<---pLaYaR.-.iDuP--->

<---pLaYaR.-.iDuP--->

Wednesday, April 27, 2011

LOVE AND MERCY..

I just want to share this story.. It's very simple story about money and love..


A man came home from work late, tired and irritated, to find his 5-year old son waiting for him at the door.

SON: "Daddy, may I ask you a question?"
DAD: "Yeah sure, what it is?" replied the man.
SON: "Daddy, how much do you make an hour?"
DAD: "That's none of your business. Why do you ask such a thing?" the man said angrily.
SON: "I just want to know. Please tell me, how much do you make an hour?"
DAD: "If you must know, I make $50 an hour."
SON: "Oh.." the little boy replied, with his head down.
SON: "Daddy, may I please borrow $25?"

The father was furious.

DAD : "If the only reason you asked that is so you can borrow some money to buy a silly toy or some other nonsense, then you march yourself straight to your room and go to bed. Think about why you are being so selfish. I don't work hard everyday for such childish frivolities."

The little boy quietly went to his room and shut the door. The man sat down and started to get even angrier about the little boy's questions. How dare he ask such questions only to get some money?

After about an hour or so, the man had calmed down , and started to think:
"Maybe there was something he really needed to buy with that $25.00 and he really didn't ask for money very often."

The man went to the door of the little boy's room and opened the door.

DAD : "Are you asleep, son?"
SON : "No daddy, I'm awake."
DAD : "I've been thinking, maybe I was too hard on you earlier. It's been a long day and I took out my aggravation on you. Here's the $25 you asked for."

The little boy sat straight up, smiling.
SON : "Oh, thank you daddy!" he yelled.

Then, reaching under his pillow he pulled out some crumpled up bills. The man saw that the boy already had money, started to get angry again. The little boy slowly counted out his money, and then looked up at his father.

DAD : "Why do you want more money if you already have some?" the father grumbled.
SON : "Because I didn't have enough, but now I do," the little boy replied.

SON : "Daddy, I have $50 now. Can I buy an hour of your time? Please come home early tomorrow. I would like to have dinner with you."

The father was crushed. He put his arms around his little son, and he begged for his forgiveness.


It's just a short reminder to all of you working so hard in life. We should not let time slip through our fingers without having spent some time with those who really matter to us, those close to our hearts. Do remember to share that $50 worth of your time with someone you love.

If we die tomorrow, the company that we are working for could easily replace us in a matter of hours. But the family & friends we leave behind will feel the loss for the rest of their lives.

...WINNERS vs LOSERS...

The Winner is always part of the answer
The Loser is always part of the problem

The Winner always has a programme
The Loser always has an excuse

The Winner sees an answer for every problem
The Loser sees a problem for every answer

The Winner says "It may be difficult but it is possible"
The Loser says "It may be possible but it is difficult"

Be a Winner and not a Loser!!

...MONEY...MONEY...MONEY...

Money can buy you a bed but not a sleep.
Money can buy you books but not knowledge.
Money can buy you food but not appetite.
Money can buy you clothes but not beauty.
Money can buy you a house but not home.
Money can buy medicine but not health.
Money can buy you luxuries but not happiness.
When money is lost, not everything is lost.
But
When character is lost then everything is lost!!!

Saturday, April 23, 2011

My Best Friends...

Aku sayangkan semua kawan2 aku, tak kira laki atau pompuan.. tapi dlm ramai2 kawan aku seluruh Malaysia & 1 dunia ni, yg paling aku sayang off course laaa best friends aku.. bestf riends aku sememangnya aku akan ingat nama penuh diorang sekali ngan nama bapak & talamat diorang.. diorang adalah orang2 yg paling aku prcaya w/pun hakikatnya aku tak banyak citer ttg rahsia2 aku terutama rahsia hati aku kt diorang.. sbb mmg prangai aku jnis tak suka brcerita kt orang sangat tentang rahsia2 ni..
best friends aku kat bangi ni, Khairil Shamil bin Ahmad (orang kedah, aku panggil Shamil) & Mohd Bijairimi bin Ismail (orang kelantan, aku panggil Bija)..


...ni aku ngan Shamil masa kitorang konvoi ramai2 naik Bukit Ampang...


...ni aku ngan Bija masa kitorang konvoi ramai2 ke Aquaria Shah Alam...


Kalau kt kedah plak, best friends aku, Ahmad Shahrezza Putra bin Mohd Shukri (aku panggil Jaa), Mohd Akhmal bin Abdullah (aku panggil Pak Lah) & Tengku Aimanfaizal bin Tengku Abdullah (aku panggil Aiman)..


...ni aku ngan Pak Lah kt Sungai Tekala lps turun dari Bukit Broga...


...ni Jaa baru lps dapat ikan, mancing kt laut kt Kuala Kedah..


...ni Aiman kt kedai kek Mama (mak dia aku panggil mama) kt Pendang, Kedah...

Kalau kt terengganu dulu masa aku amik diploma kt UNISZA, classmate aku yg laki cuma 7 orang & pompuan 8 orang jer.. kami yg laki smua sangat close, mcm adik bradik dh.. Muhammad Khalis bin Abas, Mohd Zulhilmi bin Ismail, Mohd Nakhoie bin Ahmad Badawi, Ahmad Fahmie bin Othman, Muhammad Syazwan bin Mansor, Muhammad Roshidi bin Romli, Mohd Adnan bin Ishak..


...ni kitorang 7 beradik mandi2 picnic kt Lata Tembakah, Besut, Terengganu...


...ni kitorang 7 beradik tgh brsantai atas batu di tmpt yg sama...


...ni kitorang 7 beradik brgambar kenangan masa sem4 (-+ bulan September 2007)


...ni kitorang 7 beradik laki & 8 beradik pompuan, di tarikh yg sama...

Aku sayangkan korang semua.. aku terima kawan2 aku seadanya.. aku terima segala kelebihan, kekurangan & karenah best friends aku seadanya tanpa berbelah bagi.. sekian...

AKU TENSION.. AKU BENGANG.. AKU BOSAN..

Sesungguhnya aku amat tension, bengang dan bosan ngan karenah pompuan.. hidup mcm best jer kalau xder pompuan, x peningkan kepala ngan karenah diorang.. tp aku xnafikan klau xder pompuan dlm hidup seseorang lelaki, hidup tu mcm xder aper2 makna jer..
naper laaa aku bengang sgt ngan pompuan ek? nasib baik laaa mak aku pompuan, kalau tak, mgkin smua pompuan aku akan benci.. ops, aku tak sukakan istilah benci, tp kadang2 trppaksa jgk guna kalau xder istilah lain yg lebih sesuai..
tiba2 teringat kt ex aku yg 1st, 3rd & 5th.. diorg pn pmpuan, diorg kecewakan aku, diorg dpt jatuhkan airmata lelaki aku.. tp diorang dh mntak maaf kt aku & aku pn dh maafkan diorg.. tp dlm waktu ni, aku sgt rindukan diorg sbb diorg xpenah sakitkan hati aku spanjang berkawan & bercouple.. adakah skrg ni aku x prcaya pompuan sbb masih lagi diulit kesedihan brsama diorg dlu? aduhhh.. tension lagi...
xper, biar malam ni aku bawak diri lagi.. hidup ngan bestfriends aku yg laki lg best, tnpa wanita dlm hidup.. malam ni aku nk naik bukit broga, smua laki.. aku rasa keadaan tu akan best giler..
sekian.. aku nk mandi bagi sejukkan hati ni skit, pastu nk semayang, baca Quran & doa mtk dtenangkan hati.. jugak nk doa dianugerahkan wanita solehah dlm hidup, yg xkan kecewakan aku lagi ngan karenahnya.. amiiinnn..

Thursday, April 21, 2011

Tempat Latihan Amali / Industri Aku

Assalamu'alaikum wbt..

Sesuai dgn program pengajian yg aku amik kt UKM ni, Ijazah Sarjanamuda Pengajian Islam dengan Kepujian (Pengajian Arab & Tamadun Islam), dalam modul/minor Bahasa Arab, pihak UKM dah tetapkan aku kena buat LAI (Latihan Amali / Industri) kt sini, :-

Pusat Bahasa Terengganu,
Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu,
Jalan Kemajuan, Padang Hiliran,
21572 Kuala Terengganu,
Terengganu Darul Iman
Tel : 609-622 5452 Fax : 609-622 7239

Sepatutnya LAI aku bermula 2 Mei 2011 tapi atas beberapa sebab tertentu yg x dpt dielakkan, terpaksa aku & kwn aku daftar diri pd 8 Mei 2011, insya-Allah.. kt sini aku ada amik beberapa maklumat ttg tmpt ni utk perhatian & rujukan aku & saper2 yg brminat..


MISI
Menyediakan segala keperluan penting seperti para pensyarah dan fasilitator yang berpengalaman dan berdaya maju, makmal bahasa bertaraf dunia, bilik-bilik kuliah yang lengkap serta alat bantu mengajar yang terkini. Melayan pelanggan-pelanggan kami dengan mesra dan dihargai di samping cuba sedaya upaya memenuhi semua kehendak dan permintaan. Dapat memberi kepuasan kepada semua pelanggan dan membantu mereka memperolehi satu pengalaman pembelajaran yang berkesan dan indah di Pusat Bahasa Terengganu.


VISI
Pusat Bahasa Terengganu menjadi pusat utama dan ternama untuk pembelajaran pelbagai bahasa Negeri Terengganu, di Malaysia dan diiktiraf di dunia. Dapat melahirkan ahli masyarakat yang menguasai sekurang-kurangnya tiga (3) bahasa bagi menjana masyarakat berpengetahuan.


SEJARAH
Pusat Bahasa Terengganu (PBT) pada asalnya diwujudkan di bawah Kolej Seri Iman (KSI) dan berperanan sebagai pusat pengajaran pelbagai bahasa. KSI telah ditutup apabila kampusnya diambil alih oleh Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA).

PBT kemudian telah diserahkan kepada Kolej Yayasan Terengganu (KYT) dan apabila KYT pula diserap ke Universiti Teknologi Mara (UiTM), pengurusan PBT telah dikendalikan oleh Wawasan Wibawa Sdn. Bhd., sebuah anak syarikat Yayasan Terengganu.

Makmal Bahasa PBT telah berpindah sebanyak dua kali dan kini ditempatkan di bangunan Perpustakaan Awam Negeri Terengganu. Semenjak menjalankan operasinya di sini, PBT telah mendapat sambutan yang menggalakkan dari penduduk setempat.

Pada 23 Julai 2008 Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu (PPAT) telah menerima surat penyerahan PBT kepada PPAT daripada Yayasan Terengganu. Penyerahan tersebut meliputi kakitangan terdiri dari seorang Pensyarah, seorang Pembantu Tadbir, seorang Juruteknik Komputer dan dua orang Pekerja Rendah Awam berserta peralatan.

Pembiayaan penubuhan, peralatan serta kos operasi PBT selama ini dibiayai dari peruntukan Kerajaan Negeri melalui Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN).


OBJEKTIF
Bahasa adalah komunikasi. Keupayaan berinteraksi sesama lain untuk apa pun tujuan amat bergantung kepada tahap kemahiran komunikasinya. Hakikat ini menjadikan peranan bahasa dalam arena politik dan sosial dunia amat penting. Mereka yang menguasa pelbagai bahasa akan menjadi aset negeri dan negara.

Justeru itu penubuhan Pusat Bahasa Terengganu adalah satu usaha permulaan yang konkrit untuk menghadapi cabaran ini, rasionalnya penubuhan Pusat Bahasa Terengganu adalah untuk meningkatkan penguasaan serta kecekapan lingustik di kalangan pemimpin negeri dan pegawai-pegawai kerajaan yang terlibat dalam urusan dan hubungan di peringkat global.

Ini akan merealisasikan matlamat membentuk 'e-knowledge worker'. Ia juga membantu melengkapan para graduan IPT Terengganu meningkatkan kecekapan menguasai bahasa sebelum memasuki alam perkerjaan. Tidak ketinggalan jugak ini akan membuka peluang kepada masyarakat Terengganu meningkatkan penguasaan pelbagai bahasa ke arah mewujudkan masyarakat yang cintakan ilmu bersesuaian dengan konsep 'Longlife Learning' .


FOKUS UTAMA PROGRAM
- MUET
- English Communication Skills (ECS)
- Program Bahasa Inggeris Cuti Sekolah
- Bahasa Inggeris Intensif PASCA SPM
- Bahasa Arab Qurani (Tahap 1, 2 & 3)
- Bahasa Arab Komunikasi (Tahap 1, 2 & 3)
- Bahasa Mandarin Komunikasi (Tahap 1, 2 & 3)
- Bahasa Perancis / Bahasa Jepun / Bahasa Jerman (Belum Bermula)


INFO
Pendaftaran Program Bahasa dibuka sepanjang tahun. Sebarang pernyertaan untuk menyertai kursus Bahasa di PBT anda bolehlah mendaftar di pejabat PBT di waktu pejabat, atau boleh download borang permohonan Pendaftaran Program Pusat Bahasa di sini (E-Borang).

maklumat diambil daripada web = http://www.trglib.gov.my/tlc/
Sekian saja entry aku kali ni.. letih dh menaip dan copy paste edit..
Assalamu'alaikum wbt..

Saturday, April 16, 2011

sunyi... tp tetap tenang...

aku kesunyian..
tapi aku tetap tenang..
kerana aku tahu..
Allah sntiasa bersamaku..
hari-hari yang berlalu..
dalam penyeksaan..
menanti datangnya kebahagiaan..
dalam ketenangan..

aku sukakan hidup ini..
namun aku tak lupa..
hidup ini sementara..
aku sukakan kebahagiaan..
namun aku tak lupa..
kebahagiaan datang dalam berbagai bentuk..

sayang pada Allah, dekat denganNYA..
sayang pada Nabi SAW, ikut sunnahnya..
sayang pada Islam, perlu amal ma'ruf nahi mungkar..
sayang pada ibu bapa, ikuti perintahnya, jaga hatinya..
sayang pada ilmu, berusaha mencari menyampaikannya..
sayang pada saudara, jaga lidah, akhklak serta pemikiran..
sayang pada dunia, beramal bagai kekal selamanya..
sayang pada akhirat, beramal bagai kematian adalah esoknya..
sayang pada Bahasa Arab, kerana bahasa al-Quran, syurga serta Nabi SAW..

akulah hamba hina di sisiNYA..
yang sentiasa melakukan kesalahan..
serta maksiat yang terang dan terlindung..
ampunkanlah aku, ya Allah..
tak layak aku ke syurgaMU..
namun aku tak ingin ke nerakaMu..
bertaubat, beristighfar dan menyesali..
memungkinkanku diampunkanNYA..
DIAlah penerima doa hamba-hambaNYA..

<---Playar Idup--->

Thursday, April 14, 2011

Jadilah Hamba Yang Bersyukur

Hari ini...

Sebelum kita mengatakan kata-kata yang tidak baik,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berkata-kata sama sekali.

Sebelum kita mengeluh tentang rasa dari makanan,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan.

Sebelum kita mengeluh tidak punya apa-apa,
Fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta dijalanan.

Sebelum kita mengeluh bahawa kita buruk,
Fikirkan tentang seseorang yang berada pada keadaan yang terburuk di dalam hidupnya.

Sebelum mengeluh tentang suami atau isteri anda,
Fikirkan tentang seseorang yang memohon kepada Tuhan untuk dipertemukan jodoh dan diberikan teman hidup.

Hari ini...

Sebelum kita mengeluh tentang hidup,
Fikirkan tentang seseorang yang meninggal dunia terlalu cepat.

Sebelum kita mengeluh tentang anak-anak kita,
Fikirkan tentang seseorang yang sangat ingin mempunyai anak tetapi dirinya mandul.

Sebelum kita mengeluh tentang rumah yang kotor kerana pembantu tidak mengerjakan tugasnya,
Fikirkan tentang orang-orang yang tinggal dijalanan.

Dan di saat kita letih dan mengeluh tentang pekerjaan,
Fikirkan tentang pengangguran, orang-orang cacat yang berharap mereka mempunyai pekerjaan seperti kita.

Sebelum kita menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain,
Ingatlah bahawa tidak ada seorangpun yang tidak berdosa.

Dan ketika kita sedang bersedih dan hidup dalam kesusahan,
Tersenyum dan berterima kasihlah kepada Tuhan bahawa kita masih hidup!!!

Marilah kita menjadi orang yang bersyukur atas segala nikmat dan kurniaan yang Allah berikan kepada kita.

Ingatlah janji Allah, "Barangsiapa bersyukur dengan nikmat yang diberikan kepadanya, maka Allah akan tambah lagi nikmat itu. Sebaliknya, barangsiapa yang kufur atau tidak mensyukuri nikmat itu, maka sesungguhnya azab Allah amatlah pedih." (Surah Ibrahim : Ayat 7)

<---MUHASABAH DIRI--->

Muhasabah adalah perilaku bagi mengitung dan memperelokkan diri yang terbentuk di dalam jiwa seseorang manusia itu menurut kaca mata agama. Ia juga boleh dimaksudkan sebagai mendidik diri agar sentiasa mencela segala kejahatan yang pernah dilakukan yang boleh menjadi pengalang untuk mandapat keredhaan dari Allah S.W.T.

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:

"Orang yang pintar ialah orang yang menghitung dirinya serta beramal untuk hari selepas kematian sementara orang yang lemah ialah orang yang menikut hawa nafsunya serta beragan-angan terhadap Allah dengan angan-angan (yang banyak)." (Riwayat al-Tirmizi).

Sesiapa yang bermuhasabah dirinya maka dia tidak akan meninggalkan ruang dan masa untuk dirinya melakukan perkara-perkara yang batil. Menyibukkan diri dengan ketaatan akan menghapuskan masa untuk membuat kejahatan. Dia akan mencela jiwanya di atas setiap kesalahan dan kekurangan yang yang dia lakukannya terhadap Allah Taala kerana takutnya diri ini kepada kekuasaanNya. Jika inilah keadaannya maka mana mungkin boleh didapati jalan dan ruang untuk membuat kesalahan dan kebatilan?

Berkata al-Sayyid Ahmad al-Rifaie:

"Daripada takut akan timbulnya muhasabah. Daripada muhasabah timbulnya muraqabah. Daripada muraqabah hati akan sentiasa sibuk bersama Allah S.W.T." (Kitab: al-Burhan al-Muayyad).

Secara tegasnya muhasabah pasti akan menghasilkan perasaan bertanggungjawab terhadap Allah S.W.T. dan rasul-Nya serta makhluk-makhluk-Nya. Melalui muhasabah juga manusia merasa diri mereka tidak diciptakan oleh Allah S.W.T. dengan sia-sia. Setiap manusia pasti akan kembali semula kepada Allah S.W.T. apabila telah sampai waktunya.

Firman Allah S.W.T. bermaksud:

"Setiap yang berjiwa (yang bernyawa) akan merasai mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sahajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga ia telah beruntung. Kehidupan dunai itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan." (Surah Ali-Imran: Ayat 185).

Di dalam kesibukkan kita mengejar kekayaan dunia ini maka janganlah lupa juga untuk kita menyibukkan diri dengan mengingati Allah S.W.T. Perkara seperti inilah yang selalu dituntut oleh agama Islam.

Firman Allah S.W.T. yang bermaksud:

"Maka segeralah kembali kepada Allah maka sesungguhnya aku seorang pemberi peringatan yang nyata daripada Allah untukmu." (Surah al-Dzaariyaat: Ayat 50).

Firman Allah S.W.T. lagi yang bermaksud:

"Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah dan hendaklah kamu bersama orang yang benar." (Surah al-Taubah: Ayat 119).

Adapun golongan sufi sentiasa menyibukkan diri dengan penghambaan dan pengabdian diri kepada Allah S.W.T. Mereka beriman di dalam perjalanan musafir ini menuju Allah S.W.T. dengan bersungguh-sungguh dan ikhlas. Hati mereka sentiasa mengingati bahawa mereka akan kembali kepada Allah S.W.T. pada setiap masa.

Firman Allah S.W.T. yang bermaksud:

"Di tempat yang disenangi (penuh kebahagiaan) di sisi tuhan (Allah S.W.T.) Maha Kuasa. (Surah al-Qamar: Ayat 55).

Berkata Syeikh Ahmad Zarruq:

"Lalai dari bermuhasabah diri menyebabkan apa yang dilakukan menjadi silap. Kurang berbincang dengannya boleh membawa kepada adanya sifat redha nafsu atau rasa berpuas hati terhadapnya. Memerangi nafsu boleh menjauhkan daripada melekat pada diri dan tidak bersikap tegas terhadapnya menyebabkan dia menjadi pahlawan. Oleh itu lazimilah diri dengan sentiasa bermuhasabah dan berbincang serta beramallah dengan apa yang sahih tanpa bertolak-ansur terhadap perkara yang telah nyata salah. Ketika beramal jangan mencari sesuatu yang tidak jelas." (Kitab: Qawaid al-Tasawuf).

Demikianlah pentingnya muhasabah di dalam diri setiap individu. Tanpa muhasabah yang ikhlas maka seseorang itu akan sentiasa berasa diri tidak pernah melakukan kesalahan. Bermuhasabahlah diri dengan hati yang terbuka agar kita boleh memperbaiki kebatilan dan kelamahan diri sebelum diri kita menemui ajal.

Berkata Saiyidina Umar al-Khattab:

"Hisablah diri kamu sebelum kamu dihisab. Timbanglah amalan kamu sebelum kamu ditimbang." (Kitab: Tahzib Madarij al-Salikin).

Artikel bertajuk Ikhlas Muhasabah Diri Cara Berkesan Baiki Kelemahan Ummah telah dikeluarkan di bahagian Agama akhbar Berita Harian pada 7 Mei 2009.

Sunday, April 10, 2011

Jadual Final Exam Tahun 2 Semester 2 Sessi 2010/11..

Jadual Peperiksaan Akhir Tahun 2 Semester 2 Sessi 2010/11
Ijazah Sarjanamuda Pengajian Islam Dengan Kepujian
(Pengajian Arab & Tamadun Islam Modul Bahasa Arab)
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Tolong Doakan Kejayaanku & Kejayaan Kita Bersama..
Dengan Harapan Semoga ALLAH Mudahkan Segala Urusanku..
Semoga Allah Merahmatiku & Juga Kamu Semua..
AMIIINNN...

Metodologi Dakwah (PPPY 1222)
11/04/2011 (8.30 - 10.00pg)

Kepimpinan & Pengurusan Islam (PPPY 1232)
12/04/2011 (8.30 - 10.00pg)

Maharat al-Istima' wa al-Fahm (PPPY 1142)
13/04/2011 (12.00 - 2.00ptg)

Ilmu Bahasa Arab (PPPJ 2303)
14/04/2011 (3.30 - 5.00ptg)

al-Nahw wa al-Sarf II (PPPJ 2453)
19/04/2011 (8.30 - 10.30pg)

Pemikiran Islam Semasa (PPPY 1212)
20/04/2011 (12.00 - 2.30ptg)

Pengantar Qiraat & Hafazan (PPPY 1252)
22/04/2011 (3.30 - 5.30ptg)

Metodologi Pembelajaran Puisi Arab (PPPJ 2433)
26/04/2011 (12.00 - 2.30ptg)

Pengurusan Emosi (ZZZT 2253)
27/04/2011 (3.30 - 5.00ptg)

Kursus Pengurusan Persatuan II (HHHE 2021)
(Tiada Kertas Peperiksaan)

Latihan Amali Industri (PPPL 1992)
(Tiada Kertas Peperiksaan)

Friday, April 08, 2011

Bagaikan Bersinar Semula..

Awal bln4 2011 ni, aku rasa seperti hatiku telah dicuri seseorang.. tiba2 terasa nk nyanyi lagu ni "Sendu Di Hatimu Rindu Di Jiwaku - Arrow".. aku terasa duniaku bersinar semula sejak sekian lama tertutup buat wanita utk digelar bakal isteri.. hatiku berbunga riang.. aku bahagia brsama beliau biarpun baru jer kenal.. terasa diriku dihargai & kasih sayangku disambut mesra.. adakah ini cinta? mngikut pengalamanku, aku akan katakan ya, tp adakah ianya hanya mainan smntara atau apa, itu aku perlukan kepastian & perlukan masa utk menganalisa..
tp yg masalahnya skrg, dsebabkan aku sntiasa teringatkan beliau, aku x dpt study lgsg.. aku nk start final exam 11/4 ni.. aduhhh... aku tahu ni masalah peribadi aku, xde & xboleh nk kaitakan atau salahkan sapa2, cma aku ingin mluahkan jer di blog aku sndiri.. aku harapkan beliau dpt jd sumber inspirasiku skrg & masa akan dtg...
aku sukakan dia, aku rindukan dia & aku sayangkan dia.. tp utk mengatakan "aku cintakan dia" aku belum mampu sbb aku x mahu beliau trlalu letakkan harapan pd aku.. tiba2 teringat kata2 mak, "jgn bg harapan pd prmpuan sbb prmpuan mudah trsentuh hatinya".. aku tkut x dpt bahagiakan beliau jer, sbb tu tkut nk bg harapan, tkut ianya jd harapan palsu..
apa2 pun, aku sukakan perasaan ini.. aku harap beliaulah jodohku w/pun beliau jauh lbih muda dr ku & dr 2 org adikku.. Ya Allah, bantulah aku, tenangkanlah hatiku.. berikanlah ketabahan padaku utk mengharungi hidup ini dlm keadaan sprt skrg ni..
Sendu Di Hatimu Rindu Di Jiwaku - Arrow