<---pLaYaR.-.iDuP--->
Monday, January 30, 2012
**CINTA DAN PERKAHWINAN**
Gurunya menjawab,"Ada ladang gandum yang luas di depan sana. Berjalanlah kamu dan tanpa boleh mundur kembali, kemudian ambillah satu saja ranting. Jika kamu menemukan ranting yang kamu anggap paling menakjubkan, ertinya kamu telah menemukan cinta" Plato pun berjalan, dan tidak seberapa lama, dia kembali dengan tangan kosong, tanpa membawa apapun.
Gurunya bertanya, "Mengapa kamu tidak membawa satupun ranting?"
Plato menjawab, "Aku hanya boleh membawa satu saja, dan masa berjalan tidak boleh mundur kembali (berbalik). Sebenarnya aku telah menemukan yang paling menakjubkan, tapi aku tak tahu apakah ada yang lebih menakjubkan lagi di depan sana, jadi tak ku ambil ranting tersebut.
Ketika ku melanjutkan berjalan lebih jauh lagi, baru kusedari bahawasanya ranting-ranting yang ku temukan kemudian tak sebaik dan secantik ranting yang tadi, jadi tak ku ambil sebatang pun pada akhirnya"
Gurunya kemudian menjawab "Jadi itulah yang dikatakan cinta"
Pada hari yang lain, Plato bertanya lagi pada gurunya, "Apa itu perkawinan? Bagaimana saya boleh menemukannya?"
Gurunya pun menjawab "Ada hutan yang subur di depan sana. Berjalanlah tanpa boleh mundur kembali (menoleh) dan kamu hanya boleh menebang satu pohon saja. Dan tebanglah jika kamu menemukan pohon yang paling tinggi, kerana ertinya kamu telah menemukan apa itu perkawinan"
Plato pun berjalan, dan tidak seberapa lama, dia kembali dengan membawa pohon. Pohon tersebut bukanlah pohon yang segar/subur, dan tidak juga terlalu tinggi. Pohon itu biasa-sederhana saja, tidak terlalu lurus batangnya. Gurunya bertanya, "Mengapa kamu memotong pohon yang seperti itu?"
Plato pun menjawab, "Sebab berdasarkan pengalamanku sebelumnya, setelah menjelajah hampir setengah hutan, ternyata aku kembali dengan tangan kosong. Jadi dikesempatan ini, aku lihat pohon ini, dan ku rasa tidaklah buruk sangat, jadi ku putuskan untuk menebangnya dan membawanya ke sini. Aku tidak mau menghilangkan kesempatan untuk mendapatkannya" Gurunya pun kemudian menjawab, "Dan itulah yang dikatakan perkahwinan"
Moral :
Oleh itu carilah cinta dan dapatkan perkahwinan. Kerana kita tidak mungkin memperoleh sebenar seperti yang kita impikan. Hidup ini hanya kesempatan yang sedikit dan sementara. Tidak mungkin akan terpenuhi segala yang kita mahu. Terimalah seadanya apa yang Allah dah tentukan untuk kita..
Credited to : Cikgu Ayu
Sunday, January 29, 2012
<---Kecantikan Lelaki & Kegagahan Wanita--->
1) Lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk ingatan/tazkirah/dosa-dosa lalu.
2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran.
3) Lelaki yang memberi madu, setelah menerima racun.
4) Lelaki yang tenang dan lapang dada.
5) Lelaki yang baik sangka.
6) Lelaki yang tak pernah putus asa.
Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati. Seluruh kecantikan yang ada pada Nabi Muhammad SAW adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki.
Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan, tetapi pada kekuatan perasaan. Perempuan yang gagah adalah:-
1) Perempuan yang tabah menerima sebuah kehilangan.
2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan.
3) Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan.
4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar dipenuhi segala keinginan.
Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan yang ada pada Siti Khadijah binti Khuwailid (isteri Nabi SAW) adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.
Credited to : Cikgu Ayu
Saturday, January 28, 2012
<---Mengemis Kasih--->
Thursday, January 26, 2012
<---Kemaafan Itu Indah--->
Wednesday, January 25, 2012
...Don't you Ever Think...
<---Mengapa Lupakan Tuhan--->
Tuesday, January 24, 2012
Rindu Itu Anugerah Allah
"Rindu itu adalah anugerah dari Allah..Insan yang berhati nurani, punyai rasa rindu.."
Monday, January 23, 2012
<---Isteri Solehah--->
Sunday, January 22, 2012
<---Kehidupan--->
Saturday, January 21, 2012
<---Sebelum Terlena--->
Friday, January 20, 2012
<---Di Keheningan Malam--->
Bila malam menjelma
Memayungi semesta
Rasa hati tercipta
Menghadap Yang Maha Esa
Bintang bergemerlapan
Ditemani cahaya rembulan
Saat indah perhitungan
Di siang hari kehidupan
Terukir rasa yang terasing
Pabila nurani dunia menghampiri
Tercipta rasa yang terindah
Diri suci murni redha dari Ilahi
Malam yang sunyi sepi
Pabila sinar mentari
Memancar menyinari
Bermula lagi kehidupan
Sehingga tiba waktu yang dijanjikan
Monday, January 16, 2012
...KEHIDUPAN...
Kadangkala terasa sangat bahagia..
Kadangkala sedih menyelubungi diri..
Kadangkala keramaian menjadikan masalah itu lenyap seketika..
Namun begitu, aku bersyukur dengan nikmat kehidupan ini..
Nikmat agama, nikmat iman, nikmat perasaan..
Dan lain-lain yang sukar dihitung..
...ALHAMDULILLAH...
<---Kalau Ngantok / Stress, Buat camni Tau--->
Selamat Mencuba!!
ni ala taichi sikit la…
sebagai intro dan warming-up..
tiru la macam ni…
untuk melegakan bahu dan leher..
wa..wa..wacaaa
gerak ke kanan kemudian ke kiri..
gerak ke kiri kemudian ke kanan..
ikut je laa… layan jer.. jangan terpusing kepala udah la..
tepuk kuat kuat kat dahi..
ni untuk hilang mengantuk..
dah tu buat gerakan tangan dan badan…
buat macam happy aje..
kemudian goyang2 kaki dan badan sikit…
buat macam takde masalah…
buat secara agresif pula…
jangan peduli apa orang lain kata..
hilangkan semua stress…
pusingkan kepala…
tengok muka kat cermin..
sambil goyang2.. lawa tak… hahahaha..
akhir sekali
buat joget kucing…
---------------------------------------------------
kalau tak hilang juga ngantok tu..
ambil bantal kecik gi tidur bawah meja..
~Sekian~
<---7 Perempuan Bertanya, Seorang Lelaki Menjawab**
Keluhan wanita pertama: "Aduh, situ tutup, sini tutup, semua nak kena tutup. Susah la camni. Apasal laki-laki mudah saja? Tak pakai baju pun takpe. Perempuan auratnya kiri kanan atas bawah depan belakang."
Keluhan wanita kedua: "Kenapa la kita para isteri ni nak keluar kena minta izin dari suami pulak? Padahal suami nak keluar ke mana-mana pun, tak bagitau kami takpe pulak."
Keluhan wanita ketiga: "Jika kita ikut faraid (pembahagian harta pusaka mengikut Islam), ikut surah al-Nisa dalam hal pusaka, rugilah kita. Sebab bahagian harta pusaka perempuan lagi sikit rasanya berbanding harta yang anak lelaki dapat. Itukah keadilan?"
Keluhan wanita keempat: "Kenapa Allah jadikan wanita mengandung dan rasa sakitnya nak melahirkan anak? Suami kita senang saja, masa buat anak cari kita. Masa nak beranak, kita yang tanggung sendiri!"
Keluhan wanita kelima: "Islam kata kita perempuan wajib taat pada suami kita, tapi ada Islam cakap suami perlu taat pada isterinya? Mana keadilan pada kaum hawa?"
Keluhan wanita keenam: "Bila nak cerai je, suami yang boleh jatuhkan talak. Kenapa isteri tak boleh ceraikan suaminya? Kenapa?"
Keluhan wanita ketujuh: "Wanita takleh nak beribadat macam lelaki, sebab ada haid dan nifas, takleh nak solat dan puasa. Ingat kita perempuan ni suka ke tak solat dan puasa? Dahlah lepas tu kena ganti pulak."
Kemudian datanglah seorang lelaki kepada mereka lalu ditanya, mengapa mereka mengomel tentang kejadian wanita dan kekurangan-kekurangan tersebut. Setelah disoal dengan soalan-soalan di atas, lelaki itu lantas memandang setiap wanita itu sambil tersenyum, seraya menjawab setiap satu daripadanya.
Pada wanita pertama, lelaki itu menjawab: "Cik adik, Islamlah yang mengangkat aurat wanita. Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yang paling aman dan terbaik, kan? Emas dan permata pun tak sanggup kita nak letak terdedah di tepi laluan lalu lalang, sebaliknya kita simpan di rumah atau dalam peti selamat kan? Jika anda letakkan perhiasan tadi di kalangan orang, agaknya apa akan jadi dengan barang perhiasan tadi? Lelaki, yang utama hanyalah bawah pusat ke lutut, tapi anda? Saya tidak dapat melihat kulit anda pun kecuali muka dan tangan!! Mahalnya harga anda untuk seorang lelaki."
Pada wanita kedua, lelaki itu menjawab: "Memang, isteri perlu taat pada suami. Tapi, bagaimana pula lelaki? Seorang suami perlu wajib taat juga kepada ibunya tiga kali lebih utama dari ayahnya, walaupun dia sudah berkeluarga. Isteri pula tidak perlu lagi. Taatnya hanya pada suami. Kenapa anda perlu taat pada suami? Kerana suami andalah yang menanggung SEMUA dosa yang anda lakukan."
Pada wanita ketiga, lelaki itu menjawab: "Benar wanita menerima warisan pusaka sedikit berbanding lelaki, tetapi harta itu menjadi hak mutlak untuk wanita itu dan dia berhak lakukan apa saja yang dia mahu. Tak perlu dikongsi dengan sesiapa walaupun suami. Lelaki pula, dia perlu membahagikan harta pusaka itu kepada isteri dan anak-anaknya. Kalau isteri dia ramai, anak dia ramai, harta pulak secebis, tak merasalah dia."
Pada wanita keempat, lelaki itu menjawab: "Tahniah dan terima kasih kepada wanita kerana dapat mengandung dan melahirkan. Setiap kali anda begitu, anda akan didoakan oleh sekalian makhluk dan malaikat. Subhanallah,beruntungnya anda!! Andaikan anda meninggal pula masa beranak tu, percayalah… itu mati syahid dan ganjarannya syurga!!"
Pada wanita kelima, lelaki itu menjawab: "Akhirat nanti, saya dan lelaki lain di dunia ini akan diminta bertanggungjawab ke atas empat orang wanita. Mereka ialah isteri saya, ibu saya, anak perempuan saya dan adik perempuan saya. Tahu apa maksudnya? Maknanya, anda nanti di akhirat akan dibantu oleh empat lelaki. Siapa mereka? Mereka ialah suami anda, ayah anda, anak lelaki anda dan adik lelaki/abang anda."
Pada wanita keenam, lelaki itu menjawab: "Nak beribadat macam lelaki beribadat? Agaknya kenapa Rasulullah SAW lebih suka wanita beribadat di rumah saja berbanding di masjid? Kami lelaki perlu beribadat siang malam untuk mendapat syurga. Anda sebagai wanita boleh masuk sebarang pintu syurga yang anda sukai, tanpa perlu susah payah. Ya, dah la syurga, ada pilihan pula, hanya dengan empat cara. Apa itu? Solat lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dan……. taat pada suami anda. Itu saja."
Pada wanita ketujuh, lelaki itu menjawab: "Saya, seorang lelaki wajib berjihad fisabilillah. Anda, seorang wanita jika taat akan suaminya, dan menunaikan tanggungjawabnya kepada Allah, maka anda akan turut menerima pahala setara seperti pahala orang pergi berjihad fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata. Itu janji Allah pada kamu."
Kemudian lelaki itu bertanya mereka pula: "Sebenarnya, apa lagi yang awak mahu, wahai kaum hawa?"
Wanita-wanita tadi menangis dan salah seorangnya berkata, "Masya-Allah, sayangnya Allah pada wanita, namun kami sendiri yang mengheret diri ke neraka yang mana ramainya kaum kami berbanding kaum lelaki!"
-------------------------------------------------------------------------------------------------
Allah yang menciptakan kita, maka sudah pasti Dia yang Maha Mengetahui pada manusia, sehingga segala hukumNya, malah peraturan-Nya, tentulah yang terbaik bagi manusia dibandingkan dengan segala peraturan yang dicipta manusia.
"Dan barangkali kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan barangkali (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah Mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” (Surah al-Baqarah, ayat 216)
**Bingkisan Nota Lampu Merah**
Suatu Hari.......
"Jamal... Aku nak cepat ni. Bini aku dah lama menunggu di rumah."
"Oh, ye ke?" Nampaknya Jamal ragu.
"Ye la Mal, hari ini bini aku punya birthday. Dia dan anak-anak dah siapkan semuanya. Tentu aku tidak boleh terlambat, kawan-kawannya pun sedang menunggu."
Beberapa saat kemudian, Jamal mengetuk kaca tingkap kereta Harun. Harun memandang wajah Jamal dengan penuh kecewa. Diturunkan tingkap sedikit saja.
Berhati-hatilah ketika memandu Run"
- Jamal -
-------------------------------------------------------------------------------------------------
Sunday, January 15, 2012
<---Aurat Wanita Yang Perlu Kita Tahu--->
Credited to : Cikgu Ayu
<---Lima Sifat Lelaki & Wanita Yg Disukai--->
Prihatin dan menghargai - Wanita yang menghargai lelaki adalah wanita idaman lelaki. Berbeza dengan wanita yang suka diperlakukan dengan lembut, lelaki suka dihargai, dipuji dengan tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Penghargaan daripada wanita membuat lelaki berasa bangga.
Menjaga penampilan - Wanita yang pandai menjaga penampilan dan kelihatan sentiasa cantik, bersih, kemas dan menarik menjadi pilihan lelaki. Penampilan menunjukkan wanita mampu menghargai diri.
Bijak berbiara - Wanita yang bijak berkomunikasi mendapat perhatian lelaki terutama apabila diajak berbual. Wanita seperti ini bukan sahaja menjadi pendengar yang baik tetapi juga mampu memberi input dan bijak mengambil kesempatan untuk meluahkan pendapat apabila diajak berbual. Mereka juga boleh menjadi lelaki cair apabila boleh berjenaka dan mengusik.
Solehah - Lelaki juga suka kepada wanita yang solehah dan mampu membawa diri dalam apa juga keadaan serta menjaga tatatertib di khalayak.
Lima sifat lelaki yang disukai wanita :
Percaya diri - Keyakinan diri adalah kualiti utama yang sering dicari oleh wanita. Lakukan perkara yang terbaik misalnya kalau anda mahir bermain badminton teruskan bermain. Pada masa yang sama cuba bermain sukan lain juga. Cara ini membuatkan anda kelihatan lebih yakin dan matang.
Lelaki lucu - Jangan bercakap terlalu serius atau ketawa yang dibuat-buat. Tetapi berpatut padan dalam pergaulan. Lelaki yang gemar berjenaka dapat membangkitkan suasana ceria kepada teman wanitanya terutama apabila dia sedang bersedih.
Romantik - Lelaki romantik sentiasa menjadi idaman wanita. Harus diingatkan bahawa romantik bukan bermakna gatal dan mengada-ngada tetapi bijak mengambil hati dan pandai berkata-kata untuk mengawal keadaan.
Bijak - Lelaki bijak turut menjadi keutamaan wanita sebagai teman istimewa atau suami. Tidak semestinya anda seorang ahli akademik tetapi penampilan dan cara membawa diri menjadi perhatian. Selain wajah kacak, hati wanita mudah cair dengan lelaki yang bijak.
Kemas - Lelaki yang kelihatan kemas dan sentiasa berpakaian sedap mata memandang menjadi pilihan wanita. Kuku turut memainkan peranan penting, jadi pastikan kuku anda dipotong rapi dan bersih agar wanita yang mendampingi anda tidak lari.
Credited to : Cikgu Ayu
Saturday, January 14, 2012
<---Antara Beza Lelaki & Wanita--->
1. BARANG DI DALAM BILIK MANDI
Wanita : Shower cap, body scrub, foot scrub, shampoo, perapi, masker untuk wajah, gel mandian pelbagai harum, segala jenis berus, span mandian dan pelbagai khazanah yang terdapat dalam bilik mandi. Memang agak menyemak tetapi itulah yang kaum wanita perlukan.
Lelaki : Cuma perlukan 1 berus gigi, 1 ubat gigi, 1 sabun mandi, 1 pencuci muka dan 1 shampoo.
2. SHOPPING
Wanita : 24 jam sehari sebenarnya tidak cukup untuk kaum wanita membeli-belah. Terutamanya yang menganggap "shopping is the best therapy to release stressful". Mereka mencuba hingga 10 pasang pakaian dari semua gedung yang disinggah tetapi mungkin hanya membeli satu atau tidak beli langsung. "Kena survey dulu, sayang. Tak boleh nak beli terus, takut jumpa yang lebih menarik nanti menyesal pulak", itu alasan yang kerap diberikan.
Lelaki : Singgah ke satu kedai - pilih ala kadar - bayar - balik.
3. BERBUAL
Wanita : Memang terkenal dengan sikap banyak cakap terutamanya ketika melayan kenalan. Daya pemikiran wanita mudah merangsang topik perbualan dengan pantas. Kalau dah bercakap, susah hendak berhenti pulak tu! Terutamanya dalam bab-bab gosip.
Lelaki : Lebih suka memikirkan topik perbualan terlebih dahulu sebelum memulakan perbualan.
4. MENANGIS
Wanita : Dengan menangis, dapat melegakan perasaan, itulah kaum wanita! Mereka mampu menangis 3-4 kali sehari! Mereka menangis kerana gembira. Mereka juga menangis kerana berduka. Perkara kecil pun boleh menangis, tengok filem Hindustan pun boleh meleleh air mata.
Lelaki : Sukar mengeluarkan air mata kecuali atas dasar sesuatu yang sangat menyentuh lubuk hatinya. Bukan kerana ego, tapi sememangnya itu kejadian Tuhan.
5. KUIZ
Wanita : Bukankah ada banyak kolum-kolum berbentuk kuiz di surat khabar mahupun di majalah terutamanya yang berkaitan dengan cinta dan perhubungan? Itulah antara kegemaran kaum wanita! Mereka sentiasa teruja untuk membaca dan mencubanya serta mudah terpengaruh dengan jawapan di pengakhiran kuiz tersebut.
Lelaki : Lebih suka dengan kuiz yang menguji ketajaman minda dan mencabar.
6. KASUT
Wanita : Seringkali memiliki stok kasut yang banyak. Mereka suka membeli kasut (untuk disuai-padankan dengan koleksi pakaian) dan sehinggakan tidak tahu mana satu disimpan koleksi kasut tersebut. Kasut yang mengikut trend pasti menjadi koleksinya.
Lelaki : Tidak ada kasut yang mengikut trend dan tidak memerlukan sejumlah kasut, pakai sahaja mana yang ada!
7. FAMILY GET-TOGETHER
Wanita : Wanita memang suka menghabiskan masa bersama keluarga. Mereka berpendapat, masa yang terluang elok dihabiskan bersama keluarga tersayang. Melakukan aktiviti bersama-sama keluarga mempu mengeratkan kasih sayang.
Lelaki : Ada masa-masanya jugalah. Tapi lebih banyak menghabiskan masa bersama rakan-rakan melakukan berbagai aktiviti yang diminati.
8. HADIAH
Wanita : Sangat suka dengan coklat dan bunga. Kata mereka, ada makna disebalik warna bunga ros yang dihadiahkan itu. Coklat, emmm lupakan seketika niat untuk diet! Malah coklat juga mampu mengurangkan stress.
Lelaki : Lebih sukakan benda-benda besar dan lebih bermakna seperti peralatan game PS3 atau Televisyen LCD 32 inci! Biar berbaloi beb, kalau nak bagi hadiah!
9. MENONTON TELEVISYEN
Wanita : Sanggup menanti di hadapan kaca TV semata-mata mahu menonton drama bersiri kegemarannya, drama Indonesia, Filipina, Mexico. Kerja-kerja rumah, diketepikan dahulu. Jangan ganggu tumpuan mereka menonton drama bersiri kegemarannya. Ini memang kegemaran kaum wanita.
Lelaki : Ahh!!! Buang masa je layan drama, lebih-lebih lagi kalau bersiri. Kebanyakkan jalan ceritanya berbelit-belit dan tidak mencabar langsung.
10. BAHAN BACAAN
Wanita : Lebih sukakan bahan bacaan yang bersifat gosip, berkenaan artis, banyak gambar-gambar dan resepi masakan.
Lelaki : Sukakan sesuatu yang santai, kelakar, ilmiah dan yang menambahkan pengetahuan secara tidak langsung.
Terdapat juga banyak lagi perkara lain yang berkaitan.. Tetapi itulah manusia, ada yang mengatakan kelainan inilah yang menyebabkan hidup lebih bermakna kerana saling melengkapi walaupun sekali sekala memang menyusahkan..:)
<---Mutiara Kata--->
"Ilmu itu lebih baik dari pada Harta. Ilmu menjaga engkau dan engkau menjaga Harta. Ilmu itu penghukum (hakim) dan harta terhukum. Harta itu berkurang apabila dibelanjakan tapi ilmu bertambah bila dibelanjakan." [Ali bin Abi Talib RA]
"Jauhilah berteman dengan pembohong kerana ia boleh menjadikan orang yang dekat akan lari darimu dan sebaliknya. Janganlah berkawan dengan orang yang bakhil kerana ia akan melupakanmu di waktu kamu sangat memerlukannya dan jauhilah bersahabat dengan orang yang suka berbuat jahat kerana ia tidak malu untuk menjualmu dengan harga yang sangat murah." [Ali bin Abi Talib RA]
''Jangan engkau percaya melihat kegagahan seseorang lelaki. Tetapi jika mereka teguh memegang amanah dan menahan tangannya dari pada menganiayai sesamanya. Itulah lelaki yang sebenarnya." [Khalifah Umar al-Khattab RA]
"Hanya lidah yang mahu berdusta dan berbohong. Namun pandangan mata, hayunan kedua-belah tangan, langkah kedua-belah kaki dan pergerakan tubuh, atau seluruh anggota badan akan menafikan apa yang diucapkan oleh lidah sekiranya ada penipuan" [Khalifah Umar al-Khattab RA]
"Apabila kamu merasa letih kerana berbuat kebaikan maka sesungguhnya keletihan itu akan hilang dan kebaikan itu akan terus kekal. Dan sekiranya kamu bersenang-senang dengan dosa maka sesungguhnya kesenangan itu akan hilang dan dosa yang dilakukan akan terus kekal." [Ali bin Abi Talib RA]
"Islam memiliki dinding dan pintu yang kuat. Dinding Islam ialah kebenaran dan pintunya ialah keadilan. Islam akan tetap utuh, selagi mana pemerintah bersikap keras dan tegas berkenaan agama tetapi itu dilakukan tidak bererti mesti dengan pedang dan cemeti, melainkan dengan hak dan keadilan." [Said bin Suwaid]
"Tidak ada kebaikan dalam pembicaraan kecuali dengan amalan.
Tidak ada kebaikan dalam harta kecuali dengan kedermawanan.
Tidak ada kebaikan dalam sahabat kecuali dengan kesetiaan.
Tidak ada kebaikan dalam sedekah kecuali niat yang Ikhlas." [Al-Ahnaf bin Qais]
"Hiduplah sesuka hatimu, sesungguhnya kamu pasti mati. Cintai siapa saja yang kamu senangi, sesungguhnya kamu pasti akan berpisah dengannya. Lakukan apa saja yang kamu kehendaki, sesungguhnya kamu akan memperoleh balasannya. Dan ingatlah bahawa bersama kesulitan itu sentiasa akan timbul kesenangan." [Ibnu Abbas RA]
"Hendaklah engkau bergaul dengan para ulama, dan dengarlah (renunglah) kata-kata hukama' (cendekiawan Islam), kerana Allah SWT menghidupkan hati yang mati dengan cahaya hikmah sebagaimana ia suburkan bumi dengan hujam yang lebat. [Al-Hukama']
"Ada empat hal yang dapat mengangkat seseorang kepada darjat yang tertinggi walaupun amal dan ibadahnya sedikit, yaitu sifat-sifat penyantun, merendah diri, pemurah dan budi pekerti yang baik. Itulah kesempurnaan Iman." [Abul Qasim Al- Junaid]
Credited to : Cikgu Ayu
Friday, January 13, 2012
<---Muhasabah Diri--->
Orang yang sibuk adalah orang yang suka melambatkan waktu solatnya seolah-olah dia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman AS.
Siapakah orang yang miskin ?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada dan sentiasa mengumpulkan harta.
Siapakah orang yang rugi ?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk beribadah dan melakukan amal-amal kebaikan.
Siapakah orang yang tertipu ?
Orang yang tertipu adalah mereka yang menyangka akan membawa nikmat dunia ke alam kuburnya, atau mereka yang merasa hidup cuma di alam dunia saja. Setiap nikmat serta anugerah Allah tidak mampu mendekatkan dirinya kepada Ilahi, malah dia lupa dan lalai untuk bersyukur.
Siapakah orang yang sengsara ?
Orang yang sengsara ialah orang yang iri hati dan dengki terhadap nikmat saudaranya. Setiap kali melihat orang lain senang dengan anugerah Allah, dia semakin sempit hatinya kerana ketidakpuasan jiwa.
Siapakah orang yang bangkrap ?
Orang yang bangkrap adalah orang yang pahala amal solehnya habis untuk menutupi keburukan akhlaknya kepada sesama manusia.
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit ?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikan lalu kuburnya menghimpitnya.
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas ?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan diperluaskan sejauh mata memandang.
Siapakah orang yang paling cantik ?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang paling baik.
Siapakah orang yang manis senyumanya ?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia berkata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata, "Ya Rabb, Aku redha dengan ketentuan-Mu ini”, sambil mengukir senyuman.
Siapakah orang yang memiliki mata paling indah ?
Orang yang memiliki mata terindah adalah mata yang banyak menangis kerana Tuhannya. Mereka takut akan dosa dan azab siksa-Nya, mereka mengharap belai kasih dan maaf-Nya, dan mereka cinta dan rindu untuk berjumpa dengan-Nya.
Siapakah orang yang kaya ?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.
Siapakah orang yang mempunyai akal ?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah menggunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka.
Siapakah orang yang bahagia ?
Orang yang bahagia adalah mereka yang tidur di malam hari dengan tidak membawa beban dalam hatinya. Mereka memaafkan kejahilan / kesalahan saudaranya dan melapangkan urusan sesamanya.
Saudaraku.......
Luangkan waktu sekejap untuk bertafakur dan merenung sebelum tidur mengakhiri hari.
Selamat bermuhasabah diri..
**Kisah Wanita Dengan Sebungkus Biskut**
Kebetulan tiada lagi tempat/meja lain tanpa pelanggan. Wanita itu rasa tidak selesa, namun tetap memesan minuman dan setelah minuman yang dipesan dihidangkan di atas meja di hadapannya, beliau mula membasahkan tekak dan mengunyah sekeping demi sekeping biskut daripada atas meja itu.
Wanita itu rasa amat geram dan tidak senang hati apabila lelaki di sebelahnya turut memakan biskut tersebut. Dalam hatinya berkata, "Sedapnya kamu memakan biskut aku tanpa meminta izin pun". Dan setiap kali wanita itu mengambil biskut, setiap kali itu jugalah lelaki itu mengambil dan memakannya.
Sakitnya hati wanita itu terhadap lelaki tersebut bukan kepalang. Bagaimanapun, lelaki itu kelihatan sangat ceria dan tersenyum lebar meskipun dia sedar wanita di sebelahnya sangat tidak senang dan memandang negatif kepadanya.
Sehingga tinggal sekeping biskut yang terakhir di atas meja itu dan kali ini wanita ini berhenti daripada mengambilnya. Dalam hatinya berkata : "Aku mahu melihat apa lelaki itu buat pada biskut yang sekeping itu".
Setelah beberapa ketika, apabila difikirkan wanita itu tidak mahu mengambilnya, lelaki itu pun mengambil biskut itu dan dipatahkannya menjadi dua - sebahagiannya diberikan kepada wanita itu, manakala sebahagiannya lagi dimakannya. Bertambah-tambah sakit hati wanita itu!
Setelah mendengar pengumuman penerbangan, wanita tersebut terus bangun menuju ke pesawat. Di dalam pesawat, wanita itu membuka beg tangannya dan alangkah terkejutnya, di dalam beg tangannya masih ada biskut yang dibelinya tadi. Barulah wanita itu tersedar biskut yang dimakan tadi adalah biskut lelaki tadi!
Moral : Apa bezanya wanita dan lelaki tersebut? Meskipun lelaki itu berkongsi biskutnya dengan wanita itu tetapi beliau tetap ceria berbanding dengan reaksi negatif wanita yang memakan biskutnya. Bahkan lelaki itu sanggup berkongsi biskut yang terakhir. Sebaliknya wanita itu tidak gembira dan sakit hati justeru dibelenggu prasangka buruk.
Untuk meminta maaf sudah terlambat namun hatinya penuh kekesalan kerana bersifat kedekut dan tidak mahu berkongsi dengan orang lain. Kini dia menyedari bahawa dialah pencuri biskut yang sebenar.
Thursday, January 12, 2012
<---Computer Short-Key #5--->
Calculator keyboard shortcuts
* Alt + 1: Switch to Standard mode
* Alt + 2: Switch to Scientific mode
* Alt + 3: Switch to Programmer mode
* Alt + 4: Switch to Statistics mode
* Ctrl + E: Open date calculations
* Ctrl + H: Turn calculation history on or off
* Ctrl + U: Open unit conversion
* Alt + C: Calculate or solve date calculations and worksheets
* F1: Open Calculator Help
* Ctrl + Q: Press the M- button
* Ctrl + P: Press the M+ button
* Ctrl + M: Press the MS button
* Ctrl + R: Press the MR button
* Ctrl + L: Press the MC button
* %: Press the % button
* F9: Press the +/– button
* /: Press the / button
* *: Press the * button
* +: Press the + button
* -: Press the – button
* R: Press the 1/× button
* @: Press the square root button
* 0-9: Press the number buttons (0-9)
* =: Press the = button
* .: Press the . (decimal point) button
* Backspace: Press the backspace button
* Esc: Press the C button
* Del: Press the CE button
* Ctrl + Shift + D: Clear the calculation history
* F2: Edit the calculation history
* Up Arrow key: Navigate up in the calculation history
* Down Arrow key: Navigate down in the calculation history
* Esc: Cancel editing the calculation history
* Enter: Recalculate the calculation history after editing
* F3: Select Degrees in Scientific mode
* F4: Select Radians in Scientific mode
* F5: Select Grads in Scientific mode
* I: Press the Inv button in Scientific mode
* D: Press the Mod button in Scientific mode
* Ctrl + S: Press the sinh button in Scientific mode
* Ctrl + O: Press the cosh button in Scientific mode
* Ctrl + T: Press the tanh button in Scientific mode
* (: Press the ( button in Scientific mode
* ): Press the ) button in Scientific mode
* N: Press the ln button in Scientific mode
* ;: Press the Int button in Scientific mode
* S: Press the sin button in Scientific mode
* O: Press the cos button in Scientific mode
* T: Press the tan button in Scientific mode
* M: Press the dms button in Scientific mode
* P: Press the pi button in Scientific mode
* V: Press the F-E button in Scientific mode
* X: Press the Exp button in Scientific mode
* Q: Press the x^2 button in Scientific mode
* Y: Press the x^y button in Scientific mode
* #: Press the x^3 button in Scientific mode
* L: Press the log button in Scientific mode
* !: Press the n! button in Scientific mode
* Ctrl + Y: Press the yvx button in Scientific mode
* Ctrl + B: Press the 3vx button in Scientific mode
* Ctrl + G: Press the 10x button in Scientific mode
* F5: Select Hex in Programmer mode
* F6: Select Dec in Programmer mode
* F7: Select Oct in Programmer mode
* F8: Select Bin in Programmer mode
* F12: Select Qword in Programmer mode
* F2: Select Dword in Programmer mode
* F3: Select Word in Programmer mode
* F4: Select Byte in Programmer mode
* K: Press the RoR button in Programmer mode
* J: Press the RoL button in Programmer mode
* <: Press the Lsh button in Programmer mode * >: Press the Rsh button in Programmer mode
* %: Press the Mod button in Programmer mode
* (: Press the ( button in Programmer mode
* ): Press the ) button in Programmer mode
* |: Press the Or button in Programmer mode
* ^: Press the Xor button in Programmer mode
* ~: Press the Not button in Programmer mode
* &: Press the And button in Programmer mode
* A-F: Press the A-F buttons in Programmer mode
* Spacebar: Toggles the bit value in Programmer mode
* A: Press the Average button in Statistics mode
* Ctrl + A: Press the Average Sq button in Statistics mode
* S: Press the Sum button in Statistics mode
* Ctrl + S: Press the Sum Sq button in Statistics mode
* T: Press the S.D. button in Statistics mode
* Ctrl + T: Press the Inv S.D. button in Statistics mode
* D: Press the CAD button in Statistics mode
Windows Journal keyboard shortcuts
* Ctrl + N: Start a new note
* Ctrl + O: Open a recently used note
* Ctrl + S: Save changes to a note
* Ctrl + Shift + V: Move a note to a specific folder
* Ctrl + P: Print a note
* Alt + F4: Close a note and its Journal window
* Ctrl + Z: Undo a change
* Ctrl + Y: Redo a change
* Ctrl + A: Select all items on a page
* Ctrl + X: Cut a selection
* Ctrl + C: Copy a selection to the Clipboard
* Ctrl + V: Paste a selection from the Clipboard
* Esc: Cancel a selection
* Delete: Delete a selection
* Ctrl + F: Start a basic find
* Ctrl + G: Go to a page
* F5: Refresh find results
* F5: Refresh the note list
* F6: Toggle between a note list and a note
* Ctrl + Shift + C: Display a shortcut menu for column headings in a note list
* F11: View a note in full-screen mode
* F1: Open Journal Help
Windows Help viewer keyboard shortcuts
* Alt + C: Display the Table of Contents
* Alt + N: Display the Connection Settings menu
* F10: Display the Options menu
* Alt + Left Arrow: Move back to the previously viewed topic
* Alt + Right Arrow: Move forward to the next (previously viewed) topic
* Alt + A: Display the customer support page
* Alt + Home: Display the Help and Support home page
* Home: Move to the beginning of a topic
* End: Move to the end of a topic
* Ctrl + F: Search the current topic
* Ctrl + P: Print a topic
* F3: Move the cursor to the search box
<---Computer Short-Key #4--->
Paint keyboard shortcuts
* Ctrl + N: Create a new picture
* Ctrl + O: Open an existing picture
* Ctrl + S: Save changes to a picture
* F12: Save the picture as a new file
* Ctrl + P: Print a picture
* Alt + F4: Close a picture and its Paint window
* Ctrl + Z: Undo a change
* Ctrl + Y: Redo a change
* Ctrl + A: Select the entire picture
* Ctrl + X: Cut a selection
* Ctrl + C: Copy a selection to the Clipboard
* Ctrl + V: Paste a selection from the Clipboard
* Right Arrow: Move the selection or active shape right by one pixel
* Left Arrow: Move the selection or active shape left by one pixel
* Down Arrow: Move the selection or active shape down by one pixel
* Up Arrow: Move the selection or active shape up by one pixel
* Esc: Cancel a selection
* Delete: Delete a selection
* Ctrl + B: Bold selected text
* Ctrl + +: Increase the width of a brush, line, or shape outline by one pixel
* Ctrl + -: Decrease the width of a brush, line, or shape outline by one pixel
* Ctrl + I: Italicize selected text
* Ctrl + U: Underline selected text
* Ctrl + E: Open the Properties dialog box
* Ctrl + W: Open the Resize and Skew dialog box
* Ctrl + Page Up: Zoom in
* Ctrl + Page Down: Zoom out
* F11: View a picture in full-screen mode
* Ctrl + R: Show or hide the ruler
* Ctrl + G: Show or hide gridlines
* F10 or Alt: Display keytips
* Shift + F10: Show the current shortcut menu
* F1: Open Paint Help
WordPad keyboard shortcuts
* Ctrl + N: Create a new document
* Ctrl + O: Open an existing document
* Ctrl + S: Save changes to a document
* F12: Save the document as a new file
* Ctrl + P: Print a document
* Alt + F4: Close WordPad
* Ctrl + Z: Undo a change
* Ctrl + Y: Redo a change
* Ctrl + A: Select the entire document
* Ctrl + X: Cut a selection
* Ctrl + C: Copy a selection to the Clipboard
* Ctrl + V: Paste a selection from the Clipboard
* Ctrl + B: Make selected text bold
* Ctrl + I: Italicize selected text
* Ctrl + U: Underline selected text
* Ctrl + =: Make selected text subscript
* Ctrl + Shift + =: Make selected text superscript
* Ctrl + L: Align text left
* Ctrl + E Align text center
* Ctrl + R:: Align text right
* Ctrl + J: Justify text
* Ctrl + 1: Set single line spacing
* Ctrl + 2: Set double line spacing
* Ctrl + 5: Set line spacing to 1.5
* Ctrl + Shift + >: Increase the font size
* Ctrl + Shift + <: Decrease the font size
* Ctrl + Shift + A: Change characters to all capitals
* Ctrl + Shift + L: Change the bullet style
* Ctrl + D: Insert a Microsoft Paint drawing
* Ctrl + F: Find text in a document
* F3: Find the next instance of the text in the Find dialog box
* Ctrl + H: Replace text in a document
* Ctrl + Left Arrow: Move the cursor one word to the left
* Ctrl + Right Arrow: Move the cursor one word to the right
* Ctrl + Up Arrow: Move the cursor to the line above
* Ctrl + Down Arrow: Move the cursor to the line below
* Ctrl + Home: Move to the beginning of the document
* Ctrl + End: Move to the end of the document
* Ctrl + Page Up: Move up one page
* Ctrl + Page Down: Move down one page
* Ctrl + Delete: Delete the next word
* F10: Display keytips
* Shift + F10: Show the current shortcut menu
* F1: Open WordPad Help
<---Computer Short-Key #3--->
Windows Explorer keyboard shortcuts
* Ctrl + N: Open a new window
* Ctrl + W: Close the current window
* Ctrl + Shift + N: Create a new folder
* End: Display the bottom of the active window
* Home: Display the top of the active window
* F11: Maximize or minimize the active window
* Ctrl + Period (.): Rotate a picture clockwise
* Ctrl + Comma (,): Rotate a picture counter-clockwise
* Num Lock + Asterisk (*) on numeric keypad: Display all subfolders under the selected folder
* Num Lock + Plus Sign (+) on numeric keypad: Display the contents of the selected folder
* Num Lock + Minus Sign (-) on numeric keypad: Collapse the selected folder
* Left Arrow: Collapse the current selection (if it’s expanded), or select the parent folder
* Alt + Enter: Open the Properties dialog box for the selected item
* Alt + P: Display the preview pane
* Alt + Left Arrow: View the previous folder
* Backspace: View the previous folder
* Right Arrow: Display the current selection (if it’s collapsed), or select the first subfolder
* Alt + Right Arrow: View the next folder
* Alt + Up Arrow: View the parent folder
* Ctrl + Shift + E: Display all folders above the selected folder
* Ctrl + Mouse scroll wheel: Change the size and appearance of file and folder icons
* Alt + D: Select the address bar
* Ctrl + E: Select the search box
* Ctrl + F: Select the search box
Taskbar keyboard shortcuts
* Shift + Click on a taskbar button: Open a program or quickly open another instance of a program
* Ctrl + Shift + Click on a taskbar button: Open a program as an administrator
* Shift + Right-click on a taskbar button: Show the window menu for the program
* Shift + Right-click on a grouped taskbar button: Show the window menu for the group
* Ctrl + Click on a grouped taskbar button: Cycle through the windows of the group
Magnifier keyboard shortcuts
* Windows logo key + Plus Sign or Minus Sign: Zoom in or out
* Ctrl + Alt + Spacebar: Preview the desktop in full-screen mode
* Ctrl + Alt + F: Switch to full-screen mode
* Ctrl + Alt + L: Switch to lens mode
* Ctrl + Alt + D: Switch to docked mode
* Ctrl + Alt + I: Invert colors
* Ctrl + Alt + arrow keys: Pan in the direction of the arrow keys
* Ctrl + Alt + R: Resize the lens
* Windows logo key + Esc: Exit Magnifier
Remote Desktop Connection keyboard shortcuts
* Alt + Page Up: Move between programs from left to right.
* Alt + Page Down: Move between programs from right to left.
* Alt + Insert: Cycle through programs in the order that they were started in.
* Alt + Home: Display the Start menu.
* Ctrl + Alt + Break: Switch between a window and full screen.
* Ctrl + Alt + End: Display the Windows Security dialog box.
* Alt + Delete: Display the system menu.
* Ctrl + Alt + Minus Sign (-) on the numeric keypad: Place a copy of the active window, within the client, on the Terminal server clipboard (provides the same functionality as pressing Alt + PrtScn on a local computer).
* Ctrl + Alt + Plus Sign (+) on the numeric keypad: Place a copy of the entire client window area on the Terminal server clipboard (provides the same functionality as pressing PrtScn on a local computer).
* Ctrl + Alt + Right Arrow: “Tab” out of the Remote Desktop controls to a control in the host program (for example, a button or a text box). Useful when the Remote Desktop controls are embedded in another (host) program.
* Ctrl + Alt + Left Arrow: “Tab” out of the Remote Desktop controls to a control in the host program (for example, a button or a text box). Useful when the Remote Desktop controls are embedded in another (host) program.
<---Computer Short-Key #2--->
Dialog box keyboard shortcuts
* Ctrl + Tab: Move forward through tabs
* Ctrl + Shift + Tab: Move back through tabs
* Tab: Move forward through options
* Shift + Tab: Move back through options
* Alt + underlined letter: Perform the command (or select the option) that goes with that letter
* Enter: Replaces clicking the mouse for many selected commands
* Spacebar: Select or clear the check box if the active option is a check box
* Arrow keys: Select a button if the active option is a group of option buttons
* F1: Display Help
* F4: Display the items in the active list
* Backspace: Open a folder one level up if a folder is selected in the Save As or Open dialog box
Windows logo key keyboard shortcuts
* Windows logo key: Open or close the Start menu.
* Windows logo key + Pause: Display the System Properties dialog box.
* Windows logo key + D: Display the desktop.
* Windows logo key + M: Minimize all windows.
* Windows logo key + Shift + M: Restore minimized windows to the desktop.
* Windows logo key + E: Open Computer.
* Windows logo key + F: Search for a file or folder.
* Ctrl + Windows logo key + F: Search for computers (if you’re on a network).
* Windows logo key + L: Lock your computer or switch users.
* Windows logo key + R: Open the Run dialog box.
* Windows logo key + T: Cycle through programs on the taskbar.
* Windows logo key + number: Start the program pinned to the taskbar in the position indicated by the number. If the program is already running, switch to that program.
* Shift + Windows logo key + number: Start a new instance of the program pinned to the taskbar in the position indicated by the number.
* Ctrl + Windows logo key + number: Switch to the last active window of the program pinned to the taskbar in the position indicated by the number.
* Alt + Windows logo key + number: Open the Jump List for the program pinned to the taskbar in the position indicated by the number.
* Windows logo key + Tab: Cycle through programs on the taskbar by using Aero Flip 3-D.
* Ctrl+Windows logo key + Tab: Use the arrow keys to cycle through programs on the taskbar by using Aero Flip 3-D.
* Ctrl+Windows logo key + B: Switch to the program that displayed a message in the notification area.
* Windows logo key + Spacebar: Preview the desktop.
* Windows logo key + Up Arrow: Maximize the window.
* Windows logo key + Left Arrow: Maximize the window to the left side of the screen.
* Windows logo key + Right Arrow: Maximize the window to the right side of the screen.
* Windows logo key + Down Arrow: Minimize the window.
* Windows logo key + Home: Minimize all but the active window.
* Windows logo key + Shift + Up Arrow: Stretch the window to the top and bottom of the screen.
* Windows logo key + Shift+ Left Arrow or Right Arrow: Move a window from one monitor to another.
* Windows logo key + P: Choose a presentation display mode.
* Windows logo key + G: Cycle through gadgets.
* Windows logo key + U: Open Ease of Access Center.
* Windows logo key + X: Open Windows Mobility Center.
<---Computer Short-Key #1--->
Ease of Access keyboard shortcuts
* Right Shift for eight seconds: Turn Filter Keys on and off
* Left Alt + Left Shift + PrtScn (or PrtScn): Turn High Contrast on or off
* Left Alt + Left Shift + Num Lock: Turn Mouse Keys on or off
* Shift five times: Turn Sticky Keys on or off
* Num Lock for five seconds: Turn Toggle Keys on or off
* Windows logo key + U: Open the Ease of Access Center
General keyboard shortcuts
* F1: Display Help
* Ctrl + C (or Ctrl + Insert): Copy the selected item
* Ctrl + X: Cut the selected item
* Ctrl + V (or Shift + Insert): Paste the selected item
* Ctrl + Z: Undo an action
* Ctrl + Y: Redo an action
* Delete (or Ctrl + D): Delete the selected item and move it to the Recycle Bin
* Shift + Delete: Delete the selected item without moving it to the Recycle Bin first
* F2: Rename the selected item
* Ctrl + Right Arrow: Move the cursor to the beginning of the next word
* Ctrl + Left Arrow: Move the cursor to the beginning of the previous word
* Ctrl + Down Arrow: Move the cursor to the beginning of the next paragraph
* Ctrl + Up Arrow: Move the cursor to the beginning of the previous paragraph
* Ctrl + Shift with an arrow key: Select a block of text
* Shift + any arrow key: Select more than one item in a window or on the desktop, or select text within a document
* Ctrl + any arrow key + Spacebar: Select multiple individual items in a window or on the desktop
* Ctrl + A: Select all items in a document or window
* F3: Search for a file or folder
* Alt + Enter: Display properties for the selected item
* Alt + F4: Close the active item, or exit the active program
* Alt + Spacebar: Open the shortcut menu for the active window
* Ctrl + F4: Close the active document (in programs that allow you to have multiple documents open simultaneously)
* Alt + Tab: Switch between open items
* Ctrl + Alt + Tab: Use the arrow keys to switch between open items
* Ctrl + Mouse scroll wheel: Change the size of icons on the desktop
* Windows logo key + Tab: Cycle through programs on the taskbar by using Aero Flip 3-D
* Ctrl+ Windows logo key + Tab: Use the arrow keys to cycle through programs on the taskbar by using Aero Flip 3-D
* Alt + Esc: Cycle through items in the order in which they were opened
* F6: Cycle through screen elements in a window or on the desktop
* F4: Display the address bar list in Windows Explorer
* Shift + F10: Display the shortcut menu for the selected item
* Ctrl + Esc: Open the Start menu
* Alt + underlined letter: Display the corresponding menu
* Alt + underlined letter: Perform the menu command (or other underlined command)
* F10: Activate the menu bar in the active program
* Right Arrow: Open the next menu to the right, or open a submenu
* Left Arrow: Open the next menu to the left, or close a submenu
* F5 (or Ctrl + R): Refresh the active window
* Alt + Up Arrow: View the folder one level up in Windows Explorer
* Esc: Cancel the current task
* Ctrl + Shift + Esc: Open Task Manager
* Shift when you insert a CD: Prevent the CD from automatically playing
* Left Alt + Shift: Switch the input language when multiple input languages are enabled
* Ctrl + ShiftL: Switch the keyboard layout when multiple keyboard layouts are enabled
* Right or Left Ctrl + Shift: Change the reading direction of text in right-to-left reading languages
..Jadual Final Exam Tahun 3 Semester 1 Sessi 2011/2012..
Ijazah Sarjanamuda Pengajian Islam Dengan Kepujian
(Pengajian Arab & Tamadun Islam Modul Bahasa Arab)
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
Tolong Doakan Kejayaanku & Kejayaan Kita Bersama..
Dengan Harapan Semoga ALLAH Mudahkan Segala Urusan Kita..
Semoga ALLAH Mengingatkan Segala Hafalan Kita..
Semoga ALLAH Memberikan Ketenangan Kepada Kita..
Semoga ALLAH Memberi Kejayaan Kepada Kita Dunia Akhirat..
Semoga ALLAH Merahmatiku & Juga Kamu Semua..
AMIIINNN...
Sastera Arab Zaman Abbasiyyah (PPPJ 2333)
04/01/2012 (12.00 - 2.00ptg)
Dunia Islam Abad Ke-20 (PPPJ 2413)
06/01/2012 (8.30 - 10.30pg)
Al-Balaghah (PPPJ 1203)
09/01/2012 (8.30 - 10.30pg)
Balaghah al-Quran Wa al-Hadith (PPPJ 3523)
17/01/2012 (3.30 - 5.30ptg)
Isu-Isu Kekeluargaan (ZZZT 2343)
19/01/2012 (8.30 - 10.30pg)
Metodologi Dakwah (PPPY 1222)
19/01/2012 (3.30 - 5.30ptg)
Latihan Ilmiah (PPPJ 3534)
(Tiada Kertas Peperiksaan)
Workplace Communication I (ZZZE 3012)
(Tiada Kertas Peperiksaan)
<---MENGHINA ISLAM ATAS NAMA ISLAM--->
Daripada Abu Hurairah RA beliau meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda :
"2 golongan yang termasuk dari kalangan ahli neraka yang tak pernah aku lihat iaitu yang pertama mereka yang memegang cemeti seperti ekor lembu (bentuk cemeti itu seperti ekor lembu yang berbulu-bulu dan berambut-rambut) dan mereka memukul manusia dengan cemeti tersebut. Yang kedua adalah PEREMPUAN memakai pakaian tetapi keadaanya umpama telanjang (ketat), dan perempuan ini berjalan sambil berlenggang lenggok dan sanggol rambutnya (ataupun sekarang ikatan rambutnya) umpama bonggol unta. Dan perempuan yang sebegini keadaanya tidak akan mencium bau syurga. Ketahuilah bau syurga sudah boleh diciumi dari jarak begini dan begini."
(Hadith diriwayatkan oleh Imam Muslim,Imam Ahmad,Imam Malik dan selain mereka)
✿ܓ Islam menyediakan ruang yang secukupnya untuk seorang wanita Muslimah yang belum menutup aurat untuk segera mencari kekuatan berbuat demikian. Tetapi menyambut kejayaan membuat perubahan dengan menghantar mereka ke daerah Busana Muslimah yang sangat bercanggah dengan Islam ini, ia adalah suatu kesesuaiaan yang mengundang penyesalan.
✿ܓ Islam memuliakan kaum lelaki dan perempuan, pada TAQWA, iaitu kualiti diri berkaitan dengan ilmu, bakat, Akhlaq, keupayaan diri dan jauh sekali daripada memperhambakan diri kepada mengejar usaha mengisi makna CANTIK yang tidak pernah berakhir itu. Sesungguhnya CANTIK itu adalah satu bentuk perhambaan wanita yang menyeronokkan (lagi menguntungkan). BUSANA MUSLIMAH yang tidak mematuhi Islam seperti itu adalah penghinaan kepada Syariat Allah.
✿ܓ Jangan tunggu sampai esok baru nak berubah, berubahlah sekarang sementara masih diberi peluang olehNYA kerana dirimu begitu berharga..
“…Dan janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang Jahiliyah zaman dahulu…” (Surah al-Ahzab, ayat 33)