<---pLaYaR.-.iDuP--->

<---pLaYaR.-.iDuP--->

Wednesday, February 29, 2012

10 Tips Bantu Pasangan Capai Potensi Diri

Salah satu tanggungjawab besar kita sebagai insan di dunia ialah mencapai potensi diri dan membantu orang lain mencapai perkara yang sama agar kehidupan kita akan terus berada pada tahap terbaik.

Tidak kira sama ada kita bergelar ibu bapa, kekasih, rakan atau pemimpin, menjadi tanggungjawab kita untuk membantu insan lain mencapai potensi terbaik hidupnya.

Dengan segala-gala yang kita kata dan lakukan, kita sebenarnya memberi pengaruh sama ada secara positif atau negatif terhadap orang yang kita sayangi.

Berikut ialah 10 cara bagi membantu orang yang kita sayangi melihat dan menyedari apa yang terbaik dalam diri mereka.


1. Percaya kepada mereka.
Sebagai manusia kita memang sentiasa mempunyai sifat keraguan dari masa ke semasa. Keyakinan kita mudah goyah. Sering kali kita kurang keyakinan dan kepercayaan pada bakat dan kebolehan kita sendiri untuk melakukan sesuatu yang besar.

Mempunyai seseorang yang percaya pada kita pada saat tersebut merupakan sesuatu yang cukup berharga. Sebenarnya di sebalik kejayaan besar seseorang tidak kira wanita atau lelaki adalah insan lain yang percaya pada dirinya.


2. Memberi galakan.
"Anda boleh buat...", " Saya tahu anda boleh...", ini adalah antara kata-kata yang terlalu kerap diucapkan. Galakan yang ikhlas boleh membantu seseorang untuk terus maju dalam apa juga yang dilakukan. Jika lebih spesifik galakan itu, akan lebih baiklah hasilnya. Sebagai contoh: "Saya ingat lagi hasil kerja keras tahun lepas, anda berjaya mengalahkan jualan orang lain. Saya yakin kali ini anda boleh melakukan lebih baik."


3. Memberi pengharapan tinggi.
Kita selalu memberitahu orang lain agar jangan cepat mengalah. Kita galakkan mereka mempunyai harapan yang realistik. Tetapi apabila tentang membantu orang lain mencapai potensi terbaik mereka, kita kadang kala perlu meningkatkan lagi tahap harapan kita.

Ada ketikanya kita seolah tidak boleh melakukan perkara tertentu, tetapi apabila guru, ibu bapa atau kekasih terus memberi harapan tinggi kita akan lebih berusaha memenuhi cabaran tersebut.


4. Beritahu yang sebenar.
Dan beritahu dengan penuh tulus ikhlas. Kita kerap mengelak daripada memberitahu yang sebenar kerana kita tidak mahu mengecewakan atau membuat orang mara. Kita mahu dilihat baik. Tetapi memberitahu yang sebenar merupakan satu tindakan yang menunjukkan sebenarnya kita sayang padanya. Anda boleh berterus-terang dengannya tanpa perlu mengasaknya.


5. Jadi role model.
Salah satu cara paling baik untuk mempengaruhi orang lain ialah melalui tindak-tanduk kita. Jangan fikir orang lain tidak memerhatikan anda. Mereka memerhati segala-galanya secara sedar atau tidak sedar. Kita secara automatik dan tanpa disedari menjadikan diri kita sebagai role model. Oleh itu jadilah role model yang baik.


6. Berkongsi dengan orang lain.
Terlalu kerap kita hilang nilai-nilai berkongsi perasaan dengan orang lain. Kita tidak mahu kelihatan lemah jadi kita simpan semuanya. Dengan berbuat demikian sebenarnya kita menyekat orang lain untuk berkongsi pengalaman, pengetahuan dan sifat-sifat kemanusiaan yang kita miliki.

Apabila kita berkongsi pengalaman kita - terutama kegagalan - anda meningkatkan nilai-nilai empati, lebih mudah didekati dan meningkatkan perkaitan dengan orang lain.


7. Cabar mereka.
Perkataan 'cabar' mempunyai konotasi negatif. Maksud yang ingin kita sampaikan di sini ialah, menguji keupayaan dalam situasi yang mendesak. Dari semasa ke semasa kita perlu mencabar diri sendiri.


8. Bertanya soalan yang baik.
Terapi atau jurulatih yang baik tidak memberitahu pelanggan mereka yang perlu dibuat. Sebaliknya mereka bertanya soalan-soalan yang baik bagi membolehkan mereka memahami diri mereka dengan lebih baik sekali gus dapat melihat sesuatu itu dengan lebih jelas atau membuat pilihan yang baik.

Anda juga boleh buat perkara sama. Dengan memberi soalan yang baik, anda akan mendorong orang itu berfikir dan menghasilkan penyelesaian yang baik. Mereka akan menghargai anda.


9. Menghargai mereka.
Anda akan temui perkara yang anda cari. Jika anda mencari perkara yang terbaik dalam diri seseorang itu, maka anda akan melihatnya. Begitu juga sebaliknya jika anda mencari kelemahan pada orang itu maka anda akan temui kelemahan.

Jika seseorang itu melakukan perkara yang betul, akui dan hargai tindakan mereka. Apabila kita mengakui kebaikan orang, mereka akan cenderung untuk melakukan lebih banyak kebaikan. Caranya tulislah nota atau hantar kad, atau hubungi dia dan puji dia di depan orang lain.


10. Habiskan masa dengannya.
Dengan memberikan masa anda yang cukup berharga kepada individu lain, anda sebenarnya menunjukkan kepada dia bahawa anda benar-benar menghargai hubungan dengannya.


Tuesday, February 28, 2012

7 Cara Untuk Gembira & Ceria

Bagaimana hendak menikmati keseronokan dalam hidup? Agar sentiasa ceria dan dikagumi? Bukan semua orang sentiasa 'happy go lucky' atau melalui hari-harinya dengan penuh bermakna.

Problem, tension dan keliru, adakalanya menjadi penyebab golongan remaja menjadi semakin 'nakal' dan cuba membuat sesuatu luar dari batas jangkaan. Pada peringkat usia begini, mereka suka 'memberontak' demi mencari perhatian. Dan ada yagn lebih nekad, melepaskan tekanan dan mencari kebebasan cara tersendiri. Pasti kamu semua faham apa yang saya maksudkan, kan?

Bagi mencari keceriaan dalam hidup, saya rangkumkan 7 (tujuh) peraturan asas untuk kamu amalkan. Sesuatu yang ringkas dan sedarhana tapi insya-Allah berkesan...


1. Jangan ada benci.
Tak kiralah sama ada pada keluarga, kawan-kawan, bos mahupun guru dan pensyarah. Perasan benci itu akan merosakkan niat dan keikhlasan kamu. Benci itu ibarat 'api dalam sekam' yang akan membangkitkan dendam dan seterusanya satu pergaduhan akan wujud.


2. Jangan bimbang.
Kebimbangan tanpa sebab akan membuatkan kamu sentiasa berada dalam keadaan serba salah, cemas dan tidak tenteram. Buang perasaan demikian.. Don't worry be happy!


3. Hidup secara sederhana.
Ini adalah tuntutan agama kita. Kesederhanaan adalah kunci kesempurnaan. Biarpun hidup kamu tidak kaya, tidak mewah, tidak sempurna dan tidak popular tetapi sekurang-kurangnnya kamu mempunyai ketenangan di hati. Itu adalah yang paling penting. Jadi, pilihlah hidup serba sederhana dan bersyukur kerana masih lagi ramai yang menderita dan sengsara di serata dunia.


4. Jangan terlalu mengharap.
Kadang-kadang pengharapan itu akan mengecewakan kamu. Belajarlah menerima kenyataan, biarpun kecil tapi bermakna dan jangan terlau mengharap yang besar dan terbaik yang tak mungkin akan menjadi miliki kamu.


5. Banyakkan memberi.
Ini adalah terapi untuk membersihkan minda dan diri. Kepuasan orang yang memberi lebih bermakna daripada yang menerima. Ini termasuklah bersedekah, membantu yang memerlukan dan berjihad ke jalan Allah.


6. Sentiasa tersenyum.
Orang yang mudah menghadiahkan senyuman bererti mempunyai jiwa yang damai, niat yang baik dan jujur. Itu adalah kualiti bagi si penderma senyuman. Senyuman itu adalah sedekah menurut kata pujangga. Dan dengan menarik otot kiri dan kanan bibir akan membuatkan wajah anda nampak lebih cantik, menarik dan menceriakan suasana. Maka lengkapkan penampilan anda dengan senyuman.


7. Perlu ada kawan rapat seperti saya.
Ooops maksudnya, bukan saya tapi REMAJA! Setiap orang memerlukan individu lain untuk saling berteman, saling memahami, saling menghormati, saling menasihati, dan saling bersifat terbuka serta positif. Kawan bukan lawan.. Pilihlah kawan yang boleh berkongsi kesedihan ketika kamu berduka, memapah tanganmu ketika kamu terjatuh, bercakap benar walaupun dia tahu hati kamu terluka dan marah. Selalu mengirimkan sms bertanya khabar dan menghabiskan hujung minggu bersama-sama. Itulah yang diperlukan oleh semua orang, insan yang dikategorikan sebagai 'good friend'.


Petikan Dari Majalah Remaja 2009


Monday, February 27, 2012

10 "K" Dalam Persahabatan

Beberapa tips untuk pembaca membina persahabatan yang murni.

1. KECINTAAN merupakan elemen yang paling penting dalam sesebuah persahabatan. Ikatan persahabatan akan mudah rapuh jika tiada kecintaan antara dua insan yang disandarkan kepada pemilik cinta itu sendiri iaitu Allah SWT. Oleh itu, kita perlu meluahkan rasa cinta terhadap sahabat dengan mengungkap, 'ana uhibbuka/uhibbuki fillah' (bagi sahabat yang sama jantina) agar mereka tahu betapa cintanya kita terhadap mereka, kerana Allah.


2. KASIH SAYANG lebih kurang sama sahaja maksudnya dengan kecintaan. Namun, setelah kita mencintai sahabat, kita perlu curahkan segala kasih sayang kita terhadap mereka. Tetapi, kadangkala kasih sayang tidak perlu dipamerkan secara luaran. Cukuplah sekadar kita mendoakan untuk sahabat-sahabat kita. Insya-Allah, itu sudah cukup membuktikan betapa sayangnya kita terhadap mereka.


3. KEIKHLASAN dapat menjamin sesebuah persahabatan mendapat keberkatan dan rahmat daripada Ilahi. Tidak ikhlas ketika bersahabat dengan seseorang akan mengundang permusuhan antara sahabat. Bersahabatlah dengan seseorang kerana keluhuran hati budinya, bukan kerana rupa, pangkat atau harta yang dimilikinya.


4. KESETIAAN terhadap seseorang sahabat mampu memanjangkan tali persahabatan walaupun jarang bertemu. Apabila kita setia terhadap sahabat, kita akan diingati sehingga akhir hayat mereka. Ini kerana tidak kira susah atau senang, kita setia berada di sisinya memberi sokongan.


5. KEBERANIAN dalam berkata benar. Dalam persahabatan, kita hendaklah berani apabila ingin mengatakan sesuatu. Lebih-lebih lagi, jika kita telah melakukan sesuatu yang menyakiti hatinya. Kita kena berani mengaku padanya atas kesilapan yang dilakukan. Selain itu, kita juga kena berani menasihati sahabat kita. Ini kerana sebagai sahabat, kita mesti mahukan yang terbaik untuk mereka bukan?


6. KEJUJURAN juga perlu dalam persahabatan. Jangan sesekali menipu atau sembunyikan apa-apa daripada pengetahuan sahabat kita. Mereka juga perlu tahu apa yang kita lalui dalam kehidupan kita. Jangan berahsia, melainkan pada perkara yang benar-benar perlu dirahsiakan.


7. KEMAAFAN. Sekiranya sahabat kita pernah melakukan kesilapan, bersedialah untuk memaafkannya, tidak kira sebesar manapun kesalahan mereka terhadap kita. Ini kerana sahabat yang baik adalah sahabat yang bersedia untuk memaafkan sahabatnya. Begitu juga sebaliknya.


8. KESEDIHAN. Apabila kita sedar bahawa sahabat kita sedang bersedih, maka ikutlah sedih bersama-sama dengan mereka. Tawarkanlah bahu kita untuk dijadikan tadahan air mata mereka. Mungkin ketika itu, tiada siapa yang akan mereka cari, selain kita sahabat mereka.


9. KEGEMBIRAAN. Jika kita gembira, maka berkongsilah kegembiraan itu bersama sahabat-sahabat tercinta. Tidak mahukah kita bergelak-tawa dengan mereka? Tidak mahukah kita melihat ukiran senyuman indah pada raut wajah mereka? Kegembiraan kita, bermakna kegembiraan mereka juga.


10. KESERASIAN di sini bukanlah bermaksud, 'kau cantik, aku mesti cantik,' atau 'kau kaya, aku pun kena kaya'. Tidak sama sekali. Sememangnya manusia dijadikan oleh Allah berbeza-beza. Namun, dalam persahabatan, keserasian dapat diwujudkan apabila terbinanya persefahaman dia antara dua pihak.


Sumber: Kosmo!


Sunday, February 26, 2012

10 Sikap Positif Bina Kerjaya

Mengapa sebahagian individu mudah mencapai kedudukan teratas di organisasi, sementara sebahagian lagi sukar untuk mendapatkan promosi? Apakah kecerdasan, bakat dan kekuasaan individu - individu ini menjadi faktornya? Tidak juga kerana sikap seseorang individu itu lebih berperanan. Ikuti 10 sikap positif dan yakinlah bahawa karier anda akan berjaya.


1. Lakukan Yang Terbaik
Apa pun pekerjaan harus dilakukan dengan baik. Anda tidak akan tahu waktu anda diperhatikan atau dinilai oleh atasan. Apabila anda terbiasa melakukan pekerjaan dengan baik dan benar, maka anda tidak akan sukar untuk menerima tanggungjawab yang lebih besar. Jangan lupa, apa pun yang anda lakukan, pasti diperhatikan oleh atasan.


2. Jangan Berhenti Mencari Peluang
Profesional yang sukses sering mencari kesempatan untuk terus maju dan berkembang. Pasang mata, buka telinga dan tanamkan wawasan untuk berhadapan kesempatan baru. Anda tidak pernah tahu bila akan mendapatkan sesuatu yang dapat mengubah karier anda menjadi lebih cemerlang.


3. Jangan Menunggu
Apabila anda menghabiskan waktu hanya untuk menunggu berlakunya keajaiban, maka anda akan menunggu dalam tempoh yang lama, malah barangkali sia-sia. Seseorang yang sukses, sering melakukan sesuatu secara baik dan tepat untuk mewujudkan keinginannya. Sebaiknya anda bergerak dan melakukan sesuatu; mencari cara yang tepat dan jangan hanya menunggu. Anda pasti menemui hasilnya dan berhak untuk menggapai impian.


4. Fikirkan Boleh
Apa sahaja boleh berlaku. Anda mungkin tidak pernah bermimpikan untuk menjadi seorang pengarah. Jika demikian, maka anda memang tidak akan pernah memegang jawatan tersebut. Ingat, jika anda berfikir tidak boleh, maka anda tidak akan pernah boleh. Namun bila anda berfikir boleh melakukan, pasti anda boleh.


5. Kegagalan Merupakan Kunci Kejayaan
Setiap orang pasti pernah mengalami kegagalan dari semasa ke semasa. Perbezaan antara individu yang sukses dan mereka yang gagal adalah bagaimana mereka menghadapi kegagalan yang dialami. Individu yang sukses selalu belajar daripada kesalahan yang mereka lakukan dan tetap maju.


6. Tonjolkan Kemampuan
Apakah anda menunggu sampai seseorang itu melihat bakat dan kemampuan anda? Mungkin sudah tiba waktunya untuk memperlihatkan kemampuan anda kepada majikan. Profesional yang berjaya tahu cara memperlihatkan keberhasilan mereka tanpa perasaan sombong.


7. Memiliki Jaringan Yang Kuat
Individu yang sukses memahami dengan baiknya kepentingan jaringan, baik di dalam mahupun di luar pejabat. Anda perlu bersikap proaktif untuk mengembang hubungan profesional. Ajak dan undang rakan sekerja untuk menikmati makan tengah hari di luar. Sesekali, pergilah ke kafe selepas tamat waktu kerja. Bergabunglah dengan pertubuhan profesional. Kembangkan jaringan profesional demi masa depan anda.


8. Tidak Terikat Pada Latar Belakang Pendidikan
Apabila anda merasakan bahawa pekerjaan yang anda lakukan tidak sesuai dengan latar belakang pendidikan, maka anda akan mempamerkan prestasi yang buruk. Mungkin pekerjaan yang anda lakukan tidak sesuai bagi anda tetapi seorang yang berjaya tetap melakukan tugas yang diamanahkan dengan baik.


9. Menganggap Setiap Orang Penting - Apabila anda ingin bersikap agresif, anda perlu bersikap baik dengan rakan sekerja dan orang yang berada di sekeliling. Anda keliru jika menganggap tidak perlu menjalin hubungan baik dengan setiausaha atasan. Bersikap sopan dan ramah terhadap orang sekeliling anda. Ia mungkin menjamin masa hadapan anda kelak.


10. Menganggap Setiap Orang Penting
Anda bertanggungjawab atas nasib anda, maka sudah menjadi kewajipan untuk terus mencari jalan dalam memperbaiki profesionalisme anda. Bersikap sukarela dalam melakukan tugasan tambahan, berminat untuk mempelajari sesuatu yang baru dan bersedia pulang lewat untuk membantu sesama rakan sekerja. Pekerja yang sukses tidak hanya bekerja pada waktu kerja tetapi juga bersedia pada sebarang masa.


Oleh NOR AMIZA ABD KADIR


Saturday, February 25, 2012

<---Soalan Pelik Jawapan Cerdik--->


Seorang guru, Cikgu Murni (Umur : 22) menghadapi masalah dengan salah seorang muridnya, Abu. Lalu guru ini bertanya kepada murid tersebut :
"Apa sebenarnya masalah awak, Abu?"

Lalu Abu menjawab,
"Saya terlalu cerdik untuk berada di darjah 4, kakak saya menduduki UPSR dan saya lebih cerdik dari dia, maka saya seharusnya berada di tempat yang sama juga!"

Cikgu Murni dah tak tertahan. Dia membawa Abu ke pejabat pengetua. Sementara Abu menunggu di ruang tamu, Cikgu Murni menerangkan keadaan tersebut kepada pengetua di dlam bilik pengetua. Pengetua mengatakan yang dia akan memberikan ujian kepada Abu dan jika Abu gagal menjawab, maka Abu harus kekal di darjah 3 dan berkelakuan baik. Lalu Abu dibawa masuk ke pejabat Pengetua dan Cikgu Murni menerangkan syarat tersebut kepada Abu dan Abu bersetuju untuk mengambil ujian yang akan diberikan.

Pengetua: Apa 3 x 3?
Abu: 9

Pengetua: Apa 6 x 6?
Abu: 36

Pengetua terus bertanyakan soalan2 berdasarkan tahap pencapaian murid2 UPSR dan Abu mampu menjawab setiap soalan yang diberikan. Lalu pengetua memandang Cikgu Murni dan berkata,
"Saya rasa murid ini sepatutnya berada di darjah 6."

Lalu Cikgu Murni berkata pada pengetua,
"Saya ada soalan saya sendiri, boleh tak saya ajukan kepada Abu?"

Pengetua dan Abu bersetuju.

Cikgu Murni: Apa yang lembu ada 4 di badan, tapi saya cuma ada dua?
Abu: (berfikir) Kaki

Cikgu Murni: Apa yang ada di dalam seluar kamu tapi tidak pada seluar saya?
Abu: Saku

Cikgu Murni: Apa yang bermula dengan huruf "K" akhir dengan "A", ianya berbulu, berbentuk oval, nyaman dan mengandungi lapisan nipis keputihan?
Abu: Kelapa

Cikgu Murni: Apakah yang masuk keras dan berwarna "pink", bila keluar lembik dan melekit?
Mata Pengetua terbuka luas dan sebelum sempat dia menahan, si Abu terus menjawab.
Abu: Gula-gula getah (Bubblegum)

Cikgu Murni: Apa yang mereka lakukan, lelaki secara berdiri, wanita secara duduk dan anjing secara tiga kaki?
Mata Pengetua sekali lagi terbuka sangat2 luas dan sebelum dia sempat menahan, si Abu terus menjawab.
Abu: Bersalaman

Cikgu Murni: Baik, sekarang saya akan ajukan soalan berbentuk siapakah saya, okay?
Abu: Baik Cikgu

Cikgu Murni: Awak memasukkan batang ke dalam saya. Awak ikat saya untuk saya berdiri. Saya kebasahan sebelum awak.
Pengetua kelihatan resah dengan soalan yang diajukan oleh Cikgu Murni.
Abu: Khemah

Cikgu Murni: Jari memasuki saya. Awak menggesel-gesel saya bila awak teringatkan saya. Lelaki idaman akan mendapat saya dahulu.
Pengetua semakin resah dan tidak selesa. Lantas terus meneguk segelas Nescafe 3 in 1.
Abu: Cincin perkahwinan

Cikgu Murni: Saya ada bermacam-macam saiz. Bila saya sakit saya akan meleleh. Bila saya keluar, banyak tisu yang akan digunakan. Bila awak hembuskan saya, akan berasa lega.
Sekali lagi pengetua berasa amat resah dengan soalan yang diajukan oleh Cikgu Murni dan ingin membantah, tapi si Abu mendahuluinya.
Abu: Hidung

Cikgu Murni: Saya batang yang keras. Hujungnya tajam. Saya akan datang dan masuk dengan lajunya.
Abu: Anak panah

Cikgu Murni: Sekarang saya akan ajukan soalan dalam Bahasa Inggeris, okay?
Abu: Okay

Cikgu Murni: What word starts with a 'F' and end in 'K' that means lot of heat and excitement?
Abu: Firetruck

Cikgu Murni: What word starts with a 'F' and ends in 'K' & if you dont get it you have to use your hand.
Abu: Fork

Cikgu Murni: What is it that all man have one of. It's longer on some man than on others, the pope does not use this, and a man gives it to his wife after they are married?
Abu: Surname

Cikgu Murni: What part of the man has no bones but has muscles, lots of veins and loves pumping?
Abu: Heart

Pengetua menghembuskan nafas kelegaan bila mendengar jawapan2 yang diberikan oleh Abu, lantas berkata,
"Baik hantar murid ini ke Universiti Kebangsaan Malaysia; jawapan yang saya fikirkan semuanya salah."

P/s: Jika jawapan anda semua salah, anda adalah sama spesies dengan pengetua.


Friday, February 24, 2012

***IBU vs PASANGAN***

Orang kata aku lahir dari perut mak! Bukan Org kata, memang betul pun!

Bila dahaga, yang susukan aku.. Mak.
Bila lapar, yang suapkan aku.. Mak.
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. Mak.

Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut.. Mak.
Bila bangun tidur, aku cari.. Mak.
Bila nangis, orang pertama yang datang.. Mak.

Bila nak bermanja, aku dekati.. Mak.
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah.. Mak.
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya.. Mak.

Bila nakal, yang memarahi aku.. Mak.
Bila merajuk, yang memujukku cuma.. Mak.
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah.. Mak.

Bila takut, yang tenangkan aku.. Mak.
Bila nak peluk, yang aku suka peluk.. Mak.
Aku selalu teringatkan.. Mak.

Bila sedih, aku mesti telefon.. Mak.
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu.. Mak.
Bila bengang, aku suka luah pada.. Mak.

Bila takut, aku selalu panggil.. "Mmaaakkkk !"
Bila sakit, orang paling risau adalah.. Mak.
Bila nak exam, orang paling sibuk juga.. Mak.

Bila buat hal, yang marah aku dulu.. Mak.
Bila ada masalah, yang paling risau.. Mak.

Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. Mak.
Yang selalu masak makanan kegemaranku.. Mak.

Kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk.. Mak.
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku.. Mak.
Yang selalu berleter kat aku.. Mak.

Yang selalu puji aku.. Mak.
Yang selalu nasihat aku.. Mak.

Bila nak kahwin , orang pertama aku tunjuk dan rujuk.. Mak.


Aku ada pasangan hidup sendiri .

Bila seronok, aku cari.. Pasanganku.
Bila sedih, aku cari.. Mak.

Bila berjaya, aku ceritakan pada.. Pasanganku.
Bila gagal, aku ceritakan pada.. Mak.

Bila bahagia, aku peluk erat.. Pasanganku.
Bila berduka, aku peluk erat.. Emak.

Bila nak bercuti, aku bawa.. Pasanganku.
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah.. Mak.

Bila sambut valentine, aku bagi hadiah pada.. Pasanganku!
Bila sambut hari ibu, aku cuma dapat ucapkan.. "Selamat Hari Ibu!"

Selalu.. Aku ingat pasanganku!
Selalu.. Mak ingat kat aku!

Bila-bila.. Aku akan telefon pasanganku!
Entah bila.. Aku nak telefon mak!

Selalu.. Aku belikan hadiah untuk pasanganku!
Entah bila.. Aku nak belikan hadiah untuk emak!



Renungkan :

"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja, bolehkah kau kirim wang untuk mak?"
"Mak bukan nak banyak, lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah."
Berderai air mata jika kita mendengarnya .


Tapi kalau mak sudah tiada .

"MAKKKKK ! RINDU MAK ! RINDU SANGAT ! "


Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya!
Berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya!
Berapa ramai yang sanggup menggantikan lampin ibunya!

Berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya!
Berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya!
Berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya!

Dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya!


Thursday, February 23, 2012

**Cerpen : Jubah Untuk Ibu**

"Apa nak jadi dengan kau ni Along? Bergaduh! Bergaduh! Bergaduh! Kenapa kau degil sangat ni? Tak boleh ke kau buat sesuatu yang baik, yang tak menyusahkan aku?", marah ibu.

Along hanya membungkam. Tidak menjawab sepatah apapun.

"Kau tu dah besar Along. Masuk kali ni dah dua kali kau ulang ambil SPM, tapi kau asyik buat hal di sekolah. Cuba la kau ikut macam Angah dengan Alang tu. Kenapa kau susah sangat nak dengar nasihat orang, hah?", leter ibu lagi.

Suaranya kali ini sedikit sebak bercampur marah. Along terus membatukan diri. Tiada sepatah kata pun yang keluar dari mulutnya. Seketika dia melihat si ibu berlalu pergi dan kembali semula dengan rotan di tangannya. Kali ini darah Along mula menderau. Dia berdoa dalam hati agar ibu tidak memukulnya lagi seperti selalu.

"Sekarang kau cakap, kenapa kau bergaduh tadi? Kenapa kau pukul anak pengetua tu? Cakap Along, cakap!" Jerkah ibu.

Along semakin berdebar-debar namun dia tidak dapat berkata-kata. Suaranya bagai tersekat di kerongkong. Malah, dia juga tidak tahu bagaimana hendak menceritakan hal sebenar. Si ibu semakin bengang.

"Jadi betul la kau yang mulakan pergaduhan ye!? Nanti kau, suka sangat cari penyakit, kan?Sekarang nah, rasakan!" Si ibu merotan Along berkali-kali dan berkali-kali jugaklah Along menjerit kesakitan.

"Sakit, bu… Sakit…. Maafkan Along bu, Along janji tak buat lagi…. Bu, jangan pukul, bu… Sakit, bu…" Along meraung meminta belas si ibu agar tidak merotannya lagi.

"Tau sakit ye, kau bergaduh kat sekolah tak rasa sakit?" Balas ibu lagi. Kali ini semakin kuat pukulan si ibu menyirat tubuh Along yang kurus itu.

"Bu… Ampunkan Along, bu… Bukan Along yang mulakan… Bukan Along…. Bu, sakit bu..!!", rayu Along dengan suara yang tersekat-sekat menahan pedih. Along memaut kaki si ibu. Berkali-kali dia memohon maaf daripada ibunya namun siratan rotan tetap mengenai tubuhnya. Along hanya mampu berdoa. Dia tidak berdaya lagi menahan tangisnya. Tangis bukan kerana sakitnya dirotan, tapi kerana memikirkan tidak jemukah si ibu merotannya setiap hari.

Setelah hatinya puas, si ibu mula berhenti merotan Along. Tangan Along yang masih memaut kakinya itu di tepis kasar. Along menatap mata ibu. Ada manik-manik kaca yang bersinar di kelopak mata si ibu. Along memandang dengan sayu. Hatinya sedih kerana telah membuatkan ibunya menangis lagi kerananya.

Malam itu, Along berjaga sepanjang malam. Entah mengapa matanya tidak dapat dilelapkan. Dia asyik teringatkan peristiwa dirotan ibu petang tadi. Begitulah yang berlaku apabila ibu marahkannya. Tapi kali ini marah ibu sangat memuncak. Mungkin kerana dia menumbuk anak pengetua sewaktu di sekolah tadi menyebabkan pengetua hilang sabar dan memanggil ibunya ke sekolah untuk membuat aduan kesekian kalinya. Sewaktu di bilik pengetua, Along sempat menjeling ibu di sebelah.

Namun, dia tidak diberi kesempatan untuk bersuara. Malah, semua kesalahan itu di dilemparkan kepadanya seorang. Si Malik, anak pengetua itu bebas seolah-olah sedikit pun tidak bersalah dalam hal ini. Along mengesat sisa-sisa air mata yang masih bertakung di kelopak matanya. Dia berlalu ke meja tulis mencapai minyak angin lalu disapukan pada bekas luka yang berbirat di tubuhnya dek rotanan ibu tadi. Perlahan-lahan dia menyapu ubat namun masih tetap terasa pedihnya.

Walaupun sudah biasa dirotan, namun tidak seteruk kali ini. Along merebahkan badannya. Dia cuba memejamkan mata namun masih tidak mahu lelap. Seketika wajah ibu menjelma diruang ingatannya. Wajah ibu suatu ketika dahulu sangat mendamaikan pada pandangan matanya. Tetapi, sejak dia gagal dalam SPM, kedamaian itu semakin pudar dan hanya kelihatan biasa dan kebencian di wajah tua itu.

Apa yang dibuat serba tidak kena pada mata ibu. Along sedar, dia telah mengecewakan hati ibu dahulu kerana mendapat keputusan yang corot dalam SPM. Tetapi Along tidak pernah ambil hati dengan sikap ibu walau adakalanya kata-kata orang tua itu menyakiti hatinya.

Along sayang pada ibu. Dialah satu-satunya ibu yang Along ada walaupun kasih ibu tidak semekar dahulu lagi. Along mahu meminta maaf. Dia tidak mahu menjadi anak derhaka. Fikirannya terlalu cacamarba, dan perasaannya pula semakin resah gelisah. Akhirnya, dalam kelelahan melayani perasaan, Along terlelap juga.

Seminggu selepas peristiwa itu, si ibu masih tidak mahu bercakap dengannya. Jika ditanya, hanya sepatah dijawab ibu. Itupun acuh tidak acuh sahaja. Pulang dari sekolah, Along terus menuju ke dapur. Dia mencangak mencari ibu kalau-kalau orang kesayangannya itu ada di situ. Along tersenyum memandang ibu yang terbongkok-bongkok mengambil sudu di bawah para dan kemudian mencacap makanan yang sedang dimasak itu. Dia nekad mahu menolong. Mudah-mudahan usahanya kali ini berjaya mengambil hati ibu.

Namun, belum sempat dia melangkah ke dapur, adik perempuannya yang baru pulang daripada mengaji terus meluru ke arah ibu. Along terperanjat dan cuba berselindung di sebalik pintu sambil memerhatikan mereka.

"Ibu…ibu masak apa ni? Banyaknya lauk, ibu nak buat kenduri ye!?" Tanya Ateh kehairanan. Dia tidak pernah melihat ibunya memasak makanan yang pelbagai jenis seperti itu. Semuanya enak-enak belaka. Si ibu yang lincah menghiris sayur hanya tersenyum melihat keletah anak bongsunya itu. Sementara Along di sebalik pintu terus memerhatikan mereka sambil memasang telinganya.

"Ibu, Ateh nak rasa ayam ni satu boleh?"

"Eh jangan, nanti dulu… Ibu tau Ateh lapar, tapi tunggulah Kak Ngah dengan Alang balik dulu. Nanti kita makan sekali. Pergi naik atas mandi dan tukar baju dulu ye!", si ibu bersuara lembut. Along menarik nafas panjang dan melepaskannya perlahan. "Anak-anak kesayangan ibu nak balik rupanya…" bisik hati kecil Along.

"Kak Ngah dengan Alang nak balik ke, ibu?", soalnya lagi masih belum berganjak dari dapur. Si ibu mengangguk sambil tersenyum. Di wajahnya jelas menampakkan kebahagiaan.

"Oooo patutlah ibu masak lauk banyak-banyak. Mmm.. Bu, tapi Ateh pelik la. Kenapa bila Along balik, ibu tak masak macam ni pun?". Along terkejut mendengar soalan Ateh. Namun dia ingin sekali tahu apa jawapan dari ibunya.

"Along kan hari-hari balik rumah? Kak Ngah dengan Alang lain, diorang kan duduk asrama, balik pun sebulan sekali ja!", terang si ibu.

"Tapi, ibu tak penah masak lauk macam ni dekat Along pun..", soal Ateh lagi. Dahinya sedikit berkerut dek kehairanan.

Along mula terasa sebak. Dia mengakui kebenaran kata-kata adiknya itu namun dia tidak mahu ada perasaan dendam atau marah walau secalit pun pada ibu yang sangat disayanginya.

"Dah la tu, pergi mandi cepat. Kejap lagi kita pergi ambil Kak Ngah dengan Alang dekat stesen bas", arah ibu.

Dia tidak mahu Ateh mengganggu kerja-kerjanya di dapur dengan menyoal yang bukan-bukan. Malah ibu juga tidak senang jika Ateh terus bercakap tentang Along. Pada ibu, Along anak yang derhaka yang selalu menyakiti hatinya. Apa yang dikata tidak pernah didengarnya. Selalu pula membuat hal di sekolah mahupun di rumah. Disebabkan itulah ibu semakin hilang perhatian pada Along dek kerana marah dan kecewanya.

Selepas ibu dan Ateh keluar, Along juga turut keluar. Dia menuju ke Pusat Bandar sambil jalan-jalan buat menghilangkan tekanannya. Tiba di satu kedai, kakinya tiba-tiba berhenti melangkah. Matanya terpaku pada sepasang jubah putih berbunga ungu yang di lengkapi dengan tudung bermanik.

"Cantiknya, kalau ibu pakai mesti lawa ni…." Dia bermonolog sendiri. Along melangkah masuk ke dalam kedai itu. Sedang dia membelek-belek jubah itu, bahunya tiba-tiba disentuh seseorang. Dia segera menoleh.

Rupa-rupanya itu Fariz, sahabatnya. "La…kau ke, apa kau buat kat sini?", tanya Along ingin tahu sambil bersalaman dengan Fariz. "Aku tolong jaga butik kakak aku. Kau pulak buat apa kat sini?", soalnya pula.

"Aku tak de buat apa-apa, cuma nak tengok-tengok baju ni. Aku ingat nak kasi mak aku!", jelas Along jujur. "Waa…bagus la kau ni Azam. Kalau kau nak beli aku bagi less 50%. Macammana?" Terlopong mulut Along mendengar tawaran Fariz itu..

"Betul ke ni Riz? Nanti marah kakak kau!", Along meminta kepastian. "Untuk kawan baik aku, kakak aku mesti bagi punya!", balas Fariz meyakinkannya. "Tapi aku kena beli minggu depan la.. Aku tak cukup duit sekarang ni." Cerita Along agak keseganan.

Fariz hanya menepuk mahunya sambil tersenyum. "Kau ambik dulu, lepas tu kau bayar sikit-sikit." Kata Fariz. Along hanya menggelengkan kepala tanda tidak setuju. Dia tidak mahu berhutang begitu. Jika ibunya tahu, mesti dia dimarahi silap-silap dipukul lagi. "Dekat kau ada berapa ringgit sekarang ni?", soal Fariz yang benar-benar ingin membantu sahabatnya itu.

Along menyeluk saku seluarnya dan mengeluarkan dompet berwarna hitam yang semakin lusuh itu. "Tak sampai sepuluh ringgit pun Riz. Tak pe lah, aku datang beli minggu depan. Kau jangan jual dulu baju ni tau!", pesan Along bersungguh-sungguh. Fariz hanya mengangguk senyum.

Hari semakin lewat. Jarum pendek sudah melangkaui nombor tujuh. Setelah tiba, kelihatan Angah dan Alang sudah berada di dalam rumah. Mereka sedang rancak berbual dengan ibu di ruang tamu. Dia menoleh ke arah mereka seketika kemudian menuju ke dapur. Perutnya terasa lapar sekali kerana sejak pulang dari sekolah petang tadi dia belum makan lagi.

Penutup makanan diselak. Syukur masih ada sisa lauk-pauk yang ibu masak tadi bersama sepinggan nasi di atas meja. Tanpa berlengah dia terus makan sambil ditemani Si Tomei, kucing kesayangan arwah ayahnya.

"Baru nak balik waktu ni? Buat hal apa lagi kat luar tu?", soalan ibu yang bernada sindir itu tiba-tiba membantutkannya daripada menghabiskan sisa makanan di dalam pinggan.

"Kenapa tak makan kat luar ja? Tau pulak, bila lapar nak balik rumah!", leter ibu lagi. Along hanya diam.. Dia terus berusaha mengukir senyum dan membuat muka selamber seperti tidak ada apa-apa yang berlaku. Tiba-tiba Angah dan Alang menghampirinya di meja makan. Mereka berdiri di sisi ibu yang masih memandang ke arahnya seperti tidak berpuas hati.

"Along ni teruk tau. Suka buat ibu susah hati. Kerana Along, ibu kena marah dengan pengetua tu." Marah Angah, adik perempuannya yang sedang belajar di MRSM. Along mendiamkan diri. Diikutkan hati, mahu saja dia menjawab kata-kata adiknya itu tetapi melihat kelibat ibu yang masih di situ, dia mengambil jalan untuk membisu sahaja.

"Along! Kalau tak suka belajar, berhenti je la. Buat je kerja lain yang berfaedah daripada menghabiskan duit ibu", sampuk Alang, adik lelakinya yang menuntut di sekolah berasrama penuh.

Kali ini kesabarannya benar-benar tercabar. Hatinya semakin terluka melihat sikap mereka semua. Dia tahu, pasti ibu mengadu pada mereka. Along mengangkat mukanya memandang wajah ibu. Wajah tua si ibu masam mencuka. Along tidak tahan lagi. Dia segera mencuci tangan dan meluru ke biliknya.

Perasaannya jadi kacau. Fikirannya bercelaru. Hatinya pula jadi tidak keruan memikirkan kata-kata mereka. Along sedar, kalau dia menjawab, pasti ibu akan semakin membencinya. Along nekad, esok pagi-pagi, dia akan tinggalkan rumah. Dia akan mencari kerja di Bandar. Kebetulan cuti sekolah selama seminggu bermula esok.

Seperti yang dinekadkan, pagi itu selesai solat subuh, Along terus bersiap-siap dengan membawa beg sekolah berisi pakaian, Along keluar daripada rumah tanpa ucapan selamat. Dia sekadar menyelitkan nota buat si ibu menyatakan bahawa dia mengikuti program sekolah berkhemah di hutan selama seminggu.

Niatnya sekadar mahu mencari ketenangan selama beberapa hari justeru dia terpaksa berbohong agar ibu tidak bimbang dengan tindakannya itu. Along menunggang motosikalnya terus ke Pusat Bandar untuk mencari pekerjaan. Nasib menyebelahinya, tengah hari itu, dia diterima bekerja dengan Abang Joe sebagai pembantu di bengkel membaiki motorsikal dengan upah lima belas ringgit sehari, dia sudah rasa bersyukur dan gembira. Gembira kerana tidak lama lagi, dia dapat membeli jubah untuk ibu.

Hari ini hari keempat Along keluar daripada rumah. Si ibu sedikit gelisah memikirkan apa yang dilakukan Along di luar. Dia juga berasa agak rindu dengan Along. Entah mengapa hati keibuannya agak tersentuh setiap kali terpandang bilik Along. Tetapi kerinduan dan kerisauan itu terubat apabila melihat gurau senda anak-anaknya yang lain.

Seperti selalu, Along bekerja keras membantu Abang Joe di bengkelnya. Sikap Abang Joe yang baik dan kelakar itu sedikit sebanyak mengubat hatinya yang luka. Abang Joe baik. Dia banyak membantu Along antaranya menumpangkan Along di rumahnya dengan percuma.

"Azam, kalau aku tanya kau jangan marah, ok!", soal Abang Joe tiba-tiba sewaktu mereka menikmati nasi bungkus tengah hari itu. "Macam serius jer bunyinya Abang Joe?" Along kehairanan.

"Sebenarnya, kau lari dari rumah kan ?" Along tersedak mendengar soalan itu. Nasi yang disuap ke dalam mulut tersembur keluar. Matanya juga kemerah-merahan menahan sedakan. Melihat keadaan Along itu, Abang Joe segera menghulurkan air.

"Kenapa lari dari rumah? Bergaduh dengan parents?" Tanya Abang Joe lagi cuba menduga. Soalan Abang Joe itu benar-benar membuatkan hati Along sebak. Along mendiamkan diri. Dia terus menyuap nasi ke dalam mulut dan mengunyah perlahan. Dia cuba menundukkan mukanya cuba menahan perasaan sedih.

"Azam, kau ada cita-cita tak… ataupun impian ker…?" Abang Joe mengubah topik setelah melihat reaksi Along yang kurang selesa dengan soalannya tadi. "Ada", jawab Along pendek.

"Kau nak jadi apa besar nanti? Jurutera? Doktor? Cikgu? Pemain bola? Mekanik macam aku…atau…." Along menggeleng-gelengkan kepala.

"Semua tak… Cuma satu je, saya nak mati dalam pangkuan ibu saya." Jawab Along disusuli ketawanya. Abang Joe melemparkan tulang ayam ke arah Along yang tidak serius menjawab soalannya itu.

"Ala , gurau ja la Abang Joe. Sebenarnya…. Saya nak bawa ibu saya ke Mekah dan… Saya…. Saya nak jadi anak yang soleh!". Perlahan sahaja suaranya namun masih jelas didengari telinga Abang Joe.

Abang Joe tersenyum mendengar jawapannya. Dia bersyukur di dalam hati kerana mengenali seorang anak yang begitu baik. Dia sendiri sudah bertahun-tahun membuka bengkel itu namun belum pernah ada cita-cita mahu menghantar ibu ke Mekah..

Setelah tamat waktu rehat, mereka menyambung kerja masing-masing. Tidak seperti selalu, petang itu Along kelihatan banyak berfikir. Mungkin terkesan dengan soalan Abang Joe sewaktu makan tadi.

"Abang Joe, hari ni, saya nak balik rumah… Terima kasih banyak-banyak kerana jaga saya beberapa hari ni", ucap Along sewaktu selesai menutup pintu bengkel. Abang Joe yang sedang mencuci tangannya hanya mengangguk. Hatinya gembira kerana akhirnya anak muda itu mahu pulang ke pangkuan keluarga. Sebelum berlalu, Along memeluk lelaki bertubuh sasa itu. Ini menyebabkan Abang Joe terasa agak sebak.

"Abang Joe, jaga diri baik-baik. Barang-barang yang saya tinggal kat rumah Abang Joe tu, saya hadiahkan untuk Abang Joe." Kata Along lagi.

"Tapi, kau kan boleh datang bila-bila yang kau suka ke rumah aku!?", soal Abang Joe. Dia risau kalau-kalau Along menyalah anggap tentang soalannya tadi. Along hanya senyum memandangnya.

"Tak apa, saya bagi kat Abang Joe. Abang Joe, terima kasih banyak ye! Saya rasa tak mampu nak balas budi baik abang.. Tapi, saya doakan perniagaan abang ni semakin maju." Balasnya dengan tenang. Sekali lagi Abang Joe memeluknya bagai seorang abang memeluk adiknya yang akan pergi jauh.

Berbekalkan upahnya, Along segera menuju ke butik kakak Fariz untuk membeli jubah yang diidamkannya itu. Setibanya di sana, tanpa berlengah dia terus ke tempat di mana baju itu disangkut.

"Hey Azam, mana kau pergi? Hari tu mak kau ada tanya aku pasal kau. Kau lari dari rumah ke?", soal Fariz setelah menyedari kedatangan sahabatnya itu. Along hanya tersengeh menampakkan giginya.

"Zam, mak kau marah kau lagi ke? Kenapa kau tak bagitau hal sebenar pasal kes kau tumbuk si Malik tu?"

"Tak pe lah, perkara dah berlalu…. Lagipun, aku tak nak ibu aku terasa hati kalau dia dengar tentang perkara ni", terang Along dengan tenang.

"Kau jadi mangsa. Tengok, kalau kau tak bagitau, mak kau ingat kau yang salah", kata Fariz lagi.

"Tak apa lah Riz, aku tak nak ibu aku sedih. Lagipun aku tak kisah."

"Zam..kau ni….."

"Aku ok, lagipun aku sayang dekat ibu aku. Aku tak nak dia sedih dan ingat kisah lama tu." Jelas Along memotong kata-kata si sahabat yang masih tidak berpuas hati itu.

"Aku nak beli jubah ni Riz. Kau tolong balutkan ek, jangan lupa lekat kad ni sekali, k!", pinta Along sambil menyerahkan sekeping kad berwarna merah jambu.

"No problem… Tapi, mana kau dapat duit? Kau kerja ke?", soal Fariz ingin tahu.

"Aku kerja kat bengkel Abang Joe. Jadi pembantu dia", terang Along.

"Abang Joe mana ni?"

"Yang buka bengkel motor kat Jalan Selasih sebelah kedai makan pakcik kantin kita tu!", jelas Along dengan panjang lebar. Fariz mengangguk.

"Azam, kau nak bagi hadiah ni kat mak kau bila?"

"Hari ni la…" balas Along.

"Ooo hari lahir ibu kau hari ni ek?"

"Bukan, minggu depan…"

"Habis? Kenapa kau tak tunggu minggu depan je?", soal Fariz lagi.

"Aku rasa hari ni je yang yang sempat untuk aku bagi hadiah ni. Lagipun, aku harap lepas ni ibu aku tak marah aku lagi." Jawabnya sambil mengukir senyum.

Along keluar daripada kedai. Kelihatan hujan mulai turun. Namun Along tidak sabar menunggu untuk segera menyerahkan hadiah itu untuk ibu. Sambil menunggang, Along membayangkan wajah ibu yang sedang tersenyum menerima hadiahnya itu.

Motosikalnya sudah membelok ke Jalan Nuri II. Tiba di simpang hadapan lorong masuk ke rumahnya, sebuah kereta wira yang cuba mengelak daripada melanggar seekor kucing hilang kawalan dan terus merempuh Along dari depan yang tidak sempat mengelak.

Akibat perlanggaran yang kuat itu, Along terpelanting ke tengah jalan dan mengalami hentakan yang kuat di kepala dan belakangnya. Topi keledar yang dipakai mengalami retakan dan tercabut daripada kepalanya.

Along membuka matanya perlahan-lahan dan terus mencari hadiah untuk si ibu dan dengan sisa kudrat yang ada. dia cuba mencapai hadiah yang tercampak berhampirannya itu. Dia menggenggam kuat cebisan kain dan kad yang terburai dari kotak itu.

Darah semakin membuak-buak keluar dari hidungnya. Kepalanya juga terasa sangat berat, pandangannya berpinar-pinar dan nafasnya semakin tersekat-sekat. Dalam keparahan itu, Along melihat kelibat orang–orang yang sangat dikenalinya sedang berlari ke arahnya. Serta merta tubuhnya terus dirangkul seorang wanita. Dia tahu, wanita itu adalah ibunya.

Terasa bahagia sekali apabila dahinya dikucup saat itu. Along gembira. Itu kucupan daripada ibunya. Dia juga dapat mendengar suara Angah, Alang dan Ateh memanggil-manggil namanya. Namun tiada suara yang keluar dari kerongkongnya saat itu. Along semakin lemah. Namun, dia kuatkan semangat dan cuba menghulurkan jubah dan kad yang masih digenggamannya itu.

"Ha..hadiah….untuk….ibu………" ucapnya sambil berusaha mengukir senyuman. Senyuman terakhir buat ibu yang sangat dicintainya. Si ibu begitu sebak dan sedih. Si anak dipeluknya sambil dicium berkali-kali. Air matanya merembes keluar bagai tidak dapat ditahan lagi.

Pandangan Along semakin kelam. Sebelum matanya tertutup rapat, terasa ada air hangat yang menitik ke wajahnya. Akhirnya, Along terkulai dalam pangkuan ibu dan dia pergi untuk selama-lamanya.

Selesai upacara pengebumian, si ibu terus duduk di sisi kubur Along bersama Angah, Alang dan Ateh. Dengan lemah, wanita itu mengeluarkan bungkusan yang hampir relai dari beg tangannya. Sekeping kad berwarna merah jambu bertompok darah yang kering dibukanya lalu dibaca.



-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Buat ibu yang sangat dikasihi,


Ampunkanlah salah silap along selama ini. Andai along melukakan hati ibu, Along pinta sejuta kemaafan. Terimalah maaf Along, Bu.. Along janji tak kan membuatkan ibu marah lagi.

Ibu, Along sayang ibu selama-lamanya. Selamat hari lahir ibu… dan terimalah hadiah ini…

UNTUKMU IBU!

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Kad itu dilipat dan dicium. Air mata yang bermanik mula berjurai membasahi pipi. Begitu juga perasaan yang dirasai Angah, Alang dan Ateh. Masing-masing berasa pilu dan sedih dengan pemergian seorang abang yang selama ini disisihkan. Sedang melayani perasaan masing-masing, Fariz tiba-tiba muncul. Dia terus mendekati wanita tua itu lalu mencurahkan segala apa yang dipendamnya selama ini.

"Makcik, ampunkan segala kesalahan Azam. Azam tak bersalah langsung dalam kes pergaduhan tu makcik. Sebenarnya, waktu Azam dan saya sibuk menyiapkan lukisan, Malik datang dekat kami. Dia sengaja cari pasal dengan Azam dengan menumpahkan warna air dekat lukisan Azam. Lepas tu, dia ejek-ejek Azam. Dia cakap Azam anak pembunuh. Bapa Azam seorang pembunuh dan… dia jugak cakap, ibunya seorang perempuan gila…" cerita Fariz dengan nada sebak. Si ibu terkejut mendengarnya. Terbayang di ruang matanya pada ketika dia merotan Along kerana kesalahan menumbuk Malik.

"Tapi, kenapa arwah tidak ceritakan pada makcik Fariz?" Soalnya dengan sedu sedan.

"Sebab….. Dia tak mahu makcik sedih dan teringat kembali peristiwa dulu. Dia cakap, dia tak nak makcik jatuh sakit lagi, dia tak nak mengambil semua ketenangan yang makcik ada sekarang… Walaupun dia disalahkan, dia terima. Tapi dia tak sanggup tengok makcik dimasukkan ke hospital sakit jiwa semula…." Terang Fariz lagi. Dia berasa puas kerana dapat menyatakan kebenaran bagi pihak sahabatnya itu.

Si ibu terdiam mendengar penjelasan Fariz. Terasa seluruh anggota badannya menjadi lemah. Berbagai perasaan mencengkam hatinya. Sungguh hatinya terasa sangat pilu dan terharu dengan pengorbanan si anak yang selama ini dianggap derhaka.


Credited to : Cikgu Ayu


Wednesday, February 22, 2012

**Bakal Family Mertua**

Kali ni, entry lain dari yang lain sikit.. Ni sekadar luahan hati aku jer...


Petang tadi aku bawak tunang aku pergi ke rumah kaklong tunang aku, kat Kota Seriemas, Nilai, Negeri Sembilan.. Tak laaa jauh sangat dari UKM ni, dalam lebih kurang 30-45 minit jer.. Bukannya aku tak pernah pergi sebelum ni, dah berkali-kali pergi sampai dh hafal jalan dah pun.. Tapi kali ni lain sikit sebab bakal mak mertua aku ada kt situ..

Nak dijadikan cerita, sampai jer rumah kaklong, baru jer azan maghrib berkumandang.. Aku pun tak berlengah, terus minta ke bilik air untuk berwuduk.. Cadangnya nak ke surau berdekatan, Surau al-Islah, tapi tunang aku cepat2 minta aku imamkan diorang kat rumah. Nervous tu ada laaa sikit waktu tu walaupun sebelum ni selalu jer aku jadi imam kat masjid / surau dekat rumah aku di Kedah. Nervous sbb nak jadi imam ni depan bakal family mertua.. Kalau depan orang yang tak dikenali, aku tak kisah sangat sbb diorang tak kenal aku..

Nak tak nak, aku beranikan diri, jadi imam jugak. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Lepas solat maghrib berjemaah, ada sesi makan berjemaah plak.. Bukan makan dalam talam macam tabligh tu, tapi makan pinggan sendiri2 laaa, cuma makan ramai2 semeja. Aku makan dengan berselera sekali. Sedap, sbb bakal mak mertua aku masak. Sampaikan 2 kali aku tambah, siap hirup sup sayur bayam lagi. Hilang sekejap malu aku depan family mertua sbb dh lama tak makan sedap macam tu.. hehehe..

Selesai sesi makan malam, kami bersama2 menunaikan solat isyak berjemaah dengan diimamkan oleh aku sekali lagi. Setelah selesai, sesi berbual-bual plak sambil minum teh.. Masa ni laaa aku rasa macam aku ni seolah2 dh jadi ahli keluarga diorang dah. Bakal mak mertua aku dh mula bahasakan dirinya "mak" dengan aku, tapi aku malu2 nk panggil dia "mak", sbb aku bimbang pandangan ahli keluarga lain terhadap aku.. Suami kaklong (bakal biras aku) sembang dgn aku macam dh lama kenal, kaklong plak layan aku macam adik ipar dia dah. Anak2 kaklong, Danish & Diyana, dah panggil aku pakcik, sbb tunang aku diorang panggil makcik.

Dalam perjalanan pulang ke UKM, aku berbincang dengan tunang aku tentang hubungan aku dengan bakal family mertua aku tu.. Rasa macam nak nikah cepat2 jer.. hehehe.. Tambah2 plak bakal mak mertua aku memudahkan urusan pernikahan kami dari segi pertunangan, maskawin, hantaran, kenduri, dll.. Tapi aku masih ingat pesan mak aku, "habiskan belajar dulu, kumpul duit sedikit sebanyak untuk masa depan dulu, lepas tu nikahlah, mak restu".. Terima kasih mak, terima kasih bakal mak mertuaku.. Aku sayang family aku, aku sayang family bakal mertuaku..


Tuesday, February 21, 2012

**Jadual Tahun 3 Semester 2 Sesi 2011/2012**

Pada 20/02/2012, bermulalah semester baru, iaitu semester ke-2 bagi sesi 2011/2012. Sedar tak sedar, sekarang aku dh nk tamat pengajian kt UKM ni.. Sekarang ni aku dalam Tahun 3, semester 2.. Atau senang cakap, semester 6.. Ni laaa final year aku, last semester aku, insyaAllah..

Bagi mahasiswa/i tahun akhir di kebanyakan universiti di dunia ni, mereka dikehendaki menyiapkan latihan ilmiah samada dalam bentuk kajian lapangan, kajian perpustakaan, kajian makmal atau merekabentuk sesuatu.. Dalam bidang pengajian aku ni, aku kena siapkan latihan ilmiah dalam bentuk kajian lapangan atau kajian perpustakaan.

Aku lebih sukakan kajian lapangan kerana skopnya sangat luas dan berkaitan perkara semasa. Tajuk latihan ilmiah aku ialah "Wazan-Wazan Fe'el Thulathi Mazid (Kata Akar Bahasa Arab Yang Terdiri Dari 3 Huruf Asal Dan Ditambah Ke Atasnya) : Sejauh Mana Mahasiswa/i Fakulti Pengajian Islam UKM Mengetahui, Menghafal dan Mengaplikasikannya".

Mungkin agak sukar untuk menceritakan tentang apakah yang diperlukan dalam kajian ini, tapi bagi aku, aku sukakan perkara yang berkaitan Nahu Sorof (Grammar/Tatabahasa Arab).. Aku sukakannya kerana ianya unik. Bahasa Arab sangat unik bagi aku. Walaupun begitu, ianya bukan satu bahasa yang sukar untuk dipelajari, difahami dan diaplikasian.

Berbalik kepada tajuk entry ini, aku cuma nak bagitau subjek-subjek yang aku ambil dalam semester ini..

1. BAHASA ARAB LISAN (3 unit/jam kredit) Selasa : 8-10 pg
2. SASTERA ARAB DI ANDALUS (3 unit/jam kredit) Khamis : 10-12 tghr
3. SASTERA ARAB MODEN (3 unit/jam kredit) Khamis : 4-6 ptg
4. LATIHAN ILMIAH (4 unit/jam kredit) Rujuk Penyelia

JUMLAH KESELURUHAN : (13 unit/jam kredit) Seminggu 2 hari belajar


Sangat sedikit nampaknya kn? Tapi sedarlah anda bahawa latihan ilmiah sangatlah memerlukan banyak masa untuk mengkaji, menganalisa data, menulis dan lain-lain.

Mungkin aku perlukan kerja part-time, untuk menampung kos hidup yang semakin meningkat di akhir zaman ini, dan untuk mengelakkan diri aku bergelumang dengan kemalasan serta tiada disiplin diri. Aku akan berusaha mendapatkannya secepat mungkin insyaAllah..


Monday, February 20, 2012

<---4 Unsur--->


Rahsia Lelaki Mengikut 4 Unsur

(1) Tanah = anak pertama, anak kelima, anak kesembilan
(2) Air = anak kedua, anak keenam, anak kesepuluh
(3) Api = anak ketiga, anak ketujuh, anak kesebelas
(4) Angin = anak keempat, anak kelapan, anak keduabelas


TANAH
Sifat tanah dikaitkan sebagai jenis Deria. Ia tergolong sebagai sifat kewanitaan. Orang menghargai kebendaan, keras hati, sabar,disiplin diri, berhati-hati, boleh diharap, tidak tegas, cekap, percaya hanya perkara yang boleh dicapai oleh deria.

(JENIS PANCAINDERA: SYAHWAT, KERING)
Sedar mengenai hakikat diri, menilai material, sebar, tabah hati, disiplin diri, berhati-hati, boleh diharap, tidak tegas, efisyen, percaya hanya pada apa yang boleh dicapai oleh pancaindera, muram atau sugul, diberatkan oleh keperluan. Kepala angin, bimbang, tegas, tenang, boleh putus harapan, pendiam, tidak peramah, senyap. Badannya kurus, kurangnya tidur, tidak sabar jima', selalu sihat, banyak kerja.


AIR
Sifat air dikaitkan jenis Perasa. Ia tergolong sebagai sifat kewanitaan. Lemah-lembut, dalam perasaannya, mengasihani, memaksa, penakut, kepala angin, imaginatif, lemah terhadap siksaan atau teguran, berahsia, memahami, tidak tamak, artistik.

(JENIS PERASA: FIKIRAN, BASAH)
Lemah lembut, perasaannya dalam, belas kasihan, penakut, ada angin, imaginatif, mudah terluka hatinya, berahsia, mudah memahami perasaan orang lain, tidak tamak, ada bakat seni, positif, berhati-hati, berfikiran panjang, aman hatinya, terkawal, boleh dipercayai, penyabar, tenteram. Tubuhnya tambun, banyak lemak, banyak tidur, sedikit malas, lambat dan agak kurang faham.


API
Sifat api dikaitkan sebagai jenis Intuisi (kebolehan mengetahui sesuatu melalui bisikan kalbu). Ia digolongkan sebagai sifat kelelakian. Pentingkan diri, megah, bersemangat tinggi, kompetitif, perlukan ruang, kebudakan atau kurang matang, keras hati, kecenderungan ke arah tidak peka terhadap sesuatu, sentiasa sedia untuk menempuh sesuatu yang baru dan berisiko, mampu melihat kemungkinan masa depan.

(JENIS INTUITIF: CINTA, PANAS)
Pentingkan diri, megah, semangat tinggi, kompetatif, perlukan ruang, keanakan atau lurus, menaruh harapan, cenderung untuk tidak sensitif, sentiasa sedia untuk sesuatu yang baru dan berisiko, mampu melihat kemungkinan baru, yang mana orang lain tidak terfikirkan. Perasa, gelisah, agresif, mudah teransang, mudah berusaha, pemaksa, optimis, aktif. Kerjanya segera, jalannya cepat, terang hati, panas tubuhnya, kurang tidurnya.


ANGIN
Sifat angin dikaitkan dengan jenis Pemikir. la digolongkan sebagai sifat kelelakian (masculine). Lelaki ini berpegang kepada teori, tidak mudah terpengaruh oleh pendapat orang lain, objektif, rasional, menghadapi kesukaran untuk melibatkan emosi, menghargai kebolehan intelektual, mahukan kebebasan, mempunyai mentaliti ambil mudah, sukakan fakta dan figura.

(JENIS PEMIKIR: JIWA, SEJUK)
Orang teori, sukar dipengaruhi, objektif, rasional, sukar terlibat dalam hal emosi, menilai tinggi kebolehan intelektual, keperluan untuk bebas, mentaliti ambil mudah, suka pada fakta dan figura. Mudah bergaul, boros, banyak cakap, responsif, mudah berbincang, bersemangat, sikap tidak kesah, pemimpin. Tubuh nipis, kurang daging, banyak darah, kreatif, sederhana.


** Kenyataan di atas hanyalah kajian teori ahli falsafah


Sunday, February 19, 2012

...LEBIH MULIA...

Imam al-Ghazali pernah berkata...


1. Jika berjumpa dengan kanak-kanak, anggaplah mereka LEBIH MULIA daripada kita, kerana mereka tidak banyak melakukan dosa berbanding kita.

2. Apabila bertemu dengan orang tua, anggaplah mereka LEBIH MULIA daripada kita, kerana dia sudah lama beribadat.

3. Jika berjumpa dengan orang alim, anggaplah mereka LEBIH MULIA daripada kita, kerana banyak ilmu yang telah mereka pelajari dan ketahui.

4. Apabila melihat orang jahil, anggaplah mereka LEBIH MULIA daripada kita, kerana mereka membuat dosa dalam kejahilan, sedangkan kita membuat dosa dalam keadaan mengetahui.

5. Jika melihat orang jahat, jangan anggap kita LEBIH MULIA kerana mungkin satu hari nanti dia akan insaf dan bertaubat atas kesalahannya, sedangkan kita belum tentu lagi bila akan insaf dan bertaubat.


Saturday, February 18, 2012

***Kisah Si Penggunting Rambut***

Pada suatu petang, seorang lelaki datang ke kedai gunting rambut untuk memendekkan rambutnya yang agak panjang dan tidak terurus. Seperti biasa, si penggunting rambut menyambut pelanggannya dengan mesra dan mempersilakannya duduk.

Sedang si penggunting rambut melakukan kerjanya, mulutnya tidak berhenti bercerita. Macam-macam dibualkan, menyentuh isu semasa dan kehidupan harian. Tiba-tiba si penggunting rambut itu bertanya suatu soalan yang agak berat.

"Tuhan ni wujud ke?" Tanya si penggunting rambut.

Lelaki tersebut terkejut dengan soalan tersebut. Belum pun sempat nak menjawab, si penggunting rambut menyambung percakapannya.

"Kalau Tuhan wujud kenapa dunia ni huru-hara, manusia saling berperang dan benci sesama manusia? Tuan tengoklah berita, di sana berperang di sini berperang. Asyik bergaduh sahaja di mana-mana…" Adu si penggunting rambut.

"Lihat di negara kita, sana sini buang bayi. Kes bunuh pun selalu keluar di akhbar. Masalah sosial lagi. Rasuah lagi. Teruklah!" Sambungnya lagi menyatakan kekesalan.

"Tuhan tu ada." Jawab si lelaki itu singkat. Risau melihat semangat si penggunting rambut itu dengan gunting tajam di tangannya.

"Kalau betul Tuhan ada, kenapa Dia tak selesaikan semua masalah tu? Dan buat semuanya jadi aman sahaja? Kan senang!" Ujar si penggunting rambut yang umurnya 40-an itu.

Selepas beberapa minit berlalu, sesi guntingan rambut pun selesai. Selesai membayar, si lelaki itu mengajak si tukang gunting melihat ke luar tingkap.

"Encik lihat tak lelaki-lelaki remaja di sana? Dan pakcik tua di seberang jalan tu yang sedang duduk tu?" Tanya lelaki itu.

"Ya, saya nampak. Kenapa?" Si penggunting rambut bertanya kembali.

"Lelaki remaja tu rambutnya panjang, nampak tak senonoh kan? Dan pakcik tua tu pula misainya tak terurus nampaknya. Setuju tak?" Lelaki itu meminta pandangan.

"Ya, betul tu. Saya setuju." Si penggunting rambut mengiyakan sambil mengangguk.

"Mereka jadi macam tu sebab tukang gunting rambut tiada kah?" Tiba-tiba lelaki itu mengajukan soalan 'istimewa' kepada si penggunting rambut.

"Eh, tak. Bukan sebab tu. Ni saya ada ni." Si penggunting rambut menafikan.

"Habis tu kenapa lelaki-lelaki remaja itu berambut panjang dan pakcik tua itu tidak tersusun misainya?" Lelaki tersebut bertanya kembali.

"Tu sebab mereka tak datang jumpa saya. Kalau mereka datang jumpa saya tentu saya akan potong rambut remaja lelaki tu bagi elok. Dan pakcik tua tu pula saya akan trim misainya bagi kemas." Jawab si penggunting rambut.

"Ya, itulah jawapan kepada persoalan encik semasa encik memotong rambut saya tadi. Tuhan itu ada. Tidaklah bermakna berlakunya peperangan, pertelingkahan, jenayah, gejala sosial, rasuah dan lain-lain masalah di kalangan manusia itu adalah kerana Tuhan tidak ada. Masalah ini semua timbul kerana mereka semua tidak mahu 'berjumpa' dengan Tuhan." Kata lelaki itu.

Si penggunting rambut mendengar dengan teliti sambil mengerutkan dahinya. Berfikir agaknya.

Lelaki itu menyambung bicaranya lagi, "Mereka sendiri yang abaikan suruhan dan perintah Tuhan. Tuhan malah telah memberikan pedoman melalui Rasul-NYA dan juga melalui kitab-NYA iaitu al-Quran. Malangnya, manusia memilih cara mereka sendiri. Mereka menjauhkan diri dari ALLAH. Jika manusia mendekatkan diri dengan ALLAH, tentulah keadaan manusia lebih baik dan sejahtera. Lebih kurang macam sayalah sekarang ni. Lebih handsome dari lelaki-lelaki remaja dan pakcik tua tu sebab saya jumpa encik untuk dirapikan rambut saya, hehe…"

"Betul jugak. Kenapa tuan tak jelaskan pada saya semasa potong rambut tadi?" Si penggunting rambut mengangguk setuju sambil bertanya.

"Oh bukan apa. Saya risau dengan gunting di tangan encik tu. Dibuatnya encik marah nanti, tak pasal-pasal saya kena nanti…hehe. Tapi, alhamdulillah encik tak marah, malah dapat menerima penjelasan saya" Jelas lelaki tersebut sambil ketawa kecil. Si penggunting rambut itu turut tertawa juga.


<---Menguji Sejauh Mana Konsentrasi Kita--->

- Permainan konsentrasi warna..
- Sila baca dengan laju dan cermat..
- Jawab spontan, jangan banyak fikir..
- Baca satu demi satu..
- Concentrate!
- KITA MULA :


1. Kertas A4 apa warna dia ?

2. Asap warna dia ?

3. Tisu warna dia apa ?

4. Lembu minum apa ?



Yang jawab susu, konsentrasi anda terganggu, sebab lembu minum air..



1. Rambut anda warna apa ?

2. Tulisan ini warnanya apa ?

3. Jalan raya warnanya apa ?

4. Kelawar tidurnya bila ?



Yang jawab malam, ertinya kosentrasi anda terganggu, sebab kelawar tidur siang hari.



1. Warna cendol apa ?

2. Daun kelapa warnanya apa ?

3. Warna bagi kebanyakkan rumput ?

4. Harimau makanannya apa ?



Yang jawab rumput itu salah, sebab harimau makan daging.


<---Kira Jumlah Huruf "F"--->

Terdapat pelbagai cara untuk menguji keunikan tubuh badan kita, di antara keunikan itu sudah tentulah otak manusia. Di bawah ini ada ujian yang menarik untuk dicuba bersama…

Ini adalah ujian masa yang ringkas, cuma lakukan dan jangan cuba menipu diri anda sendiri.

Kira jumlah huruf "F" dalam perenggan di bawah dalam masa 15 saat:


FINISHED FILES ARE THE RESULT OF YEARS OF SCIENTIFIC STUDY COMBINED WITH THE EXPERIENCE OF YEARS


Dah selesai?

Scroll kebawah hanya apabila anda telah selesai mengira!

OK?

Berapa banyak?

Tiga? (Anda tentunya seorang lelaki!!!)

Sila baca sekali lagi!


FINISHED FILES ARE THE RESULT OF YEARS OF SCIENTIFIC STUDY COMBINED WITH THE EXPERIENCE OF YEARS


Salah, sebenarnya terdapat 6, kira semula…


Sebab berlakunya perkara tersebut diterangkan dibawah ini…

Otak LELAKI tidak memproses perkataan “OF”.

Keajaiban kejadian atau silap mata?

Sesiapa yang dapat mengira kesemua 6 "F" pada permulaan ujian memiliki otak PEREMPUAN.