<---pLaYaR.-.iDuP--->

<---pLaYaR.-.iDuP--->

Friday, February 03, 2012

<---"GODISNOWHERE"--->

"GODISNOWHERE"

Ayat ni aku dapat daripada seorang kenalan yg baru dikenali dari Iran yg bermazhab Syiah (semoga Allah memberi hidayah kepada mereka).

Terdapat dua pemahaman ayat tersebut. Juga terdapat dua pandangan terhadap ayat tersebut, iaitu positif dan negatif.


Pemahaman :

1. God Is No Where.
2. God Is Now Here.


Pandangan "God Is No Where" :


Negatif - Tuhan itu tidak berada di mana-mana :

Dari sinilah golongan ilhad (athies/tidak percaya pada kepada kewujudan Tuhan & konsep ketuhanan) mengambil kesempatan untuk memesongkan aqidah, iman & akal fikiran manusia. Sedangkan jika diteliti menggunakan akal fikiran yang waras, kita akan dapati manusia & segala yang berada di dunia ini perlukan pencipta, perlukan pentadbir, perlukan pergantungan, dsb.
Namun jika Tuhan tidak berada di mana-mana atau lebih mudahnya, tidak wujud, bagaimanakah alam ini berfungsi mengikut kitarannya yang tertentu, bagaimanakah alam ini dijadikan, dengan siapakah kita bergantung harapan, mengadu, beriman & beribadat, dan banyak lagi persoalan yang timbul di minda kita yang waras ini.


Positif - Tuhan itu tidak berada di mana-mana :

Ini kerana Tuhan (Allah) adalah Kahliq (pencipta). Sedangkan manusia, binatang, pokok, matahari, dsb adalah makhluk (ciptaan Tuhan) kerana kita dicipta oleh Allah dan tiada siapa yang mencipta Allah kerana Allah itu Qadim (ia sedia ada, tiada awal penciptaan & tiada kesudahan baginya).
Manakan sama pencipta dengan yang dicipta!! Makhluk tertakluk kepada masa, tempat, jisim, bentuk, dsb. Sedangkan Tuhan tidak tertakluk kepada masa, tempat, jisim, bentuk, dsb. Oleh itu, bagaimana mungkin Tuhan itu berada di sesuatu tempat sedangkan ia bukan makhluk??
Dalam Islam (Ahli Sunnah Wal Jamaah) sendiri terdapat pengajian tentang sifat-sifat Allah (sifat 20) yang salah satunya ialah "Laisa Kamithlihi Syaik" iaitu Tuhan tidak sama dengan sesuatu. Dalam al-Quran sendiri Allah menyebut tentang dirinya sebegini.
"Dialah Pencipta langit dan bumi; Ia menjadikan bagi kamu pasangan-pasangan dari jenis kamu sendiri, dan dari binatang ternak pasangan-pasangan; dengan itu dikembangkannya zuriat keturunan kamu. Tiada sesuatupun yang sebanding dengan zat-Nya, dan Dialah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Melihat." (Surah al-Syura, ayat 11)



Pandangan "God Is Now Here" :


Negatif - Tuhan itu di sini sekarang :

Mana mungkin Tuhan yang bersifat ketuhanan & kesempurnaan itu boleh berada bersama-sama dengan makhluk. Jika itu berlaku, maka Tuhan tidak layak untuk dikatakan Tuhan kerana seolah-olah kita mengatakan yang Tuhan itu mempunyai jisim, tempat, masa, dsb.


Positif - Tuhan itu di sini sekarang :

Dalam i`tiqad (kepercayaan/keyakinan) Ahli Sunnah Wal Jamaah, Tuhan itu sentiasa bersama kita seperti yang disebut dalam firman-Nya :
"Janganlah engkau berdukacita, sesungguhnya Allah bersama kita" (Surah al-Taubah, ayat 40)
"Wahai orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan dengan sabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar." (Surah al-Baqarah, ayat 153)
Banyak lagi ayat-ayat al-Quran dan Hadis Nabi SAW yg lain yg menyebut tentang kewujudan Allah bersama kita. Oleh itu, memang layaklah manusia dan seluruh isi dunia ini merasakan kewujudan Tuhan bersama kita selagi mana kita tidak menyamakan Allah dengan makhluk. Ini kerana kewujudan Tuhan itu tidaklah bertempat, tidak sama seperti makhluk.


3 comments:

  1. terima kasih awak,,sy da faham ngan lebih jelas.. thanx jgk coz berkongsi ilmu nie^^

    ReplyDelete
  2. sama2 awak... klu ada yg x faham atau ragu2, bleh tanya jer kt sini yer.. sekian terima kasih ;)

    ReplyDelete