<---pLaYaR.-.iDuP--->

<---pLaYaR.-.iDuP--->

Friday, February 17, 2012

<---Syukuri Kelebihan Pasangan--->

Selepas kahwin nanti.. Isteri masak, suami makan. Suami imam, isteri makmum. Suami baca doa, isteri aminkan. Suami letih, isteri urutkan. Isteri merajuk, suami pujuk. Sweet kan? TETAPI...

Ada suami yg tak pandai urusan rumah tangga, namun dia bijak berjenaka, meriah suasana. Ada suami jarang menghadiahkan bunga, tapi selalu membelanja anak dan isteri makanan istimewa. Ramai juga suami yg tak tahu memujuk tapi pandai bertolenransi bila diminta bantu sini sana.

Ketepikan kekurangan pasangan dan syukuri kelebihan.. Pasti wahai isteri, anda akan rasa bertuah perolehi suami seperti dia!

Jika kita menerima kekurangan pasangan kita, nescaya Tuhan akan campakkan dalam hati pasangan kita untuk menerima kekurangan kita pula. Dan jika kita menerima kekurangan pasangan kita, pasti suatu hari nanti kita akan gembira dengan kelebihan pasangan kita itu.

Kekurangan pasangan bukan untuk dihina, dikeji dan dibenci, tetapi untuk ditegur, diajar dan dibimbing dengan kelebihan yang ada pada diri kita.

Pasangan yang ideal ialah pasangan yang saling melengkapi antara satu sama lain.


3 comments:

  1. silap simbol je sebelum 2..2 yg delete..hehe..bersyukur dgn kelebihan masing2..tp jgn menghina keburukan pulak..cinta pada Allah paling utama..& dari itu,,kita akan turut cinta segala yg telah ditakdirkan kpd kita,,kerana semuanya datangnya dari Allah..apa2 yg telah ditakdirkan oleh-Nya sudah semestinya adalah yg terbaik untuk kita..inAllah..

    ReplyDelete