<---pLaYaR.-.iDuP--->

<---pLaYaR.-.iDuP--->

Tuesday, February 28, 2012

7 Cara Untuk Gembira & Ceria

Bagaimana hendak menikmati keseronokan dalam hidup? Agar sentiasa ceria dan dikagumi? Bukan semua orang sentiasa 'happy go lucky' atau melalui hari-harinya dengan penuh bermakna.

Problem, tension dan keliru, adakalanya menjadi penyebab golongan remaja menjadi semakin 'nakal' dan cuba membuat sesuatu luar dari batas jangkaan. Pada peringkat usia begini, mereka suka 'memberontak' demi mencari perhatian. Dan ada yagn lebih nekad, melepaskan tekanan dan mencari kebebasan cara tersendiri. Pasti kamu semua faham apa yang saya maksudkan, kan?

Bagi mencari keceriaan dalam hidup, saya rangkumkan 7 (tujuh) peraturan asas untuk kamu amalkan. Sesuatu yang ringkas dan sedarhana tapi insya-Allah berkesan...


1. Jangan ada benci.
Tak kiralah sama ada pada keluarga, kawan-kawan, bos mahupun guru dan pensyarah. Perasan benci itu akan merosakkan niat dan keikhlasan kamu. Benci itu ibarat 'api dalam sekam' yang akan membangkitkan dendam dan seterusanya satu pergaduhan akan wujud.


2. Jangan bimbang.
Kebimbangan tanpa sebab akan membuatkan kamu sentiasa berada dalam keadaan serba salah, cemas dan tidak tenteram. Buang perasaan demikian.. Don't worry be happy!


3. Hidup secara sederhana.
Ini adalah tuntutan agama kita. Kesederhanaan adalah kunci kesempurnaan. Biarpun hidup kamu tidak kaya, tidak mewah, tidak sempurna dan tidak popular tetapi sekurang-kurangnnya kamu mempunyai ketenangan di hati. Itu adalah yang paling penting. Jadi, pilihlah hidup serba sederhana dan bersyukur kerana masih lagi ramai yang menderita dan sengsara di serata dunia.


4. Jangan terlalu mengharap.
Kadang-kadang pengharapan itu akan mengecewakan kamu. Belajarlah menerima kenyataan, biarpun kecil tapi bermakna dan jangan terlau mengharap yang besar dan terbaik yang tak mungkin akan menjadi miliki kamu.


5. Banyakkan memberi.
Ini adalah terapi untuk membersihkan minda dan diri. Kepuasan orang yang memberi lebih bermakna daripada yang menerima. Ini termasuklah bersedekah, membantu yang memerlukan dan berjihad ke jalan Allah.


6. Sentiasa tersenyum.
Orang yang mudah menghadiahkan senyuman bererti mempunyai jiwa yang damai, niat yang baik dan jujur. Itu adalah kualiti bagi si penderma senyuman. Senyuman itu adalah sedekah menurut kata pujangga. Dan dengan menarik otot kiri dan kanan bibir akan membuatkan wajah anda nampak lebih cantik, menarik dan menceriakan suasana. Maka lengkapkan penampilan anda dengan senyuman.


7. Perlu ada kawan rapat seperti saya.
Ooops maksudnya, bukan saya tapi REMAJA! Setiap orang memerlukan individu lain untuk saling berteman, saling memahami, saling menghormati, saling menasihati, dan saling bersifat terbuka serta positif. Kawan bukan lawan.. Pilihlah kawan yang boleh berkongsi kesedihan ketika kamu berduka, memapah tanganmu ketika kamu terjatuh, bercakap benar walaupun dia tahu hati kamu terluka dan marah. Selalu mengirimkan sms bertanya khabar dan menghabiskan hujung minggu bersama-sama. Itulah yang diperlukan oleh semua orang, insan yang dikategorikan sebagai 'good friend'.


Petikan Dari Majalah Remaja 2009


1 comment:

  1. Saya ada masalah.saya 10 tahun,saya dapat keputusan yang teruk 22 sekolah saya gagal....saya tak happy...ape saya patut buat?

    ReplyDelete