<---pLaYaR.-.iDuP--->

<---pLaYaR.-.iDuP--->

Thursday, April 21, 2011

Tempat Latihan Amali / Industri Aku

Assalamu'alaikum wbt..

Sesuai dgn program pengajian yg aku amik kt UKM ni, Ijazah Sarjanamuda Pengajian Islam dengan Kepujian (Pengajian Arab & Tamadun Islam), dalam modul/minor Bahasa Arab, pihak UKM dah tetapkan aku kena buat LAI (Latihan Amali / Industri) kt sini, :-

Pusat Bahasa Terengganu,
Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu,
Jalan Kemajuan, Padang Hiliran,
21572 Kuala Terengganu,
Terengganu Darul Iman
Tel : 609-622 5452 Fax : 609-622 7239

Sepatutnya LAI aku bermula 2 Mei 2011 tapi atas beberapa sebab tertentu yg x dpt dielakkan, terpaksa aku & kwn aku daftar diri pd 8 Mei 2011, insya-Allah.. kt sini aku ada amik beberapa maklumat ttg tmpt ni utk perhatian & rujukan aku & saper2 yg brminat..


MISI
Menyediakan segala keperluan penting seperti para pensyarah dan fasilitator yang berpengalaman dan berdaya maju, makmal bahasa bertaraf dunia, bilik-bilik kuliah yang lengkap serta alat bantu mengajar yang terkini. Melayan pelanggan-pelanggan kami dengan mesra dan dihargai di samping cuba sedaya upaya memenuhi semua kehendak dan permintaan. Dapat memberi kepuasan kepada semua pelanggan dan membantu mereka memperolehi satu pengalaman pembelajaran yang berkesan dan indah di Pusat Bahasa Terengganu.


VISI
Pusat Bahasa Terengganu menjadi pusat utama dan ternama untuk pembelajaran pelbagai bahasa Negeri Terengganu, di Malaysia dan diiktiraf di dunia. Dapat melahirkan ahli masyarakat yang menguasai sekurang-kurangnya tiga (3) bahasa bagi menjana masyarakat berpengetahuan.


SEJARAH
Pusat Bahasa Terengganu (PBT) pada asalnya diwujudkan di bawah Kolej Seri Iman (KSI) dan berperanan sebagai pusat pengajaran pelbagai bahasa. KSI telah ditutup apabila kampusnya diambil alih oleh Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA).

PBT kemudian telah diserahkan kepada Kolej Yayasan Terengganu (KYT) dan apabila KYT pula diserap ke Universiti Teknologi Mara (UiTM), pengurusan PBT telah dikendalikan oleh Wawasan Wibawa Sdn. Bhd., sebuah anak syarikat Yayasan Terengganu.

Makmal Bahasa PBT telah berpindah sebanyak dua kali dan kini ditempatkan di bangunan Perpustakaan Awam Negeri Terengganu. Semenjak menjalankan operasinya di sini, PBT telah mendapat sambutan yang menggalakkan dari penduduk setempat.

Pada 23 Julai 2008 Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu (PPAT) telah menerima surat penyerahan PBT kepada PPAT daripada Yayasan Terengganu. Penyerahan tersebut meliputi kakitangan terdiri dari seorang Pensyarah, seorang Pembantu Tadbir, seorang Juruteknik Komputer dan dua orang Pekerja Rendah Awam berserta peralatan.

Pembiayaan penubuhan, peralatan serta kos operasi PBT selama ini dibiayai dari peruntukan Kerajaan Negeri melalui Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN).


OBJEKTIF
Bahasa adalah komunikasi. Keupayaan berinteraksi sesama lain untuk apa pun tujuan amat bergantung kepada tahap kemahiran komunikasinya. Hakikat ini menjadikan peranan bahasa dalam arena politik dan sosial dunia amat penting. Mereka yang menguasa pelbagai bahasa akan menjadi aset negeri dan negara.

Justeru itu penubuhan Pusat Bahasa Terengganu adalah satu usaha permulaan yang konkrit untuk menghadapi cabaran ini, rasionalnya penubuhan Pusat Bahasa Terengganu adalah untuk meningkatkan penguasaan serta kecekapan lingustik di kalangan pemimpin negeri dan pegawai-pegawai kerajaan yang terlibat dalam urusan dan hubungan di peringkat global.

Ini akan merealisasikan matlamat membentuk 'e-knowledge worker'. Ia juga membantu melengkapan para graduan IPT Terengganu meningkatkan kecekapan menguasai bahasa sebelum memasuki alam perkerjaan. Tidak ketinggalan jugak ini akan membuka peluang kepada masyarakat Terengganu meningkatkan penguasaan pelbagai bahasa ke arah mewujudkan masyarakat yang cintakan ilmu bersesuaian dengan konsep 'Longlife Learning' .


FOKUS UTAMA PROGRAM
- MUET
- English Communication Skills (ECS)
- Program Bahasa Inggeris Cuti Sekolah
- Bahasa Inggeris Intensif PASCA SPM
- Bahasa Arab Qurani (Tahap 1, 2 & 3)
- Bahasa Arab Komunikasi (Tahap 1, 2 & 3)
- Bahasa Mandarin Komunikasi (Tahap 1, 2 & 3)
- Bahasa Perancis / Bahasa Jepun / Bahasa Jerman (Belum Bermula)


INFO
Pendaftaran Program Bahasa dibuka sepanjang tahun. Sebarang pernyertaan untuk menyertai kursus Bahasa di PBT anda bolehlah mendaftar di pejabat PBT di waktu pejabat, atau boleh download borang permohonan Pendaftaran Program Pusat Bahasa di sini (E-Borang).

maklumat diambil daripada web = http://www.trglib.gov.my/tlc/
Sekian saja entry aku kali ni.. letih dh menaip dan copy paste edit..
Assalamu'alaikum wbt..

4 comments:

  1. Assalamualaikum.. saya nak bertanya..
    macam mana nk apply latihan industri kat perpustakaan negeri terengganu?
    harap saudara dapat membantu.

    ReplyDelete
  2. kalau untuk budak IT ade tak dekat library tu??

    ReplyDelete
  3. guane nk apply tepak gitu,,,ace wi thu gok ke kitew ni dok dahu starang plezzz!!

    ReplyDelete
  4. Praktikal untuk pelajar it boleh tak di library ni?

    ReplyDelete