<---pLaYaR.-.iDuP--->

<---pLaYaR.-.iDuP--->

Saturday, June 04, 2011

..Berkenalan dgn motor kesayangan aku, Yamaha 125ZR..

Yamaha 125ZR

Pengenalan
Kini tampil dengan wajah baru sepenuhnya. Nyata, ia lebih mempersona dengan 2 warna baru yang lebih garang dan dekal yang lebih sporty. Dipadankan dengan prestasi yang sama cemerlang dan dilengkapi pula dengan ciri-ciri keistimewaan yang tidak dapat ditandingi oleh saingan, tidak hairanlah ia tetap menjadi motosikal 2 lejang yang paling unggul dalam kelasnya.

Prestasi Enjin
Dengan nisbah mampatan 6.5:1, unit kuasa ini menghasilkan keluaran kuasa maksimum setinggi 12.8kW pada 8000 rpm dan tork maksimumnya ialah 16.1Nm pada 7500 rpm. Ini memastikan keunggulan prestasinya dengan pemecutan yang lancar pada kelajuan rendah mahupun pada kelajuan tinggi.

Pemangkin Asap
Pemangkin tiub-panas mengurangkan gas daripada ekzos sehingga 50%. Ia membersihkan elemen-elemen toksid seperti karbon monoksida, hidrokarbon dengan menukarnya kepada sebatian seperti air, hidrogen dan karbon dioksida. Pemangkin mesra alam sekitar ini tidak memerlukan penyelenggaraan. Pertama dalam kelasnya di Malaysia dan penggunaan petrol tanpa plumbum adalah disyorkan.

Ciri-ciri
Keseluruhan panjang x lebar x tinggi
= 1,900mm x 675mm x 1,035 mm
Kelajuan keseluruhan
= 124.3cc
Ketinggian tempat duduk
= 752 mm
Tapak roda
= 1,250 mm
Kelegaan minimum dari tanah
= 135 mm
Berat kering
= 101 kg
Bateri
= YB3L-B
Kapasiti minyak enjin
= 1.2 liter

Sistem api
=
Digital magnet canggih jenis CDI
Transmisi
= 6 kelajuan / gear
Brek depan / belakang
= Brek cakera

Warna
Hitam / Merah / Biru / Perak / Kuning / lain-lain

Sejarah
Generasi pertama adalah 125Z yang mula dikeluarkan pada tahun 1999. Seterusnya pada tahun 2005, diperkenalkan 125ZR yang dikeluarkan hinggalah sekarang. Namun pada awal tahun 2011 Yamaha menghentikan pengeluaran Yamaha 125ZR ini atas sebab-sebab tertentu (dengar ceritanya untuk mengelakkan wujud lebih ramai rempit, mengurangkan asap di jalan & mengurangkan kemalangan jalanraya). Ini menjadikan ianya sekarang "limited edition".


Spesifikasi teknikal

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi5FIj4iTtH2AmsRo6rGtaUvAy59r8LKzQfO-IYu-SgSKbOQEDW2CoebiF50rpFZQn3mOUEDjBo-B1UtEGKL6RfE93NcQDDrgZ3Yvdvclr0uV5KuSTToXAl3IcYLtzNSf46Ji7M77ttfw5v/s1600-h/125Z-2.jpg

Gambar
yamaha 125ZR

spesifikasi teknikal


pamplet 2005, 125ZR hitam & perak


pamplet 2007, 125ZR hitam & merah


pamplet 2005, 125ZR silver/perak

"special edition" Rossi 46


Yamaha 125ZR 2005 design


Yamaha 125ZR 2007 design


Design
Jika kita perhatikan, terdapat 4 design utama Yamaha 125ZR, iaitu design keluaran pertama 1999, design keluaran kedua 2005, design keluaran ketiga 2007, design keluaran keempat 2009.

Design yang pertama, 1999, dinamakan Yamaha 125Z, yang terdapat dalam warna hitam atau merah atau biru atau kuning dan semuanya bersayap putih. Ia menggunakan rim biasa / lidi / ranting.

Design yang kedua, 2005, dinamakan Yamaha 125ZR. Ia mula menggunakan rim sport dan terdapat lampu brek kedua. Terdapat juga perubahan pada rekabentuk panel meter, pelindung angin hadapan, pemijak gear dan menggunakan lampu hadapan multireflektor. Ia ditawarkan dalam warna merah atau biru atau hitam atau perak yang semuanya bersayap putih. Ia menggunakan rim sport Samurai.

Design yang ketiga, 2007, juga dinamakan Yamaha 125ZR. Ia seperti design yang kedua, tetapi terdapat perubahan pada rekabentuk lampu belakang, rekabentuk panel meter yang berlampu jarum meternya, pelindung angin depan, brek cakera depan lebih besar dan menggunakan lampu isyarat depan multipantulan. Ia ditawarkan dalam warna hitam atau merah sahaja yang bersayap sama warna. Ia menggunakan rim sport biasa.

Design yang keempat, 2009, juga dinamakan Yamaha 125ZR. Ia seperti design yang sebelumnya, tetapi terdapat sedikit perubahan pada lampu belakang yang menggunakan LED dan pada rekabentuk panel meter. Ia ditawarkan dalam warna hitam atau merah sahaja yang bersayap sama warna tetapi menggunakan sticker / strike yang berbeza dengan sebelumnya.

Terdapat 2 design yang "special edition" iaitu rossi 46 dan go!go!go! yang masing-masing mempunyai kelebihan tersendiri dari segi prestasi enjin dan rekabentuk.



Sekian dahulu perkongsian saya tentang motor kesayangan saya yang juga saya anggap ia sebagai isteri pertama saya, Yamaha 125ZR yang asalnya berwarna perak / silver, tetapi kini berwarna merah hitam kerana saya sangat meminati warna merah dan kerana sayangkan coverset asalnya (silver / perak) yang menjadi "limited edition" serta kegilaan ramai sekarang. Motor kesayangan saya ini adalah design yang kedua, keluaran tahun 2005. Owner pertama (classmate sek men saya, sekarang seorang bilal masjid) membelinya pada 2006 dan saya membeli dari beliau pada 2008.

60 comments:

  1. klau minyak parah x 125zr ni? mcm mna dngn 2ti kna tukar slalu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gna kburetor RXZ..bru jimat mnyk..

      Delete
    2. 2t tak tukar tapi tambah....yang tukar 4t....

      Delete
  2. klu pandai setting min-jet, pilot-jet, angin + minyak & api, mmg x parah laaa minyak motor tu.. 2t xkena tukar, cuma tmbah klu abis.. klu 4t tukar laaa 2bln sekali klu rjin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sembang!!!!!!!!!

      Delete
    2. nk setting api tu mcm mne ekk??maaf..sy budak baru belajar

      Delete
  3. saya nk tumpang tnya ckit boleh nda ....???? saya asal sabah ... saya ada y125zr ... tp saya tdak tau keluaran moto saya , sama ada y125z keluaran robot atau go!go!go! ..... thun moto sya d keluarkan pada 2006 .... tu lh yg saya mo tnya .. thun 2006 keluaran y125zr ape ...?????

    ReplyDelete
    Replies
    1. go!go!go!
      125 robot tahun 1999

      Delete
    2. go tahun 2004 la ngok, robot 2005.. tahun 2006 mungkin still robot cuma register lambat..

      Delete
    3. 2005-2006 Keluaran 46 , Jangan Mandai2 Kata Keluaran Robot Bagai -_-"

      Delete
    4. Tengok Dekat Geran Kalau Tulis " Y125ZR S.E" tahun 2005 atau 2006 bermakna keluaran 46

      Delete
    5. Tengok Dekat Geran Kalau Tulis " Y125ZR S.E" tahun 2005 atau 2006 bermakna keluaran 46

      Delete
    6. 2005-2006 Keluaran 46 , Jangan Mandai2 Kata Keluaran Robot Bagai -_-"

      Delete
    7. Bang..tahun 1999 1st model nye bang..sport rim pun x ujud gi..x silap aku klu 2006 ni keluaran nye sama dengan cover set biru pepsi.

      Delete
  4. pling senag kita cerita dlm facebook lh ... boleh bh kan ...??? nie facebook sya FAHMIE AX , sya bnyk lg mo tau pasal y125z nie hehehehe ..

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum,semua,....saya nak tanya pendapat Encik2 semua...saya ni berminat dengan 125zr ni color biru...tapi kawan2 saya banyak taksetuju,dipa kata ambik lc,tak kena pakai minyak 2ti,tapi saya minat 125zr lagi dari lc...saya bercadang mcm ni,sekarang saya pakai motor wave, .saya bercadang nak tolak motor wave ni dalam bulan 8 @ 9...nak ambik 125zr,lepas pakai 125zr dalam 5 bulan @ setahun ,,, baru saya nak beli lc,kira kalau saya beli lc,tu kira saya tak tukar dh sampai ketua...(hahaha)....(saya umur 19,dh kerja.,saya nak minta pendapat abang2 @ pakcik2 tolong bagi pendapat yang mna saya patut beli 125 @ lc??...tapi saya minat 125 lagi dari lc...kira saya nak pakai 125 dulu baru lc....mohon diberitahu...kemuskilan>>>(saya budak baru belajar,hehehe))..(^,O)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ikot selera masing2 je , nnti kalau dah ade lc kompem kempunan nak 125 , selamat memlilih , hahaa

      Delete
    2. kita dalam situasi yang sama.... tapi saye sudah angkat y125zr... lagi syok bbanding LC... LC bnyak elektronik.. leceh

      Delete
    3. Salam..aku pakai 125 dah 6 bulan..skrang ni aku jual 125z aku beli Lc clucth baru..pakai 125 mula2 memang ko gian throttle..tp bila dah 2 3 bulan ko pakai ko mesti menyesal dan bosan..bila tengah2 bulan nk keluar naik motor pun fikir 10 kali sbb 125z minyak kapak..2t lg..kalau bubuh 2t xkn nk bubuh 2t murah..paling2 pn mesti ko nak pakai shell vsx Rm16!! Bg aku 125z ni zaman 2 3 tahun lepas boleh la..skrang ni baik pakai Lc je..kat tempat aku kalau nmpak 125z plate baru. Tu namanya budak baru nk naik la..aku suggest ko pakai LC Gp edetion..market pn market!!

      Delete
    4. Lc kalau nak bt ulang alik kerja boleh la . Try ar pakai dulu . Nanti kalau tak laju bt laa bagi laju tengok modal bape banyak kuar ? Skali problem tepuk dahi ..

      Delete
    5. Nak Smooth n steady pkai LC , Nak Laju Dan Ranggi Pakai 125 , Tak payah Pk minyak n 2t bagai , Kalau Kau Nak Kan laju , Mesty ada pengorbanan , Klu xsnggup berkorban duet lebih baik pkai lc , tpy dari segi sparepart lc lagi mahal berbanding 125 , lc blok pakai buang , tak boleh rebore , 125 boleh rebore smpai saiz 200 , 125 lebih jimat kalau dikira dlm semua aspek , pegy bengkel tukar plug lc confirm kne caj atas rm10 , kalau 125 pulak hnya skadar hrga plug , jrg pomen mntk upah , sbb tak trlalu rumit untk sumbat plug , tak macam lc , perhh taubat weyhh , baru plug , liquid coolend lagi ? lu pk lah sndry bro , dgn lc sgala2 nya duet , kira dlm semua aspek , compare kan 125 dgn LC dan kau akn tahu mna lagi jimat bro , Compare kan semua aspek , dalaman , jgn kira luaran shaja , okay slmt mncuba jgn tkejot klu modal pkai lc 2x ganda lebih besar dari 125z , nak lebih info wechat aq id : K125ZM

      Delete
    6. Nak Smooth n steady pkai LC , Nak Laju Dan Ranggi Pakai 125 , Tak payah Pk minyak n 2t bagai , Kalau Kau Nak Kan laju , Mesty ada pengorbanan , Klu xsnggup berkorban duet lebih baik pkai lc , tpy dari segi sparepart lc lagi mahal berbanding 125 , lc blok pakai buang , tak boleh rebore , 125 boleh rebore smpai saiz 200 , 125 lebih jimat kalau dikira dlm semua aspek , pegy bengkel tukar plug lc confirm kne caj atas rm10 , kalau 125 pulak hnya skadar hrga plug , jrg pomen mntk upah , sbb tak trlalu rumit untk sumbat plug , tak macam lc , perhh taubat weyhh , baru plug , liquid coolend lagi ? lu pk lah sndry bro , dgn lc sgala2 nya duet , kira dlm semua aspek , compare kan 125 dgn LC dan kau akn tahu mna lagi jimat bro , Compare kan semua aspek , dalaman , jgn kira luaran shaja , okay slmt mncuba jgn tkejot klu modal pkai lc 2x ganda lebih besar dari 125z , nak lebih info wechat aq id : K125ZM

      Delete
    7. ade ku kesah,..

      Delete
  6. betul tu...klu dah ade lc mmg nak sambar 125 plk...hehehe...hanya owner lc je tau :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sep satu kali !

      Delete
    2. siallah jai !!! kata malik kepada adiknya.

      Delete
  7. As salam
    Saya pakai lc 6 thun dari thun 2008 thun 2013 tukar tmpat keje so kene travel sehari ulang alik 120km pakai lc.lpas sthun berulang pakai lc saya rase jemu dgn lc baru la say tukar 125 seken 2011..125 mmyk kapak? Saya rasa sama je dgn lc..malas sbb ade 2t? Saya pakai 2t quicksilver beli yh 1 gallon..tahan sebulan lebih..segellen rm55 2t tu kalau pakai shell seliter rm26..sebulan kene bli 4 liter berapa dh tu.. Lbih jimat dgn quicksilver..nasihat saya..hanya org yg pernah hidup dn membesar di era 2 stroke saja yg tahu kenikmatan moto 125 ni..kalau bli 125 nk merempit atau nk bawak sia dia tu bukan org yg thu menilai keistimewaan 125 ni

    ReplyDelete
  8. 4t lebih baik dari 2t..mesra alam.long distance ambik lc.nk jimat mnyk ambik lagenda fi..

    ReplyDelete
  9. bende ni subjektif..lain org lain pendapat dan pandangan...nak rase lain pakaila 125z nk rase jimat dan tk nk mencemar kan alam ambik la lc...long distance 125 pin boleh long tkde masalah pun..bile kita dah pakai sesebuah moto tu kita mestilah bersedia untuk sebarang kemungkinan yg akan berlaku...kita dah tau 125 ni 2 stroke.sistem pelinciran dia lain kene pakai minyak 2t jadi kene la bersedia..kalau tk bersedia tu yang ade kes pakai 15zr sebulan dah nk jual balik...ape kes..?lc jimat mmg betul tp kalau bawak lebih dari 110kmh fc dia sama je dgn 125z...cuma tambah 2t je la..tp kalau kita tgk kat highway bnyk lc laju2 yang dah modi..modal modi dah berape? big bore stroker kit dah berape? fc msti lg kuat..kalau 125 bawak laju seadanya pun dh ckup lju..so 'muka surat last sekali' duit masing2 poket masing2 selera masing2 takyah nk kondem atau downgred sape pun..minat mengatasi segalanya

    ReplyDelete
  10. Saya x taw nk pilih yg mna satu???klaw set cab z mnyak nk jimat bnyk mna ye??cara nk jimat 2T x da kea??pda pndapt abg2..mna saya ptut pilih 125 kea lc??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Moto nk laju tp minyak nk save..cm ne tu bang?terima la hakikat 125z mmg melantak minyak..so klu rs x sanggop sara die,abg amik la lc.

      Delete
  11. Aku pakai 125zr da 4 tahun,,sekali try lc rase hampeh,,hahaha..mujur aku xambik lc 4 tahun lepas,,

    ReplyDelete
  12. Aku br jual 125zr...sbb nk beralih pakai lc...tp pinjam lc spupu aku seminggu...maka jwpn aku...kembali kpd 125zr GP

    ReplyDelete
  13. Nak pakai 125 jgn kedekut 2t bang... Nnti niat nk jimat tau2 kene kluar modal lebih lg nk overhaul sebab jem...2t ni tk de la leh jimat sgt tp boleh kecik kn skit je..tu pun jgn salah bajet kecik sgt 2t tk cukup boleh jem..carb z kene cari tangan yg pndai kalau tk pndai mnyk petrol jd lg kuat.. Oleh itu jgn la memandai mandai

    ReplyDelete
  14. sy mau tanya tentang warna enjin 125zr nie... sbb sy tengok kwn sy punye warna hitam bkn kelabu. sy takla tanya dia ape2.

    ReplyDelete
  15. Yamaha lc 135 kelebihan pada penjimatan minyak,;Yamaha 125zr pada kelajuan.

    ReplyDelete
  16. apakah perbezaan lc v1 n v2?

    ReplyDelete
  17. Tupai special edition tu lg laju ke daripada tupai biasa?

    ReplyDelete
  18. Saya dlm proses utk y125zr S.E. dpt harga 6k. Berbaloi ke tak agak agak ?

    ReplyDelete
  19. Saya dlm proses utk y125zr S.E. dpt harga 6k. Berbaloi ke tak agak agak ?

    ReplyDelete
  20. Pada saya 125z mane2 edition lbh kurg je..ikut mate masing2 ade yg minat gp ni ade yg tk..saya terus terang tk tertarik dgn kaler biru ni...kaler lame lebih menarik..mcm diamond,energy atau pun sabit

    ReplyDelete
  21. sya pakai 125 millenium thn 2004 (sport rims pertama), kena curi thn 2006, rasa nak nangis, keluar duit simpanan rm3000 aku beli 125 model rossi 46 selepas 3 hari kena curi, sampai sekarang thn 2015 msh mengaum di highway, aku kerja seminggu 5 hari ulang alik, sehari perjalanan ulang alik dlm 150km, 125z ni xda mshlh....lebih lasak...nak overtake lori besar top gear kalau x lepas aku turun gear tarik minyak...mmg kaw2 pecutnya...korner aku jrg brek, aku main brek enjin (gear)..sedappppppppp.....xda mslh...aku cuba guna lc adik aku...top gear nak potong lori besar power x cukup,...aku turun gear lg la mcm hampeh...last2 emergency aku brek aku masuk celah lori sbb ade kereta dtg dr depan (single land)....aku dh ulang alik highway guna 125 selama 11 tahun....sekian, utk perkongsian bersama....

    ReplyDelete
  22. haaa same dgn saya bro..ulang alik keje dgn 125 baru kat dua tahun..top mmg sedap nk over take pun meyakinkan..sebelum ni pakai lc mmg lemau nk overtake lori...pada saya ini merbahaya..ni la salah satu sebab saya tukar moto lc kepada 125..bukan merempit tk nk kepuasan long distance dan juga safety

    ReplyDelete
    Replies
    1. typing error...bukan merempit TP nk kepuasan

      Delete
  23. Parok... 6tahun pakai lc... serik doh... bila seru sampai ...kopak poket...
    la ni kembali balik pd 2stroke and of coz tupai lah...fast n ez

    ReplyDelete
  24. Salam,apa pendapat abg semua tentang minyak 125 yg bru keluar kdai??tlg boleh.
    hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Minyak ape tu...minyak enjin atau minyak 2t?

      Delete
    2. Minyak ape tu...minyak enjin atau minyak 2t?

      Delete
    3. 30km per liter petrol. Ron97

      Delete
  25. 7 tahun pakai LC 2009/2016.pada tahun 2016 aq jual lc aq n angkat 125zr..baru ku tahu kenikmatannya di atas hiway mcmna..naik bukit senyum je, sedangkan lc n fz150 yg ku lepas potong tadi tengah pulas minyak sampai nak putus cable die n siap tunduk ibarat superman lagi..aq? Hanye mmpu tersenyum..125zr terbaik der.

    ReplyDelete
  26. Sebetulnye 2store lg bgus. Lg tahan lama. Lg lasak. Kira moto paling mudah la. Klu jg elok. Sampai anak cucu leh pakai. Maybe cicit

    ReplyDelete
  27. Salam semua....siapa2 nk pasang suis rahsia utk 125zr tuan boleh wasap saya...pemasangan saya boleh buat...rm50 sahaja...shah alam...0137808853

    ReplyDelete
  28. Hy abg2 . Sye nk tnyaa. Klo Moto 125zr bru klua kedaii mmg minyak parak ek ? Klo pkai minyk 97 tahan tak

    ReplyDelete
  29. Minyak kuat ke tak ni subjektif...kalau bawak mcm org jakun mmg laju la..kalau normal tk de la kuat pun..97 ade org kate ok ade org kate asal ade mnyk boleh jalan sudah.ikut la poket atau selera tuan2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Btol bro..klu dh pulas je manjang dr ipoh smpi k.l mmg minyak melantak la..kire x jem 1000 rahmat la...

      Delete
  30. Aku pki 125zr motogp edition dah 3thn. Beli baru kedai. biar Standard pekak kilang smpi skrng. Ulang alik keja jarak 120km(60km*2).Moto standard top speed cuma 140kmj yer. RPM pn x mampu sentuh 10k *Ini fakta moto kilang. Tp meter kelajuan model ni agak berat sikit so 140kmj tu ko dah potong semua cubcai2 standard lain yg ada atas hway tu. Yg da modi tu toksah la kira. Fyi, pikup dan top standard pn da ckp kuat hy penggemar 2stroke yg tahu.

    Berikut data FC long distance utk average kelajuan《110kmj;

    Petrol : 1liter=23km.
    2T(semiSyn) : 1liter=1000km.
    4T(semiSyb) : every 10,000km pn xde hal

    Fakta di atas adalah fakta yg jujur tanpa sy perlu tokok tambah atau up kan jenama ini. Setiap moto ada kelebihan dan kekurangan. Yg penting enjoy ride bro :)



    ReplyDelete
  31. Assalam otai 2.saya nak tanya cara nak jimatkan minyak 125zr camne.mintak resepi brother2 and otai2 ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Klu nk laju,mane dtg nye minyak nk save bang...hahaha..tp klu nk sedap ko masok carb panther x pun kips..tp kips nk kene cr carb die jenis ade dua skru dr atas tu..petak..

      Delete
  32. Nk jimat?...tp nk laju?....hukum fizik yg agak susah utk di lawan....paling hampir pun pkai karb rxz 55k made in japan

    ReplyDelete