<---pLaYaR.-.iDuP--->

<---pLaYaR.-.iDuP--->

Saturday, January 14, 2012

<---Mutiara Kata--->

Sama-sama la kita renung-renungkan, semoga memberi manfaat... indahnya mutiara kata... setiap kata memberi makna...


"Ilmu itu lebih baik dari pada Harta. Ilmu menjaga engkau dan engkau menjaga Harta. Ilmu itu penghukum (hakim) dan harta terhukum. Harta itu berkurang apabila dibelanjakan tapi ilmu bertambah bila dibelanjakan." [Ali bin Abi Talib RA]

"Jauhilah berteman dengan pembohong kerana ia boleh menjadikan orang yang dekat akan lari darimu dan sebaliknya. Janganlah berkawan dengan orang yang bakhil kerana ia akan melupakanmu di waktu kamu sangat memerlukannya dan jauhilah bersahabat dengan orang yang suka berbuat jahat kerana ia tidak malu untuk menjualmu dengan harga yang sangat murah." [Ali bin Abi Talib RA]

''Jangan engkau percaya melihat kegagahan seseorang lelaki. Tetapi jika mereka teguh memegang amanah dan menahan tangannya dari pada menganiayai sesamanya. Itulah lelaki yang sebenarnya." [Khalifah Umar al-Khattab RA]

"Hanya lidah yang mahu berdusta dan berbohong. Namun pandangan mata, hayunan kedua-belah tangan, langkah kedua-belah kaki dan pergerakan tubuh, atau seluruh anggota badan akan menafikan apa yang diucapkan oleh lidah sekiranya ada penipuan" [Khalifah Umar al-Khattab RA]

"Apabila kamu merasa letih kerana berbuat kebaikan maka sesungguhnya keletihan itu akan hilang dan kebaikan itu akan terus kekal. Dan sekiranya kamu bersenang-senang dengan dosa maka sesungguhnya kesenangan itu akan hilang dan dosa yang dilakukan akan terus kekal." [Ali bin Abi Talib RA]

"Islam memiliki dinding dan pintu yang kuat. Dinding Islam ialah kebenaran dan pintunya ialah keadilan. Islam akan tetap utuh, selagi mana pemerintah bersikap keras dan tegas berkenaan agama tetapi itu dilakukan tidak bererti mesti dengan pedang dan cemeti, melainkan dengan hak dan keadilan." [Said bin Suwaid]

"Tidak ada kebaikan dalam pembicaraan kecuali dengan amalan.
Tidak ada kebaikan dalam harta kecuali dengan kedermawanan.
Tidak ada kebaikan dalam sahabat kecuali dengan kesetiaan.
Tidak ada kebaikan dalam sedekah kecuali niat yang Ikhlas." [Al-Ahnaf bin Qais]

"Hiduplah sesuka hatimu, sesungguhnya kamu pasti mati. Cintai siapa saja yang kamu senangi, sesungguhnya kamu pasti akan berpisah dengannya. Lakukan apa saja yang kamu kehendaki, sesungguhnya kamu akan memperoleh balasannya. Dan ingatlah bahawa bersama kesulitan itu sentiasa akan timbul kesenangan." [Ibnu Abbas RA]

"Hendaklah engkau bergaul dengan para ulama, dan dengarlah (renunglah) kata-kata hukama' (cendekiawan Islam), kerana Allah SWT menghidupkan hati yang mati dengan cahaya hikmah sebagaimana ia suburkan bumi dengan hujam yang lebat. [Al-Hukama']

"Ada empat hal yang dapat mengangkat seseorang kepada darjat yang tertinggi walaupun amal dan ibadahnya sedikit, yaitu sifat-sifat penyantun, merendah diri, pemurah dan budi pekerti yang baik. Itulah kesempurnaan Iman." [Abul Qasim Al- Junaid]



Credited to : Cikgu Ayu

No comments:

Post a Comment