<---pLaYaR.-.iDuP--->

<---pLaYaR.-.iDuP--->

Thursday, March 08, 2012

Aku Tak Mengerti

Kadangkala aku mengerti perasaan dan pemikiran seorang wanita, namun kadangkala mereka sukar dimengertikan. Wanita seringkali menyembunyikan perasaan mereka di dalam hati apabila berada di hadapan kekasih mereka, namun apabila berada di sekeliling kawan2, mereka akan meluahkan apa yang mereka rasakan, sehinggakan kadangkala menyentuh soal peribadi dan soal hubungan dengan kekasih mereka.

Adakah ini bermakna hubungan yang dijalinkan dengan kekasih mereka itu hanyalah sekadar mengisi masa kosong? atau sekadar ingin menunjukkan pada kawan2 mereka dan dunia bahawa mereka telah dimiliki? Walhal mereka kadangkala seolah2 tidak mengenal pasti apakah sebab mereka berpasangan.

Apabila ada sesuatu masalah dengan kekasih, mereka jarang berkongsi atau mungkin juga jarang meluahkannya kepada kekasih mereka untuk menyelesaikan masalah tersebut. Mereka lebih suka menyelesaikan dengan pihak lain, terutama kawan2 mereka.

Ada pihak yang mengatakan, "biarlah mereka dengan cara mereka", tapi sampai bilakah kita dapat menahan dari terluka sebegini? Masalah dalam hubungan boleh diatasi jika ada tolak-ansur dalam hubungan tersebut dan saling mencari punca masalah tersebut serta sama2 mencari apakah penyelesaian bagi masalah tersebut.

Berdiam diri bukanlah satu langkah penyelesaian yang sesuai, kerana ia seolah2 cuba lari dari masalah tersebut. Bukankah setiap masalah itu harus dihadapi dengan tabah dan harus mencari jalan untuk menyelesaikan, bukan lari dari masalah tersebut? Bukankah setiap masalah ada jalan penyelesaiannya? Tapi kenapa mereka lebih rela mengambil sikap berdiam diri dan menjauhi? Adakah mereka inginkan penyelesaian yang akhirnya akan memberi penyesalan kepada mereka, iaitu perpisahan?

by : pLaYaR.-.iDuP


3 comments:

  1. xsume mslh seseorg 2 akan cerita pd kawan2..ade jgk yg d ceritakan pd kekaseh mereka..cerita pd kawan2 mungkin die merasakan kawan2 dpt bg nasihat yg baek sekiranya mslh 2 melibatkan kekaseh mereka..xde istilah menigsi masa kosong..tetapi bila perempuan berbincang sesame peremuan,mungkin mereka lbh memahami ati seorg perempuan..cerita bukan untuk di keji o ape tp utk mendapatkan nasihat yg kdg2 kita xsedar pn kita ade jgk salah..p bila kawan2 memberi nasihat o pandangan,kita akan berfikir ngan lbh baik,tanpa emosi o sebagainya..sbb kdg2 bila kita bebbincang sesuatu masalah bersama kekaseh tp masalah tersebut ade kaitan ngan hubungan mereka, ia blh jadi pergaduhan..jd sebaiknya die meminta pendapat kawan2 yg rapat dahulu agar die boleh berfikir ngan lebih waras..:)

    ReplyDelete
  2. n begitu jgk sebaliknye..bila kt mempunyai mslh ngan kawan2..kita akan minta pendapat dari kekaseh o kawan2 yg laen..

    ReplyDelete
  3. Along!!! hehe..wah..ade blog erk..follow me.. :)

    ReplyDelete