<---pLaYaR.-.iDuP--->

<---pLaYaR.-.iDuP--->

Monday, June 27, 2011

...ko nk aku lepaskan ko ek...

Aku x faham.. brapa kali ko nk aku lepaskan ko aaa?? selama ni aku x lepaskan ko lg ke? adakah sbb aku masih layan ko, ko anggap kita masih couple?? salahkah kita berkawan selepas putus bercouple?? ntah laaa.. aku pn x faham..

Mgkn ko x tahu prangai aku mmg x suka putus kawan.. bg aku, "sekali berkawan, selamanya tetap kawan".. dan prinsip aku jgk "kenapa kebanyakan persahabatan akan berakhir dgn percintaan, tp setiap percintaan jarang berkahir dgn persahabatan, so aku perlu mengakhiri percintaan dgn persahabatan klu bkn dgn perkahwinan sekali pn".. bg aku, x salah berkawan andai tahu batas-batas persahabatan berlainan jantina tersebut..

Biarlah aku menyendiri, jauh dr cintamu.. walaupun aku x nafikan ko banyak mmberi sumbangan dlm hidup aku.. tp klu ko dh nk sgt aku lepaskan ko, ok, aku akan lepaskan ko.. tp cmner aku nk lepaskan ko sedangkan kita xder apa2 pertalian, xder apa2 hubungan selain kawan jer???

Dah laaaa ko mtk aku lepaskan ko tu, ko sampaikan pd org utk org tu smpaikaan pd aku.. ko main passing jer ek? ko ingat ni pertandingan lari pass batton k?? klu berani, ckp laa sndiri dgn aku.. aku x marah, cma aku akan jelaskan perkara sebenar pd ko.. aku bkn seorang yg cepat marah, ko pn tahu kn? ker ko nk tngok aku marah? klu ya, silakan buat aku marah..

...aku serba salah...

Aku x tahu apa harus kulakukan.. adakah perlu utk aku terus menyayangi beliau & memanjakan beliau seperti sebelum ni.. atau aku perlu melayannya seperti biasa.. aku pn x tahu.. aku x nafikan yg aku masih sayangkan beliau.. tp kdg2 bila teringatkan layanan yg beliau berikan pd aku sebelum ni, mmbuatkan aku terasa ingin melayannya sebagai seorang kawan jer buat masa ni, x lebih dr tu.. egokah aku???

Beliau menyatakan hasrat hati yg mnyayangi aku.. aku bleh nmpk dr perwatakannya yg semakin berubah.. tp aku perlukan masa utk ubati hati aku.. aku perlukan masa utk mengenali dirinya.. mana laaa tahu beliau berubah hanya utk seketika.. namun aku harapkan & berdoa beliau berubah ke arah kebaikan tu buat selama2nya.. amiiinnn...

Kalaulah aku menyatakan hasrat hati utk memiliki beliau, adakah beliau mampu utk berada di sisiku setiap masa? adakah beliau mampu utk menikahi aku dlm masa terdekat ni? terdekat tu x laaa dekat mana, mgkn 1 thn lbih jgk laaa.. abang aku dh bertunang kemarin (26/06/2011).. so abang aku tanya aku bila lagi.. aku cuma mampu jawab, calon yg btol2 x der lg, kwan2 ada laaa.. aku klu bleh, nk buat knduiri kawin sama2 ngan abg aku.. save bajet skit.. maklum laaa aku bknnya dr keluarga yg berada & mewah..

apa2 pn, TAHNIAH utk abang aku yg bertunang tu.. ;)

skrg aku x tahu nk buat cmna.. aku harap beliau bleh bg masa utk aku rilex dlu.. walau cmner pn, aku tetap akan layan dia sebaik mungkin.. sbb dlm hati aku, aku masih sayangkan dia, sama mcm dia sayangkan aku..

Saturday, June 25, 2011

...alhamdulillah & masha-Allah...

Aku x pasti sebenarnya nk gunakan mana satu ayat di atas tentang perasaan aku.. aku terkejut ngan berita yg aku dpt hari khamis baru2 ni (23/06/2011) dari boss aku.. perasaan gembira pn ada, perasaan sedih pn ada, perasaan mcm2 laaa..

Bendanya simple jer.. sbb boss bahagian aku (bahagian PBT = Pusat Bahasa Terengganu, di bawah seliaan PPAT = Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu) cakap kitorang (aku & kawan aku, Hakim) kena buat kursus Bahasa Arab utk staff PPAT yg sebelum ni kitorang pernah buat tu, dlm 4 sessi.. padahal dlm kertas kerja yg kitorang submit kt bahagian pentadbiran & pengurusan (admin) PPAT sblum ni, cuma 3 sessi jer.. boss aku cakap kitorang kena buat 4 sessi atas permintaan ramai utk belajar Bahasa Arab di kalangan staff PPAT..

So aku terkejut.. x sangka plak ada request.. aku ingatkan xder org minat blajar Bahasa Arab ni.. maklum laaa, blajar ttg bahasa ni rumit & susah skit.. ia membosankan bagi sesetengah orang.. lagipun ia perlukan ketekunan.. tmbahan lak apa gunanya Bahasa Arab bg org yg dh berjawatan tetap kn?

Tak sangka rupa2nya ada jgk org yg brminat.. mgkn sbb kawan2 yg dh blajar tu citer kt org lain yg Bahasa Arab tu best, x susah & rilex jer kursus yg kitorang handle tu.. ya, aku x nafikan belajar Bahasa Arab memang susah.. tp klu pandai teknik dia, kena cara dia, tahu cmne nk amik hati pelajar2, insyaAllah ianya akan jd mudah.. stakat ni alhamdulillah pelajar2 yg kitorang dh penah ajar Bahasa Arab sebelum ni, diorang teringin nk blajar Bahasa Arab lg.. ni aku tahu dr borang2 soal selidik yg PBT & admin PPAT edarkan pd diorang..

So ayat2 kt tajuk tu, aku x tahu nk guna yg mana 1.. Alhamdulillah sbb ada sokongan penyertaan dr staff2 & Alhamdulillah sbb x sangka ada ramai yg brminat ngan Bahasa Arab & cara kami handle kursus tu.. Masha-Allah sbb dpt bayangkan keletihan yg bakal kami hadapi utk handle 1 lg kursus tambahan & Masha-Allah sbb sedih x dpt buat kursus pemantapan Bahasa Arab utk pelajar2 sek ren & sek men..

Tp perasaan aku skrg lebih kpd ALHAMDULILLAH laaa.. bangga dpt memperkenalkan Bahasa Arab kepada org2 yg x tahu Bahasa Arab.. kepada yg dh tahu Bahasa Arab, akan wujud keinginan utk mendalami lg Bahasa Arab memandangkan ianya mudah & selalu kita sebagai org Islam gunakan dlm solat, doa, ngaji Quran, dsb.. aku seronok, happy sangat2 dapat memartabatkan Bahasa Arab, dapat membanggakan UKM, dapat membanggakan mak ayah aku, dapat membanggakan tempat aku praktikal (PBT & PPAT).. happy sangat2 dapat menyampaikan ilmu aku pd org yg sepatutnya & dapat memperbanyakkan pahala aku utk bekalan hari Akhirat nanti..

Ingatkah anda Hadis Nabi SAW yang seumpama begini : "Apabila mati seseorang anak Adam itu, akan terputuslah segala amalannya kecuali 3 perkara, anak soleh yg mendoakannya, ilmu bermanfaat yg disampaikannya & sedekah jariah yg dilakukannya semasa hidup"..

Thursday, June 23, 2011

..Luahan Hati Yang Menarik..

Sepanjang aku berpraktikal di PPAT (Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu), banyak prkara yg aku blajar, di samping diorang pn ada jgk yg belajar drpd aku.. banyak yg seronok berbanding dgn prkara yg tak seronok di sini..

Kat sini aku selalu tengok notice board, lgpun notice board tu bknnya jauh pn dr bilik aku kt ofis ni.. dalam banyak2 bahan yg ditampal di situ, aku tertarik dgn satu notis dalam bahagian "luahan hati".. dari awal aku masuk praktikal di sini, ia ada sampailah skrg.. takder orang nak buang.. mungkin sbb kata2 dia menarik kot.. bagi aku, ia menarik.. so aku cabut notis tu kejap, utk salin kata2 dia.. ni aku nk kongsi laaa kt blog aku ni..


SOSIAL

Gangguan seksual selalunya dikaitkan dengan lelaki, hari ini keadaan menjadi sebaliknya. Melihat fesyen wanita yang beraneka, rasanya lelakilah yang menjadi mangsa gangguan seksual paling teruk, dari segi emosi. Ramai penjawat awam berpakaian tetapi tidak menepati syariat. Bertudung tidak menutupi dada, pakaian pula terbuka merata tempat, berkain nipis menampakkan bukan sekadar bentuk tubuh, tetapi segalanya, yang hanya halal untuk dilihat seorang lelaki yang bergelar suami. Bau harumannya menggetarkan jiwa. Jujurnya andai saya seorang lelaki, betapa hebatnya saya harus membendung iman melalui hari-hari yang menyeksakan di pejabat. Tujuan kita bekerja adalah untuk membantu keluarga, berpakaian dan berhiaslah sebagaimana yang dituntut. Wanita masa kini bagai mengumpan lelaki untuk bertindak di luar batasan. Kepada suami dan ibu bapa, isteri dan anak adalah amanah Tuhan. Jangan kita terhalang memasuki syurga kerananya.

KAK AIN



Aku memang menyokong kata2 beliau ni.. memang btol pn luahan hati beliau tu.. harap2 ada yg mengambil iktibar dari kata2 beliau ni..

Wednesday, June 22, 2011

...selesai sudah..

ALHAMDULILLAH.. selesai sudah sessi kedua "Kursus Asas Bahasa Arab untuk Kakitangan Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu" yang bertarikh 20 hingga 22hb Jun 2011 yg aku (Muhammad Khalis bin Abas) & kawan aku (Muhammad Hakim Adli bin Abu Bakar) handle sepenuhnya.. bermula seawal jam 8.30 pagi dan berakhir pada 4.30 petang.. 22hb adalah hari terakhir mereka dalam kursus kali ni & mereka diminta utk mempersembahkan ilmu yg mereka pelajari sepanjang berkursus dengan melakukan lakonan dlm Bahasa Arab.. alhamdulillah mereka berjaya ;)

Aku happy sgt2 sbb dapat curahkan ilmu pada orang2 yg ingin menuntut ilmu.. bukannya mudah utk mencurahkan ilmu pd org yg sepatutnya.. dan bukan mudah utk mencari pengalaman yg menjanjikan sesuatu yg gembira.. gembira bg pihak aku, gembira bg pihak mak ayah aku, gembira bg pihak tmpt aku berpraktikal, gembira bg pihak pelajar2 aku.. gembira utk agamaNYA..

Dlm setiap pengajaran aku, aku tekankan banyak kali Hadis Nabi SAW bahawa "cintailah Bahasa Arab kerana 3 perkara = Nabi Muhammad SAW diturunkan dlm bangsa Arab, Bahasa Arab adalah al-Quran & Bahasa Arab adalah bahasa ahli syurga"..

Sekian.. Wassalamualaikum wbt..

Wednesday, June 15, 2011

...masa depan yg tidak diketahui...

Aku selalu terfikir ttg masa depan.. "Apa aku akan jadi lepas ni", "apa aku akan keja lepas habis degree kat UKM nanti", "camna kehidupan aku lps habis belajar nanti", "apa aku boleh buat sementara nak dapat keje tetap nanti", "bila aku nak kawin", dan macam2 lagi laaa..

Di zaman serba canggih dan moden ni, kehidupan sangat mencabar.. kerja bukan senang nk dapat w/pun ada segulung ijazah atau diploma atau sijil.. kebelakangan ni nk dapat keja sangat brgantung pd "kabel".. ada baiknya kewujudan "kabel" camtu & ada kekurangannya.. kdg2 sbb "kabel" laaa boss dpt lorg yg lbih bagus sbb ada org yg knal ngan org yg akan masuk keje tu.. kdg2 sbb kabel jgk laaa pekerja baru tu jd malas nk keje sbb bukan minat dia & bukan bidang dia.. apa2 pun, hidup ni bergantung pd usaha kita laaa, tak dinafikan jgk Qada Qadar Allah SWT..

Aku ada terfikir jugak lps habis degree kt UKM ni, aku nk buat keja sendiri.. ada cadangan dari dalam hati aku setelah tngok rmai yg brjaya dlm bidang2 tu w/pun x ramai yg ceburi pilihan tu sebenarnya.. penternakan, pertanian, jualan & perkhidmatan adalah antara yg aku fikirkan... tp aku x terfikir utk bkerja di bawah orang.. tp kdg2 perlu jgk utk bkerja d bawah org trlebih dhulu utk mncari pngalaman, mncari tapak utk brpijak lbih kukuh & mndalami selok-belok sesuatu tu.. bukankah dalam al-Quran pn ada sebut "bertanyalah pada orang yg pakar di bidangnya sekiranya kamu tidak mengetahui"??

Setiap bisnes ada modalnya yg trsendiri, samada modal insan, modal kewangan, modal ilmu atau modal pengalaman.. tp klu digabungkan semuanya dalam 1 diri, insyaAllah akan jadi lebih baik.. dlm diri aku, aku rasa yg aku ada cumalah modal ilmu.. modal pengalaman tu aku perlu cari sebelum aku jejak kaki ke alam bisnes.. modal kewangan plak, kena laaa guna FAMA (father and mama) dulu atau adik bradik dulu sblm buat yg lbih besar.. modal insan tu lpas dh sdikit maju, baru laaa aku cari kot.. org2 muda ada cakap "pelan-pelan kayuh laaaa"..

Dalam otak aku, pernah bercadang nk buat ternakan ikan keli, ternak kambing, ternak lembu, ternak arnab dan ternak puyuh.. klu pertanian plak, otak aku pernah trfikir nk buat penanaman cendawan, tanaman serai, halia, cili dan buah naga.. dari segi perkhidmatan, aku ada teringin nk buat perkhidmatan sewa kereta atau kelas Bahasa Arab utk dewasa dan kanak2.. dari segi jualan tu rasa nk jd stokis pn ada, nk buat jualan barang2 komputer & servis pn ada, nk buat penghantaran barang2 jualan makanan @ minuman packet ke kedai2 pn ada..

Tapi ntah laaa yg mana 1 aku nk pilih.. aku perlu buat keputusan yg bijak.. terus terang aku cakap, aku x harapkan keje yg gunakan sijil aku (SPM, diploma & ijazah) sebagai ukuran.. klu dapat tu, alhamdulillah sgt2 laaa, terjamin skit masa depan anak cucu aku.. klu nk brcakap ttg risiko, apa2 keje pn ada risiko, perlukan perlukan pengorbanan kn? so ingat ayat ni, "BUKAN SENANG MAU SENANG, BUKAN SUSAH MAU SUSAH"..

Friday, June 10, 2011

...pengalaman menjadi promoter..

Bagi aku, memang agak best jd promoter.. tp awal2 tu, perggghhhh, usah dicakap laaa gementarnyaa, ngan ilmu xder, pengalaman pn xder, so laaa laa brtambah nervous tu.. huhuu..


Aku sbnarnya x suka sangat jd promoter, sbb ayat & bahasa aku brterabur.. kdg2 tu stiap bnda yg aku bgtahu pd stiap org adalah bnda2 yg brlainan, ntah laaa jd cmner.. hahahaha.. tp kt sini trpaksa laaa aku jd promoter jgk utk Pusat Bahasa Terengganu ni demi menjalankan tugas aku utk dapat markah praktikal kt sini.. huhuu..


Yang x bestnya jd promoter kt Pusat Bahasa ni sbb kami x menawarkan sebarang jualan barang, tp menawarkan perkhidmatan, iaitu pembelajaran interaktif dalam semua bahasa yg ditawarkan (English, Mandarin, Arabic & France buat masa skrg).. klu jd promoter jual barang ker, best gak, sbb mulut aku bising, so klu ckp apa2 yg merapu pn xder masalah.. hahahaha..


tp xper.. aku redha, aku rela jd promoter pn.. asalkan markah yg aku dpt utk praktikal ni nnt berbaloi, insyaAllah.. hehehe.. pengalaman mengajar kita erti dewasa.. walaupun aku mmg dh cukup dewasa dr segi umur.. hahahaha

Tuesday, June 07, 2011

...ujian untukku...

Aku baru jer buat entry ttg motor kesayangan aku, tp keesokan harinya kunci motor aku hilang laaa plak.. sedih aku.. makan pn x lalu, tido pn x lena, tp mandi tetap basah.. nmpk mcm gurauan, tp itulah hakikatnya.. aku jd cmtu sbb ia mengenai apa yg aku sayang.. kunci tu aku letak dlm poket masa nk kluar naik kereta utk jmpa & jd tourist guide family pak sedara aku yg baru dtg ke Terengganu ni dari Kedah.. diorang nk mnginap di Hotel Permai Inn tp x tau jalan,. so aku kna laaa jd tourist guide.. tp bila balik umah, cari kunci tu, x jmpa.. ntah laaa jatuh kt mana.. puas aku patah balik & cari kt smua tmpt yg aku pegi mlm tu, tpp x jmpa jgk.. redha jer laa..

Malam tu trpaksa laaa aku tido kt ofis kawan aku, tmpt aku parking motor aku tu sblm naik kereta ngan kawan aku utk kluar jd tourist guide.. esok harinya, Alhamdulillah & nasib baik laaa utk pegi keje (hari isnin, sbb ahad cuti ganti Keputeraan Agong), kawan aku tu bg pinjam motor Honda ex5 dia.. walaupun x selaju Yamaha 125ZR kepunyaan aku, tp alhamdulillah laaa ada jgk org yg sudi bg aku pnjam knderaan utk aku pegi keje.. terima kasih banyak2 Adi ;)

Hari ni aku beli kunci baru, RM70 gak laa.. biar mahal skit tp kualiti.. tp abis laaa duit poket aku.. dh laa praktikal ni x dpt gaji sesen pn.. duit poket ni pn harapkan belas ihsan mak bapak aku jer.. alhamdulillah aku dpt mak bapak yg memahami & sanggup bg duit kt aku yg dh tua2 tp masih nk study lg ni.. huhuhu..

Sebenarnya aku x kisah sgt tukar kunci baru tu, cma yg sgt aku kisah ialah mangga yg aku guna skrg ni.. mangga tu "limited edition", skrg dh xder jual kt mana2 kedai.. dh puas aku cari mangga cmtu kt banyak kedai sekitar Kedah, Selangor, KL, Terengganu, Negeri Sembilan & Melaka setahun lebih utk tambahkan mangga kt motor aku tu utk elakkan kecurian motor aku lg sekali.. tp x brjumpa jgk.. klu jmpa pn yg x ori, yg sgt mudah utk org buka..

Aku syg sgt mangga tu sbb sblm ni aku penah bg kawan2 rempit aku sekitar Kedah, KL & Terengganu yg penah curi2 motor ni utk buka mangga tu, tp diorang angkat bendera putih, mengalah, sbb memang x leh buka mangga tu melainkan guna asid, hammer (ketuk smpai pecah) @ canai (potong smpai putus)..

Tapi bila dh jd cmni, trpaksa laaa aku pecahkan jgk mangga kesayangan aku tu.. trpaksa laaa aku beli mangga baru utk elakkan motor aku dicuri lg sekali.. duit lg.. tp xper, biar brkorban skit duit tu, drpd hilang motor kesayangan aku yg brharga beribu2 tu.. motor aku tu dh mcm bini 1st aku.. aku saaaaaaayang sangat-sangat-sangat kt dia.. ;)

Saturday, June 04, 2011

..Berkenalan dgn motor kesayangan aku, Yamaha 125ZR..

Yamaha 125ZR

Pengenalan
Kini tampil dengan wajah baru sepenuhnya. Nyata, ia lebih mempersona dengan 2 warna baru yang lebih garang dan dekal yang lebih sporty. Dipadankan dengan prestasi yang sama cemerlang dan dilengkapi pula dengan ciri-ciri keistimewaan yang tidak dapat ditandingi oleh saingan, tidak hairanlah ia tetap menjadi motosikal 2 lejang yang paling unggul dalam kelasnya.

Prestasi Enjin
Dengan nisbah mampatan 6.5:1, unit kuasa ini menghasilkan keluaran kuasa maksimum setinggi 12.8kW pada 8000 rpm dan tork maksimumnya ialah 16.1Nm pada 7500 rpm. Ini memastikan keunggulan prestasinya dengan pemecutan yang lancar pada kelajuan rendah mahupun pada kelajuan tinggi.

Pemangkin Asap
Pemangkin tiub-panas mengurangkan gas daripada ekzos sehingga 50%. Ia membersihkan elemen-elemen toksid seperti karbon monoksida, hidrokarbon dengan menukarnya kepada sebatian seperti air, hidrogen dan karbon dioksida. Pemangkin mesra alam sekitar ini tidak memerlukan penyelenggaraan. Pertama dalam kelasnya di Malaysia dan penggunaan petrol tanpa plumbum adalah disyorkan.

Ciri-ciri
Keseluruhan panjang x lebar x tinggi
= 1,900mm x 675mm x 1,035 mm
Kelajuan keseluruhan
= 124.3cc
Ketinggian tempat duduk
= 752 mm
Tapak roda
= 1,250 mm
Kelegaan minimum dari tanah
= 135 mm
Berat kering
= 101 kg
Bateri
= YB3L-B
Kapasiti minyak enjin
= 1.2 liter

Sistem api
=
Digital magnet canggih jenis CDI
Transmisi
= 6 kelajuan / gear
Brek depan / belakang
= Brek cakera

Warna
Hitam / Merah / Biru / Perak / Kuning / lain-lain

Sejarah
Generasi pertama adalah 125Z yang mula dikeluarkan pada tahun 1999. Seterusnya pada tahun 2005, diperkenalkan 125ZR yang dikeluarkan hinggalah sekarang. Namun pada awal tahun 2011 Yamaha menghentikan pengeluaran Yamaha 125ZR ini atas sebab-sebab tertentu (dengar ceritanya untuk mengelakkan wujud lebih ramai rempit, mengurangkan asap di jalan & mengurangkan kemalangan jalanraya). Ini menjadikan ianya sekarang "limited edition".


Spesifikasi teknikal

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi5FIj4iTtH2AmsRo6rGtaUvAy59r8LKzQfO-IYu-SgSKbOQEDW2CoebiF50rpFZQn3mOUEDjBo-B1UtEGKL6RfE93NcQDDrgZ3Yvdvclr0uV5KuSTToXAl3IcYLtzNSf46Ji7M77ttfw5v/s1600-h/125Z-2.jpg

Gambar
yamaha 125ZR

spesifikasi teknikal


pamplet 2005, 125ZR hitam & perak


pamplet 2007, 125ZR hitam & merah


pamplet 2005, 125ZR silver/perak

"special edition" Rossi 46


Yamaha 125ZR 2005 design


Yamaha 125ZR 2007 design


Design
Jika kita perhatikan, terdapat 4 design utama Yamaha 125ZR, iaitu design keluaran pertama 1999, design keluaran kedua 2005, design keluaran ketiga 2007, design keluaran keempat 2009.

Design yang pertama, 1999, dinamakan Yamaha 125Z, yang terdapat dalam warna hitam atau merah atau biru atau kuning dan semuanya bersayap putih. Ia menggunakan rim biasa / lidi / ranting.

Design yang kedua, 2005, dinamakan Yamaha 125ZR. Ia mula menggunakan rim sport dan terdapat lampu brek kedua. Terdapat juga perubahan pada rekabentuk panel meter, pelindung angin hadapan, pemijak gear dan menggunakan lampu hadapan multireflektor. Ia ditawarkan dalam warna merah atau biru atau hitam atau perak yang semuanya bersayap putih. Ia menggunakan rim sport Samurai.

Design yang ketiga, 2007, juga dinamakan Yamaha 125ZR. Ia seperti design yang kedua, tetapi terdapat perubahan pada rekabentuk lampu belakang, rekabentuk panel meter yang berlampu jarum meternya, pelindung angin depan, brek cakera depan lebih besar dan menggunakan lampu isyarat depan multipantulan. Ia ditawarkan dalam warna hitam atau merah sahaja yang bersayap sama warna. Ia menggunakan rim sport biasa.

Design yang keempat, 2009, juga dinamakan Yamaha 125ZR. Ia seperti design yang sebelumnya, tetapi terdapat sedikit perubahan pada lampu belakang yang menggunakan LED dan pada rekabentuk panel meter. Ia ditawarkan dalam warna hitam atau merah sahaja yang bersayap sama warna tetapi menggunakan sticker / strike yang berbeza dengan sebelumnya.

Terdapat 2 design yang "special edition" iaitu rossi 46 dan go!go!go! yang masing-masing mempunyai kelebihan tersendiri dari segi prestasi enjin dan rekabentuk.



Sekian dahulu perkongsian saya tentang motor kesayangan saya yang juga saya anggap ia sebagai isteri pertama saya, Yamaha 125ZR yang asalnya berwarna perak / silver, tetapi kini berwarna merah hitam kerana saya sangat meminati warna merah dan kerana sayangkan coverset asalnya (silver / perak) yang menjadi "limited edition" serta kegilaan ramai sekarang. Motor kesayangan saya ini adalah design yang kedua, keluaran tahun 2005. Owner pertama (classmate sek men saya, sekarang seorang bilal masjid) membelinya pada 2006 dan saya membeli dari beliau pada 2008.

Friday, June 03, 2011

...Menyintai Tidak Bermakna Memiliki...

Janganlah kau angkuh melaungkan...
Si dia kepunyaanmu...

Atau kau kepunyaan si dia ...
Kerana hakikatnya...
Kita tidak pernah memiliki sesiapa...
Walau sekeping hati seorang insan...
Tidakkah kau sedar...
Hukum alam menyatakan...
Menyintai tidak semestinya memiliki?...

Manusia pandai berpura...
Berlakon di pentas dunia...
Dan bertopeng menutup rahsia..
Tetapi hati...
Tidak pernah berdusta pada empunya...
Tentang perasaan yang bergolak di dalamnya...

Tidakkah kau sedar...
Mungkin si dia melafazkan...
Ungkapan cinta padamu...
Tetapi hati dan perasaannya...
Tidak pernah berniat begitu...
Dia hanya berselindung...
Di sebalik sejuta alasan...

Dan kau...
Begitu jujur dan setia menyintainya..
Sehingga terlupa..
Hukum alam menyatakan..
Menyintai tidak bermakna memiliki..

Sesungguhnya...
"Aku tidak pernah memiliki dirimu..."
"Dan kau jua tidak memiliki diriku."

Mengertilah...
Kita sebenarnya kepunyaan..
Yang Maha Esa...
Tiada sesiapa berhak memiliki diri kita...
Kecuali Dia...
Dia mengasihi hambaNya...
Dia memiliki hambaNya...
Dan ke pangkuan Dia kita akan dikembali..


credited to : http://senjahati.multiply.com/journal/item/15/Menyintai_Tidak_Bermakna_Memiliki

adakah CINTA memerlukan sebab??

Sepasang suami isteri berjalan di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada si suami. Ini dialog mereka :

Isteri : Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?

Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang menyayangi dan mencintai Sayang!

Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya.

Suami : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa abang memang cintakan Sayang!

Isteri : Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya.

Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata "Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang merdu, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!"

Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya tadi.

Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma.

Si suami amat bersedih dan menulis sepucuk surat kepada isterinya yang disayangi. Surat itu diletakkan di sebelah katil isterinya di hospital.Surat tersebut berbunyi begini :


"Sayang!Jika disebabkan suara aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika disebabkan kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu...sekarang bolehkah engkau menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika disebabkan senyuman aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika disebabkan setiap langkah aku mencintai mu.... sekarang bolehkah engkau melangkah? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi. Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak! Aku masih mencintai mu dulu, kini, selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab. Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu... ia boleh dirasai dalam hati."

teka-teki lawak..

Kenapa kucing kalau dikejar anjing selalu menoleh ke belakang?
Sebab takder "side mirror"..

Jauh dimata dekat di hati……apakah ia?
Usus!!!

Kalau kamu di tempat yang gelap dan dingin dan kamu punya satu mancis api. Di situ ada obor, lilin dan kayu api. Apa benda pertama kamu hidupkan?
Mancis api laa..

Kalau ditutup dia akan mengintip, tapi kalau dibuka dia akan marah-marah?
Orang naik beca pada waktu hujan..

Bilakah sebaiknya kita membuka pintu ?
Kalau pintu tertutup..

Beca apa yang tidak boleh dicat ?
Beca hilang..

Apa yang bulat kecil & hitam, tapi kalau ditekan keluar orangnya?
Loceng rumah..

Mencarinya susah, tapi setelah dapet, terus dibuang. Apakah ia?
Tahi hidung..

Kenapa robin jadi pembasmi kejahatan?
Sebab dia berjumpa dengan batman..kalau berjumpa dengan baskin, pasti dia akan jadi tokey aiskrim..

Bulan apa orang beli makanan paling banyak?
Bulan Puasa..

Kenapa pokok kelapa di depan rumah harus ditebang ?
Sebab kalau dicabut, susah..

Kenapa orang mati dibungkus dgn kain kafan?
Kalau diberi kain batik, tu tanda nak pergi meminang..

Saya memiliki tiga kepala, tiga kaki, tiga tangan dan tiga jari. Siapakah saya?
Pembohong..

Jam apa yg jarum jamnya berpusing ke kiri?
Jam kidal..

Pintu apa yg ditolak oleh 10 orang pun tak boleh terbuka ?
Pintu yang ada tulisannya “TARIK”..

Ayam apa yang tidak boleh undur?
Mmana ada ayam yang boleh undur..

Orang bongkok tidurnya camana ?
Mengiring..

Kenapa Afrika negaranya miskin?
Sebab terlalu sibuk mengkerinting rambut..

Ayam apa yang boleh bertelur di gunung, di lembah, di reban, yang pastinya di semua tempat?
Ayam betina..

Burung apa yang kepalanya dua kakinya lima?
Burung ajaib..

Orang apa yang berenang tapi rambutnya tidak basah ?
Orang botak..

Ular apa yang tak boleh melilit ?
Ular yang kekenyangan..

Kalau tidur ia berdiri, tapi kalau berdiri ia tidur?
Tapak kaki..

Ayam apa yang dilanggar kereta, tak mati?
Ayam panjang umur..

Tol-tol mana yang tak payah bayar?
Tolol..

Apa yang kucing ada, tapi haiwan lain tak ada?
Anak kucing..

Lampu apa yang kalau dipecahkan, keluar orangnya?
Lampu jiran tetangga. coba kalau dipecahkan, kan keluar orangnya..

Kenapa manusia hidungnya di depan?
Kalau di atas, orang tak boleh pakai kopiah/topi..

Apa bezanya kacang panjang dengan seluar panjang?
Kacang panjang bila dipotong namanya tetap kancang panjang,
Seluar panjang bila dipotong namanya menjadi seluar pendek..

Siapa yang jumpa dompet kulit?
Yang jumpa dompet kulit tersebut tolong pulangkan kepada saya..

Tulang apa yang biru ??
TULANGIT BIRU..

Per apa yang sopan?
Permisi pak!

Kuda apa yang buatkan orang suka?
Kudapat rezeki "free" hari ni..

Apa bezanya orang gemuk dan orang kurus?
Orang gemuk makan tempat, orang kurus makan hati..

5 orang berjalan di bawah satu payung kecil tapi kenapa tidak ada seorang pun yang basah?
Sebab tak hujan..

Mengapa filem Koboy pasti lebih bergaya kalau merokok sambil naik kuda?
Sebab kalau sambil korek hidung, susah betul..

Kenapa “dukun” selalu bakar kemenyan??
Sebab kalau bakar sate, nanti pesakit akan ikut lapar..

Apa perbezaan semut dengan orang?
Kalau orang bisa kesemutan, tapi kalau semut takkan boleh keorangan..

Apa yang menyebabkan Kelantan sering banjir…???
AIR..

Apa nama penyakit terkenal di China?
Kung Flu..

Apa yang tak best dalam sup ekor?
Ekorannya………., Kena BAYAR, habis duit!!

Apa persamaan tokey sate dan tokey soto?
Sama2 tak jual bakso!

Bagaimana caranya supaya telur berubah menjadi nanas??
Telur itu direbus, ketika masih panas terus bagi pada budak kecil, pasti dicakap, “NANAS, NANAS”..

Lubang apa yang bikin kita segar?
Lubangun pagi, bersenam, mandi & sarapan pagi..

Haiwan apa yang bersaudara?
Katak beradik..

Kenapa anak katak suka melompat-lompat?
Biasalah… nama pun anak-anak, mesti suka sangat melompat-lompat ni..

Haiwan apa yg paling aneh?
Belalang. Sebab kalau siang makan nasi, petang minum kopi (dalam cerita P.Ramlee)..

Haiwan apa yang namanya 2 huruf?
U dan g..

Apa yang mempunyai kaki enam dan boleh terbang?
Tiga ekor burung!

Ada lapan kaki tapi yang diguna cuma empat?
Seekor kuda yang sedang ditunggangi dua orang!

Bagaimana membezakan Zebra jantan dengan Zebra betina?
Zebra jantan berwarna hitam belang-belang putih, Zebra betina berwarna putih belang-belang hitam..

Barang apa yang lebih berguna setelah pecah?
Telur..

Ada ayam jantan kepalanya ada di Amerika, ekornya di Afrika, sayapnya di Malaysia, matanya ada di Brazil, telurnya ada di mana?
Ayam jantan mana ada yang bertelur laaa..

Kenapa anak babi kalau jalan menunduk?
Sebab malu ibunya seekor babi..

Kenapa anak arnab kalau jalan suka melompat-lompat?
Sebab dia "happy" ibunya bukan babi..

Apa bezanya pemurung dengan pemulung?
Pemurung tidak pernah merasa gembira, sedangkan pemulung tidak pelnah melasa gembila..

Kenapa mayat dibungkus kain putih?
Kalau pakai hitam…??? Siapa takut!!!!

Permainan apa yang paling berat?
Catur/Chess. cuba lihat kuda, benteng, Raja & Permaisuri diangkat-angkat..

Kenapa Superman bajunya guna huruf S?
Sebab kalau pakai M atau L atau XL, tak "sexy"..

Kenapa superman tak kahwin dengan wonderwoman?
Sabar la, memang bukan jodoh laa tu..

Kenapa kalau berfikir, orang suka memegang dahinya?
Dah tu, takkan nak pegang dahi orang lain!

Apa bezanya kain dan kotak?
Kalau kain itu boleh kotak-kotak, tapi kalau kotak tak boleh dikain-kain..

Pohon apa yang paling banyak pada Hari Raya?
Pohon maaf zahir dan batin..

Benda apa yang besar putih bersayap dan rasanya masin?
Kapal terbang jatuh ke dalam laut…!!!

Dewa apa yang kesepian?
Dewaktoo senderean (di waktu bersendirian)..

Ada berapa hurufkah dalam abjad?
Ada 5 (lima), a-b-j-a-d..

Apa yang kalau naik, dia turun, kalau turun, dia naik?
Pengayuh beca, kalau jalannya naik dia turun untuk tolak, kalau jalannya turun dia naik balik..

Orang sibuk paling sabar duduk di mana?
Di jamban..

Wang kalau dilempar jadi apa?
Jadi rebutan..

Kenapa batu kalau dimasukkan dalam air, ia tenggelam?
Sebab batu tak boleh berenang!

Apakah cara yang paling cepat untuk menggemukkan badan?
Masuk ke sarang lebah!

Kalau hitam dibilang bersih, kalau putih dibilang kotor.. Apakah ia?
Papan hitam!

Apakah persamaan wang dan rahsia?
Kedua-duanya susah dipegang!

Bagaimana cara melipatgandakan wang dengan cepat?
Letak di depan cermin!

Siapa yang potong rambut tiap-tiap hari tapi tak botak-botak?
Tukang gunting rambut!

Yang membuat tidak memerlukannya. Yang membeli tidak memakainya. Yang memakai tidak memesannya? Apa itu?
Batu Nisan!

Bagaimana cara untuk terbang ke matahari tanpa kepanasan?
Pergi pada waktu malam hari..

Rambut putih namanya uban, rambut merah namanya perang, kalau rambut hijau namanya apa?
Rambutan belum masak…


-----------------------------------------------------------------------------------------------

(teka-teki lucah)

Lubang apa yang paling kecil di dunia?
Lubang pan***… hangin jer, kalau nk lalu mesti menjerit..

Telur apa yang paling enak?
Telur yang gatal, dapat digaru-garu..

Telor masin takut dengan siapa?
Dengan telur puyuh, sebab tatunya lebih banyak..

Telor puyuh takut dengan siapa?
Dengan telur kamu, sebab yang kamu bawa pistol..


akal & nafsu, mana lebih penting utk dididik?

Kehidupan manusia itu ada zahir dan ada batinnya. Persoalan kehidupan zahir manusia jelas dapat dilihat dan mudah dapat difaham. Tetapi persoalan kehidupan batin manusia bersifat maknawiyah. Batin itu sendiri bermaksud tersembunyi. Oleh itu, ia lebih sukar untuk dilihat dan lebih sukar lagi untuk difahami .

Justeru itu kita lihat, ramai manusia mampu menyelesaikan dan memenuhi keperluan kehidupan zahiriah mereka. Baik dalam soal makan minum, pakaian, kesihatan, tempat tinggal, kerjaya dan sebagainya. Tetapi dalam soal keperluan kehidupan batiniah mereka, masih ramai manusia yang teraba-raba dan tercari-cari.

Sebab itu, ramai manusia masih bergantung dengan akal dalam mengharungi kehidupan batiniah mereka seolah-olah akallah yang layak dan mampu untuk dijadikan panduan dan sandaran. Mereka merasakan akal sudah cukup untuk mencari Tuhan. Mereka merasakan akal sudah cukup untuk memimpin manusia. Mereka merasakan akal sudah cukup untuk menghindar manusia dari berbuat maksiat dan kemungkaran. Mereka merasakan akal sudah cukup untuk mendorong manusia beribadah dan berbuat kebaikan. Mereka juga merasakan akal sudah cukup untuk memelihara mereka dari terjebak dan terjerumus ke dalam keruntuhan akhlak dan moral.

Banyak kita dengar ungkapan-ungkapan terutama dari ibu bapa yang menggambarkan hakikat ini. Di antaranya:

“Biarkanlah budak itu. Jangan marah-marahkan sangat. Kan dia dah besar panjang. Dah lulus universiti pun. Dia dah pandai guna akal. Tahulah dia mana yang baik dan mana yang buruk.”

“Kan budak tu dah besar. Dah berpelajaran. Pandailah dia membawa diri.”

“Ah! Janganlah risau. Dia bukan budak bodoh. Dia cerdik. Takkanlah pulak dia nak buat kerja yang tak elok.”

Begitulah kebanyakan ibu bapa. Tersilap di dalam meletakkan kepercayaan kepada anak-anak. Mentang-mentang anak-anak itu sudah pandai, berkelayakan dan berijazah, sudah merasakan anak-anak itu akan selamat dan akan menjadi baik.

Disebabkan akal boleh berfikir dan boleh menghasilkan rumusan yang logik, maka ramai yang mengambil akal sebagai tempat rujuk dan bersandar kepada akal untuk mendapat pimpinan. Diserahkan kepada akal supaya seseorang itu menjadi baik. Diserahkan juga kepada akal agar seseorang itu tidak berlaku jahat. Hanya kerana akal itu boleh membezakan mana yang baik dan mana yang buruk, maka diserahkan kepada akal untuk membuat pilihan.

Akal memang boleh menimbang di antara yang baik dan yang buruk, di antara yang merugikan dan yang menguntungkan dan di antara yang selamat dan yang berbahaya. Tetapi akal tidak mampu memilih. Akal tidak mampu memihak. Sifat akal adalah berkecuali atau “neutral”. Apa pun bentuk tindakan yang diambil oleh seseorang itu bukanlah disebabkan oleh apa yang difikirkan oleh akalnya tetapi apa yang didorong oleh nafsu atau apa yang dirasakan oleh hatinya.

Logik akal itu dipengaruhi oleh nafsu atau hati. Kalau hati baik dan bersih dan nafsu terdidik, maka hati akan bertindak mengikut apa yang difikirkan logik dan baik oleh akal. Tapi kalau hati kotor dan jahat dan nafsu rakus, maka nafsu boleh mengalahkan logik akal dan akan bertindak mengikut kemahuannya walaupun ianya bertentangan dengan pertimbangan akal.

Oleh itu, menyerahkan baik buruk seseorang itu pada logik akalnya adalah satu perbuatan yang tidak masuk akal. Untuk menentukan seseorang itu menjadi baik bukanlah dengan membina akalnya tetapi dengan membina hatinya dan mendidik nafsunya. Kita tidak boleh menyerahkan anak kita kepada kemampuan akalnya dan ilmunya semata-mata dan mengharap dia akan jadi baik. Hatinya mesti dibina dan nafsunya mesti dididik.

Amalan dan akhlak yang baik itu terpancar dari hati yang baik. Amalan dan akhlak yang buruk pula terpancar dari hati yang jahat. Ia tidak ada kena-mengena dengan akal. Hanya kalau hati baik dan akal bijak, maka akan timbullah banyak idea bagaimana hendak berlaku baik. Tapi kalau hati jahat dan akal bijak maka akan timbullah banyak idea bagaimana hendak berbuat jahat.

Rasulullah SAW ada bersabda:

Maksudnya: “Dalam diri anak Adam itu ada seketul daging. Kalau baik daging itu maka baiklah orangnya. Kalau jahat daging itu, maka jahatlah orangnya. Ketahuilah bahawa itulah hati.”

Oleh itu, sangat bahaya kalau akal anak-anak kita dibina tetapi hatinya dan nafsunya diabaikan. Dia akan menjadi sejahatjahat manusia kerana kejahatannya akan dibantu oleh kepakaran, kemahiran dan kebolehan akalnya. Dia akan menjadi penjahat yang licik dan pandai menyembunyikan kejahatannya.

credit to http://kawansejati.ee.itb.ac.id/book/export/html/17875

kejadian akal & nafsu..

Dalam sebuah kitab karangan ‘Ustman bin Hasan bin Ahmad Asy-Syaakir Alkhaubawiyi, seorang ulama yang hidup dalam abad ke-13 Hijrah, menerangkan bahawa:
Sesungguhnya Allah S.W.T telah menciptakan akal, maka Allah S.W.T telah berfirman yang bermaksud : “Wahai akal mengadaplah engkau.” Maka akal pun mengadap kehadapan Allah S.W.T., kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : “Wahai akal berbaliklah engkau!”, lalu akal pun berbalik.

Kemudian Allah S.W.T. berfirman lagi yang bermaksud : “Wahai akal! Siapakah aku?”. Lalu akal pun berkata, “Engkau adalah Tuhan yang menciptakan aku dan aku adalah hamba-Mu yang daif dan lemah.” Lalu Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : “Wahai akal tidak Ku-ciptakan makhluk yang lebih mulia daripada engkau.”

Setelah itu Allah S.W.T menciptakan nafsu, dan berfirman kepadanya yang bermaksud : “Wahai nafsu, mengadaplah kamu!”. Nafsu tidak menjawab sebaliknya mendiamkan diri. Kemudian Allah S.W.T berfirman lagi yang bermaksud : “Siapakah engkau dan siapakah Aku?”. Lalu nafsu berkata, “Aku adalah aku, dan Engkau adalah Engkau.”

Setelah itu Allah S.W.T menyiksanya dengan neraka jahim selama 100 tahun, dan kemudian mengeluarkannya. Kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : “Siapakah engkau dan siapakah Aku?”. Lalu nafsu berkata, “Aku adalah aku dan Engkau adalah Engkau.”

Lalu Allah S.W.T menyiksa nafsu itu dalam neraka Juu’ (lapar) selama 100 tahun. Setelah dikeluarkan maka Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : “Siapakah engkau dan siapakah Aku?”. Akhirnya nafsu mengakui dengan berkata, ” Aku adalah hamba-Mu dan Kamu adalah Tuhanku.”

Dalam kitab tersebut juga diterangkan bahawa dengan sebab itulah maka Allah S.W.T mewajibkan puasa.

Dalam kisah ini dapatlah kita mengetahui bahwa nafsu itu adalah sangat jahat dan susah dikawal tambah lagi jika iman kita lemah. Sebagai manusia, kita hendaklah mengawal nafsu dan jangan biarkan nafsu mengawal kita kerana kita akan musnah.

Allah SWT berikan kita akal untuk berfikir bagaimana untuk mengawal nafsu dan pastikan nafsu tidak menguasai kita. Jadi, gunakan akal sebaiknya dan persiapkan diri dengan iman yang kuat untuk mengawal nafsu.

Kongsilah artikel ini dengan kawan-kawan kerana sesungguhnya,
Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian; Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Surah An-Nas)

Thursday, June 02, 2011

ntahlah..

hari ni aku x pegi keje lagi.. rasa brsalah sgt3.. timbul plak 1 masalah, kna cri MC.. aku x nak jadi mcm hari tu, utk amik MC saja, kna RM50 lbih.. dh laaa aku praktikal ni xdpt gaji sesen pun.. aku x pegi keje hari ni sbb aku kurang sihat.. otak aku migrain..
oleh kerana aku x [pegi keje hari ni, aku update blog ni, tukar design skit2, tulis entry baru, dsb.. aku x bahagia bila aku mcm ni..

...permata yang dicari...

..lagu yg menyentuh hatiku..


YA ALLAH..
jika dia benar untukku
dekatkanlah hatinya dengan hatiku
jika dia bukan milikku
damaikanlah hatiku dengan ketentuanMU

tapi ku tak pasti rencana ILAHI
apakah dia kan kumiliki

tidak sekali dinodai nafsu
akan kubatasi dengan syariatmu
jika dirinya bukan untukku
redha hatiku dengan ketentuanMU