbb aku ego, tp sbb aku ada pndirian & aku prlu tegas ngan prinsip aku.. kalau sblm ni aku boleh tahan ngan sikap ko, boleh sabar ngan kehendak ko, boleh hormati pendapat ko.. so apa salahnya kalau skrg ko blajar utk tahan ngan sikap aku, sabar ngan kehendak aku & hormati pndpt aku.. x susah kn?

So, selamat tinggal kekasih lamaku.. selamat datang ke alam persahabatan atau lebih mudah utk diterangkan, selamat menjadi kawanku.. jika sblm ni aku mngalu2kan kdatangan ko dlm hidup aku sbagai kekasih hati, skrg aku mngalu2kan kdatangan ko dlm hidup aku sbagai kawan plak..

Saturday, July 02, 2011

...aku rindukan kawan2 aku di Bangi...

Tajuk ni pun dh jelas ttg rasa hati aku kn? so x perlu laaa aku nk luahkan panjang lebar sgt entry ni..

Aku rindukan kawan2 aku di Bangi skrg ni sbb aku tgh ada masalah.. biasanya kalau aku ada masalah, aku akan bincang ngan kawan2 aku di Bangi sbb dioranglah antara kawan2 baik aku kt dunia ni.. aku akan mtk pendapat diorang w/pun x smua masalah aku citer kt diorang & x semua pndpt diorang tu aku trima..

Tp at least bila aku ada tmpt @ orang utk aku brcerita, akan ringan skit beban otak aku ni.. nasib baik laaa kawan2 aku di Bangi tu jnis penyimpan rahsia.. mcm penyimpan mohor besar raja-raja utk tngok anak bulan Ramadhan & Syawal tu laaa lebih kurang.. hehehehe...

Ni bkn brmakna aku hanya rindu kawan2 aku di Bangi tu smasa aku bermasalah.. aku sntiasa rindukan diorang cma akan LEBIH rindu bila aku dlm masalah.. nk citer dlm telefon, x best.. xper laaa, ada beberapa hari jer lagi aku kt Terengganu ni..

Bila nk tinggalkan trganu 15hb 7 ni, rasa berat laaa plak.. sbb aku dh dpt sesuaikan diri kt sini.. Ya Allah, kau cekalkanlah hati aku.. janganlah kau biarkan hatiku terumbang-ambing tidak dapat menerima Qada Qadar Mu.. kau kuatkanlah hatiku supaya sntiasa dapat menyedari ketentuan-Mu adalah yg terbaik.. amiiinnn...

...aku tersepit dlm masalah sndiri...

Baru2 ni abg aku bertunang.. ALHAMDULILLAH.. aku tumpang gembira, tumpang bahagia ngan abg aku.. tp masalahnya datang bila abg + mak + ayah aku tanya aku, bila plak aku nk bina masjid ni.. aku ckp xda calon yg sesuai lagi, masih dlm pencarian.. last2 aku tersepit dlm jawapan aku tu bilamana mak ayah aku nk carikan calon utk aku.. aduhai.. susah jgk dpt mak ayah yg sgt2 prihatin ni..

Sbnrnya aku blum brsedia nk kawin walaupun hakikatnya umur aku dh smakin meningkat.. klu tngok kebanyakan kawan2 yg sebaya aku, diorang dh ada keje tetap, dh ada income sndiri, dh kawin, dh ada anak dh pn.. classmates aku kt sek men dlu, 95% dr diorang dh kawin & dh ada anak.. aku jeles gak tngok diorang.. tp tu laaa, aku blum brsedia.. study pn x abis lg.. tp ni bkn jwpn sbnr naper aku xkawin @ xnak kawin lg..

Kalau ikutkan hati aku, nk jer kawin secepat mungkin, so dpt laaa ngelak banyak maksiat, dpt jaga agama Allah (w/pun hakikatnya aku bkn islamic sgt, tp aku ada keinginan utk jaga agama Allah tu) & aku x perlu nk fikir ttg pemilihan calon lg dh.. tp masalahnya x ramai family yg bleh trima klu anak dia nk kawin time blajar.. diorang akan cakap "kamu nk bagi anak bini makan apa??? pasir???".. aduhai, betapa ceteknya ilmu agama orang tu, betapa rendahnya martabat Qada Qadar Allah yg diorang ketahui, betapa akal manusia x mampu menilai kehebatan Allah & bagaimana menjaga agama Allah tu..

Setiap perkara ada kebaikan & keburukannya.. sama jgk bab kawin di usia muda ni @ semasa masih menuntut di universiti ni.. antara keburukannya, tkut suami tu x dapat bg nafkah zahir pd isteri.. tp klu dfikirkan, masa brcinta tu bleh plak laki tu blanja pompuan pegi sana sini, makan sana sini, dsb.. so apa salahnya klu sikap d zaman percintaan tu diaplikasikan dlm khidupan berumahtangga?? lagipun x kan laaa laki tu xder inisiatif lgsg utk jana pendapatan sndiri? xkan nk harapkan mak ayah 100% mcm masa sekolah dlu?

Ok, skrg mari kita sama2 fikir.. Cuba bayangkan bagi seorang penuntut universiti di peringkat ijazah, biasanya akan buat pinjaman PTPTN, RM3,500.00 utk 1 sem (-+6bulan).. so tolak yuran semua, mungkin akn jd -+RM1,500.00 bakinya.. klu ikutkan x cukup nak makan pakai beli buku semua2 laaa selama 6 bln kn? akan harapkan duit mak ayah @ keje sampingan gak kn? so bayangkan kalau 2 orang dpt gabungkan duit pinjaman tu, akan jd -+RM3,000.00.. nk makan, masak sndiri kt umah.. duit minyak knderaan akan jd seolah2 sorang jer guna knderaan, sbb naik sama2 pegi kelas.. bukankah itu akan lbih mnjimatkan lg? tp jgn fikir enjoy & shopping lg.. masa blajar buat cara blajar laaa.. nk enjoy @ shopping pn brpada2 laaa kn? jgn abiskan byk duit sgt..

Biasanya bila dh kawin ni, Allah akan mudahkan, murahkan & luaskan rezeki seseorang tu.. korang penah dengar x ayat "rezeki orang kawin laaa tu" ataupun "rezeki anak laaa tu".. so kita jangan anggap bila dh kawin ni kehidupan akan jadi lebih sempit.. malah bila kita lebih menjaga agama Allah, Allah akan lebih menjaga kita plak.. klu stakat ujian Allah tu, biasa laaa... smua manusia ada ujiannya tersendiri.. yg penting trima dgn hati trbuka, redha ngan Qada Qadar Allah & tidak merungut selain kepadaNYA..

Berbalik kpd persoalan aku awal td tu, aku kalau bleh nak kawin cepat2, mak ayah aku pn x kisah.. tp mak ayah aku takut aku dpt isteri & mertua yg x dpt trima anak diorang kawin semasa masih belajar @ kawin ngan orang yg masih belajar.. so trpaksa laaa aku simpan hasrat aku dlu.. sampaikan kadang2 aku dh jadi xder hati pada pompuan, sbb fikir "kalau aku ngorat pn & kalau aku couple pn, blum tntu dpt kawin dlm masa trdekat ni".. so better aku x payah bagi harapan pd si dia & jgn bagi harapan pd diri aku sndiri..

So jawapan aku pd abg + mak + ayah aku lps ni klu diorang tanya lg.. "aku xnak fikir ttg kawin lg smpai laaa aku abis blajar nnt & dh keje"... so lbih baik brkawan jer dlu, xyah nk couple2 @ bg harapan, dll.. seandainya mak ayah aku dh carikan calon utk aku, aku rasa aku akan trima jer kot.. klu nk tolak pn, tkut dkatakan menderhaka lak.. cukup laaa sekali jer seumur hidup aku dpt ayat tu dr parents aku, xnak dh.. sumpah xnak dh.. tkut xcium bau syurga nnt..

Kalau aku masih x couple skrg ni, at least kalau mak ayah aku dh carikan calon utk aku, xder laaa aku rasa brsalah sgt pd pompuan tu, sbb aku x bg apa2 harapan pd dia.. tp harap2nya mak ayah aku bkn mcm mak ayah zaman dlu laaa yg carikan calon utk anak2 diorang.. amiiinnn...

Monday, June 27, 2011

...ko nk aku lepaskan ko ek...

Aku x faham.. brapa kali ko nk aku lepaskan ko aaa?? selama ni aku x lepaskan ko lg ke? adakah sbb aku masih layan ko, ko anggap kita masih couple?? salahkah kita berkawan selepas putus bercouple?? ntah laaa.. aku pn x faham..

Mgkn ko x tahu prangai aku mmg x suka putus kawan.. bg aku, "sekali berkawan, selamanya tetap kawan".. dan prinsip aku jgk "kenapa kebanyakan persahabatan akan berakhir dgn percintaan, tp setiap percintaan jarang berkahir dgn persahabatan, so aku perlu mengakhiri percintaan dgn persahabatan klu bkn dgn perkahwinan sekali pn".. bg aku, x salah berkawan andai tahu batas-batas persahabatan berlainan jantina tersebut..

Biarlah aku menyendiri, jauh dr cintamu.. walaupun aku x nafikan ko banyak mmberi sumbangan dlm hidup aku.. tp klu ko dh nk sgt aku lepaskan ko, ok, aku akan lepaskan ko.. tp cmner aku nk lepaskan ko sedangkan kita xder apa2 pertalian, xder apa2 hubungan selain kawan jer???

Dah laaaa ko mtk aku lepaskan ko tu, ko sampaikan pd org utk org tu smpaikaan pd aku.. ko main passing jer ek? ko ingat ni pertandingan lari pass batton k?? klu berani, ckp laa sndiri dgn aku.. aku x marah, cma aku akan jelaskan perkara sebenar pd ko.. aku bkn seorang yg cepat marah, ko pn tahu kn? ker ko nk tngok aku marah? klu ya, silakan buat aku marah..

...aku serba salah...

Aku x tahu apa harus kulakukan.. adakah perlu utk aku terus menyayangi beliau & memanjakan beliau seperti sebelum ni.. atau aku perlu melayannya seperti biasa.. aku pn x tahu.. aku x nafikan yg aku masih sayangkan beliau.. tp kdg2 bila teringatkan layanan yg beliau berikan pd aku sebelum ni, mmbuatkan aku terasa ingin melayannya sebagai seorang kawan jer buat masa ni, x lebih dr tu.. egokah aku???

Beliau menyatakan hasrat hati yg mnyayangi aku.. aku bleh nmpk dr perwatakannya yg semakin berubah.. tp aku perlukan masa utk ubati hati aku.. aku perlukan masa utk mengenali dirinya.. mana laaa tahu beliau berubah hanya utk seketika.. namun aku harapkan & berdoa beliau berubah ke arah kebaikan tu buat selama2nya.. amiiinnn...

Kalaulah aku menyatakan hasrat hati utk memiliki beliau, adakah beliau mampu utk berada di sisiku setiap masa? adakah beliau mampu utk menikahi aku dlm masa terdekat ni? terdekat tu x laaa dekat mana, mgkn 1 thn lbih jgk laaa.. abang aku dh bertunang kemarin (26/06/2011).. so abang aku tanya aku bila lagi.. aku cuma mampu jawab, calon yg btol2 x der lg, kwan2 ada laaa.. aku klu bleh, nk buat knduiri kawin sama2 ngan abg aku.. save bajet skit.. maklum laaa aku bknnya dr keluarga yg berada & mewah..

apa2 pn, TAHNIAH utk abang aku yg bertunang tu.. ;)

skrg aku x tahu nk buat cmna.. aku harap beliau bleh bg masa utk aku rilex dlu.. walau cmner pn, aku tetap akan layan dia sebaik mungkin.. sbb dlm hati aku, aku masih sayangkan dia, sama mcm dia sayangkan aku..

Saturday, June 25, 2011

...alhamdulillah & masha-Allah...

Aku x pasti sebenarnya nk gunakan mana satu ayat di atas tentang perasaan aku.. aku terkejut ngan berita yg aku dpt hari khamis baru2 ni (23/06/2011) dari boss aku.. perasaan gembira pn ada, perasaan sedih pn ada, perasaan mcm2 laaa..

Bendanya simple jer.. sbb boss bahagian aku (bahagian PBT = Pusat Bahasa Terengganu, di bawah seliaan PPAT = Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu) cakap kitorang (aku & kawan aku, Hakim) kena buat kursus Bahasa Arab utk staff PPAT yg sebelum ni kitorang pernah buat tu, dlm 4 sessi.. padahal dlm kertas kerja yg kitorang submit kt bahagian pentadbiran & pengurusan (admin) PPAT sblum ni, cuma 3 sessi jer.. boss aku cakap kitorang kena buat 4 sessi atas permintaan ramai utk belajar Bahasa Arab di kalangan staff PPAT..

So aku terkejut.. x sangka plak ada request.. aku ingatkan xder org minat blajar Bahasa Arab ni.. maklum laaa, blajar ttg bahasa ni rumit & susah skit.. ia membosankan bagi sesetengah orang.. lagipun ia perlukan ketekunan.. tmbahan lak apa gunanya Bahasa Arab bg org yg dh berjawatan tetap kn?

Tak sangka rupa2nya ada jgk org yg brminat.. mgkn sbb kawan2 yg dh blajar tu citer kt org lain yg Bahasa Arab tu best, x susah & rilex jer kursus yg kitorang handle tu.. ya, aku x nafikan belajar Bahasa Arab memang susah.. tp klu pandai teknik dia, kena cara dia, tahu cmne nk amik hati pelajar2, insyaAllah ianya akan jd mudah.. stakat ni alhamdulillah pelajar2 yg kitorang dh penah ajar Bahasa Arab sebelum ni, diorang teringin nk blajar Bahasa Arab lg.. ni aku tahu dr borang2 soal selidik yg PBT & admin PPAT edarkan pd diorang..

So ayat2 kt tajuk tu, aku x tahu nk guna yg mana 1.. Alhamdulillah sbb ada sokongan penyertaan dr staff2 & Alhamdulillah sbb x sangka ada ramai yg brminat ngan Bahasa Arab & cara kami handle kursus tu.. Masha-Allah sbb dpt bayangkan keletihan yg bakal kami hadapi utk handle 1 lg kursus tambahan & Masha-Allah sbb sedih x dpt buat kursus pemantapan Bahasa Arab utk pelajar2 sek ren & sek men..

Tp perasaan aku skrg lebih kpd ALHAMDULILLAH laaa.. bangga dpt memperkenalkan Bahasa Arab kepada org2 yg x tahu Bahasa Arab.. kepada yg dh tahu Bahasa Arab, akan wujud keinginan utk mendalami lg Bahasa Arab memandangkan ianya mudah & selalu kita sebagai org Islam gunakan dlm solat, doa, ngaji Quran, dsb.. aku seronok, happy sangat2 dapat memartabatkan Bahasa Arab, dapat membanggakan UKM, dapat membanggakan mak ayah aku, dapat membanggakan tempat aku praktikal (PBT & PPAT).. happy sangat2 dapat menyampaikan ilmu aku pd org yg sepatutnya & dapat memperbanyakkan pahala aku utk bekalan hari Akhirat nanti..

Ingatkah anda Hadis Nabi SAW yang seumpama begini : "Apabila mati seseorang anak Adam itu, akan terputuslah segala amalannya kecuali 3 perkara, anak soleh yg mendoakannya, ilmu bermanfaat yg disampaikannya & sedekah jariah yg dilakukannya semasa hidup"..

Thursday, June 23, 2011

..Luahan Hati Yang Menarik..

Sepanjang aku berpraktikal di PPAT (Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu), banyak prkara yg aku blajar, di samping diorang pn ada jgk yg belajar drpd aku.. banyak yg seronok berbanding dgn prkara yg tak seronok di sini..

Kat sini aku selalu tengok notice board, lgpun notice board tu bknnya jauh pn dr bilik aku kt ofis ni.. dalam banyak2 bahan yg ditampal di situ, aku tertarik dgn satu notis dalam bahagian "luahan hati".. dari awal aku masuk praktikal di sini, ia ada sampailah skrg.. takder orang nak buang.. mungkin sbb kata2 dia menarik kot.. bagi aku, ia menarik.. so aku cabut notis tu kejap, utk salin kata2 dia.. ni aku nk kongsi laaa kt blog aku ni..


SOSIAL

Gangguan seksual selalunya dikaitkan dengan lelaki, hari ini keadaan menjadi sebaliknya. Melihat fesyen wanita yang beraneka, rasanya lelakilah yang menjadi mangsa gangguan seksual paling teruk, dari segi emosi. Ramai penjawat awam berpakaian tetapi tidak menepati syariat. Bertudung tidak menutupi dada, pakaian pula terbuka merata tempat, berkain nipis menampakkan bukan sekadar bentuk tubuh, tetapi segalanya, yang hanya halal untuk dilihat seorang lelaki yang bergelar suami. Bau harumannya menggetarkan jiwa. Jujurnya andai saya seorang lelaki, betapa hebatnya saya harus membendung iman melalui hari-hari yang menyeksakan di pejabat. Tujuan kita bekerja adalah untuk membantu keluarga, berpakaian dan berhiaslah sebagaimana yang dituntut. Wanita masa kini bagai mengumpan lelaki untuk bertindak di luar batasan. Kepada suami dan ibu bapa, isteri dan anak adalah amanah Tuhan. Jangan kita terhalang memasuki syurga kerananya.

KAK AIN



Aku memang menyokong kata2 beliau ni.. memang btol pn luahan hati beliau tu.. harap2 ada yg mengambil iktibar dari kata2 beliau ni..

Wednesday, June 22, 2011

...selesai sudah..

ALHAMDULILLAH.. selesai sudah sessi kedua "Kursus Asas Bahasa Arab untuk Kakitangan Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu" yang bertarikh 20 hingga 22hb Jun 2011 yg aku (Muhammad Khalis bin Abas) & kawan aku (Muhammad Hakim Adli bin Abu Bakar) handle sepenuhnya.. bermula seawal jam 8.30 pagi dan berakhir pada 4.30 petang.. 22hb adalah hari terakhir mereka dalam kursus kali ni & mereka diminta utk mempersembahkan ilmu yg mereka pelajari sepanjang berkursus dengan melakukan lakonan dlm Bahasa Arab.. alhamdulillah mereka berjaya ;)

Aku happy sgt2 sbb dapat curahkan ilmu pada orang2 yg ingin menuntut ilmu.. bukannya mudah utk mencurahkan ilmu pd org yg sepatutnya.. dan bukan mudah utk mencari pengalaman yg menjanjikan sesuatu yg gembira.. gembira bg pihak aku, gembira bg pihak mak ayah aku, gembira bg pihak tmpt aku berpraktikal, gembira bg pihak pelajar2 aku.. gembira utk agamaNYA..

Dlm setiap pengajaran aku, aku tekankan banyak kali Hadis Nabi SAW bahawa "cintailah Bahasa Arab kerana 3 perkara = Nabi Muhammad SAW diturunkan dlm bangsa Arab, Bahasa Arab adalah al-Quran & Bahasa Arab adalah bahasa ahli syurga"..

Sekian.. Wassalamualaikum wbt..

Wednesday, June 15, 2011

...masa depan yg tidak diketahui...

Aku selalu terfikir ttg masa depan.. "Apa aku akan jadi lepas ni", "apa aku akan keja lepas habis degree kat UKM nanti", "camna kehidupan aku lps habis belajar nanti", "apa aku boleh buat sementara nak dapat keje tetap nanti", "bila aku nak kawin", dan macam2 lagi laaa..

Di zaman serba canggih dan moden ni, kehidupan sangat mencabar.. kerja bukan senang nk dapat w/pun ada segulung ijazah atau diploma atau sijil.. kebelakangan ni nk dapat keja sangat brgantung pd "kabel".. ada baiknya kewujudan "kabel" camtu & ada kekurangannya.. kdg2 sbb "kabel" laaa boss dpt lorg yg lbih bagus sbb ada org yg knal ngan org yg akan masuk keje tu.. kdg2 sbb kabel jgk laaa pekerja baru tu jd malas nk keje sbb bukan minat dia & bukan bidang dia.. apa2 pun, hidup ni bergantung pd usaha kita laaa, tak dinafikan jgk Qada Qadar Allah SWT..

Aku ada terfikir jugak lps habis degree kt UKM ni, aku nk buat keja sendiri.. ada cadangan dari dalam hati aku setelah tngok rmai yg brjaya dlm bidang2 tu w/pun x ramai yg ceburi pilihan tu sebenarnya.. penternakan, pertanian, jualan & perkhidmatan adalah antara yg aku fikirkan... tp aku x terfikir utk bkerja di bawah orang.. tp kdg2 perlu jgk utk bkerja d bawah org trlebih dhulu utk mncari pngalaman, mncari tapak utk brpijak lbih kukuh & mndalami selok-belok sesuatu tu.. bukankah dalam al-Quran pn ada sebut "bertanyalah pada orang yg pakar di bidangnya sekiranya kamu tidak mengetahui"??

Setiap bisnes ada modalnya yg trsendiri, samada modal insan, modal kewangan, modal ilmu atau modal pengalaman.. tp klu digabungkan semuanya dalam 1 diri, insyaAllah akan jadi lebih baik.. dlm diri aku, aku rasa yg aku ada cumalah modal ilmu.. modal pengalaman tu aku perlu cari sebelum aku jejak kaki ke alam bisnes.. modal kewangan plak, kena laaa guna FAMA (father and mama) dulu atau adik bradik dulu sblm buat yg lbih besar.. modal insan tu lpas dh sdikit maju, baru laaa aku cari kot.. org2 muda ada cakap "pelan-pelan kayuh laaaa"..

Dalam otak aku, pernah bercadang nk buat ternakan ikan keli, ternak kambing, ternak lembu, ternak arnab dan ternak puyuh.. klu pertanian plak, otak aku pernah trfikir nk buat penanaman cendawan, tanaman serai, halia, cili dan buah naga.. dari segi perkhidmatan, aku ada teringin nk buat perkhidmatan sewa kereta atau kelas Bahasa Arab utk dewasa dan kanak2.. dari segi jualan tu rasa nk jd stokis pn ada, nk buat jualan barang2 komputer & servis pn ada, nk buat penghantaran barang2 jualan makanan @ minuman packet ke kedai2 pn ada..

Tapi ntah laaa yg mana 1 aku nk pilih.. aku perlu buat keputusan yg bijak.. terus terang aku cakap, aku x harapkan keje yg gunakan sijil aku (SPM, diploma & ijazah) sebagai ukuran.. klu dapat tu, alhamdulillah sgt2 laaa, terjamin skit masa depan anak cucu aku.. klu nk brcakap ttg risiko, apa2 keje pn ada risiko, perlukan perlukan pengorbanan kn? so ingat ayat ni, "BUKAN SENANG MAU SENANG, BUKAN SUSAH MAU SUSAH"..

Friday, June 10, 2011

...pengalaman menjadi promoter..

Bagi aku, memang agak best jd promoter.. tp awal2 tu, perggghhhh, usah dicakap laaa gementarnyaa, ngan ilmu xder, pengalaman pn xder, so laaa laa brtambah nervous tu.. huhuu..


Aku sbnarnya x suka sangat jd promoter, sbb ayat & bahasa aku brterabur.. kdg2 tu stiap bnda yg aku bgtahu pd stiap org adalah bnda2 yg brlainan, ntah laaa jd cmner.. hahahaha.. tp kt sini trpaksa laaa aku jd promoter jgk utk Pusat Bahasa Terengganu ni demi menjalankan tugas aku utk dapat markah praktikal kt sini.. huhuu..


Yang x bestnya jd promoter kt Pusat Bahasa ni sbb kami x menawarkan sebarang jualan barang, tp menawarkan perkhidmatan, iaitu pembelajaran interaktif dalam semua bahasa yg ditawarkan (English, Mandarin, Arabic & France buat masa skrg).. klu jd promoter jual barang ker, best gak, sbb mulut aku bising, so klu ckp apa2 yg merapu pn xder masalah.. hahahaha..


tp xper.. aku redha, aku rela jd promoter pn.. asalkan markah yg aku dpt utk praktikal ni nnt berbaloi, insyaAllah.. hehehe.. pengalaman mengajar kita erti dewasa.. walaupun aku mmg dh cukup dewasa dr segi umur.. hahahaha

Tuesday, June 07, 2011

...ujian untukku...

Aku baru jer buat entry ttg motor kesayangan aku, tp keesokan harinya kunci motor aku hilang laaa plak.. sedih aku.. makan pn x lalu, tido pn x lena, tp mandi tetap basah.. nmpk mcm gurauan, tp itulah hakikatnya.. aku jd cmtu sbb ia mengenai apa yg aku sayang.. kunci tu aku letak dlm poket masa nk kluar naik kereta utk jmpa & jd tourist guide family pak sedara aku yg baru dtg ke Terengganu ni dari Kedah.. diorang nk mnginap di Hotel Permai Inn tp x tau jalan,. so aku kna laaa jd tourist guide.. tp bila balik umah, cari kunci tu, x jmpa.. ntah laaa jatuh kt mana.. puas aku patah balik & cari kt smua tmpt yg aku pegi mlm tu, tpp x jmpa jgk.. redha jer laa..

Malam tu trpaksa laaa aku tido kt ofis kawan aku, tmpt aku parking motor aku tu sblm naik kereta ngan kawan aku utk kluar jd tourist guide.. esok harinya, Alhamdulillah & nasib baik laaa utk pegi keje (hari isnin, sbb ahad cuti ganti Keputeraan Agong), kawan aku tu bg pinjam motor Honda ex5 dia.. walaupun x selaju Yamaha 125ZR kepunyaan aku, tp alhamdulillah laaa ada jgk org yg sudi bg aku pnjam knderaan utk aku pegi keje.. terima kasih banyak2 Adi ;)

Hari ni aku beli kunci baru, RM70 gak laa.. biar mahal skit tp kualiti.. tp abis laaa duit poket aku.. dh laa praktikal ni x dpt gaji sesen pn.. duit poket ni pn harapkan belas ihsan mak bapak aku jer.. alhamdulillah aku dpt mak bapak yg memahami & sanggup bg duit kt aku yg dh tua2 tp masih nk study lg ni.. huhuhu..

Sebenarnya aku x kisah sgt tukar kunci baru tu, cma yg sgt aku kisah ialah mangga yg aku guna skrg ni.. mangga tu "limited edition", skrg dh xder jual kt mana2 kedai.. dh puas aku cari mangga cmtu kt banyak kedai sekitar Kedah, Selangor, KL, Terengganu, Negeri Sembilan & Melaka setahun lebih utk tambahkan mangga kt motor aku tu utk elakkan kecurian motor aku lg sekali.. tp x brjumpa jgk.. klu jmpa pn yg x ori, yg sgt mudah utk org buka..

Aku syg sgt mangga tu sbb sblm ni aku penah bg kawan2 rempit aku sekitar Kedah, KL & Terengganu yg penah curi2 motor ni utk buka mangga tu, tp diorang angkat bendera putih, mengalah, sbb memang x leh buka mangga tu melainkan guna asid, hammer (ketuk smpai pecah) @ canai (potong smpai putus)..

Tapi bila dh jd cmni, trpaksa laaa aku pecahkan jgk mangga kesayangan aku tu.. trpaksa laaa aku beli mangga baru utk elakkan motor aku dicuri lg sekali.. duit lg.. tp xper, biar brkorban skit duit tu, drpd hilang motor kesayangan aku yg brharga beribu2 tu.. motor aku tu dh mcm bini 1st aku.. aku saaaaaaayang sangat-sangat-sangat kt dia.. ;)

Saturday, June 04, 2011

..Berkenalan dgn motor kesayangan aku, Yamaha 125ZR..

Yamaha 125ZR

Pengenalan
Kini tampil dengan wajah baru sepenuhnya. Nyata, ia lebih mempersona dengan 2 warna baru yang lebih garang dan dekal yang lebih sporty. Dipadankan dengan prestasi yang sama cemerlang dan dilengkapi pula dengan ciri-ciri keistimewaan yang tidak dapat ditandingi oleh saingan, tidak hairanlah ia tetap menjadi motosikal 2 lejang yang paling unggul dalam kelasnya.

Prestasi Enjin
Dengan nisbah mampatan 6.5:1, unit kuasa ini menghasilkan keluaran kuasa maksimum setinggi 12.8kW pada 8000 rpm dan tork maksimumnya ialah 16.1Nm pada 7500 rpm. Ini memastikan keunggulan prestasinya dengan pemecutan yang lancar pada kelajuan rendah mahupun pada kelajuan tinggi.

Pemangkin Asap
Pemangkin tiub-panas mengurangkan gas daripada ekzos sehingga 50%. Ia membersihkan elemen-elemen toksid seperti karbon monoksida, hidrokarbon dengan menukarnya kepada sebatian seperti air, hidrogen dan karbon dioksida. Pemangkin mesra alam sekitar ini tidak memerlukan penyelenggaraan. Pertama dalam kelasnya di Malaysia dan penggunaan petrol tanpa plumbum adalah disyorkan.

Ciri-ciri
Keseluruhan panjang x lebar x tinggi
= 1,900mm x 675mm x 1,035 mm
Kelajuan keseluruhan
= 124.3cc
Ketinggian tempat duduk
= 752 mm
Tapak roda
= 1,250 mm
Kelegaan minimum dari tanah
= 135 mm
Berat kering
= 101 kg
Bateri
= YB3L-B
Kapasiti minyak enjin
= 1.2 liter

Sistem api
=
Digital magnet canggih jenis CDI
Transmisi
= 6 kelajuan / gear
Brek depan / belakang
= Brek cakera

Warna
Hitam / Merah / Biru / Perak / Kuning / lain-lain

Sejarah
Generasi pertama adalah 125Z yang mula dikeluarkan pada tahun 1999. Seterusnya pada tahun 2005, diperkenalkan 125ZR yang dikeluarkan hinggalah sekarang. Namun pada awal tahun 2011 Yamaha menghentikan pengeluaran Yamaha 125ZR ini atas sebab-sebab tertentu (dengar ceritanya untuk mengelakkan wujud lebih ramai rempit, mengurangkan asap di jalan & mengurangkan kemalangan jalanraya). Ini menjadikan ianya sekarang "limited edition".


Spesifikasi teknikal

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi5FIj4iTtH2AmsRo6rGtaUvAy59r8LKzQfO-IYu-SgSKbOQEDW2CoebiF50rpFZQn3mOUEDjBo-B1UtEGKL6RfE93NcQDDrgZ3Yvdvclr0uV5KuSTToXAl3IcYLtzNSf46Ji7M77ttfw5v/s1600-h/125Z-2.jpg

Gambar
yamaha 125ZR

spesifikasi teknikal


pamplet 2005, 125ZR hitam & perak


pamplet 2007, 125ZR hitam & merah


pamplet 2005, 125ZR silver/perak

"special edition" Rossi 46


Yamaha 125ZR 2005 design


Yamaha 125ZR 2007 design


Design
Jika kita perhatikan, terdapat 4 design utama Yamaha 125ZR, iaitu design keluaran pertama 1999, design keluaran kedua 2005, design keluaran ketiga 2007, design keluaran keempat 2009.

Design yang pertama, 1999, dinamakan Yamaha 125Z, yang terdapat dalam warna hitam atau merah atau biru atau kuning dan semuanya bersayap putih. Ia menggunakan rim biasa / lidi / ranting.

Design yang kedua, 2005, dinamakan Yamaha 125ZR. Ia mula menggunakan rim sport dan terdapat lampu brek kedua. Terdapat juga perubahan pada rekabentuk panel meter, pelindung angin hadapan, pemijak gear dan menggunakan lampu hadapan multireflektor. Ia ditawarkan dalam warna merah atau biru atau hitam atau perak yang semuanya bersayap putih. Ia menggunakan rim sport Samurai.

Design yang ketiga, 2007, juga dinamakan Yamaha 125ZR. Ia seperti design yang kedua, tetapi terdapat perubahan pada rekabentuk lampu belakang, rekabentuk panel meter yang berlampu jarum meternya, pelindung angin depan, brek cakera depan lebih besar dan menggunakan lampu isyarat depan multipantulan. Ia ditawarkan dalam warna hitam atau merah sahaja yang bersayap sama warna. Ia menggunakan rim sport biasa.

Design yang keempat, 2009, juga dinamakan Yamaha 125ZR. Ia seperti design yang sebelumnya, tetapi terdapat sedikit perubahan pada lampu belakang yang menggunakan LED dan pada rekabentuk panel meter. Ia ditawarkan dalam warna hitam atau merah sahaja yang bersayap sama warna tetapi menggunakan sticker / strike yang berbeza dengan sebelumnya.

Terdapat 2 design yang "special edition" iaitu rossi 46 dan go!go!go! yang masing-masing mempunyai kelebihan tersendiri dari segi prestasi enjin dan rekabentuk.



Sekian dahulu perkongsian saya tentang motor kesayangan saya yang juga saya anggap ia sebagai isteri pertama saya, Yamaha 125ZR yang asalnya berwarna perak / silver, tetapi kini berwarna merah hitam kerana saya sangat meminati warna merah dan kerana sayangkan coverset asalnya (silver / perak) yang menjadi "limited edition" serta kegilaan ramai sekarang. Motor kesayangan saya ini adalah design yang kedua, keluaran tahun 2005. Owner pertama (classmate sek men saya, sekarang seorang bilal masjid) membelinya pada 2006 dan saya membeli dari beliau pada 2008.

Friday, June 03, 2011

...Menyintai Tidak Bermakna Memiliki...

Janganlah kau angkuh melaungkan...
Si dia kepunyaanmu...

Atau kau kepunyaan si dia ...
Kerana hakikatnya...
Kita tidak pernah memiliki sesiapa...
Walau sekeping hati seorang insan...
Tidakkah kau sedar...
Hukum alam menyatakan...
Menyintai tidak semestinya memiliki?...

Manusia pandai berpura...
Berlakon di pentas dunia...
Dan bertopeng menutup rahsia..
Tetapi hati...
Tidak pernah berdusta pada empunya...
Tentang perasaan yang bergolak di dalamnya...

Tidakkah kau sedar...
Mungkin si dia melafazkan...
Ungkapan cinta padamu...
Tetapi hati dan perasaannya...
Tidak pernah berniat begitu...
Dia hanya berselindung...
Di sebalik sejuta alasan...

Dan kau...
Begitu jujur dan setia menyintainya..
Sehingga terlupa..
Hukum alam menyatakan..
Menyintai tidak bermakna memiliki..

Sesungguhnya...
"Aku tidak pernah memiliki dirimu..."
"Dan kau jua tidak memiliki diriku."

Mengertilah...
Kita sebenarnya kepunyaan..
Yang Maha Esa...
Tiada sesiapa berhak memiliki diri kita...
Kecuali Dia...
Dia mengasihi hambaNya...
Dia memiliki hambaNya...
Dan ke pangkuan Dia kita akan dikembali..


credited to : http://senjahati.multiply.com/journal/item/15/Menyintai_Tidak_Bermakna_Memiliki

adakah CINTA memerlukan sebab??

Sepasang suami isteri berjalan di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada si suami. Ini dialog mereka :

Isteri : Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?

Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang menyayangi dan mencintai Sayang!

Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya.

Suami : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa abang memang cintakan Sayang!

Isteri : Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya.

Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata "Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang merdu, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!"

Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya tadi.

Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma.

Si suami amat bersedih dan menulis sepucuk surat kepada isterinya yang disayangi. Surat itu diletakkan di sebelah katil isterinya di hospital.Surat tersebut berbunyi begini :


"Sayang!Jika disebabkan suara aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika disebabkan kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu...sekarang bolehkah engkau menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika disebabkan senyuman aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika disebabkan setiap langkah aku mencintai mu.... sekarang bolehkah engkau melangkah? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi. Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak! Aku masih mencintai mu dulu, kini, selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab. Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu... ia boleh dirasai dalam hati."

teka-teki lawak..

Kenapa kucing kalau dikejar anjing selalu menoleh ke belakang?
Sebab takder "side mirror"..

Jauh dimata dekat di hati……apakah ia?
Usus!!!

Kalau kamu di tempat yang gelap dan dingin dan kamu punya satu mancis api. Di situ ada obor, lilin dan kayu api. Apa benda pertama kamu hidupkan?
Mancis api laa..

Kalau ditutup dia akan mengintip, tapi kalau dibuka dia akan marah-marah?
Orang naik beca pada waktu hujan..

Bilakah sebaiknya kita membuka pintu ?
Kalau pintu tertutup..

Beca apa yang tidak boleh dicat ?
Beca hilang..

Apa yang bulat kecil & hitam, tapi kalau ditekan keluar orangnya?
Loceng rumah..

Mencarinya susah, tapi setelah dapet, terus dibuang. Apakah ia?
Tahi hidung..

Kenapa robin jadi pembasmi kejahatan?
Sebab dia berjumpa dengan batman..kalau berjumpa dengan baskin, pasti dia akan jadi tokey aiskrim..

Bulan apa orang beli makanan paling banyak?
Bulan Puasa..

Kenapa pokok kelapa di depan rumah harus ditebang ?
Sebab kalau dicabut, susah..

Kenapa orang mati dibungkus dgn kain kafan?
Kalau diberi kain batik, tu tanda nak pergi meminang..

Saya memiliki tiga kepala, tiga kaki, tiga tangan dan tiga jari. Siapakah saya?
Pembohong..

Jam apa yg jarum jamnya berpusing ke kiri?
Jam kidal..

Pintu apa yg ditolak oleh 10 orang pun tak boleh terbuka ?
Pintu yang ada tulisannya “TARIK”..

Ayam apa yang tidak boleh undur?
Mmana ada ayam yang boleh undur..

Orang bongkok tidurnya camana ?
Mengiring..

Kenapa Afrika negaranya miskin?
Sebab terlalu sibuk mengkerinting rambut..

Ayam apa yang boleh bertelur di gunung, di lembah, di reban, yang pastinya di semua tempat?
Ayam betina..

Burung apa yang kepalanya dua kakinya lima?
Burung ajaib..

Orang apa yang berenang tapi rambutnya tidak basah ?
Orang botak..

Ular apa yang tak boleh melilit ?
Ular yang kekenyangan..

Kalau tidur ia berdiri, tapi kalau berdiri ia tidur?
Tapak kaki..

Ayam apa yang dilanggar kereta, tak mati?
Ayam panjang umur..

Tol-tol mana yang tak payah bayar?
Tolol..

Apa yang kucing ada, tapi haiwan lain tak ada?
Anak kucing..

Lampu apa yang kalau dipecahkan, keluar orangnya?
Lampu jiran tetangga. coba kalau dipecahkan, kan keluar orangnya..

Kenapa manusia hidungnya di depan?
Kalau di atas, orang tak boleh pakai kopiah/topi..

Apa bezanya kacang panjang dengan seluar panjang?
Kacang panjang bila dipotong namanya tetap kancang panjang,
Seluar panjang bila dipotong namanya menjadi seluar pendek..

Siapa yang jumpa dompet kulit?
Yang jumpa dompet kulit tersebut tolong pulangkan kepada saya..

Tulang apa yang biru ??
TULANGIT BIRU..

Per apa yang sopan?
Permisi pak!

Kuda apa yang buatkan orang suka?
Kudapat rezeki "free" hari ni..

Apa bezanya orang gemuk dan orang kurus?
Orang gemuk makan tempat, orang kurus makan hati..

5 orang berjalan di bawah satu payung kecil tapi kenapa tidak ada seorang pun yang basah?
Sebab tak hujan..

Mengapa filem Koboy pasti lebih bergaya kalau merokok sambil naik kuda?
Sebab kalau sambil korek hidung, susah betul..

Kenapa “dukun” selalu bakar kemenyan??
Sebab kalau bakar sate, nanti pesakit akan ikut lapar..

Apa perbezaan semut dengan orang?
Kalau orang bisa kesemutan, tapi kalau semut takkan boleh keorangan..

Apa yang menyebabkan Kelantan sering banjir…???
AIR..

Apa nama penyakit terkenal di China?
Kung Flu..

Apa yang tak best dalam sup ekor?
Ekorannya………., Kena BAYAR, habis duit!!

Apa persamaan tokey sate dan tokey soto?
Sama2 tak jual bakso!

Bagaimana caranya supaya telur berubah menjadi nanas??
Telur itu direbus, ketika masih panas terus bagi pada budak kecil, pasti dicakap, “NANAS, NANAS”..

Lubang apa yang bikin kita segar?
Lubangun pagi, bersenam, mandi & sarapan pagi..

Haiwan apa yang bersaudara?
Katak beradik..

Kenapa anak katak suka melompat-lompat?
Biasalah… nama pun anak-anak, mesti suka sangat melompat-lompat ni..

Haiwan apa yg paling aneh?
Belalang. Sebab kalau siang makan nasi, petang minum kopi (dalam cerita P.Ramlee)..

Haiwan apa yang namanya 2 huruf?
U dan g..

Apa yang mempunyai kaki enam dan boleh terbang?
Tiga ekor burung!

Ada lapan kaki tapi yang diguna cuma empat?
Seekor kuda yang sedang ditunggangi dua orang!

Bagaimana membezakan Zebra jantan dengan Zebra betina?
Zebra jantan berwarna hitam belang-belang putih, Zebra betina berwarna putih belang-belang hitam..

Barang apa yang lebih berguna setelah pecah?
Telur..

Ada ayam jantan kepalanya ada di Amerika, ekornya di Afrika, sayapnya di Malaysia, matanya ada di Brazil, telurnya ada di mana?
Ayam jantan mana ada yang bertelur laaa..

Kenapa anak babi kalau jalan menunduk?
Sebab malu ibunya seekor babi..

Kenapa anak arnab kalau jalan suka melompat-lompat?
Sebab dia "happy" ibunya bukan babi..

Apa bezanya pemurung dengan pemulung?
Pemurung tidak pernah merasa gembira, sedangkan pemulung tidak pelnah melasa gembila..

Kenapa mayat dibungkus kain putih?
Kalau pakai hitam…??? Siapa takut!!!!

Permainan apa yang paling berat?
Catur/Chess. cuba lihat kuda, benteng, Raja & Permaisuri diangkat-angkat..

Kenapa Superman bajunya guna huruf S?
Sebab kalau pakai M atau L atau XL, tak "sexy"..

Kenapa superman tak kahwin dengan wonderwoman?
Sabar la, memang bukan jodoh laa tu..

Kenapa kalau berfikir, orang suka memegang dahinya?
Dah tu, takkan nak pegang dahi orang lain!

Apa bezanya kain dan kotak?
Kalau kain itu boleh kotak-kotak, tapi kalau kotak tak boleh dikain-kain..

Pohon apa yang paling banyak pada Hari Raya?
Pohon maaf zahir dan batin..

Benda apa yang besar putih bersayap dan rasanya masin?
Kapal terbang jatuh ke dalam laut…!!!

Dewa apa yang kesepian?
Dewaktoo senderean (di waktu bersendirian)..

Ada berapa hurufkah dalam abjad?
Ada 5 (lima), a-b-j-a-d..

Apa yang kalau naik, dia turun, kalau turun, dia naik?
Pengayuh beca, kalau jalannya naik dia turun untuk tolak, kalau jalannya turun dia naik balik..

Orang sibuk paling sabar duduk di mana?
Di jamban..

Wang kalau dilempar jadi apa?
Jadi rebutan..

Kenapa batu kalau dimasukkan dalam air, ia tenggelam?
Sebab batu tak boleh berenang!

Apakah cara yang paling cepat untuk menggemukkan badan?
Masuk ke sarang lebah!

Kalau hitam dibilang bersih, kalau putih dibilang kotor.. Apakah ia?
Papan hitam!

Apakah persamaan wang dan rahsia?
Kedua-duanya susah dipegang!

Bagaimana cara melipatgandakan wang dengan cepat?
Letak di depan cermin!

Siapa yang potong rambut tiap-tiap hari tapi tak botak-botak?
Tukang gunting rambut!

Yang membuat tidak memerlukannya. Yang membeli tidak memakainya. Yang memakai tidak memesannya? Apa itu?
Batu Nisan!

Bagaimana cara untuk terbang ke matahari tanpa kepanasan?
Pergi pada waktu malam hari..

Rambut putih namanya uban, rambut merah namanya perang, kalau rambut hijau namanya apa?
Rambutan belum masak…


-----------------------------------------------------------------------------------------------

(teka-teki lucah)

Lubang apa yang paling kecil di dunia?
Lubang pan***… hangin jer, kalau nk lalu mesti menjerit..

Telur apa yang paling enak?
Telur yang gatal, dapat digaru-garu..

Telor masin takut dengan siapa?
Dengan telur puyuh, sebab tatunya lebih banyak..

Telor puyuh takut dengan siapa?
Dengan telur kamu, sebab yang kamu bawa pistol..


akal & nafsu, mana lebih penting utk dididik?

Kehidupan manusia itu ada zahir dan ada batinnya. Persoalan kehidupan zahir manusia jelas dapat dilihat dan mudah dapat difaham. Tetapi persoalan kehidupan batin manusia bersifat maknawiyah. Batin itu sendiri bermaksud tersembunyi. Oleh itu, ia lebih sukar untuk dilihat dan lebih sukar lagi untuk difahami .

Justeru itu kita lihat, ramai manusia mampu menyelesaikan dan memenuhi keperluan kehidupan zahiriah mereka. Baik dalam soal makan minum, pakaian, kesihatan, tempat tinggal, kerjaya dan sebagainya. Tetapi dalam soal keperluan kehidupan batiniah mereka, masih ramai manusia yang teraba-raba dan tercari-cari.

Sebab itu, ramai manusia masih bergantung dengan akal dalam mengharungi kehidupan batiniah mereka seolah-olah akallah yang layak dan mampu untuk dijadikan panduan dan sandaran. Mereka merasakan akal sudah cukup untuk mencari Tuhan. Mereka merasakan akal sudah cukup untuk memimpin manusia. Mereka merasakan akal sudah cukup untuk menghindar manusia dari berbuat maksiat dan kemungkaran. Mereka merasakan akal sudah cukup untuk mendorong manusia beribadah dan berbuat kebaikan. Mereka juga merasakan akal sudah cukup untuk memelihara mereka dari terjebak dan terjerumus ke dalam keruntuhan akhlak dan moral.

Banyak kita dengar ungkapan-ungkapan terutama dari ibu bapa yang menggambarkan hakikat ini. Di antaranya:

“Biarkanlah budak itu. Jangan marah-marahkan sangat. Kan dia dah besar panjang. Dah lulus universiti pun. Dia dah pandai guna akal. Tahulah dia mana yang baik dan mana yang buruk.”

“Kan budak tu dah besar. Dah berpelajaran. Pandailah dia membawa diri.”

“Ah! Janganlah risau. Dia bukan budak bodoh. Dia cerdik. Takkanlah pulak dia nak buat kerja yang tak elok.”

Begitulah kebanyakan ibu bapa. Tersilap di dalam meletakkan kepercayaan kepada anak-anak. Mentang-mentang anak-anak itu sudah pandai, berkelayakan dan berijazah, sudah merasakan anak-anak itu akan selamat dan akan menjadi baik.

Disebabkan akal boleh berfikir dan boleh menghasilkan rumusan yang logik, maka ramai yang mengambil akal sebagai tempat rujuk dan bersandar kepada akal untuk mendapat pimpinan. Diserahkan kepada akal supaya seseorang itu menjadi baik. Diserahkan juga kepada akal agar seseorang itu tidak berlaku jahat. Hanya kerana akal itu boleh membezakan mana yang baik dan mana yang buruk, maka diserahkan kepada akal untuk membuat pilihan.

Akal memang boleh menimbang di antara yang baik dan yang buruk, di antara yang merugikan dan yang menguntungkan dan di antara yang selamat dan yang berbahaya. Tetapi akal tidak mampu memilih. Akal tidak mampu memihak. Sifat akal adalah berkecuali atau “neutral”. Apa pun bentuk tindakan yang diambil oleh seseorang itu bukanlah disebabkan oleh apa yang difikirkan oleh akalnya tetapi apa yang didorong oleh nafsu atau apa yang dirasakan oleh hatinya.

Logik akal itu dipengaruhi oleh nafsu atau hati. Kalau hati baik dan bersih dan nafsu terdidik, maka hati akan bertindak mengikut apa yang difikirkan logik dan baik oleh akal. Tapi kalau hati kotor dan jahat dan nafsu rakus, maka nafsu boleh mengalahkan logik akal dan akan bertindak mengikut kemahuannya walaupun ianya bertentangan dengan pertimbangan akal.

Oleh itu, menyerahkan baik buruk seseorang itu pada logik akalnya adalah satu perbuatan yang tidak masuk akal. Untuk menentukan seseorang itu menjadi baik bukanlah dengan membina akalnya tetapi dengan membina hatinya dan mendidik nafsunya. Kita tidak boleh menyerahkan anak kita kepada kemampuan akalnya dan ilmunya semata-mata dan mengharap dia akan jadi baik. Hatinya mesti dibina dan nafsunya mesti dididik.

Amalan dan akhlak yang baik itu terpancar dari hati yang baik. Amalan dan akhlak yang buruk pula terpancar dari hati yang jahat. Ia tidak ada kena-mengena dengan akal. Hanya kalau hati baik dan akal bijak, maka akan timbullah banyak idea bagaimana hendak berlaku baik. Tapi kalau hati jahat dan akal bijak maka akan timbullah banyak idea bagaimana hendak berbuat jahat.

Rasulullah SAW ada bersabda:

Maksudnya: “Dalam diri anak Adam itu ada seketul daging. Kalau baik daging itu maka baiklah orangnya. Kalau jahat daging itu, maka jahatlah orangnya. Ketahuilah bahawa itulah hati.”

Oleh itu, sangat bahaya kalau akal anak-anak kita dibina tetapi hatinya dan nafsunya diabaikan. Dia akan menjadi sejahatjahat manusia kerana kejahatannya akan dibantu oleh kepakaran, kemahiran dan kebolehan akalnya. Dia akan menjadi penjahat yang licik dan pandai menyembunyikan kejahatannya.

credit to http://kawansejati.ee.itb.ac.id/book/export/html/17875