<---pLaYaR.-.iDuP--->

<---pLaYaR.-.iDuP--->

Friday, August 28, 2009

<---SAAT BONDAKU CHEK SU BT EMBUN MENINGGALKAN KAMI SEMUA PADA 7.55 PAGI 23/08/09--->

Tengah aku buka puasa dgn kurma & air suam pada 22/08/09, adik aku bagi mesej bgtau mak masuk ICU.. aku pun terus tak berselera nak makan dah... lepas jer semayang maghrib, terus aku kluar cari tiket kat hentian kajang, alhamdulillah ada jugak w/pun bas tambahan pkul 11.30 mlm..
Sejak dari saat tu, mulut & hati aku tak berhenti2 doa supaya dosa2 mak diampunkan dan dimudahkan segala urusan.. antara doa aku, "YA ALLAH, sekiranya mati itu lebih baik buat mak, maka Kau mattikanlah beliau dgn cepat & mudah, dan sekiranya sihat itu lebih baik buat mak, maka Kau sembuhkanlah beliau dgn cepat & mudah. Ssgghnya hanya Engkau Yg Maha Mengetahui setiap sesuatu, maka mudahkanlah urusan bonda hambaMu ini..amiinn..."
Naik jer bas, ntah bila aku terlelap pun aku tak sedar. Sedar jer, dah kat Sungai Petani, pkul 5.30 pg.. aku sampai kat Kuala Perlis pukul 7.30 pg, (sahur pn tak, mmg lapar giler aarr) terus aku beli tiket feri ke Langkawi. tiket pukul 8 pg, tapi feri lambat giler sampai. pukul 7.50 tu adik aku call bgtau mak tgh nazak. aku lagi laaa serabut otak..
Sampai jer kat jeti Kuah, abg aku datang amik, terus pegi hospital.. dlm perjalanan tu, abg aku bgtau mak dah takder.. betapa sedihnya aku sbb tak sempat jumpa mak buat kali terakhir, sbb sblm mak pegi, mak panggil nama aku berkali2.. menitis jugak air mata jantan aku, hilang terus keegoan aku..
Sampai jer kat hospital, ayah & abg2 aku suruh orglain kluar dr ICU tu utk aku masuk jumpa mak.. lps aku jumpa mak 7 kluar dr bilik ICU , trus nurse2 tu bawak mak kluar utk bawak masuk dlm van jenazah & dihantar ke rumah..
Mak dimandikan pada jam 1tghri dan siap dikapankan & dikebumikan pada jam 3ptg.. buka puasa hari tu, aku masih takder selera makan, sampai gastrik laa aku sbb prut trlampau kosong sejak hari sblm tu..
aku duk 2 hari kat rumah, aku terpaksa ponteng klas.. takper, demi mak.. tapi hari ke3 iaitu 25/08/09 aku ada pembentangan dan submit 2 assignment, so aku terpaksa balik laaa walaupun aku berat hati sangat2 utk balik.. tanggungjawab pada kluarga takleh tinggal, tanggungjawab pada pelajaran pun takleh diketepikan jugak kan? fikir2kanlah...
Actually, mak aku meninggal sbb kegagalan ginjal berfungsi dgn baik.. dah lebih 6 bulan mak kena ulang alik hospital utk cuci darah.. mak meninggal hari tu pun dlm lautan darah, sbb stiap kali doktor masukkan darah baru dlm badan mak, darah lama akan membuak2 kluar dari mulut, hidung dan tmpt2 pembedahan mak kat perut, leher dan peha.. 8 botol darah yg doktor masukkan, semua kluar balik.. doktor cakap, hati mak dah rosak.. ntahla btol ker tak.. kalau ikutkan aku, nak jer sue benda ni, tapi ayah, abg2 & kakak2 aku smua tak bagi..

1 comment:

  1. actually, ni mak angkat sy.. tp sy sangat sayangkan beliau sbb beliau sgt ambil berat ttg sy, sm mcm mak sy sndiri..

    ReplyDelete