<---pLaYaR.-.iDuP--->

<---pLaYaR.-.iDuP--->

Thursday, January 26, 2012

<---Kemaafan Itu Indah--->

Setiap manusia itu tidak akan terlepas dari melakukan kesilapan dan kesalahan. Sukarnya seseorang untuk memaafkan saudaranya lantas mungkin terus menghina saudaranya itu atas kesilapan dan kesalahan yang dilakukan. Manakah satu yang terbaik buat seseorang yang melakukan kesilapan, penghinaan atau kemaafan??


"Sesungguhnya Allah mengampunkan umatku mengenai kesalahan dan kelupaan, dan apa yang mereka dipaksa melakukannya." (H.R. Ibn Majah, disahihkan oleh al-Albani di dalam Sahih Ibn Majah)

"Sebenarnya orang yang beriman itu bersaudara maka damaikanlah di antara dua saudara kamu itu; dan bertakwalah kepada Allah agar kamu beroleh rahmat. Wahai orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (kaum lelaki) merendah-rendahkan puak yang lain, mungkin puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula kaum wanita (mencemuh dan merendah-rendahkan) ke atas kaum wanita yang lain, mungkin puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah kamu mencela dirimu sendiri; dan jangan kamu panggil-memanggil antara satu sama lain dengan gelaran yang buruk. Amatlah buruknya sebutan nama fasik sesudah ia beriman. Dan sesiapa yang tidak bertaubat maka merekalah orang yang zalim." (Surah al-Hujurat : 10-11)

"Sesiapa yang menghina seseorang kerana dosa yang pernah dilakukannya, maka ia tidak akan mati sebelum melakukan dosa tersebut." (H.R. Tirmidzi)

"Orang yang tidak suka menghormati orang lain, adalah orang yang tidak terhormat. Orang yang dihina itu belum tentu dia akan hina atau tidak. Tetapi perbuatan menghina orang itu sudah menjadi bukti atas kehinaan diri kita sendiri." (Hamka)

"Sesiapa yang menutup keaiban seseorang Islam, Allah akan menutup keaibannya di dunia dan di akhirat." (H.R. Muslim, Ahmad dan Abu Daud)

"Bukanlah seorang beriman itu seorang yang suka mengecam, suka melaknat, suka mengeluarkan kata buruk dan kesat." (H.R. Bukhari dan Ahmad)

"Dan bersegeralah kamu kepada keampunan Tuhan kamu, dan (bersegeralah juga kepada) Syurga yang seluas langit dan bumi, yang disediakan bagi orang yang bertakwa; Iaitu orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang lain. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik." (Surah Ali-Imran : 134)

"Tidaklah dapat kita mengenal orang melainkan pada tiga keadaan, iaitu tidak dapat diketahui orang pemaaf melainkan ketika dia marah, tidak dapat diketahui orang yang berani kecuali ketika dia berjuang dan tidak dapat dikenal seorang sahabat melainkan ketika kita dalam kesusahan." (Luqman Al-Hakim)

"Dan hendaklah mereka memaafkan serta melupakan kesalahan orang itu (berlapang dada); tidakkah kamu suka Allah mengampunkan dosa kamu? Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (Surah al-Nur : 21)

"Maafkanlah semua orang sebelum anda tidur setiap malam bagi mencuci hati dan mencerdaskan minda." (Pesanan Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah)


Oleh itu mulailah kemaafan itu dari diri kita sendiri, dengan memafkan kesalahan yang pernah dilakukan oleh saudara kita. Nescaya Allah akan mencampakkan rasa ingin memaafkan kita di dalam hati orang-orang yang di sekeliling kita.

Tidak ada manusia yang sempurna dan maksum, yang tidak melakukan sebarang kesalahan pun terhadap saudaranya melainkan Nabi Muhammad SAW. Tiada manusia yang sempurna melainkan saling menasihati antara satu sama lain bagi memperbetulkan kesilapan dan memperbaiki diri menjadi insan yang lebih baik.

Bukankah firman Allah SWT dalam Surah al-'Asr, ayat 1-3 yang maksudnya : "Demi masa. Sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal salih, dan mereka pula saling berpesan-pesan dengan kebenaran serta (mereka juga saling berpesan-pesan dengan kesabaran."


No comments:

Post a Comment