<---pLaYaR.-.iDuP--->

<---pLaYaR.-.iDuP--->

Wednesday, January 25, 2012

<---Mengapa Lupakan Tuhan--->

Aku sedih melihat kebanyakan manusia, terutama umat Islam yg hanya mencari Tuhan, mengadu, merintih & kembali sementara kepada Tuhan / Allah apabila mereka berada di dalam kesusahan, kesedihan, terluka perasaan, hancur hati, gagal dalam pelajaran & lain-lain perasaan negatif.. Mengapa begitu?

Mereka hanya kembali sementara kepada Tuhan.. Dan apabila mereka telah kembali tenang, gembira & dapat menyelesaikan masalah tersebut, mereka lupa bersyukur kepada Tuhan atas nikmat kelapangan tersebut.. Malah langsung tidak mengingati Tuhan walau sedikit selepas itu.. Ada jugak yg berterusan melakukan kerosakan terhadap diri sendiri, mendedahkan aurat, berfikir negatif terhadap Tuhan, dsb.. Dan ada jugak yg menjadi lebih teruk dr yg sebelumnya..

Mereka juga pandai menggunakan ayat-ayat Islamic, mencurahkan nasihat-nasihat Islamic & mengadunkan antara kehendak Islam dengan kemahuan mereka.. Mereka hanya mengambil sebahagian Islam dan menginggalkan yg lain.. Mengambil hanya keperluan mereka, lalu berlari meninggalkan Islam begitu sahaja tanpa berterima kasih kepada Islam, bersyukur kepada Allah & tidak berterusan dalam mengamalkan Islam itu sendiri..

Adakah kamu hanya memerlukan Tuhan di kala kamu kesusahan, dan meninggalkan-Nya ketika kamu di dalam kesenangan? Sedangkan Tuhan sedikit pun tidak pernah lupakan kamu dalam setiap nikmat-nikmat-Nya.. Ingatlah, ujian Tuhan berlaku dalam setiap situasi samada kamu senang, susah, gembira, sedih, dsb.. Semuanya itu diambil kira & akan diberikan balasan terhadap apa yg telah kamu kerjakan di dunia ini..

Dunia ini hanyalah persinggahan sementara yg Allah peruntukkan kepada kita utk melihat sejauh mana hamba-Nya itu bersyukur kepada-Nya, mengadu kepada-Nya segala kesusahan, meminta kepada-Nya segala kesenangan, mengambil endah apa yg diperintahkan-Nya, menjauhkan diri dari larangan-Nya, menghiaskan diri dengan khauf (takutkan azab Allah) dan raja' (mengharapkan keredhaan Allah) di dalam setiap perbuatan manusia itu sendiri, mengembalikan kesemua pemikiran hanya kepada-Nya, dll..

Aku meluahkan ini dengan tujuan mengingatkan diri sendiri & berpesan-pesan kepada sahabat handai atas keterlanjuran yg kita semua lakukan & yg kita semua lihat di sekeliling kita pada hari ini...

<---pLaYaR.-.iDuP--->

2 comments: