<---pLaYaR.-.iDuP--->

<---pLaYaR.-.iDuP--->

Friday, August 28, 2009

<---PANTUN UTK COUPLEZZ TERMASUK AKU--->

nak kata dah kahwin,
rasanya belum lagi,
bila tanya bila nak kawin?
entahlah….. x tau lagi….

perangai mengalahkan org dah kawin

berkepit sana-sini,
padahal bukan muhrim,
ikut trend masa kini..

heran….pegang tangan tak takut dosa ke,

berpeluk-pelukkan x tau malu ker,
tak kasihan mak bapak ker,
hantar suruh belajar / kejer kau buat leka…

nak kata tak belajar agama,

kecik-kecik mak bapak hantar,
sekarang nak salah siapa kalau buat dosa,
sendiri bangang coz x ikut apa yg diajar…

belajar tinggi sampai gayat,

tp tak amal sepanjang hayat,
islam tu kan penyelamat,
bila nak amal…. tunggu sampai jadi mayat ?

sana sini buat wayang,

orang tengok naik bengang,
itu belum lagi rumput kat padang,
kalau idup sure kena terajang…

dulu masa single okey jer,

sekarang dah couple banyak lak dosa,
bila org tegur buat derk jer,
apa kulit dah tebal nak masuk neraka?

bila kena tangkap khalwat,

buat muka jadi kelat,
malu mengalahkan ikan jelawat,
tambah muka penuh jerawat..

masa buat x tau malu,

ikut sangat telunjuk nafsu,
buat maksiat x segan silu,
sekarang lagu mana… susu dah jadi keju..

suruh sembahyang…nanti..nanti..

boyfriend tepon terus pergi,
nak bersyukur atas nikmat allah x reti²,
boyfriend yg bg sekuntum bunga tulah dipuji²…

yang si mamat nie pun sama,

suruh gie masjid nak bawak girlfriend sama,
mana taknya dah berjanji hidup bersama,
sampai solat jumaat pun nak dikerjakan bersama

kesudahanya hari jumaat,

org solat jumaat,
dia bershopping bukan main ligat,
layan awek sampai penat…

kalau diri dah gatal sangat,

kahwin jer cepat lagi selamat,
ni couple takde matlamat,
sajer suka² penuhi syarat..

org couple dier ikut sama,

tak sedar diri tu papa kedana,
papa ilmu papa agama,
macam mana ‘ bercinta cara islam’ itu nak dijana….

bkn mengata bkn mengumpat,

siapa suruh buat wayang x bertempat,
kalau x suka diri diumpat,
jgn buat benda yg x tepat…

bonceng sana bonceng sini,

bontot tertonggek x malu pulak,
siap bangga x terperi,
dapat peluk pinggang balak..

balak kat depan mata melilau,

awek kat belakang bknya nampak,
siap mengurat muslimah yg pegi surau,
silap hari bln sure kena sepak..

awek pulak bangang,

perangai macam lalang,
percayakan balak bergalang-galang,
yelah….balak cover, belum pecah tembelang…

pegang sana pegang sini,

x takut ker susutnilai,
kahwin belum tentu lagi,
kalau x jadi x ker hilang permata bernilai…

tulah… tuhan bg akal x pakai,

tuhan bg hati x tahu menilai,
diri sendiri yg lalai,
baik buruk pun x reti nak nilai..

kalau org cakap marah,

bila org nasihat melenting,
"taulah…taulah xpayah susah²,
tau lak senyap bila dah bunting….

la ni baru nak ingat tuhan,

itupun nasib baik ingat,
menangis dah x leh nak tahan²,
baru sekarang menyesal bangat….

nasib baik tuhan tu maha penyayang,

itupun nasib baik umur masih panjang,
ada peluang nak mengucap panjang,
mintak ampun, panjat doa memanjang…

perkara lepas jgn dikenang,

pintu taubat terbuka luas,
hidup bkn utk bersenang-senang,
meraih & mencari redha Allah yg maha luas…

<---SAAT BONDAKU CHEK SU BT EMBUN MENINGGALKAN KAMI SEMUA PADA 7.55 PAGI 23/08/09--->

Tengah aku buka puasa dgn kurma & air suam pada 22/08/09, adik aku bagi mesej bgtau mak masuk ICU.. aku pun terus tak berselera nak makan dah... lepas jer semayang maghrib, terus aku kluar cari tiket kat hentian kajang, alhamdulillah ada jugak w/pun bas tambahan pkul 11.30 mlm..
Sejak dari saat tu, mulut & hati aku tak berhenti2 doa supaya dosa2 mak diampunkan dan dimudahkan segala urusan.. antara doa aku, "YA ALLAH, sekiranya mati itu lebih baik buat mak, maka Kau mattikanlah beliau dgn cepat & mudah, dan sekiranya sihat itu lebih baik buat mak, maka Kau sembuhkanlah beliau dgn cepat & mudah. Ssgghnya hanya Engkau Yg Maha Mengetahui setiap sesuatu, maka mudahkanlah urusan bonda hambaMu ini..amiinn..."
Naik jer bas, ntah bila aku terlelap pun aku tak sedar. Sedar jer, dah kat Sungai Petani, pkul 5.30 pg.. aku sampai kat Kuala Perlis pukul 7.30 pg, (sahur pn tak, mmg lapar giler aarr) terus aku beli tiket feri ke Langkawi. tiket pukul 8 pg, tapi feri lambat giler sampai. pukul 7.50 tu adik aku call bgtau mak tgh nazak. aku lagi laaa serabut otak..
Sampai jer kat jeti Kuah, abg aku datang amik, terus pegi hospital.. dlm perjalanan tu, abg aku bgtau mak dah takder.. betapa sedihnya aku sbb tak sempat jumpa mak buat kali terakhir, sbb sblm mak pegi, mak panggil nama aku berkali2.. menitis jugak air mata jantan aku, hilang terus keegoan aku..
Sampai jer kat hospital, ayah & abg2 aku suruh orglain kluar dr ICU tu utk aku masuk jumpa mak.. lps aku jumpa mak 7 kluar dr bilik ICU , trus nurse2 tu bawak mak kluar utk bawak masuk dlm van jenazah & dihantar ke rumah..
Mak dimandikan pada jam 1tghri dan siap dikapankan & dikebumikan pada jam 3ptg.. buka puasa hari tu, aku masih takder selera makan, sampai gastrik laa aku sbb prut trlampau kosong sejak hari sblm tu..
aku duk 2 hari kat rumah, aku terpaksa ponteng klas.. takper, demi mak.. tapi hari ke3 iaitu 25/08/09 aku ada pembentangan dan submit 2 assignment, so aku terpaksa balik laaa walaupun aku berat hati sangat2 utk balik.. tanggungjawab pada kluarga takleh tinggal, tanggungjawab pada pelajaran pun takleh diketepikan jugak kan? fikir2kanlah...
Actually, mak aku meninggal sbb kegagalan ginjal berfungsi dgn baik.. dah lebih 6 bulan mak kena ulang alik hospital utk cuci darah.. mak meninggal hari tu pun dlm lautan darah, sbb stiap kali doktor masukkan darah baru dlm badan mak, darah lama akan membuak2 kluar dari mulut, hidung dan tmpt2 pembedahan mak kat perut, leher dan peha.. 8 botol darah yg doktor masukkan, semua kluar balik.. doktor cakap, hati mak dah rosak.. ntahla btol ker tak.. kalau ikutkan aku, nak jer sue benda ni, tapi ayah, abg2 & kakak2 aku smua tak bagi..

Thursday, August 27, 2009

<---10 SEBAB DOA TERHIJAB--->

Ada orang yang bertanyakan Ibrahim bin Adham (seorang sufi, nama sebenarnya Sultan Ibrahim bin Adham bin Mansur al-Balkhi al-Ijli, wafat pada 777 Masihi), "Wahai Ibrahim Adham, kami telah berdoa kepada Allah tetapi masih tidak diperkenankan-Nya. Beritahulah kami apakah sebabnya?" Lalu Ibrahim bin Adham menjawab, "Terhijabnya doa disebabkan sepuluh perkara...."
  1. Kamu mengenali Allah, tapi kamu tidak menunaikan hak-Nya (perintah-Nya).
  2. Kamu membaca Al-Quran, tapi kamu tidak beramal dengannya.
  3. Kamu mendakwa Iblis itu musuh kamu, tapi kamu menurut hasutannya.
  4. Kamu mendakwa mencintai Rasulullah SAW, tapi kamu meninggalkan amalan & sunnahnya.
  5. Kamu mendakwa mencintai syurga, tapi kamu tidak beramal untuk mendapatkannya.
  6. Kamu mendakwa membenci neraka, tapi kamu tidak meninggalkan perbuatan dosa.
  7. Kamu mendakwa mati itu benar, tapi kamu tidak bersedia untuknya.
  8. Kamu sibuk menceritakan keaiban orang lain, tapi kamu lupa keaiban diri sendiri.
  9. Kamu makan rezeki Allah, tapi kamu lupa mensyukurinya.
  10. Kamu mengkebumikan jenazah saudaramu, tapi kamu lupa mengambil iktibar daripadanya.

Wednesday, August 26, 2009

...3 perkara yang elok disebut...

  • Perbanyakkan menyebut Allah daripada menyebut makhluk. Sudah menjadi kebiasaan bagi kita menyebut atau memuji-muji orang yang berbuat baik kepada kita sehingga kadang-kadang kita terlupa hakikat bahawa terlampau banyak nikmat yang telah Allah berikan kepada kita. Lantaran itu, kita terlupa memuji dan menyebut-nyebut nama Allah. Makhluk yang berbuat baik sedikit kita puji habisan tapi nikmat yang terlalu banyak Allah berikan kita langsung tak ingat. Sebaik-baiknya elok dibasahi lidah kita dengan memuji Allah setiap ketika, bukan ucapan Al-hamdulillah hanya apabila sudah kekenyangan hingga sedawa. Pujian begini hanya di lidah saja tak menyelera hingga ke hati.
  • Perbanyakkan menyebut akhirat daripada menyebut urusan dunia. Dunia terlalu sedikit dibandingkan dengan akhirat. 1000 tahun di dunia setimpal dengan ukuran masa sehari di akhirat. Betapa kecilnya nisbah umur di dunia ini berbanding akhirat. Nikmat dunia juga 1/100 daripada nikmat akhirat. Begitu juga seksa dan kepayahan hidup di dunia hanya 1/100 daripada akhirat. Hanya orang yang senteng fikiran sibuk memikirkan Wawasan Dunia (WD) hingga terlupa Wawasan Akhirat (WA). Manusia yang paling cerdik ialah mereka yang sibuk merancang Wawasan Akhiratnya. Saham Amanah Dunia (SAD) tak penting, tapi yang paling penting ialah Saham Amanah Akhirat (SAA) yang tak pernah rugi dan merudum malahan sentiasa naik berlipat kali ganda. Oleh itu perbanyakkanlah menyebut-nyebut perihal akhirat supaya timbul keghairahan menanam dan melabur saham akhirat.
  • Perbanyakkan menyebut dan mengingat hal-hal kematian daripada hal-hal kehidupan. Kita sering memikirkan bekalan hidup ketika tua dan bersara tapi jarang memikirkan bekalan hidup semasa mati. Memikirkan mati adalah sunat kerana dengan berbuat demikian kita akan menginsafi diri dan kekurangan amalan yang perlu dibawa ke sana. Perjalanan yang jauh ke akhirat sudah tentu memerlukan bekalan yang amat banyak. Bekalan itu hendaklah dikumpulkan semasa hidup di dunia ini. Dunia ibarat kebun akhirat. Kalau tak usahakan kebun dunia ini masakan dapat mengutip hasilnya di akhirat? Dalam hubungan ini eloklah sikap Saidina Ali dicontohi. Meskipun sudah terjamin akan syurga, Saidina Ali masih mengeluh dengan hebat sekali tentang kurangnya amalan untuk dibawa ke akhirat yang jauh perjalanannya. Betapa pula dengan diri kita yang kerdil dan bergelumang dengan dosa?