<---pLaYaR.-.iDuP--->

<---pLaYaR.-.iDuP--->

Thursday, January 12, 2012

<---NEVER JUDGE ANYONE--->

Seorang doktor meluru masuk ke ruang hospital dalam keadaan tergesa-gesa selepas mendapat panggilan kecemasan dari pihak hospital.. Dia menukar pakaian dan terus meluru ke bilik pembedahan.. Dia mendapati ayah kepada budak yang berada dalam bilik pembedahan sedang berdiri menunggunya.. Apabila si ayah melihat doktor itu, dia terus berteriak..

"Kenapa kamu ambil masa yg lama utk datang..?? Kamu tahu tak anak saya dalam bahaya sekarang nie..?? Kamu tak ada rasa bertanggungjawab ke..??"

Doktor tersebut tersenyum dan berkata :

"Saya minta maaf, saya berada di luar hospital dan saya datang sepantas yang mungkin selepas mendapat panggilan kecemasan tu.. dan sekarang, saya harap anda bertenang supaya saya dapat buat kerja saya.."

"Bertenang kamu kata..?! ? Kalau anak kamu berada dalam bilik pembedahan tu sekarang nie, bolehkah kamu bertenang..?? Kalau anak kamu mati sekarang nie apa yang kamu buat..??" Kata si ayah dgn marah..

Si doktor tersenyum lagi dan berkata :

"Saya akan berkata bahawa Allah telah berfirman dlm kitab-Nya yang suci "Daripada Allah kita datang dan kepada-Nya kita kembali"... Doktor tak mampu untuk memanjangkan hayat seseorang.. Insya-Allah kami akan cuba yang terbaik untuk anak kamu.."

"Memberi nasihat bila kita tak mengalaminya memang senang..!" Gumam si ayah..

Pembedahan itu mengambil masa beberapa jam.. Tidak lama kemudian, si doktor keluar dgn gembira..

"Alhamdulillah.. Anak anda selamat..!" Dia terus berjalan tanpa menghiraukan si ayah.. "Kalau kamu ada sebarang soalan, kamu boleh tanya jururawat..!"

"Kenapa doktor tu sombong sangat..?! tak boleh ke dia tunggu beberapa minit supaya saya dapat tanya beberapa soalan tentang anak saya..?!" Komen si ayah selepas melihat jururawat..

Jururawat itu berkata sambil air mata mengalir di pipinya : "Anaknya meninggal dunia semalam dalam kemalangan jalanraya.. Dia berada dalam upacara pengebumiaan anaknya ketika kami menghubunginya utk pembedahan anak encik.. dan sekarang dia telah pun menyelamatkan nyawa anak encik.. Dia tergesa-gesa untuk menghabiskan upacara pengebumiaan anaknya.."


MORAL : Never judge anyone..... because you never know how their life is & what they're going through...

No comments:

Post a Comment