<---pLaYaR.-.iDuP--->

<---pLaYaR.-.iDuP--->

Saturday, January 14, 2012

<---Antara Beza Lelaki & Wanita--->

Adakalanya lelaki & wanita adalah sama.. Namun kadangkala terdapat perbezaan antara dua jantina tersebut dalam beberapa segi.. Perbezaan tersebut bukanlah melibatkan perasaan semata-mata tetapi juga melibatkan peralatan dan sebagainya.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjC0wfJO3L5xyXyDhty0jORvhMUsUo2II3zEb-355Ban_1ZTbxhTvTc6Q6RZC6QpxUKpTcBWbtXGYCNNXgN91dAIx076zMIraQ_BZ11urhZ6auVZ-JLmFu20COP_mCvDmIzNUfwb0EXcANB/s400/kawin.jpg

1. BARANG DI DALAM BILIK MANDI

Wanita : Shower cap, body scrub, foot scrub, shampoo, perapi, masker untuk wajah, gel mandian pelbagai harum, segala jenis berus, span mandian dan pelbagai khazanah yang terdapat dalam bilik mandi. Memang agak menyemak tetapi itulah yang kaum wanita perlukan.

Lelaki : Cuma perlukan 1 berus gigi, 1 ubat gigi, 1 sabun mandi, 1 pencuci muka dan 1 shampoo.


2. SHOPPING

Wanita : 24 jam sehari sebenarnya tidak cukup untuk kaum wanita membeli-belah. Terutamanya yang menganggap "shopping is the best therapy to release stressful". Mereka mencuba hingga 10 pasang pakaian dari semua gedung yang disinggah tetapi mungkin hanya membeli satu atau tidak beli langsung. "Kena survey dulu, sayang. Tak boleh nak beli terus, takut jumpa yang lebih menarik nanti menyesal pulak", itu alasan yang kerap diberikan.

Lelaki : Singgah ke satu kedai - pilih ala kadar - bayar - balik.


3. BERBUAL

Wanita : Memang terkenal dengan sikap banyak cakap terutamanya ketika melayan kenalan. Daya pemikiran wanita mudah merangsang topik perbualan dengan pantas. Kalau dah bercakap, susah hendak berhenti pulak tu! Terutamanya dalam bab-bab gosip.

Lelaki : Lebih suka memikirkan topik perbualan terlebih dahulu sebelum memulakan perbualan.


4. MENANGIS

Wanita : Dengan menangis, dapat melegakan perasaan, itulah kaum wanita! Mereka mampu menangis 3-4 kali sehari! Mereka menangis kerana gembira. Mereka juga menangis kerana berduka. Perkara kecil pun boleh menangis, tengok filem Hindustan pun boleh meleleh air mata.

Lelaki : Sukar mengeluarkan air mata kecuali atas dasar sesuatu yang sangat menyentuh lubuk hatinya. Bukan kerana ego, tapi sememangnya itu kejadian Tuhan.


5. KUIZ

Wanita : Bukankah ada banyak kolum-kolum berbentuk kuiz di surat khabar mahupun di majalah terutamanya yang berkaitan dengan cinta dan perhubungan? Itulah antara kegemaran kaum wanita! Mereka sentiasa teruja untuk membaca dan mencubanya serta mudah terpengaruh dengan jawapan di pengakhiran kuiz tersebut.

Lelaki : Lebih suka dengan kuiz yang menguji ketajaman minda dan mencabar.


6. KASUT

Wanita : Seringkali memiliki stok kasut yang banyak. Mereka suka membeli kasut (untuk disuai-padankan dengan koleksi pakaian) dan sehinggakan tidak tahu mana satu disimpan koleksi kasut tersebut. Kasut yang mengikut trend pasti menjadi koleksinya.

Lelaki : Tidak ada kasut yang mengikut trend dan tidak memerlukan sejumlah kasut, pakai sahaja mana yang ada!


7. FAMILY GET-TOGETHER

Wanita : Wanita memang suka menghabiskan masa bersama keluarga. Mereka berpendapat, masa yang terluang elok dihabiskan bersama keluarga tersayang. Melakukan aktiviti bersama-sama keluarga mempu mengeratkan kasih sayang.

Lelaki : Ada masa-masanya jugalah. Tapi lebih banyak menghabiskan masa bersama rakan-rakan melakukan berbagai aktiviti yang diminati.


8. HADIAH

Wanita : Sangat suka dengan coklat dan bunga. Kata mereka, ada makna disebalik warna bunga ros yang dihadiahkan itu. Coklat, emmm lupakan seketika niat untuk diet! Malah coklat juga mampu mengurangkan stress.

Lelaki : Lebih sukakan benda-benda besar dan lebih bermakna seperti peralatan game PS3 atau Televisyen LCD 32 inci! Biar berbaloi beb, kalau nak bagi hadiah!


9. MENONTON TELEVISYEN

Wanita : Sanggup menanti di hadapan kaca TV semata-mata mahu menonton drama bersiri kegemarannya, drama Indonesia, Filipina, Mexico. Kerja-kerja rumah, diketepikan dahulu. Jangan ganggu tumpuan mereka menonton drama bersiri kegemarannya. Ini memang kegemaran kaum wanita.

Lelaki : Ahh!!! Buang masa je layan drama, lebih-lebih lagi kalau bersiri. Kebanyakkan jalan ceritanya berbelit-belit dan tidak mencabar langsung.


10. BAHAN BACAAN

Wanita : Lebih sukakan bahan bacaan yang bersifat gosip, berkenaan artis, banyak gambar-gambar dan resepi masakan.

Lelaki : Sukakan sesuatu yang santai, kelakar, ilmiah dan yang menambahkan pengetahuan secara tidak langsung.




Terdapat juga banyak lagi perkara lain yang berkaitan.. Tetapi itulah manusia, ada yang mengatakan kelainan inilah yang menyebabkan hidup lebih bermakna kerana saling melengkapi walaupun sekali sekala memang menyusahkan..:)

No comments:

Post a Comment