<---pLaYaR.-.iDuP--->

<---pLaYaR.-.iDuP--->

Sunday, February 05, 2012

<---SIFAT2 PERIBADI MUSLIM--->



10 SIFAT PERIBADI MUSLIM (MUWASAFAT TABIYYAH)

1) Luas pengetahuan ttg dunia & akhirat (duniawi & ukhrawi), walaupun ada sebahagian ilmu itu hanya diketahui serba sedikit sahaja.

2) Aqidah yg sejahtera & mantap serta keimanan yg kukuh. Tidak tergoda dengan apa jua bentuk pencemaran aqidah yg merosakkan keimanan kepada Allah & Rasul SAW walau sekecil mana pun pencemaran itu.

3) Akhlak yg mantap terhadap sesiapa jua termasuk pada diri sendiri. Tidak tergugat dengan hasutan rakan taulan @ iblis durjana dlm menghancurkan akhlak mulia yg digenggam erat & digunapakai dlm kehidupan seharian.

4) Sangat menjaga masa, atau dlm englishnya, punctual. Ini kerana masa yg telah berlalu tidak akan kembali lagi. Ingatlah, masa lalu adalah kenangan, masa sekarang adalah kenyataan, masa depan adalah impian. Ingatlah, Allah pernah bersumpah dengan masa di dalam surah al-'Asr, yg bererti "masa".

5) Ibadah yg benar, bukanlah ibadah yg di dalamnya wujud sifat2 riyak, 'ujub, bangga diri, sombong, dsb yg termasuk dlm sifat2 mazmumamh (tercela). Di dalam ibadah juga perlukan sesi pembelajaran yg berterusan samada secara langusng @ tidak langsung, formal @ tidak, dsb. Di dalam ibadah juga perlu tahu selok-beloknya supaya tidak terikut-ikut melakukan sesuatu yg diharamkan dlm agama, kerana konsep ibadah dlm agama ialah "Setiap ibadah dalam Islam adalah HARAM, kecuali ada DALIL atau nas yang memerintahkannya atau membolehkannya". Ia berbeza dgn mu'amalah (jual-beli, harta, atau hubungan sesama manusia), "Hukum asal mu'amalah adalah harus (mubah atau HALAL), sehinggalah datangnya satu dalil atau nas yang menegahnya (mengharamkannya)".

6) Tersusun dalam urusan, tidak mencampur-adukkan antara satu dgn yg lain, tidak mengabaikan prinsip-prinsip Islam dlm setiap perkara yg dilakukan, perlu berjadual & mengikutinya, menghalusi/detail dlm setiap urusan supaya dpt mengurangkan kesalahan.

7) Sihat tubuh badan. Ia termasuklah sihat jasmani, rohani & fikri (pemikiran). Bukankah sabda Rasul SAW, "akal yg cerdas berada pada tubuh badan yg cergas"?

8) Mampu berdikari dalam setiap urusan tanpa dipengaruhi oleh sesiapa & dibantu oleh sesiapa. Ini bukan bermaksud membuat sesuatu tanpa memikirkan orang lain @ melakukan sesuatu tanpa meminta tunjuk ajar dr sesiapa. Berdikari = berdiri di atas kaki sendiri. Sangat perlu utk meminta tunjuk ajar dr orang lain supaya tidak tersesat. Sangat perlu utk menilai sesuatu sebelum membuat keputusan. Mampu berfikir jauh, bukan sekadar berimaginasi.

9) Melawan hawa nafsu, juga syaitan, kerana kedua-dua inilah yg akan membawa seseorang ke neraka. Kedua2 makhluk ini tidak pernah letih dalam menggoda & menghasut manusia melencong dr kehidupan sebenar yg Islam kehendaki.

10) Bermanfaat pd orang lain. "Yang tua dihormati, yang muda disayangi". Sabda Rasul SAW, "Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat bagi manusia yang lain". Ini termasuklah sekecil2 manfaat pada manusia seperti membuang paku di tengah jalan, memberi senyuman kpd setiap manusia, memberi salam kpd setiap Muslim, dsb.



No comments:

Post a Comment