<---pLaYaR.-.iDuP--->

<---pLaYaR.-.iDuP--->

Thursday, June 23, 2011

..Luahan Hati Yang Menarik..

Sepanjang aku berpraktikal di PPAT (Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu), banyak prkara yg aku blajar, di samping diorang pn ada jgk yg belajar drpd aku.. banyak yg seronok berbanding dgn prkara yg tak seronok di sini..

Kat sini aku selalu tengok notice board, lgpun notice board tu bknnya jauh pn dr bilik aku kt ofis ni.. dalam banyak2 bahan yg ditampal di situ, aku tertarik dgn satu notis dalam bahagian "luahan hati".. dari awal aku masuk praktikal di sini, ia ada sampailah skrg.. takder orang nak buang.. mungkin sbb kata2 dia menarik kot.. bagi aku, ia menarik.. so aku cabut notis tu kejap, utk salin kata2 dia.. ni aku nk kongsi laaa kt blog aku ni..


SOSIAL

Gangguan seksual selalunya dikaitkan dengan lelaki, hari ini keadaan menjadi sebaliknya. Melihat fesyen wanita yang beraneka, rasanya lelakilah yang menjadi mangsa gangguan seksual paling teruk, dari segi emosi. Ramai penjawat awam berpakaian tetapi tidak menepati syariat. Bertudung tidak menutupi dada, pakaian pula terbuka merata tempat, berkain nipis menampakkan bukan sekadar bentuk tubuh, tetapi segalanya, yang hanya halal untuk dilihat seorang lelaki yang bergelar suami. Bau harumannya menggetarkan jiwa. Jujurnya andai saya seorang lelaki, betapa hebatnya saya harus membendung iman melalui hari-hari yang menyeksakan di pejabat. Tujuan kita bekerja adalah untuk membantu keluarga, berpakaian dan berhiaslah sebagaimana yang dituntut. Wanita masa kini bagai mengumpan lelaki untuk bertindak di luar batasan. Kepada suami dan ibu bapa, isteri dan anak adalah amanah Tuhan. Jangan kita terhalang memasuki syurga kerananya.

KAK AIN



Aku memang menyokong kata2 beliau ni.. memang btol pn luahan hati beliau tu.. harap2 ada yg mengambil iktibar dari kata2 beliau ni..

No comments:

Post a Comment