<---pLaYaR.-.iDuP--->

<---pLaYaR.-.iDuP--->

Monday, August 22, 2011

<--- wanita muslimah yang bertudung, tetapi tidak menutup aurat --->

Saya mulakan dengan satu hadith sahih Rasulullah S.A.W bersabda :

"Dua golongan dari penduduk neraka yang belum pernah aku lihat, iaitu : Suatu kaum yang memiliki cambuk, seperti ekor sapi untuk memukul manusia dan para wanita berpakaian tapi telanjang, berlenggak-lenggok, kepala mereka seperti punuk unta yang miring, wanita seperti itu tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya, walaupun baunya tercium selama perjalanan ini dan ini." (HR.Muslim)

Saya tinggalkan hadith ini untuk tatapan rakan2. Diakhir kesimpulan, saya akan relatekan kembali dengan hadith ini, terutamanya pada tulisan yang dihitamkan didalam hadis tersebut.

Sekarang saya ingin berkongsi apa pendapat saya tentang perkara ini. Pendapat juga akan disertai dengan dalil2 dan garis panduan ulama.

Merujuk kepada tajuk entri diatas, di zaman moden ini. Semakin ramai wanita yang menjadikan tudung sebagai pakaian mereka, bermacam2 fesyen tudung wujud. Kebaikan ini perlulah amat disyukuri, Alhamdulillah. Sekurang2nya pemakai tudung adalah majoriti. Tidak perlu takut untuk keluar ke Kuala Lumpur dengan memakai tudung, sudah menjadi kebiasaan wanita2 bertudung di KL. Tidak seperti mereka2 yang berada diluar negara, terutamanya pelajar2. Sampaikan dalam beratus2 pelajar universiti di dalam kuliah, hanya seorang sahaja yang bertudung. Tanyalah mereka, bagaimana tekanan yang dihadapi.

Walaubagaimanapun, wanita2 yang bertudung di Malaysia terutamanya, boleh dikatakan, lebih daripada separuh dari mereka, tidak menutup aurat. Menutup aurat disini bukan sekadar menutup rambut sebenarnya.

Rasanya, kalau ditanya setiap muslimah diluar sana, apakah yang dikatakan aurat wanita yang telah ditetapkan oleh Al-Quran dan Sunnah, hampir semua daripada mereka tahu. Sebabnya, sekurang-kurangnya mereka belajar di sekolah. Tidak perlu sekolah agama pun, dalam silibus pendidikan islam pun ada diajar.

Aurat wanita yang telah ditetapkan oleh Allah dan disepakati ulama’2 (tiada khilaf) adalah seluruh tubuh badan, kecuali muka dan tapak tangan. Kalau sekali dengar, mesti kita terbayangkan seorang muslimah yang bertudung labuh, berlitup habis kan? Sebenarnya tidak. Tak perlu bertudung labuh tetapi perlu untuk memenuhi syarat2 yang ditetapkan. Apa2 jenis tudung pun, jika syarat2 diikuti, insyaALLAH, aurat yang telah digariskan akan ditutupi dengan baik.

Mengapa Allah menetapkan aurat sedasyat ini untuk kaum wanita? Bukan untuk menindas, tetapi untuk memelihara kesejahteraan dan kehormatan wanita itu. Kerana merekalah yang dikatakan oleh Rasulullah sebagai fitnah dunia. Lelaki yang alim dan warak pun, dengan mudahnya akan terbabas, oleh kerana wanita. Wahai wanita2 sekalian, cubalah tanya sesiapa pun yang bernama lelaki, sejauhmana wanita dapat menjadikan mereka orang yang tidak sioman.

Apa syarat2 dan batasannya? Para ulama’ memperhalusi lagi garispanduan aurat wanita dengan syarat tersebut :

1 – Menutupi semua tubuh badan kecuali tapak tangan dan muka.

2 – Pakaian yang menutupi tersebut, tidak terlalu ketat, sehinggakan nampak bentuk tubuh badan. Ini termasuklah baju yang ketat, jeans dan sebagainya.

Seperti yang dicatatakan di Surah Al Ahzab : 59.

“Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mu’min: “Hendaklah mereka mendekatkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka”. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, karena itu mereka tidak di ganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

3 – Kaki mestilah tidak dapat dilihat. Ini memerlukan wanita memakai kasut/selipar yang menutupi seluruh kakinya ataupon lebih selamat dengan memakai stokin.

4 – Tangan mestilah ditutup sehingga ke bahagian pergelangan tangan. Penyelasaiannya, memakai baju yang berlengan panjang ataupun stokin tangan.

5 - Lanjutan dari syarat ke2, menutupi dada dengan tudung sehinggakan tidak nampak bentuk dada jika memakai baju yang boleh menampakkan bentuk dada. Ini kerana, bahagian tersebutlah yang paling mudah untuk dilihat bentuknya.

Sebenarnya banyak lagi garispanduan yang telah ditetapkan oleh ulama’ seperti wangian, hiasan baju dan lain2. Tetapi fokus kali ini adalah untuk mengajak rakan2 memenuhi garispanduan asas dalam pemakaian. Sangat2 lah logik dan possible untuk memenuhi syarat2 diatas.

Akhirnya, merujuk semula hadith sahih diatas, dengan gaya bahasa keras dan tegas Rasulullah (bukan saya) menegaskan bahawa tiada pengecualian untuk wanita menutup aurat mereka. Sehinggakan memberikan amaran, tidak dapat bau syurga. Nak dikatakan disini, sehemah-hemah Rasulullah pun, tiada toleransi bab2 aurat ni.

Tetapi persoalannya, bolehkah kita berubah terus dengan memenuhi syarat2 diatas. Pendapat saya, cukuplah, sekadar rakan2 sekalian sedar dan berazam untuk berubah kepada pemakaian yang lebih menepati syarat. Berusaha untuk berubah itu penting, walaupun perlahan2, Allah maha mengetahui apa yang kita niatkan. InsyaALLAH, kalau berusaha untuk berubah, Allah buka jalan untuk kita berubah.

Allah tidak melihat kepada keputusan, tapi lebih melihat kepada usaha seseorang. Seorang pelacur yang berusaha untuk memberikan anjing yang kehausan minuman pun, Allah masukkan kedalam syurga atas usaha murninya. Bahkan, seorang yang tudung labuh berlitup pun mungkin akan dimasukkan ke neraka kerana tidak melakukan perkara yang Allah suruh.

Semoga dengan artikel ini, rakan2 sekalian sekurang2nya, aware atas amaran keras rasulullah di atas dan cuba untuk berusaha. Maaf sekali lagi jika menyinggung perasaan sesiapa yang membaca.

Wassalam.

credited to :
ibnulatef

Wanita ISLAM Yang Seksi

(ihsan dari blog seorang sahabat)

Sebenarnya tajuk ini bukan satu keutamaan untuk ditulis oleh saya pada awalnya. Ia memang ada dalam senarai untuk ditulis, tetapi bukan hari ini. Sebetulnya saya mahu menulis tentang isu Fiqh interaksi dengan non-muslim dari kacamata saya sendiri.

Tetapi tak mengapa, Allah gerakkan hati saya untuk tajuk di atas.

Jujur saya nyatakan, tajuk di atas seribu kali ganda pentingnya kepada para pemuda pemudi hari ini.

Dalam kelompok pelajar Islam yang masing2 mempelajari Islam samada secara formal mahupun tidak, amat menyedihkan apabila masih wujud begitu ramai mahasiswi Islam yang tidak tahu batas muamalat yang sepatutnya dipraktikkan oleh mereka.

Ramai menyangka, batas muamalat hanya melibatkan pergaulan atas percakapan antara seorang lelaki dan wanita semata2, atau antara syabab dan akhawat semata2. Sebenarnya , isu muamalat adalah LEBIH BESAR daripada itu.

Muamalat secara umumnya bermaksud hubungan seharian anda bersama manusia, tidak kira siapa. Ia dijaga dan dikawal oleh syariat dengan peraturan2 tersendiri, di mana segala peraturan2 tersebut terkandung sejuta hikmah yang datang dari Allah ta’ala demi maslahatnya manusia.

Allah cipta manusia, Allah bagi manual. Manusia cipta kereta, manusia buat manual. Pentingnya manual adalah supaya kereta tidak rosak dan tahan lama. Pentingnya manual kepada manusia adalah supaya manusia tidak rosak dan selamat dan akhirat sana. Dan manual manusia adalah Al-Quran serta As Sunnah.

Sabda Nabi s.a.w : ” Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang mana jika kamu berpegang kepada keduanya, nescaya kamu tidak akan sesat selama2nya ; iaitu Kitab Allah ( Al-Quran ) dan Sunnah ( Hadis ) Nabi s.a.w “

Memang benar, ramai mahasiswi Islam yang sedar tentang bahayanya pergaulan antara lelaki dan wanita sekaligus mereka menjaga batas2 tersebut. Tetapi apa yang ingin saya tekankan di sini adalah tentang interaksi satu hala, dan bukannya interaksi dua hala.

Apa itu interaksi satu hala?

Saya maksudkan tentang cara anda menampilkan diri anda. Sedia maklum, fitrah lelaki lebih cenderung memandang wanita dan lebih sukar menjaga pandangan matanya berbanding wanita. Lelaki juga lebih cepat naik syahwat dengan hanya memandang, berbanding wanita. Anda boleh lihat hikmahnya dalam Al-Quran, apabila Allah mendahulukan perintah menundukkan pandangan kepada lelaki, kemudian barulah disebut wanita.

Firman Allah : ” Katakanlah kepada lelaki2 yang beriman supaya mereka menahan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka “

Apabila seorang wanita – khususnya mahasiswi Islam – menampilkan diri mereka dalam keadaan yang boleh menarik atau menggoda seorang mahasiswa Islam , maka berlakulah pelbagai fitnah dan kerosakan di atas muka bumi Tuhan.

Malangnya mahasiswi Islam seringkali beralasan bahawa jika mereka dipandang lelaki, maka itu adalah salah sang lelaki yang tidak tahu menjaga pandangan mata mereka.

Ini silap. Kita bukan nak bergaduh tentang siapa lihat tetapi kita hendak koreksi balik kenapa mereka lihat. Anda sebagai wanita, fitrah anda adalah dilihat. Anda ibarat bunga mekar yang dicari oleh sang kumbang. Kerana bunga itu cantik, maka ia dipandang dan kerana anda cantik, maka anda dipandang.

Ya, anda memang cantik!

Allah jadikan anda begitu bukan sia2. Allah jadikannya sebagai ujian kepada anda. Kecantikan yang diberi adalah ujian, bukan semata2 kemuliaan dan kebanggaan. Di sana Allah mahu melihat, adakah anda ingat kepada si pemberi kecantikan itu atau anda akan melupakanNya?

Buktinya, Allah sertakan dalam manualnya iaitu Al-Quran dengan pelbagai suruhan kepada wanita. Dari percakapan, pergaulan, pemakaian, semuanya dititikberatkan oleh Allah dan RasulNya.

Adakah ini bermakna Allah sedang mengongkong anda?

Analogi ; kenapa si pembuat kereta Ferrari menyediakan manual khusus untuk Ferrari dan kenapa tidak boleh digunakan manual Kancil? Dan adakah itu bermakna si pembuat kereta Ferrari sedang mengongkong penggunaan keretanya dengan tidak memberi izin supaya boleh digunakan manual Kancil?

Lagi ; adakah lampu isyarat yang anda lihat di segenap jalan merupakan kongkongan kepada semua pemandu kereta dan lori? Adakah itu dinamakan kongkongan..?

Tidak. Itu peraturan, bukan kongkongan. Peraturan jalanraya dibuat oleh orang yang mahir dengan jalanraya, dimana jika tidak diikut akan mengakibatkan kemalangan jalanraya dan membahayakan nyawa orang lain. Manual kereta juga begitu, peraturan tersebut jika tidak diikut akan menjadikan kereta rosak, terbakar dan sebagainya.

Peraturan Allah pada manusia, termasuk pada wanita juga begitu. Kalau tidak diikut, akan berlakukan kerosakan, kemusnahan dan kehancuran di muka bumi.

Jadi wajib atau tidak ikut peraturan2 tersebut? Tentu sekali jawapannya adalah : Wajib.

Salah satu larangan Allah pada wanita adalah tidak bertabarruj dalam penampilan mereka. Di dalam Al-Quran Allah melarang tabarruj seperti wanita2 jahiliah zaman dahulu. Ini termasuk dengan menonjolkan perhiasan diri, make-up yang berlebihan, berwangi2an yang berlebihan, pakaian yang terlalu menonjol, menampakkan bentuk tubuh dan sebagainya.

Kenapa mahasiswi Islam seksi?

Saya tidak tahu kalau gelaran begitu adalah lucah atau biadab. Apa yang saya tahu, ramai dari mereka yang bergelar mahasiswi Islam merasa bangga jika digelar begitu.

Contoh : seorang wanita berpakaian baju kurung, atau jubah dan bertudung labuh. Kemudian memakai coat atau jaket yang sedikit ketat, kemudian dibutang. Lalu bahagian dadanya akan kelihatan membonjol yang mana bentuk tersebut begitu ketara dan boleh dilihat oleh sesiapa sahaja.

Lalu ditegur supaya jangan berpakaian demikian, kerana ianya ‘seksi’ dan boleh menarik penglihatan lelaki. Tetapi teguran tersebut tidak dianggap teguran , tetapi dianggap ‘pujian’ dan ‘kebanggaan’ pula. Esoknya, jaket yang lebih ketat pula dipakai sambil dalam hati merasa bangga setiap kali perasan yang lelaki melirik ke arahnya.

Apa ini?

Sesetengah orang menamakannya sebagai gangguan seksual. Tidak hairanlah ada kempen ‘ hentikan gangguan seksual pada lelaki ‘ yang dilancarkan di sesetengah kampus di Malaysia. Di Jordan, mungkin kempen tersebut juga perlu dibuat.

Saya sering tertanya2, adakah mereka2 yang berpakaian demikian tidak tahu tentang hakikat yang saya nyatakan di atas? Adakah mereka tidak tahu apa itu gangguan seksual? Adakah mereka tidak tahu apa itu ‘dari mata jatuh ke NAFSU’ ? Adakah mereka tidak tahu bahawa berpakaian begitu adalah HARAM?

Tetapi sudah ditegur. Secara langsung mahupun tidak langsung, saya optimis teguran itu sampai ke telinga mereka. Cuma saya tidak yakin teguran itu sampai atau tidak ke HATI mereka.

Sebahagian dari mereka pula setiap hari berulang alik ke Kuliah Syariah dan belajar agama. Tetapi mendedahkan aurat. Tidak menutup aurat. Melazimi gangguan seksual yang jelas HARAM setiap hari. Jadi bagaimana?

Terus terang saya katakan, ramai mahasiswi Islam hari ini yang masih belum sempurna menutup aurat. Bahkan terlalu ramai yang berpakaian seksi. Seksi pada mereka, tapi SEKSA pada lelaki.

Tidakkah anda sedar bahawa anda sedang MENYEKSA saudara2 anda sendiri..?

Sabda Nabi s.a.w : ” Tidak beriman seseorang daripada kamu sehingga dia mengasihi saudaranya sepertimana dia mengasihi dirinya sendiri “

Maknanya? Apa yang ada tak suka orang buat pada anda, jangan anda buat pada orang lain.

Mungkin ramai dari mereka menyangka ini isu yang remeh. Mereka merasa cukup dengan menutup ‘kulit2' dan ‘rambut2' mereka. Tetapi mereka jahil bahawa itu bukan bermakna mereka sudah ‘menutup aurat’ dengan sebenarnya.

Justeru saya ingin mengajak sekalian mahasiswi Islam supaya kembali sedar akan hakikat yang saya nyatakan di atas. Kalau betul anda rasa anda cantik, simpanlah ia untuk hadiah teristimewa kepada SUAMI anda satu masa nanti. Jika betul anda rasa anda seksi dan tubuh badan anda cantik, simpanlah ia juga kepada SUAMI anda nanti. Jika betul anda rasa anda gedik dan menarik, simpanlah ia khas untuk SUAMI anda apabila berkahwin nanti.

Sebelum keluar dari rumah, berdiri depan cermin. Dan sebelum tangan anda mencapai apa2 alat solek, bacalah dahulu doa ini : Ya Allah , sebagaimana Engkau cantikkan kejadian aku, maka Engkau tolonglah cantikkan juga AKHLAK aku.

Ingat Allah banyak2. Kemudian baru bersolek.

Sekali lagi lepas bersolek, tataplah cermin dan bacalah sekali lagi doa di atas. Dan ingatlah Allah banyak2.

Kemudian sebelum melangkah keluar dari rumah, nak pergi kelas dan sebagainya, tataplah cermin sekali lagi. Tengok pakaian anda atas bawah. Baca sekali lagi doa di atas, ingat Allah BANYAK2. Dan keluarlah.

Sebagai mahasiswi Islam, saya optimis, jika anda BENAR2 mengamalkan apa yang saya sebut di atas, anda TIDAK akan keluar rumah dengan make up tebal, atau baju yang bersinar2, atau yang menampakkan bentuk tubuh dan dada anda. Saya optimis!

Semoga tulisan dan nasihat ini dapat dibaca dengan mata hati anda..

Sekian.

P/s : Mahasiswi Islam merujuk kepada semua pelajar wanita beragama Islam, bukan ‘jurusan Islam’ sahaja.

AURAT DI ZAMAN SEKARANG..

Pernah nasihat dan tegur kawan-kawan wanita anda yang tidak menutup aurat? Jom kita tengok apakah alasan yang selalu digunakan wanita yang enggan menutup aurat apabila ditegur kesalahan mereka itu. Dan apa jawapan yang mungkin sesuai untuk mereka:-

1. Semua yang tutup aurat, kompom masuk syurga ke?
-Yang pasti, tak tutup aurat, kompom masuk neraka.

2. Tudung labuh pun macam baik sangat. Buat dosa jugak. Mengumpat orang.
-Bila Iblis tak mahu ikut perintah Allah untuk bersujud kepada Adam, dia menyalahkan perintah Allah itu. "Apahal pulak aku kena sujud, aku lebih baik dan mulia". Samalah dengan tudung. Tudung pula yang disalahkan, "pakai tudung tak mestinya baik..bla...bla...bla".. lagi satu, dosa yang sedia ada janganlah ditambah lagi.

3. Macamlah kau bagus sangat nak tegur aku. Kau dulu lagi jahat nak mampos.
-Tidak tersabit larangan dari Nabi untuk seseorang yang bahkan baru masuk Islam untuk pergi berdakwah kepada kaumnya. Maksudnya, dakwah itu tuntutan. Selagi kau Islam, dakwah tu wajib walaupun kau sendiri tak berapa betul. Sekurang-kurang dia insaf dan bertaubat sekarang.

4. Walau kami pakai seksi tapi hati kami baik.
-Adakah kau mendakwa diri kau mempunyai hati yang suci, iman yang tinggi dan kononnya ia sudah cukup menjamin maruah diri kau tanpa perlu menutup aurat?

5. Pakai jarang ke ketat ke, itu hak kami. Kalau tak suka jangan tengok.
-Adakah kau berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi mempunyai hati suci dan iman yang tinggi untuk menahan godaan syaitan serta nafsu yang membuak-buak?

6. Kami rasa apa yang kami pakai tak seksi. Terpulang kepada individu yang memandang kami.
-Seksi atau tidak, kau tetap berdosa walaupun hanya menayang sehelai rambut kau.

7. Walau kami tak bertudung, kami tetap sembahyang dan puasa.
-Apakah ibadat kau diterima? Kau yakin cuma dengan berpuasa sudah cukup untuk menjamin kau masuk syurga?

8. Sukahati kamilah nak pakai macam ni. Kami tak susahkan hidup orang lain.
-Kau sebenarnya dah susahkan bapa, abang, adik, suami serta orang lain dengan menarik mereka ke neraka bersama kau disebabkan mereka tidak menegur dan gagal mendidik kau.

9. Apa yang kami pakai, ini antara kami dengan Tuhan.
-Berani cakap di dunia, berani ke kau cakap macam tu depan Allah nanti? Lawan perintah Allah, Neraka tempatnya.

10. Kami pakai seksi macam ni, sebab ikut arahan photographer/pengarah filem untuk disesuaikan dalam scene. (ayat artis)
-Sanggup patuh arahan mereka daripada patuh suruhan Allah?

11. Bukan kami tak mahu menutup aurat, cuma masih belum sampai seru.
-Mati tidak mengenal usia. Tak takut ke mati dalam usia muda? Tak sempat nak bertaubat nanti.

12. Takkan nak buat perubahan secara drastik? Slow-slow la..
-Boleh ke cakap kat Malaikat Izrail nanti, tunggu kejap! Lepak la dulu. Jangan ambil lagi nyawa aku.

13. Tutup aurat tu bagus tapi kami tidak mahu hipokrit kerana tidak ikhlas melakukannya.
-Kalau begitu kau sebenarnya memang hipokrit kerana tidak ikhlas beragama Islam!!!

Renungkan dan tanyalah pada diri sendiri adakah kita tergolong dalam golongan di atas walaupun sedikit?? jika ya, berubahlah sebelum terlambat, sebelum nyawa bercerai dari badan.. ingat 5 perkara sebelum 5 perkara..

Wahai sahabatku yg dikasihi . .

Jika kau bakal menjadi seorang DOKTOR kelak,
maka rawatlah hati insan yang kian terpesong jauh daripada agama tercinta.

Jika kau bakal menjadi seorang ARKITEK kelak,
maka lakarlah sinar Islam yang mampu menyinari kehidupan setiap Muslim.

...Jika kau bakal menjadi seorang JURUTERA kelak,
maka binalah satu ukhuwah yang kukuh antara umat Islam itu.

Jika kau bakal menjadi seorang PEGUAM kelak,
maka pertahankanlah Islam di mata dunia.

Jika kau bakal menjadi seorang JURUTERBANG kelak,
maka pandulah manusia untuk kembali ke jalan yang diredhaiNYA.

Jika kau bakal menjadi seorang POLIS kelak,
maka awasilah umat Islam daripada terus memungkiri Tuhan yang Maha Pencipta.

Jika kau bakal menjadi seorang PENSYARAH kelak,
maka didiklah anak bangsa untuk menjadi Muslim yang berjaya.

Jika kau bakal menjadi seorang AKAUNTAN kelak,
maka sedarkanlah manusia bahawa pahala ALLAH itu lebih mewah daripada segala-galanya.

Jika kau bakal menjadi seorang GURU kelak,
maka bentukkanlah acuan sempurna dalam sanubari anak didik mereka agar kelak menjadi GOLONGAN di atas...


Walau di mana juapun kita semua akan tercampak jauh,
hiduplah di atas satu landasan kebenaran iaitu ISLAM.
InsyaAllah, sama-sama kita berusaha utk mendapat keredaanNya dlm setiap pekerjaan yg kita lakukan.
Moga Allah berikan petunjuk ke jalan yg benar.. Amin Ya Rabb :)

C.I.N.T.A

Kalau kita sukakan seseorang,
jangan beritahu si dia.
Nanti Allah kurangkan rasa cinta padanya..

Tapi luahkan pada Allah,
beritahulah Allah.
Allah Maha mengetahui siapa jodoh kita..

Cintai Dia Dalam Diam,
Dari Kejauhan Dengan Kesederhanaan & Keikhlasan..

Jika benar cinta itu kerana ALLAH maka biarkanlah ia mengalir mengikut aliran ALLAH kerana hakikatnya ia berhulu dari ALLAH maka ia pun berhilir hanya kepada ALLAH..

"Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran ALLAH." (Adz Dzariyat : 49)

Tetapi jika kelemahan masih nyata dipelupuk mata maka bersabarlah, berdoalah & berpuasalah..

"Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji.
Dan suatu jalan yang buruk." (Al Israa' : 32 )

Ketika kau mendambakan sebuah cinta sejati yang tak kunjung datang, Allah SWT mempunyai Cinta dan Kasih yang lebih besar dari segalanya & Dia telah Menciptakan sseorang yang akan menjadi pasangan hidupmu kelak.

Ketika kau merasa bahawa kau mencintai seseorang, namun kau tahu cintamu tak terbalas. Allah SWT tahu apa yang ada di depanmu & Dia sedang mempersiapkan segala yang terbaik untukmu.

Cukup cintai dalam diam..
bukan kerana membenci hadirnya
tetapi menjaga kesuciannya,
bukan kerana menghindari dunia
tetapi meraih syurga-NYA,
bukan kerana lemah untuk menghadapinya
tetapi menguatkan jiwa dari godaan syaitan yang begitu halus & menyelusup.

Cukup cintai dari kejauhan..
kerana hadirmu tiada kan mampu menjauhkan dari ujian,
kerana hadirmu hanya akan menggoyahkan iman dan ketenangan,
kerana mungkin membawa kelalaian hati-hati yang terjaga.

Cukup cintai dengan kesederhanaan..
Memupuknya hanya akan menambah penderitaan,
menumbuhkan harapan hanya akan membumbui kebahagiaan para syaitan.

Cintailah dengan keikhlasan..
Kerana tentu kisah Fatimah dan Ali Bin Abi Talib diingini oleh hati
tetapi sanggupkah jika semua berakhir seperti sejarah cinta Salman Al Farisi..??

".. boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. ALLAH mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." (Al Baqarah : 216 )


Jangan memberi harapan pada yang belum pasti,
kelak ada insan yang bakal dilukai,
Jangan menaruh harapan pada yang belum tentu dimiliki,
nanti hati yang kecewa sendiri.

Sebaliknya,
gantunglah segenap pengharapanmu kepada Yang Maha Memberi,
nescaya dirimu tak sesekali dizalimi,
kerana Dia mendengar pengharapanmu setiap kali & Dia menunaikannya dgn cara-Nya yang tersendiri.

Cukup cintai dalam diam dari kejauhan dengan kesederhaan & keikhlasan
Kerana tiada yang tahu rencana Tuhan
mungkin saja rasa ini ujian yang akan melapuk atau membeku dengan perlahan

Kerana hati ini begitu mudah untuk dibolak-balikkan
serahkan rasa itu pada Yang Memberi dan Memilikinya
biarkan DIA yang mengatur semuanya hingga keindahan itu datang pada waktunya.

"Barangsiapa yang menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga."
(Umar Bin Khattab R.A)

Kita Budak AGAMA.. xkan terlepas title tu walau di mana kita berada.. :)

Mereka kata... Kita ni pelajar Sekolah Agama... Tapi Kita... Semakin malu mengaku hakikat itu..
Mereka kata... Kita ni menjaga solat... Tapi Kita... Kalau boleh nak buat masa paling hujung waktu...
Mereka kata... Kita ni boleh menjadi imam... Tapi Kita... Bagi alasan "Eh ada orang yang lagi layak"...
Mereka kata... Kita ni tak kan mengumpat... Tapi Kita... Pantang ada geng, pasti bergosip...
Mereka kata... Kita ni calon suami yang soleh... Tapi Kita...Layak ke gelaran soleh tu untuk kita?
Mereka kata... Kita ni calon isteri yang solehah... Tapi Kita... Layak ke gelaran solehah tu untuk kita?
Mereka kata... Kita ni ma'thurat dijadikan amalan harian... Tapi Kita... Ma'thurat tu ape ek?
Mereka kata... Kita ni mengamalkan sunnah... Tapi Kita... Pekara yang wajib pun entah ke mana...
Mereka kata... Kita ni menutup aurat... Tapi Kita... Mempersembahkan aurat menjadi kebanggaan...
Mereka kata... Kita ni qiamullail dijadikan makanan mingguan... Tapi Kita... Last buat pun time kat SMA dulu...
Mereka kata... Kita ni kuat bersedekah... Tapi Kita...Baik simpan buat belanja kekasih...
Mereka kata... Kita ni menjaga batasan pergaulan... Tapi Kita... Bertepuk tampar dengan ajnabi menjadi kebiasaan...
Mereka kata... Kita ni banyak menghafaz Al Quran... Tapi Kita... As-Sajdah masa exam PQS dulu pun entah ke mana...
Mereka kata... Kita ni sedap mata memandang... Tapi Kita... Muka pun dah hilang nur dek kerana jarang berwudu’...
Mereka kata... Kita ni membaca Al Quran dijadikan kelaziman... Tapi Kita... Agak2 berapa kali seminggu kita baca? ke setahun sekali sahaja?
Mereka kata... Kita ni penuh ilmu agama di dada... Tapi Kita... Sekarang kita bukan belajar agama dah. Tak perlu belajar agama!!!!

Di atas ni sedikit fenomena biasa dalam kalangan produk pelajar sekolah agama. Sebaik sahaja melangkah keluar dari Sekolah yang dikatakan Agama yang SMA, maka sejajar dengan itu segala tarbiyah dan didikan dari Ustaz dan Ustazah kita abaikan. Kita tergolong dalam bekas pelajar yang ada sedikit fikrah agama. Tapi ada kalangan kita yang mencemarkan agama.

Tak malukah kita melihat bekas pelajar sains, bekas pelajar sekolah harian biasa malahan bekas pelajar King Edward dan Methodist pun lebih menghayati agama dari kta yang bertitle “Budak Sekolah Agama”. Oh terlupa pula, kita hanya bekas sekolah agama. Tak perlu lagi menonjolkan ciri-ciri murni Islam dalam diri. Tapi ingatlah teman sekalian, sememangnya kita adalah bekas sekolah agama. Tapi kita bukan bekas beragama Islam. Kita masih beragama Islam.


Tidak berdesingkah telinga kita mendengar “Ala..budak sekolah agama pun buat begitu dan begini” atau lebih menyakitkan apabila non-muslim bercakap “I tengok budak sekolah agama pun macam tu. Patut la Islam ni teruk..”... Nah!!! tahniah untuk kita semua yang berjaya menimbulkan fitnah besar kepada agama yang kita cintai ini. Islam yang tersebar dengan lelah dan keringat umat terdahulu kita cemarkan dengan akhlak “budak sekolah agama” kita tu.

Ingin atau tidak kita sememangnya memegang title tersebut. Bukan kita sahaja. Ramai lagi kawan2 kita dari aliran yang sama BERUNTUNG dengan adanya title tersebut. Kita telah dijinakkan satu ketika dahulu dengan tarbiyah SMA. Kenapa tidak sekarang kita kembali kepada kita yang dahulu? Jadikan title “budak sekolah agama” itu sebagai wasilah untuk kita memperbaiki diri kita yang dipenuhi dengan lumpur noda ini.

Artikel ini bukanlah dihadirkan atas dasar ingin mengumpat ataupun mengata. Tetapi cuma ingin memperkatakan apa yang harus dikata. Bukan juga niat untuk menyatakan SEMUA produk SMA itu tidak bagus. Mungkin perkara di atas hanyalah semata kes yang anamoli. Tapi mungkin juga ianya telah ataupun akan menjadi kes yang major. Sekadar peringatan untuk diri ini dan rakan2 lain yang sudi untuk diperingatkan.

Bukan mengatakan untuk kita menjadi alim seperti ulama’ hebat, Bukan ingin mengatakan kita taat seperti malaikat. Tapi cukup lah menjadi umat sebenar-benar umat. Ingat kata2 ini “Andai tak mampu buat semua jangan tinggal semua” dan jangan sampai “MEREKA KATA kita adalah harapan agama TAPI KITA sebenarnya adalah sampah agama”!!!

Salam Ramadhan Kareem.. Semoga madrasah Ramadhan ini akan mengembalikan zaman kegemilangan tarbiyah diri kita yang pernah muncul di susana SMA satu ketika dahulu..