<---pLaYaR.-.iDuP--->

<---pLaYaR.-.iDuP--->

Thursday, March 08, 2012

Aku Tak Mengerti

Kadangkala aku mengerti perasaan dan pemikiran seorang wanita, namun kadangkala mereka sukar dimengertikan. Wanita seringkali menyembunyikan perasaan mereka di dalam hati apabila berada di hadapan kekasih mereka, namun apabila berada di sekeliling kawan2, mereka akan meluahkan apa yang mereka rasakan, sehinggakan kadangkala menyentuh soal peribadi dan soal hubungan dengan kekasih mereka.

Adakah ini bermakna hubungan yang dijalinkan dengan kekasih mereka itu hanyalah sekadar mengisi masa kosong? atau sekadar ingin menunjukkan pada kawan2 mereka dan dunia bahawa mereka telah dimiliki? Walhal mereka kadangkala seolah2 tidak mengenal pasti apakah sebab mereka berpasangan.

Apabila ada sesuatu masalah dengan kekasih, mereka jarang berkongsi atau mungkin juga jarang meluahkannya kepada kekasih mereka untuk menyelesaikan masalah tersebut. Mereka lebih suka menyelesaikan dengan pihak lain, terutama kawan2 mereka.

Ada pihak yang mengatakan, "biarlah mereka dengan cara mereka", tapi sampai bilakah kita dapat menahan dari terluka sebegini? Masalah dalam hubungan boleh diatasi jika ada tolak-ansur dalam hubungan tersebut dan saling mencari punca masalah tersebut serta sama2 mencari apakah penyelesaian bagi masalah tersebut.

Berdiam diri bukanlah satu langkah penyelesaian yang sesuai, kerana ia seolah2 cuba lari dari masalah tersebut. Bukankah setiap masalah itu harus dihadapi dengan tabah dan harus mencari jalan untuk menyelesaikan, bukan lari dari masalah tersebut? Bukankah setiap masalah ada jalan penyelesaiannya? Tapi kenapa mereka lebih rela mengambil sikap berdiam diri dan menjauhi? Adakah mereka inginkan penyelesaian yang akhirnya akan memberi penyesalan kepada mereka, iaitu perpisahan?

by : pLaYaR.-.iDuP


KEHIDUPAN = KISAH LAMPAU DAN KISAH MENDATANG

MANUSIA SEPERTI SEBUAH BUKU. MUKA DEPAN ADALAH TARIKH LAHIR DAN MUKA BELAKANG ADALAH TARIKH KEMATIAN SERTA SETIAP LEMBARAN ADALAH SETIAP HARI DALAM KEHIDUPAN YANG KITA LAKUKAN .

SEKALI TERTULIS , TIDAK AKAN BOLEH DI UBAH SEMULA. TETAPI, SEBURUK MANA PUN HALAMAN SEBELUMNYA, MASIH TERSEDIA HALAMAN SELANJUTNYA YANG PUTIH DAN BERSIH.

SEPERTI JUGA DENGAN KEHIDUPAN KITA. SEBURUK MANAPUN KISAH KITA DAHULU, ALLAH SWT MASIH MENYEDIAKAN HARI-HARI YANG BARU UNTUK KITA. KITA SELALU DIBERI KESEMPATAN BARU UNTUK MELAKAR SEJARAH KEHIDUPAN YANG LEBIH BAIK DARIPADA SEBELUMNYA. MAKA DENGAN ITU, BERSYUKURLAH DENGAN NIKMAT KEHIDUPAN YANG TELAH DIBERI OELH-NYA.


Wednesday, March 07, 2012

BAHAGI untuk BAHAGIA !!!

Untuk BAHAGIA, kita mestilah pandai BAHAGI!!!

Betul kan???

Bahagi masa, umur, tugas, giliran, kawan, harta, ilmu dan segalanya!

Mana tidaknya, Allah sendiripun membahagikan hari kpd siang & malam, solat fardhu kpd 5 waktu, bumi & langit kpd 7 lapisan dan semua ciptaan-ciptaan Allah itu di"BAHAGI"kan dgn sempurna...

Semuanya BAHAGIA bilamana mereka mengikut apa yang Allah "BAHAGI"kan. hanya manusia yang selalu alpa dengan konsep BAHAGI untuk BAHAGIA ini...

"Sungguh! memanglah dalam setiap kejadian itu adanya tanda-tanda kebesaran Allah bagi mereka yang mahu berfikir".



Kata-kata Profesor Ungku Aziz

Rajin bercakap, Rajin bekerja - Bagus sekali

Rajin bekerja, Malas bercakap - Kena buli

Malas bekerja, Rajin bercakap - Wayang cina

Malas bekerja, Malas bercakap - Tak guna

Malas bekerja, Suka mengadu - Nyanyuk

Malas bekerja, Selalu ponteng - Baik berhenti

Malas bekerja, Suka menyibuk - Baik mati


Tuesday, March 06, 2012

..Luahan Hati Aku Secara Kiasan..

Bahagia adlh sesuatu yg sukar utk didefinisikan..

Kaya tak semestinya bahagia..
Miskin tak semestinya mnderita..
Berkahwin tak semestinya bahagia..
Bersendirian tak semestinya derita..
Sihat tak semestinya bahagia..
Sakit tak semestinya mnderita..
Ketawa tak semestinya bahagia..
Menangis tak semestinya mnderita..
Muda tak semestinya bahagia..
Tua tak semestinya derita..
Lapang tak semestinya bahagia..
Sibuk tak semestinya derita..

Berfikiran positif boleh mnjadikan seseorang itu lebih matang, lebih ceria, lebih kuat iman, lebih menerima kekurangan diri sendiri atau orang lain, dan lebih boleh mengingati kebaikan orang lain terhadap dirinya..

Manakala berfikiran negatif pula boleh mnjadikan seseorang brtambah kusut, menghilangkan kceriaan hidup, boleh mnjatuhkan aqidah jika tidak kena caranya, dan lebih mmbuatkan hati sndiri brtambah sakit..

Ingatlah kebaikan orang pada kita..
Tapi lupakanlah kebaikan kita pada orang lain..
Ingatlah keburukan kita terhadap orang lain..
Tapi lupakanlah keburukan orang pada kita..

Manusia bukanlah malaikat yang taat pada tuannya (Allah), tidak pernah melakukan kesilapan, tidak pernah lupa pada segala yg dilakukannya atas suruhan tuannya..
Manusia tidak akan pernah dapat lari dr melakukan kesilapan dan bersifat pelupa..
Kerana manusia sentiasa dibelenggu oleh syaitan dan hawa nafsu yg tidak pernah serik atau letih dalam merosakkan manusia..

Antara sebab Allah memuliakan manusia lebih dr makhluk yg lain dan menjadikan manusia itu sebagai khalifah di muka bumi adalah kerana manusia sentiasa perlu berwaspada dr godaan syaitan & hawa nafsu, dan Allah menurunkan al-Quran utk mnjadi panduan hidup kpd manusia..
Tidak seperti haiwan, pokok-pokok, batu-batan, malaikat,dan sebagainya, mereka tidak disogok oleh syaitan & hawa nafsu utk meneruskan kehidupan di muka bumi..


By : pLaYaR.-.iDuP


Antara Tanda Anda Sudah Matang

Terdapat banyak ciri-ciri yang menunjukkan seseorang itu telah matang dari segi sikap, perlakuan, pemikiran, layanan & tutur-kata. Di sini saya senaraikan sebahagian ciri-ciri seorang yang matang.


- Anda dapat bertenang dan bersabar seandainya hajat anda tidak tercapai.

- Anda mampu menyembunyikan perasaan anda yang luka dan tersinggung oleh seseorang dalam kumpulan dan berlaku sebagai biasa.

- Anda tidak merasa iri hati bila melihat orang lain dipuji dan disanjung.

- Anda dapat menghadapi dengan tenang terhadap kebencian orang yang anda benar-benar merasa tidak sewajar dengan mereka.

- Anda mampu menguasai nafsu gelojoh walaupun anda ingin mendapat perkara yang anda fikir boleh dapat.

- Anda dapat menahan rasa sakit hati dan malu seandainya anda tidak dapat hidup setaraf dengan rakan sejawat anda yang lain.

- Anda terus berlaku adil dan saksama walaupun suasana sekeliling menghalang maksud anda.

- Anda dapat menerima kritikan atau salah faham orang tanpa memperbesar-besarkannya.

- Anda memandang jauh ke depan, umpamanya dengan sabar menangung kesusahan demi kepentingan masa depan, tanpa merasa resah, bimbang dan ragu.

- Anda memberi persetujuan kepada pendapat-pendapat yang anda tidak setujui dalam perdebatan tanpa merasa sakit hati atau tidak senang.

- Anda berbahagia bersendirian dengan mempunyai satu kegemaran atau hobi yang benar-benar anda minati.

- Anda mengaku dengan jujur tidak tahu bila anda betul-betul tidak tahu, tanpa merasa malu.

- Anda menghadapi orang-orang tua atau orang-orang yang lebih berpengaruh tanpa sentiasa berusaha untuk menimbulkan kesan-kesan negatif.

- Anda akan cuba melakukan sesuatu dengan sederhana bukannya berlebih-lebihan untuk menunjukkan bahawa anda dapat melakukannya dengan lebih sempurna.

- Anda dapat mendahulukan kepentingan orang lain walaupun anda tidak merasa senang kerananya.

- Anda boleh berlaku wajar dan saksama terhadap orang-orang yang tidak anda sukai.

- Anda dapat mewujudkan rasa kasih-sayang, cinta atau boleh bersahabat tanpa mendapat tempat yang utama dalam hidup mereka.

- Anda dapat membuat keputusan sendiri dengan melihat baik buruk atau positif negatif dalam setiap perkara dengan mengambil kira semua pendapat orang.

- Anda cuba untuk berdikari dan cuba sedaya upaya untuk tidak menyusahkan orang lain dalam kehidupan.

- Sekiranya anda lelaki, anda dapat bekerjasama atau bersahabat dengan wanita tanpa mengambil apa-apa kesempatan ke atas mereka.

- Sekiranya anda wanita, anda dapat bekerjasama atau bersahabat dengan orang lelaki secara baik, disenangi dan dihormati mereka.


Monday, March 05, 2012

10 Tips Bina Keyakinan Diri

Keyakinan diri amatlah penting dalam pembentukan peribadi seseorang insan. Apabila seseorang itu mempunyai keyakinan diri yg tinggi, pasti dia mempunyai masa depan yg cukup cerah malah dia juga menyebabkan orang sekelilingnya terkena tempias keyakinan yg ada dalam dirinya. Namun, bagaimana untuk membina keyakinan diri sedemikian rupa?


1. Percaya dan yakin pada kebolehan diri
Setiap insan yang diciptakan Ilahi mempunyai kelebihan yang tersendiri dan kelebihan yang dimilikinya itu membuatkan dia cukup berbeza dengan orang di sekelilingnya. Hargailah dan yakinlah pada kebolehan yg ada pada diri. Jangan takut untuk menggunakan segala kelebihan yg diberikan Allah untuk kebaikan diri dan ummah kerana apabila diri melakukan sesuatu untuk Allah, seseorang itu takkan merasa sedih dan terhina apabila dikritik dan dicerca sehabisnya oleh insan-insan yg lain.

"Sesungguhnya setiap amalan itu bermula dengan niat. Dan sesungguhnya bagi setiap orang itu akan memperolehi apa yang ia niatkan," (Riwayat Bukhari dan Muslim)


2. Senyumanmu menawan
Sentiasa tersenyum, walau dalam keadaan gembira, bahagia, dan dalam perasaan yg tidak selesa sekalipun. Apabila bibir tersenyum, ia seseolah-olah mengarah minda untuk turut menjadi positif dan menyebabkan diri kelihatan berkeyakinan walaupun hati sebenarnya amat terketar-ketar.

Sabda Rasulullah S.A.W. "Engkau tersenyum di depan saudaramu adalah sedekah." (Riwayat Bukhari)


3. Rentak langkah yg meyakinkan
Gaya badan menyuarakan seribu satu kata mengenai seseorang itu. Pernahkah anda mengalami situasi di mana apabila anda menghadiri satu-satu majlis, hampir kesemua mata tertumpu pada seseorang yg hadir di majlis tersebut? Dia tidak perlu menyuarakan apa-apa, bibirnya tersenyum dan langkahannya cukup membuatkan orang di sekelilingnya merasakan aura kehebatan dan keyakinannya.


4. Sentiasa berusaha memperbaiki kelemahan diri
Setiap insan pasti ada kelemahannya. Orang yg berkeyakinan diri yg tinggi, pasti sentiasa cuba untuk menjadi yg terbaik. Oleh itu, dia sentiasa memperbaiki dirinya dari hari ke hari dan menjadikan hari esoknya lebih baik daripada hari ini.

Sabda Rasulullah S.A.W. "Jangan sampai kamu dipatuk oleh ular di dalam lubang yang sama dua kali," (Riwayat Abu Daud)


5. Malu itu biarlah bertempat
Benarlah malu itu perisai diri dan iman. Namun, biarlah malu itu berada di tempat yg betul. Usahlah malu untuk bertanya dan menyuarakan pendapat kerana malu bertanya akan menyebabkan sesatnya jalan. Usahlah juga malu untuk mengajak-ajak ke arah kebaikan kerana ganjaran pahala yg amat besar menanti di hadapan. Namun, malulah untuk melakukan kemungkaran dan tebalkanlah sifat malu dalam diri kepada Yang Esa untuk menayang-nayangkan segala keburukan diri kepadaNya.

‎"Dan tetaplah memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang Mukmin," (Adz-Dzariyat: 55)


6. Jangan memandang rendah pada keupayaan diri
Jangan pernah sesekali memandang rendah pada kebolehan dan kekuatan diri, lantas menyuarakan "aku tidak mampu untuk melakukan itu dan ini,". Hakikatnya, hanya Allah yang tahu sejauh mana kemampuan seseorang itu, oleh sebab itulah Dia memberikan ujian yg berbagai-bagai, sesuai dgn kemampuan seseorang itu. Oleh itu, jangan pernah menyekat kemampuan diri dan sentiasalah mencabar diri untuk menjadi insan yg lebih baik.

"...Allah tidak membebani seseorang melainkan (sesuai) dengan apa yang diberikan Allah kepadanya. Allah kelak akan memberikan kelapangan setelah kesempitan," (Ath-Thalaq:7)


7. Hargai Diri
Anda adalah unik kerana tiada satu pun di dunia ini yg mempunyai nama anda, dan mempunyai peribadi yg sama, wajah yg sama, pendidikan yg sama ataupun gaya bahasa yg sama dengan diri anda. Andalah satu-satunya insan sedemikian di bumi Allah ini. Maka, hargailah diri dan peribadi anda sebaiknya. Jangan mudah goyah dan terhanyut ke kanan dan kiri, mengikut gaya dan pendirian orang lain tanpa mengira dan mengukur buruk baik kesannya pada diri anda. Biarlah setiap tindakan dan bicara anda itu benar-benar datangnya dari diri anda, bukan disebabkan pengaruh orang lain.


8. Jangan membandingkan diri dengan orang lain
Melakukan perbandingan terhadap diri dengan orang lain adalah satu tindakan yang tidak patut dilakukan oleh seseorang. Kelebihan dalam dirimu itu takkan pernah sama dgn kelebihan yg ada dalam diri orang lain. Definisi kecantikan pada hati dan wajahmu itu takkan pernah sama dengan definisi kecantikan yg ada pada gadis yg lain. Setiap usahamu itu tidak sama kekuatannya dengan usaha yg dialirkan oleh insan lain. Maka, usahlah melakukan perbandingan dirimu dengan insan lain. Yang penting, jadilah dirimu yg terbaik!

"Sesungguhnya usaha kamu memang berbeza-beza," (Al-Lail: 4)


9. Senantiasa berfikiran positif
Orang yang berkeyakinan tinggi mempunyai pemikiran yg amat positif. Apa sahaja yg dilihatnya, dia pasti akan melihat sesuatu itu dari sudut positif dan apa sahaja yg didengarnya, dia akan menafsirnya dgn pemikiran yg positif. Oleh sebab itulah, apabila seseorang menyatakan kepadanya bahawa dia dilihat sebagai seorang yg berjiwa besar dan mempunyai masa depan yg amat cerah, dia akan mengejar apa yg dikatakan itu kerana dia positif dan yakin bahawa dia boleh melakukannya.


10. Selalu mendengar dan membaca kata-kata motivasi
Adakalanya motivasi yg ada dalam diri kita mudah jatuh kerana ia juga ada naik surutnya. Oleh itu, jangan biarkan diri terus hanyut apabila merasakan diri tidak berkeyakinan dan sebagainya. Bacalah buku-buku motivasi dan dengarlah kata-kata yg membangkitkan semangat dalam diri. Berbicara dengan diri sendiri juga mampu untuk menaikkan semangat, antaranya mungkin dengan menulis surat kepada diri sendiri di dalam diari ataupun jurnal agar semangat yg luntur kembali pulih.


Sama-samalah kita membina dan mengukuhkan lagi keyakinan diri yang ada dalam diri agar diri kita hari ini jauh lebih baik dari hari sebelumnya, insya-Allah.


Credited to : Aisha Ardini


Sunday, March 04, 2012

Panduan Diri


Rasulullah SAW bersabda, maksudnya:
"Pandanglah olehmu orang yang lebih rendah darimu, dan janganlah kamu memandang orang yang di atasmu. Maka cara tersebut lebih sesuai kerana kamu tidak merasa hina (kekurangan) terhadap nikmat Allah SWT atas dirimu."
(Hadis Riwayat Imam Tirmidzi dari Abu Hurairah)


Rasulullah SAW bersabda, maksudnya:
"Celakalah orang yang berbicara lalu mengarang cerita dusta agar orang lain tertawa. Celakalah!"
(Hadis Riwayat Abu Daud)


Rasulullah SAW bersabda, maksudnya:
"Lelaki yang kuat itu bukanlah seorang penggusti yang kuat tetapi orang yang mampu mengawal dirinya ketika dia sedang marah."
(Hadis Riwayat Bukhari & Muslim)


Rasulullah SAW bersabda, maksudnya:
"Aku tidak pernah sekali-kali melihat Rasulullah SAW mencela makanan. Sesungguhnya apabila baginda menyukainya, maka baginda memakannya, dan apabila baginda tidak menyukainya, maka baginda akan diam."
(Hadis Riwayat Muslim dari Abu Hurairah)



Jaga kelakuan.
Jaga akhlak.
Jaga iman.
Jaga semuanya.
Di mana sahaja kita berada.
Kerana kita adalah duta ISLAM.


Saturday, March 03, 2012

..Biar Lukisan Berbicara..


-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Friday, March 02, 2012

Gadis Idaman Lelaki

MISI KAMU SEBAGAI SEORANG PEREMPUAN, BUKANLAH SEKADAR MEMENANGI HATI SI DIA TETAPI KAMU HARUSLAH PANDAI MENGAMBIL HATI TEMAN-TEMANNYA JUGA. PADA SAAT BEGINILAH KAMU SEBENARNYA DAPAT MEMILIKI HATINYA SECARA MENYELURUH. OLEH ITU KAMU HARUS...


1. Menjadi lebih fleksibel.
Kebanyakan para lelaki bebas daripada drama (seperti yang berlaku pada sekelompok perempuan) kerana lelaki lebih spontan dan tidak terlalu mengambil sesuatu benda kecil sebagai perkara serius. Lelaki cukup selari melakukan sesuatu secara rawak. Sebagai contoh, jika mereka sudah sepakat untuk mengadakan satu-satu aktiviti adalah tidak mustahil sekiranya perancangan tersebut dibatalkan pada saat-saat terakhir. Perhubungan sepatutnya menjadi perkara yang menyeronokkan dan bukannya sesuatu yang perlu dirancang sehari ke sehari. Kamu haruslah menyerap segala yang mungkin dan menjadi lebih fleksibel!


2. Tahu bergurau.
Seseorang gadis yang terlalu serius semestinya akan terus dijauhi para lelaki. Apa salahnya sekali sekala kamu menunjukkan sifat kamu yang berlainan seperti berjenaka atau bergurau? Lelaki cukup tertarik pada gadis yang mempunyai sense of humor yang tinggi, pandai berseloroh serta tidak mengambil sesuatu gurauan itu sebagai sesuatu yang serius. Lelaki menyukai ideologi di mana dia merasakan sifat seseorang perempuan itu adalah sama seperti dirinya juga. Pada dasarnya, jika kamu mempunyai personaliti yang menarik tentunya kamu akan disenangi oleh banyak pihak.


3. Menjadi lebih aktif.
Lelaki mana yang tidak suka pada cabaran dan tidak gemarkan sukan? Senang cerita lelaki sentiasa mahu kekal aktif dengan melakukan pelbagai jenis aktiviti. Apa salahnya sesuatu aktiviti yang baharu ditambah pada rutin temu janji biasa kamu? Contohnya menonton wayang, makan dan kemudiannya bermain go-kart. Pendek kata, jika lelaki menjumpai gadis yang gemar bermain futsal, tentunya mereka akan rasa teruja!


4. Tunjukkan yang kamu prihatin.
Jarang sekali lelaki akan berkongsi masalah diri atau peribadi pada orang lain. Jika mereka menjumpai seseorang yang boleh dikongsi perasaan bersama, nescaya akan melekatlah dia kepada gadis tersebut. Perkara-perkara yang mungkin dianggap remeh seperti mendengar masalah, menghantar pesanan rindu dan ucapan selamat malam sebenarnya turut dihargai oleh sang jejaka. Perkara-perkara sebegini membuatkan diri mereka lebih dihargai tanpa merasakan terlalu dikawal atau si kekasih seorang yang mengada-ngada.


5. Romantik dan manja mengikut keadaan.
Dalam sesetengah keadaan, romantik dan manja adalah berlainan caranya. Jika kamu dan si dia bersama rakan-rakan, cara romantik yang perlu dilakukan cukuplah sekadar duduk di sampingnya, memberi perhatian dan tidak berada dalam dunia sendiri sekiranya tidak faham perkara yang dibualkan serta sentiasa senyum. Jika berduaan, lain pula caranya. Mungkin sentiasa berpegangan tangan, memberi senyuman paling manis untuknya dan menggunakan bahasa yang lembut memadai membuatkan si dia cair denganmu.


Thursday, March 01, 2012

Katakan Tidak Pada Merajuk

Merajuk? Ahh.. Sudahlah!

Adat dalam perhubungan berbaik, bergaduh dan kemudian bermesra semula. Siapa yang inginkan pergaduhan berpanjangan namun kebiasaannya, berlaku sebaliknya. Perdamaian bersifat sementara, esok lusa bertengkar lagi. Samada sedang bercinta mahupun sudah mendirikan rumah tangga, pergaduhan sukar dielakkan kerana mungkin pasangan tidak mengetahui teknik tepat untuk berdamai.

Panduan berikut mungkin boleh dimanfaatkan supaya mengelak daripada pergaduhan berterusan. Antaranya:


1. Jangan merajuk.
Sejak masih kanak-kanak, perempuan pandai menggunakan strategi merajuk untuk mendapat apa yang mereka inginkan. Ramai juga isteri menggunakan strategi merajuk untuk menang dan memaksa suami mengalah.

Merajuk tidak menyelesaikan masalah, malah ia boleh memburukkan lagi masalah sedia ada. Walaupun dengan cara merajuk, isteri boleh mendorong suami mengalah, strategi itu tidak membawa kedamaian yang kekal.

Malah, perbuatan merajuk sangat membahayakan kerana ia akan menyusahkan usaha untuk berdamai semula. Semakin kuat dan semakin lama rajuk seseorang isteri, semakin susah apabila mereka hendak berdamai. Oleh itu, apabila si dia merajuk lagi, helah itu mungkin memakan diri sendiri kerana tidak ada lelaki yang suka dilayan sebegitu oleh isterinya sendiri berkali-kali.


2. Jangan menghukum.
Pergaduhan, pertengkaran dan konflik antara suami isteri meninggalkan kesan buruk kepada hati dan perasaan kedua-dua pihak. Masing-masing cenderung mahu menghukum satu sama lain kerana hendak memuaskan hati yang sakit atas kata-kata berbisa dan perbuatan salah pihak satu lagi.

Lelaki dan wanita mempunyai cara sendiri apabila menghukum pasangan. Lelaki lazimnya cenderung 'menarik diri' dan tidak mahu lagi bercakap dengan isteri, melainkan terpaksa. Wanita pula cenderung untuk merajuk, menekan, menarik muka masam, menyindir, tidak mahu senyum dan tidak mahu melayan suami. Namun, hukuman tidak mungkin menyelesaikan sebarang masalah.


3. Jangan berdusta.
Jika pasangan menunjukkan sikap mahu berdamai dan anda sendiri mahu berdamai, jangan berdusta. Jangan pura-pura tarik harga atau jual mahal. Jangan pura-pura tidak sudi. Jangan pura-pura benci. Perbuatan seperti itu ada risikonya.

Dia mungkin menyangka anda betul-betul tidak sudi dan tidak mahu berdamai. Akibatnya, dia terdorong untuk melupakan usaha berdamai.


4. Jangan mencari salah.
Jika mahu berdamai, hentikan tabiat suka mencari salah orang. Ia termasuk perbuatan berleter, menegur, mengkritik dan menasihati pihak satu lagi.

Mencari salah tidak mungkin membawa penyelesaian. Kajian mendapati, wanita cenderung menuduh suami mereka bersalah apabila berlaku masalah dalam hubungan perkahwinan.


5. Hentikan bahasa negatif.
Dua jenis bahasa negatif yang biasa digunakan apabila bergaduh ialah bahasa tuduhan dan bahasa celaan. Jika mahu berdamai, hentikan bahasa itu termasuk sindiran dan penghinaan.

Untuk tujuan berdamai, tukar bahasa negatif kepada bahasa positif. Jenis bahasa positif yang sangat baik kesannya kepada hubungan cinta suami isteri ialah bahasa pengiktirafan, penghargaan, pujian dan sanjungan.


6. Berbicara mengenai hari ini dan esok.
Setelah berdamai, jangan bercakap melainkan mengenai hari ini dan hari esok. Jangan pandang ke belakang melainkan untuk tidak mengulangi lagi kesilapan kita sendiri pada masa lalu. Jangan sekali-kali mengungkit perkara yang menyebabkan konflik.


7. Senyum semula.
Menerusi pelbagai kajian, antara perkara yang banyak disebut lelaki mengenai bekas isteri mereka ialah isteri mereka tidak senyum. Jadi, senyumlah walaupun susah kerana senyuman ialah cara yang mujarab untuk berdamai semula.


8. Mulakan berdamai.
Selepas konflik yang berlaku itu berlarutan, kedua-duanya mungkin mahu berdamai, tetapi takut risiko untuk memulakannya. Jika benar inginkan perdamaian, ambil langkah untuk berdamai. Jangan tunggu sampai pihak satu lagi yang memulakannya.


Credited to : cicinta